Showing posts with label Hal diriku. Show all posts
Showing posts with label Hal diriku. Show all posts

Thursday, March 29, 2012

Kehilangan

Isnin lepas, makcik belah mak meninggal dunia sebab stroke. jatuh dalam bilik air, kepala terhempas ke lantai, mulut keluar darah. Dimasukkan ke ICU tapi meninggal lebih kurang 6 jam kemudian.

pagi ini menerima berita dari mak, anak buah pulak meninggal sakit perut. sebab terperinci tidak diketahui.

2 kehilangan dalam hidup. walaupun mereka bukan orang-orang yang rapat namun saudara terdekat. sedih tapi tiada siapa dapat melawan takdir.

Yang penting (yang terkilan sebenarnya) sebab tidak sempat (mungkin) memohon maaf jika ada salah dan khilaf. aku tak salahkan diri sendiri (ayat memujuk) sebab tak dapat balik kampung untuk bertemu (ayat alasan). Namun disudut hati memang selalu mohon maaf atas segala kesalahan dan kekhilafan (baru nyesal).

yang paling penting ialah:

1. adakah kita memaafkan orang atas kesalahan kita pada mereka dengan segera;
2. adakah orang memaafkan kesalahan kita di kala kita tidak tahu.

Apapun, mari lah kita sama-sama memohon kepada Allah semoga orang-orang yang kita pernah kenal dan jumpa agar tergerak hatinya untuk memaafkan dosa-dosa kita. Pada masa yang sama kita juga perlu berniat selalu agar memaafkan kesalahan orang pada kita.

Bukankah lebih baik begitu?

Al-Fatihah pada yang telah pergi... semoga tenag disana dan dicucuri rahmat.

Amin...

Sunday, March 25, 2012

Mengapa

Mengapa...mengapa ku disini
berapa lama lagi aku menunggu...

petikan lagu Sakura - Adira.

Best.

Tapi, mengapa aku masih di opis MOT ni??????

MENGAPA?????

Friday, March 23, 2012

Saya neves...seyes!!!!

Neves ni....seyes!

Ye la, hari terakhir untuk punch out from office sebelum bergerak ke opis baru petang ni.

Perasaan bercampur-campur. Kalau ikan boleh masak 3 rasa, aku rasa yang ni seribu kot. kalau warna pelangi ada 7, ni pandangan dah berwarna serata alam.

opis dah perlahan-lahan kosong. sekejap lagi shipment pertama hari ini akan menyusul. bawak segala harta marta yang tak dapat den nak sedekahkan sebab mahal. hehehe. mata duitan oso time2 macam ni.

whatever it is, gigih untuk menyiapkan apa yang patut. dalam jam 3 petang, gudbye my office. welcome to my new home!

Thursday, March 22, 2012

Hari terakhir

Hari ini merupakan hari terahir aku bersama dengan pejabat lama. Sepatutnya esok tapi aku malas dah nak ngadap kat sini. kalau jumpa je asyik tanya "bila nak berambus?". Worry not, i am nak berambus.

So here i am, menghabiskan keje-keje yang belum selesai.

more on berkemas sebenarnya. whatever it is, neves nak masuk opis baru.

Tuesday, March 20, 2012

The Deaf

Just because they dont hear you when you call doesnt mean that you can ignore them when they call for you.

Friday, March 16, 2012

Pack and ...

The next word should be LEAVE.

But not yet. Hanya abis packing 80% of barang-barang yang ada memandangkan masih akan buat keje-keje akhir disini.

Pejabat ini sudah hampir sepertimana aku masuk awal-awal dulu. suddenly terasa seperti aku baru saja ditugaskan disini sedangkan dah hampir 3 tahun (dan 9 tahun lebih di tempat yang sama).

Hanya lagu Yuna yang menemaniku saat ini dikala ingin menyelesaikan isu-isu yang tertunggak.

How will my life be in the new place?

Mari menempuhnya... BERUSAHA!

Wednesday, March 14, 2012

Sayu

Tiba-tiba saya terasa sayu apabila mengumpulkan kotak-kotak bagi mengisi barang-barang pejabat saya petang ini.

Sembilan tahun saya disini, minggu depan merupakan minggu terakhir saya bertugas di tempat ini.

Semoga semuanya baik-baik belaka...

Saturday, March 10, 2012

Sign

Macam biasa, ada di kelas bahasa. Ada beberapa muka baru yang tak datang beberapa minggu tetapi merupakan tonggak kepada persatuan ini.

Soalan pertama (yang selalu ditanya) kepada aku: ada ahli keluarga yang mempunyai masalah pendengaran? Aku hanya senyum dan geleng. Then they found out that i join it for different purpose. Bila mendengar begitu, ramai yang menyatakan alangkah baiknya jika ramai lagi belia yang menyertai NGO dan membuat kerja-kerja sukarela.

So, i encourage all friends yang ada masa kelapangan, sumbangkan lah sedikit tenaga untuk kerja-kerja luar.

You will learn something...

Nak cari makan dulu, chow!!!!

Friday, March 9, 2012

RAC

Ya, ditukarkan ke RAC.

Pandai-pandai la cari apa maksudnya. Environment berbza, bos yang berbeza. opis kecik dari sekarang tapi selesa. kerja dikelilingi gadis-gadis. hahahaha

semoga dapat menempuh hidup baru dengan sejahtera dan penuh rahmat.

Selamat menjalankan tugas baru...

Monday, March 5, 2012

Gud news

Pertukaran disahkan!

1Word : AWESOME

Tuesday, February 28, 2012

Bertukar!

Bertukar!!!

Bukan bertukar menjadi Gaban atau Sailor Moon, tapi bos bertukar tempat keje.

Asalnya kekal the dalam 3 hari keputusan BERTUKAR pun berlaku.

Ntah la, aku ingatkan kat luar nun jauh disana orang dok asyik bercerita pasal politik. Dalam opis ada politik oso. Apapun terpaksa terima berita seadanya. Aku ni pulak bila nak BERTUKAR?

Semalam meeting di Ipoh. Ngantuk sepanjang jalan pegi dan balik. and yet, hari ni letih oso and ngantuk. meeting dengan YBM tadi aku masuk separuh jalan. banyak keje nak settle sebelum nak berpergian lagi hari ini.

mood suda ilang tetapi keje masihmelambak. huahuahua!!!!!!!!!!!!!!!! (nanges)

Sunday, February 26, 2012

Busy month

Minggu lepas penuh dengan keje. melambak atas meja. tak sempat nak tengok sebab banyak sangat meeting.

assistant aku lak cuti paternity, bini bersalin. sepatutnya masuk keje jumaat lepas tapi tak muncul. sekiranya aura syoiton hari tu datang, mau je aku bagi absent. nasib baik ada malaikat di jendela.

minggu depan pun meeting sana dan sini. harap-harap assistant aku tak buat hal. kalau tak, siap la aura malaikat maut menjelma.

hari ni di pejabat, kurangkan ketinggian surat-surat yang belum lagi diminit. malas menjelma dalam diri tetapi apakan daya, memang begitu la hidup sejak dari dulu.

semalam kelas bahasa isyarat, alhamdulillah berjalan dengan baik. cuma perlu ada camcoder supaya senang nak tengok balik apa yang diajar. kat kelas ingat, kat umah lupa. ye la, dengan sapa aku nak 'bercakap'. ramai anggap aku bangang ikut kelas tu tapi aku tetap nak ikut. biar la kita yang sempurna ni belajar untuk hilang sesuatu. sekurang-kurangnya kita tahu menghargai apa yang kita ada sekarang. semoga usaha aku untuk belajar ini memberikan hasil...insya Allah.

nak mulakan sikit tugas sebelum ke Mall cari camcoder. pengsan....

Selamat berhari Minggu.

Friday, February 3, 2012

the 3rd day

hari ketiga mengambil ubat.

Condition : worsen.

appearance : bad

feeling : sad

tapi kena teruskan jugak medication sebab kena abiskan selama 2 minggu then the second course menjelma. haiya, sampai bila?

doakan semua berakhir bahagia, insya Allah.

Friday, January 27, 2012

Dizzy Friday

Terlalu banyak keje (like owez).

Namun banyak yang tak dapat nak disiapkan sebab banyak nyembang dari keje. Ye, mood hujung minggu dah datang. But i think i need to come to office tomorrow sebab Monday ada outstation.

Hobby baru tak bersentuh lagi walaupun setiap masa tercari-cari time bila nak mula. mesti tau nak bahagikan masa and kerja and oso life after office (not life after death).

talking about death, a friend's wife died in a car accident this afternoon. Eventho aku tak suke ko, tapi situasi ko sekarang membuatkan aku masih mampu memberikan salam takziah buat ko sekeluarga. hope this incident memberi banyak pengajaran pada tuan dan keluarga tuan. Saya juga tidak menginginkan ia berlaku pada saya, tetapi yang berlaku ini rasanya sudah cukup menginsafkan tuan (dan juga diri saya) bahawa kegembiraan dan penderitaan boleh datang dan diragut pada bila-bila masa.

To all friends, selamat berhujung minggu. i know uoll need a good rest after a good long rest.

Whateva!

Wednesday, January 25, 2012

Cuti (ka?)

Cuti yang macam tak cuti sebab banyak bebenor perkara yang nak disettlekan. Sekejap nak ke sini, sekejap nak ke sana, nak ke situ.

Keroje pun tak surut2 ni. assistant aku lak asyik gi anta bini ke klinik buat check up. aku nak anta bini gi check up nampak bebenor nipunye.

terperuk dalam opis doing something nice : minit mesyuarat.

then will off to alamanda (kot) for brunch sebelum settle isu-isu yang berunsur kewangan. bayor utang uolls.

apapun, happy Wednesday tu u oll.

Minggu depan cuti lagi. hehehe

Monday, January 16, 2012

McMonday

Bukan jenama makanan baru di McD tetapi aku MC pada hari ni.

Tetapinya aku kena datang opis sebab petang ni ada diskusi dengan orang-orang besar untuk meeting dengan orang-orang besar esok. Mata mengantuk hari ini sebab ambik steroids untuk elak rasa gatal.

Hari ini bila doktor check, dia consider aku punya eczema as mild and moderate. mild and moderate la sangat sebab aku dah ambik injection, kan.

Whantever itis, aku dah kat opis. menanti jam 2 untuk buat keje. mi tengah kemas-kemas barang sebelum aku dengan tidak bersemangatnya masuk meeting petang ni, and diskusi after that.

What a blue monday...

Wednesday, January 11, 2012

Posting?

Angin menderu-deru mengatakan aku diluluskan untuk BERAMBUS dari tempat sedia ada. Semalam dah gi interbiu dalaman dengan Datin Ghairiyah (Ghairiyah ka?). rasanya ok kot.

Second boss sibuk tanya orang aku pindah ke tak. aku depan mata tak nak lak tanya. gonjes betol (apa makna gonjes? ntah).

Sekarang tengah menghitung hari tapi tak nak dengar lagu Kris Dayanti menghitung hari itu. Tengah syok dengar lagu Yuna, Backpackig Around Europe. Nak travel ka sebelum pindah? Travel dari umah ke opis je yang mampu. Ko mampu????

apapin keputusan akhir bulan Februari. Hopefully pindah... insya Allah.

Tuesday, January 3, 2012

Happy New Year 2012

Dah terlambat dah nak wish tapi nak jugak.

An entry after 6 months menyepi. ade ke orang nak baca? lantak la kan. ini blog aku. anyway, life is getting tougher this year, mana nak bayar umah dah in few months from now. yaiks!!!

nak buat permohonan pindah opis tapi kena buat melalui HRMIS yang LEMBABBBBBBBBBB itu. aku klik sekali, dah 10 minit paparan yang sama. Wei, korang pakai server apa ni?

anyway, selamat bekerja wahai kawan2 ku sekalian. tengah bulan ni gaji lagi. hehehehe

Friday, July 1, 2011

Eczema

Doktor telah mengesahkan aku dapat eczema yang teruk.

poorly treated, katanya. Abis tu selama ni sape yang treat aku. korang jugak kan. kekadang geram jugak doktor2 muda ni yang 'pemalas' sangat nak periksa patient. Setakat tanya "sakit apa" dan terus bagi ubat.

Bukanlah maksudnya nak dilayan manja, tapi kalau sekadar tanya 2-3 soalan dan semuanya dah ok, itu bukan nak rawat. itu malas!

The last doctor was very helpful, taking his time to explain walaupun banyak yang tak paham. of course degan gaya "tak nak nampak bangang", angguk dan try to contribute and understand. (sapa doktor ni sebenarnya?).

hari ni gi opis dengan muka calar-balar kesan garu. gatal sehhh!

apapun, aku terima ujian yang datang dengan sebaik mungkin. bila dah jadi macam ni baru teringat nak jaga diri sendiri. opis tak peduli ko sihat ke tak. yang dia tau ko buat keje. but u urself have to take care of ur own business.

kepada kawan2 yang prihatin, terima kasih atas doa kesihatan untuk saya.

Selamat berhujung minggu!

p/s: tomorrow gi family day. Yahuuuuu!!!!!!!!

Wednesday, June 8, 2011

Pembukaan tahun 2011

Hahahaha...

i am back.

Rindu rasanya untuk memasukkan entry dalam blog.

So i think i will start again.

Salam pembukaan 2011 untuk semua (di tengah tahun)

Cheers!!!!!