Saturday, January 24, 2009

Underworld 3 : Rise of the Lycans (review)

Sebagai peminat filem Underworld, tidak bias bila aku kata movie ni memang best.



Sinopsis:


Cerita ini merupakan prequel kepada Underworld dan Underworld:Evolution. Secara ringkasnya, ia adalah cerita mengenai permulaan kepada peperangan antara werewolf (Lycan) dan Vampire (Death Dealer). Kalau nak baca ringkasannya, sila klik sini.


Yang best:


Jalan ceritanya agak ringkas, mudah difahami sekiranya korang sudah menonton siri pertama dan kedua. kalau sesiapa yang masih belum menonton kedua-duanya, filem ini patut ditonton dulu sebelum menonton siri pertama dan kedua. Grafik manusia menjadi Lycan semakin baik.


Yang tak best:


Babak pergaduhan yang terlalu pantas sehingga pening dibuatnya. tak nampak sangat babak cincang mencincang (i like) dan terkam menerkam yang ganas tu. Lepas tu tak berapa paham lak apa sumbangan si Sonja tu dalam perkembangan puak Death Dealer. Dalam filem tu cuma tunggang kuda, kena tunggang oleh Lucian, tu je la sumbangan dan sumbang mahram dia. Pas tu ada pulak babak yang kelihatan seperti Lord of The Ring terutamanya apabila Lycan menyerang istana Death Dealer.


Rumusan:


Walaupun aku kata filem ni best, tak bermakna 5 bintang. Bagi aku cukup sekadar 3.5 bintang je sebab jalan ceritanya yang masih perlu diperbaiki. Aku berharap ada la prequel dan sequel untuk siri kali ni, terutamanya macam mana Viktor berjumpa dengan Selene, dan bagaimana Lycan pertama wujud.


Tak rugi tonton filem ni especially bila korang memang minat cerita Underworld ni. Tiket semalam harganya RM10, and it worth watching.


Enjoy...

Thursday, January 22, 2009

Opis kalut

Pagi ni opis kalut.

Semua orang berlari sana sini sebab banyak sangat meeting yang kena dihadiri. Memandangkan tidak melibatkan aku, aku pun malas nak layan dorang. Lantak la, saper suruh korang tak prepare awal. Taktik muke kesian tidak lagi berkesan di kala ini.

Tetiba dalam jam 9 pagi, terhegeh-hegeh kerani aku datang, selamba badak memaklumkan perutusan penting dari tuan SUBah (kata Hazel).

"Bos suruh En. Gambit jaga parking orang datang meeting pagi ni."

Mau nya tak melenting aku dengar. JAGA PARKING????

Sudah mendidih telinga aku dengar arahan itu. Mentang-mentang la aku tak pi mana-mana meeting, aku pulak yang kena jaga parking. Banyak chantek muke ko. Sebagai menghormati 'arahan' SUBah aku tu, aku pun kuar la jenguk-jenguk kat depan opis tu, area lobi, kot-kot ada parking yang boleh aku 'jaga'. Memandangkan semua dah kena ambik orang, aku pun balik opis. Mampus kau la kalau orang komplen kenapa parking takde. Lain kali bawak driver, atau datang awal untuk ambik parking, atau tak payah datang meeting tu kalau susah sangat and komplen banyak pasal parking. Bukankah kat Malaysia ni masalah parking adalah masalah utama umat negara ini???? Keji!!!

Bukan sekadar aku yang bengang, kerani aku pun bengang dengar arahan SUBah. (saja nak ambik ati aku la tu...). Bagi bos aku ni, berpada-pada la kalau nak bagi arahan pun, kalau pun meeting ni tak ter'plan', buat secara adhoc, atau ala-ala bangang, jangan la sampai macam ni. Aku tak tau la sama ada kerani aku tu tersalah bagi arahan ka, apa ka. Yang pentingnya, plan la awal apa-apa pun.

Malas aku nak layan. Aku mau sentiasa berfikiran positif kala ini, walaupun semalam aku tido jam 10 malam sebab terlalu banyak berfikir pasal keje.

Hope i survive this one, just like before....

Wednesday, January 21, 2009

Menjawab Tag Hazel

Pagi ni tahap kebengangan aku berkurang sikit.

Menjengah blog kawan-kawan untuk menghilangkan rasa boring yang amat. Tetibanya mendapat tag daripada Hazel. Soalannya senang, tapi susah nak jawab. Ye la, tanya soalan pada orang single ni memang susah apabila soalan berkaitan dengan hidup berpasang-pasangan. Soalannya ialah:

7 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama pasangan anda:

Inilah jawapannya:

1. Australia (balik kampung mummy)
2. Indonesia (balik kampung daddy)
3. Holland (balik kampung moyang belah daddy)
4. China (balik kampung moyang belah mummy)
5. Sabah (balik kampung aku)
6. Dubai (nak nengok Burj Dubai, palm jumeirah, Hotel Atlantis)
7. kat umah je lepak-lepak. istimewa tu.....
(tempat-tempat 1 hingga 6 adalah perasan saja. yang realitinya ialah nombor 7)

Ada puas ati??? Tak puas ati sudah!

Ni, Juju sila jawab tag ini.

Tuesday, January 20, 2009

Keji!!!

Jam dah menunjukkan jam 10.40 malam.

Sepatutnya bos aku dah sampai penang jam 10.00 tadi sebab ada lawatan kerja. Aku dah arrange driver untuk dia, datang and ambik dia and hantar dia ke hotel. Nombor tepon driver pun aku bagi, just in case dia sampai dia akan call driver tu dan terus ke hotel. Ye la, hotel jauh.

But, 10 minutes ago driver tu call aku kata bos aku tak sampai lagi. Aik! Mana peginya orang tua tu???

Aku dah gelabah dah. Aku tersalah bagi nombor telefon ka? Aku tersalah suruh driver ambik tempat ka? Atau bos aku tu kena culik ka? Atau mampos tengah jalan???

Pelbagai persoalan atas kepala aku. Try call tak dapat. Then di kala aku dah macam malas nak call, tetiba dapat lak. Rupanya bos aku tu dah ikut orang lain pi makan.

Apa???

Ye, bos aku pi makan, and then tinggalkan driver tu cari dia kat airport. Pada asalnya, aku dah mintak dia ikut je officer lain yang datang ke trip tu sebab kenderaan dah disediakan oleh urusetia tapi dia lak degil. Katanya nak agensi di bawah department sendiri yang jemput dia. Jadi bersusah payah la aku arrange kan driver untuk dia. Perjalanan pulak bukannya dekat nak ke hotel tu. Dengar cerita dalam 2 jam gak. From penang to perlis. Yang aku risau lagi ni, driver tu dah tanya macam mana dengan penginapan dia. Aku kata bos suruh share dengan dia. Kalau bos aku tu lupakan driver tu, aku tak tau la nak cakap apa.

Aku tak tau la bos aku tu dah nyanyuk atau memang dia bebal atau memang dia ni jenis nak nyusahkan orang. Apa la susah sangat nak tepon driver tu kalau rasa lapar sangat nak makan. naya kat orang je sebab tunggu dia macam nak mati. Aku harap takde la sapa-sapa call aku jam 1 pagi nanti tanyakan mana bilik.

Aku memang dah tak respek dah bos aku kalau macam ni. Aku tak bole terima keadaan macam ni, tak nak diri susah tapi nyusahkan orang. Lain kali aku rasa aku tak nak la arrange kan trip dia tu. Pepandai dia la nak buat macam mana. Lagipun, kalau bebal sangat takkan jadi bos, ye tak. Aku memang dia dah start nak jadi bebal.

Berita terbaru yang aku terima, bos aku kata aku tersalah bagi nombor telefon. Sebab tu la dia tak dapat telefon driver tu. Dia kata aku bagi nombor telefon orang lain, sebab tu dia pi makan ngan orang tu. Waseh, please la, kalau dah bersalah tu ngaku je la. Ni nak salahkan aku pulak. Kalau dah salah nombor tu takkan la takleh call aku tanya nombor telefon driver tu. SMS dari bos aku ala-ala begini bunyinya:

"apa nombor hp driver tu? yang u bagi tu nombor ***. That's why i end up meeting him"

lantas sepantas kilat aku membalas SMS dia:

"En. *** tu pun saya tak kenal. Nama driver tu *** "

Kalau macam ni la attitude ngko, tak jadi bos aku pun takpe.

Rasa-rasanya ada peluang tak aku kena slush dari department tu??? Cerah nampaknya.

p/s: Berita terbaru, dia kata PA dia yang bagi nombor driver tu. As for me, tak kira la sapa bagi yang pentingnya driver dah tunggu. Please respect orang yang keje untuk you, eventho he is just a driver. Peace... i am outta here.

Lelah

Penat rasanya dalam beberapa hari ni.

Buktinya bila blog pun tak ber'update'. Hanya berminat untuk membaca blog kengkawan. Banyak sebenarnya yang nak dimasukkan dalam blog tapi semua longgok dalam 'draft' saja. Bila nak update terasa seperti dah basi la pulak.

Takde yang menarik berlaku sepanjang beberapa hari ni, cumanya aku start melayan CD Faizal Tahir. CD dibeli beberapa hari sebelum AJL 23, dan kemenangan Faizal untuk lagu Sampai Syurga begitu mengujakan sehinggakan itu la lagu yang menemani aku tatkala memandu balik dari kerja.

Memandangkan banyak aksi-aksi menjerit-jerit dalam lagu tu (and for sure suara aku tak sampai nak tarik-tarik tinggi macam tu), terpaksa la Savvior menjadi mangsa jeritan dan lalakan. Aku rasa pemandu yang bertentangan musti ingat aku dok meraung macam gila ka, apa ka dalam keter tu sorang-sorang. Ye la, nak ambik feel la katakan.

Ntah la, beberapa hari ni macam malas la pulak. Tadi baru je abis meeting department. Malas jugak nak layan sebab pengerusi dok membebel. Biar la, asalkan dia bahagia. Masalahnya aku yang tak bahagia.

Jam sudah menunjukkan jam 5 petang...dan aku masih lagi melayan lagu Sampai Syurga.

Thursday, January 15, 2009

New office

Since ofis baru aku dah ada, so aku pun slowly berpindah. Bilik baru ni keluasannya setengah dari bilik aku yang dulu (sedeh)... Jadi banyak barang-barang yang aku tak bawak ke ofis baru ni. Pemandangannya boleh tahan jugak la.Ngadap car park. Dah takde view tasik yang lawa itu.

Aku belum bercadang untuk mengupload gambar pejabat aku kat situ sebab tak berapa lawa lagi bilik ni, dengan cat yang tertanggal-tanggal. Kalau ikutkan ati, mau je aku datang ofis ujung minggu ni untuk cat ofis aku tu. Tapi apakan daya, ni bukan hak aku pun. Terpaksa la aku menerimanya dengan rela.

OK la, aku mau meneruskan kerja ni. Jadi nanti aku bagitau lagi pasal opis aku yang tak best nih...

Wednesday, January 14, 2009

Menjawab Tag D

Setelah lama aku menunggu untuk di jemput dalam blog D, akhirnya terjerumus jugak aku sebagai orang yang boleh view blog Pieces of D. Then, disambut oleh persoalan tag ini, beserta anugerah katanya.

Sebelum tu, mengucapkan terima kasih la kerana menganugerahkan anugerah ini. Tapi, takde ke gambar jantan sebagai menggantikan minah lenggok dalam anugerah itu???? satu lagi, kiut kah blog ini???? **** Lari....

Ok la, inilah jawapan kepada persoalan tag itu:

1. Copy Badge '2008 Cute's Blogger Award' untuk diletakkan di blog anda:

(sudah siap dan jelas serta jeles menerangkan maksudnya. Anyway, tengkiu...)

2. Link atau ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda:

Saper lagi, orang yang meng'tag' ini adalah Ratu Membeli-Belah iaitu Pieces of Me.


3. Setiap blogger hendaklah menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih pemenang seterusnya:

(i) aku suka melukis, hobi sejak kecil. Buktinya ...

(ii) aku suka perfume especially yang terbaru di pasaran. Koleksi peribadi tak lah banyak sangat. Dalam 20 jenis. Paling digemari ialah Banana republik (mati la sokong Amerika...)

(iii) aku suka camping. Jiwa askar la katakan. Dulu daki bukit jugak kegemaran disamping camping nih, tapi sebab dah tua, lutut selalu sakit jadi aktiviti mendaki dikurangkan.

(iv) aku suka tengok wayang dan kumpul VCD dan DVD citer-citer baru terutamanya yang seram. And kalau rajin buat review bagi advice kengkawan supaya tidak tertipu dengan propaganda iklan semata-mata.

(v) aku suka menyanyi. Walaupun suara ku tidak la sesedap mana dan juara kampung pertandingan karaoke, aku tetap suka nyanyi. So far jiran-jiran tidak komplen tiap kali aku melalak dalam umah, semasa basuh kete dan sebagainya. Ada jugak beberapa jiran yang asyik geleng kepala bila aku dah start nyanyi, tak tau makna geleng kepada tu sama ada "Wah! Sedapnya suara dia" atau "Bila la dia ni mau berenti nyanyi" atau "Bila la budak gila ni nak mampos?". Apa pun, suka ati aku la.

(vi) aku suka jalan-jalan. Kalau boring ujung minggu, aku just bawak keter dari Seremban ke Nilai, atau mana-mana yang keter aku bawak aku pegi (bukan aku bawak keter, tapi keter bawak aku. Lantak la). Kadang-kadang just nak pi makan, atau nak window shop atau menyanyi (lari dari jiran-jiran). Dalam keter aku penuh dengan makanan dan minuman, just in case aku nak lepak tepi jalan atau malas nak singgah beli makanan kat mana-mana just becoz aku tak nak mengganggu perjalanan... i love to travel (and to trouble) with my car (and my jiran).

(vii) Aku paling tak suka bila orang tanya aku macam-macam. Discussion dengan bos merupakan sesi paling boring dalam idup aku. Aku ingat dulu masa aku ambik result SPM, aku dah bagitau mak aku jangan tanya macam-macam bila aku dapat result, sebab aku tak nak mak aku keciwa tengok result SPM aku. Memandangkan mak aku dah paham sifat aku ni, dia tak nak la tanya. Hari kedua baru aku yang buka mulut bila tengok mak aku macam tak senang duduk, tak senang buat keje sebab tak tau result SPM aku. Bukan apa, jiran dan sedara mara asyik tanya mak aku berapa aku dapat. Tu la mak, lain kali warning dorang awal-awal tau.

(viii) Warna kegemaran aku ialah biru. Sampai makcik jual tisu pun tau kalau aku nak beli tisu mesti kotak warna biru. Kalau tak aku tak nak beli. Sian makcik tu jadi mangsa keadaan.

(ix) Aku suka sesuatu yang sistematik. Aku suka kepada disiplin, dan aku suka ikut peraturan. Kekadang aku langgar jugak peraturan sebab memang lumrahnya manusia suka buat sesuatu yang orang tak bagi. Tapi aku rasa aku memang jenis orang yang skema...sedeh... sedeh...

(x) Aku tak suka motto. Beberapa kali aku bertekak dengan fasilitator kursus tiap kali ada program yang bertanyakan soalan "Apakah motto anda?". Harus la aku melenting bila ditanya soalan itu. Mana aku tak melenting, ada pulak katanya kalau takde motto maknanya takde prinsip idup. Masalahnya hebat sangat ka fasilitator tu? Apapun, aku masih ada disini walaupun tanpa motto.

4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyertakan nama mereka di blog anda. Macam biasa:

Memandangkan blog aku ni bukan la blog yang disukai ramai, limited edition la katakan. Jadi aku hanya bagi anugerah ni pada 5 blog je. Blog dorang ni pun tak tau la kiut ka, apa ka. Tapi blog dorang-dorang ni la yang selalu aku baca. Dan anugerah ini jatuh kepada:

(i) Juju

(ii) Hazel

(iii) Ayoi

(iv) Mamawafiy

(v) Acap.

Selamat menjawab... (masih sedeh mengenangkan nasib pekeliling JPA yang hampes itu).

Gempar!!!

Berita tergempar yang baru diterima dari kengkawan. Sebenarnya takde la gempar sangat sebab aku dah tau lama dah pasal nih.

Dasar Baru Perkhidmatan Awam.

"Berhubung dengan urusan kenaikan pangkat ke Gred M48 terdapat dasar baru yang telah diputuskan oleh Ketua Perkhidmatan dan telah dilaksanakan oleh Bahagian Perkhidmatan iaitu pegawai perkhidmatan Gunasama perlu berkhidmat untuk tempoh sekurang-kurangnya 8 tahun untuk kenaikan pangkat ke Gred M48. Dasar baru ini melibatkan pegawai lantikan tahun 2001 dan seterusnya."

Bunyi macam hanjengs sangat, kan. Memang hanjengs pun. Kesian la pada sesiapa yang dah beli umah, kete mahal-mahal, utang terlebih lebih, menjaja dah naik pangkat terlebih-lebih. Jadi, semuanya kena demoted.

Jadi, apa la gunanya PTK selama ini yang menyebabkan semua orang kelam kabut nak lulus cepat-cepat and naik pangkat cepat-cepat.

Aku rasa kalau benda ni hanya melibatkan golongan gunasama, mesti yang tak puas atinya ialah golongan yang bukan guna sama sampai isu ni dibuat. Apa la masalah korang ni??? Tak senang tengok orang senang. Yang bebalnya sapa lagi, orang yang buat keputusan ni la. Dengan ekonomi yang merudum ni, harus la 48 sekalian bangkit untuk menuntut penjelasan. Tapi hanya 48 yang dah kompom la. Yang just tak lulus lagi tu, tak guna also u oll meraung. Hakikinya masih 44 gitu.

Harus ka di gembar-gemburkan kepada kengkawan yang lainnya?????

Lu pikir la sendiri untuk diri sendiri dan kengkawan.

HUARGH!!!! SEDEH!!!! SEDEH!!!!

Tuesday, January 13, 2009

Boring nak mampus!!!

Hari ni aku accompanied my boss pi buat lawatan keje, nengok projek yang dah siap tapi tak pakai. Ekceli bukan tak pakai tapi belum dapat pakai sebab banyak lagi isu yang belum diselesaikan.

Masa lawatan tu bos aku tanya itu dan ini, kononnya berminat. Then, bila ada yang tak kena je terus paling muka kat aku.

Ni projek u jaga dulu ni, kan??? Dia tanya aku.

Aku angguk je.

OK la. Memang projek tu aku yang jaga dulu. Jaga as per "jaga" sebab terpaksa jaga. Bukan la aku yang meluluskan projek tu, atau aku melutut kat mana-mana pak sinister nak projek tu dilaksanakan. Hatta tidak sekali-kali aku mendapat apa-apa habuan terhadap projek tu kerana aku hanya seorang pegawai awam yang naive tak tau aper... (chewah).

Aku boring gak pasal bos aku ni. Asyik-asyik bila ada problem macam ni (macam projek yang siap dibuat tapi tak bawak kesan pada orang), terus je nak salahkan orang. Dalam hal ni, aku la yang salah.

Hello, pakcik. Asyik-asyik kata bazir duit rakyat, buat projek tak viable, projek tidak membawak untuk la, itu la, ini la. And then yang paling keji sekali, paling muka kat aku. Apa kes???

Apa ko ingat aku yang luluskan projek tu? Ala, kalau ko ditempat aku, dapat ka ko berkata tidak kalau pak sinister dah beriya-iya nak projek tu. Ko pun mesti terkulat-kulat kan. Jangan la nak tunjuk pandai mengata itu ini sedangkan hakikatnya ko jugak la terlibat dalam pembaziran mahakarya duit rakyat tu.

Kekadang aku terfikir jugak la, keje gomen ni banyak menghabiskan sumber negara pada sesuatu yang tak betul. Buat projek grand fan mega nak mampus, pas tu hasilnya ntah ke mana. Pak sinister yang beriya lepas dari segala tanggungan, pegawai gomen jugak la yang kena cekup masuk lokap kalau ada kes pecah amanah. Kalau pegawai yang korup tu, elok gak dia masuk lokap. Tapi pada yang tak tau haper, macam kes aku nih, mesti la ngamuk bila bende tu tetiba jadik salah aku.

Sempena 6 tahun aku keje ni, terfikir gak nak merubah sesuatu yang tak betul yang berlaku sekarang. Tapi macam mana ya, kalau kebanyakannya memang tak betul. Sama ada aku kalah, atau aku kalah. Walaupun opsyen kekalahan tu tak patut difikirkan pada ketika ini kerana terlalu negatif, tapi terfikir jugak, "apa positifnya dalam kes semacam ini". Kalau dah majoriti tak betol, yang betol akan tersingkir tak berguna. Berakhir di lokap la jawabnya.

Namun, kalau perasaan positif yang betul-betul nak mengubah sesuatu, aku rasa ini adalah ketikanya. Mungkin belum sesuai, tetapi perlu jugak disemai.

Apapun, aku mohon supaya keje aku diberkati.... Amin.

6 tahun

Sedar tak sedar, telah 6 tahun aku berkhidmat sebagai penjawat awam.

Banyak duka dari suka. Sebabnya banyak KEJE... dan banyak KEJI!!!!

HUARGHHHH!!!!!!

Bos akan pi meeting sat lagi. Aku mau lari cari makanan. Cafe kat bawah dah penuh sangat ngan orang. Ye la, menjelang ujung bulan ni semua makan kat cafe. Tanda-tanda ekonomi merudum.

Kepada kengkawan se batch ku, DPA 1/2003, Selamat Ulang Tahun Perkhidmatan Ke-6 dengan ucapan, korang tak nak pencen awal ka????

Selamat bekerja!!!

Sunday, January 11, 2009

10 Januari ... cerita semalam

Semalam adalah big event for both my assistant.

Yang satu menyambut ulang tahunnya yang ke-31 (lebih tua dari boss nya sendiri).

Dan yang satu lagi telah menamatkan zaman bujangnya (juga lebih advance dari bosnya sendiri).

So, to both of you, selamat menyambut event masing-masing. Pada yang menjemput, your boss ni nak mintak mahap sebab tidak dapat datang ke majlis disebabkan busy berjalan-jalan menenangkan fikiran. For your info, keje kita kat unit baru tu memang melambak. Dan since aku pun kena cover urusan tanah pulak, instead of pengangkutan darat, hopefully korang keje rajin-rajin dan jangan buat hal.

Ni pengumuman na kbuat ni. Esok ada perhimpunan pagi, sila datang awal. Jangan biarkan aku menjawab dengan higher management kenapa korang datang lambat atau tak datang langsung coz i hate covering someone elses fault.

Enjoy your Sunday coz tomorrow will be a very hectic day for all of us. Sempena 11 Januari 2008 hari ini, layan lagu 11 Januari dari Gigi.

Chow...

Versace and Dior

Apa la tahun baru kalau tidak ber-perfume baru.

Baru-baru ini mengadakan kunjungan mengejut ke Pulau Pinang sempena arahan management untuk menyelesaikan masalah satu projek bermasalah kat sana. As usual, aku memang amat malas untuk melangkahkan kaki ke airport. Why? Sebab aku akan bertembung dengan kedai-kedai perfume yang berada di sepanjang perjalanan dan sejauh mata memandang.

Di KLIA, ala-ala terpesona dengan iklan Hilfiger yang mempromosikan haruman barunya, aku memberanikan diri untuk mendekati salesgirl (walaupun salesgirl tu yang mendekati terlebih dahulu). So, aku tanya la perfume Hilfiger yang baru itu dan ada la tengah promo kat situ. Bila aku tanya apa free gift yang dia bagi, as usuala also, dia bagi pouch, unfortunate for me coz it's for ladies. Suddenly dia promote pada aku this perfume; Dior Homme Sport. Sekali spray, baunya macam Chanel Sport Blanche Edition. Tapi lebih lembut compare to Chanel. Wanginya agak sama, oriental (bauan buah citrus, limau la tu). Since botolnya adalah cantik, aku grab satu. Then kat kaunter minah tu bagi tester JPG dan Issey Miyaki.


Cumanya aku tak berapa nak paham kenapa bila edisi Sport je, semua bau limau, ala-ala bau buah-buahan masam. Adakah di associate dengan bauan masam ketika berpeluh??? Oh tidak! Harus di pakai ketika mau tidur sahaja, kot-kot mimpi bersukan mewakili negara dalam Sukan Olimpik atau bermimpi jogging di kawasan Tasik Putrajaya.

Itu cerita semasa di KLIA.

Then, balik dari Penang, aku singgah lagi kat kedai Eraman tu untuk jenguk-jenguk perfume gak. Biasa la, aku bertanyakan apa lagi perfume yang ada kat situ just in case ada lagi perfume baru yang tak sampai di KLIA. Memandangkan this lady selalu mempromosikan perfume tiap kali aku ke kedai tu and dia tau aku ni minat gak kat miniature, terus dia promote miniature dulu sebelum promote perfume tu. Keji...
Miniature yang dia bagi is Banana Republik, Slate (which i bought the 100ml perfume few months back). Perfume yang aku mesti beli just to get that miniature is the latest Versace. Baunya sama dan hampir serupa dengan Versace versi sebelum ini yang juga berwarna biru tapi this one a little softer in term of smell and more beautiful in term of packaging. Unfortunately dia hanya jual 30ml berkembar dalam satu kotak, in short, 2 botol dalam satu harga. Ah! Usah di gusarin harganya kalau ati telah berkenan. Jadi di ambik jugak walaupun pada paginya telah membeli Dior.


Jadi, kepulangan dari Penang telah ditemani dengan 2 perfume baru. Perfect sebagai pembukaan tahun baru.

Then, sebagai langkah memboikot produk Amerika dan Israel yang telah dilancarkan baru-baru ini, harus la perfume itu adalah perfume terakhir dibeli untuk kali ini. Sehingga berjumpa di KLIA untuk shopping perfume lagi, adios, wa chow dulu.

Wednesday, January 7, 2009

Confirmed

Aku confirmed ke department baru.

Dan aku akan dapat balik assistant aku and another assistant kat tempat lama (menjadikan keje yang pernah dibuat oleh 5 orang kini didukung oleh 3 orang). Hebat, kan. Hebat kejadahnya. And additional news, aku kena cover pulak another post yang kejenya memang mengalahkan unit baru yang aku jaga sekarang ni, with additional 2 assistant. The best thing is i know nothing about that unit. In short, aku memang tak tau haper pasal unit tu.

Tapi keje tetap keje dan aku terpaksa jugak buat. Alhamdulillah, ucapan pertama dari mulut aku tatkala aku terima berita pasal perpindahan aku ke department baru. Apa lagi ucapan yang terbaik yang boleh aku ucapkan selain itu. Aku menerimanya se positif mungkin. Walau hati masih merasa agak berat untuk aku tanggung semua tu, tapi apa yang boleh aku buat masa ini adalah cuba untuk buat yang terbaik.

Dan aku yakin Allah takkan membebankan aku dengan amanah yang tak mampu aku tanggung. Aku yakin itu.

Lagipun kalau askar ni mana dia tau perkataan TAK BOLEH. Buat dulu, boleh atau tak boleh itu belakang cerita. Dan aku sentiasa berpegang pada prinsip itu.

Pagi ini aku memulakan kerja dengan agak ceria, kurang ceria sedikit daripada semalam. Dan masih menunggu surat transfer and surat tanggung keje. Bagi aku, kalau Allah nak bagi rezeki, pelbagai cara boleh Dia buat. Ini rezeki untuk aku menimba lebih banyak ilmu. Harapnya begitu. Semoga hari ini adalah anugerah untuk hari esok.

Selamat bekerja... dan meneruskan kerja.

p/s: entry di atas merupakan entry orang yang tengah bengong, kurang stabil emosinya dan berpotensi untuk di hantar ke pusat pemulihan. Sekiranya ada yang tak kena, lantak la. Anyway, this is my blog!!! HAHAHAHAHAHAHA

Tuesday, January 6, 2009

Debaran

Bos masih dalam bilik meeting. Actually hari ni merupakan hari penentu kedudukan aku kat Department ni, sama ada aku kekal atau aku akan transfer ke department baru. For sure aku ke department baru la sebab boss baru tu beriya-iya sangat aku ke department dia. Biasa la, jenis PEMALAS!!!

Debaran jugak melanda bila mengenangkan bila aku kena turun ke department baru. Adakah immediately ataupun ada jangka masa yang tertentu? Aku malas nak ambil pusing. Kekadang malas nak pikir. Pagi tadi bos baru tanya lagi bila nak turun ke department baru. Aku just senyum sumbing.

Bos masih di bilik meeting dan jam hampir menunjukkan jam 5.30 petang. Aku sudah mau pulang... Esok mungkin aku akan tau keputusannya... ya, mungkin esok sebab aku sedang packing mau pulang.

Monday, January 5, 2009

Gud News vs Bad News

OK la. Keje kat ofis hari ni ok je, setelah banyak perkara yang menyesakkan jiwa di awal tahun nih. Banyak jugak yang berlaku dalam 1 hari ni. Ada yang baik, dan ada jugak yang tak baik (yang banyak tak baik dari yang baik). So, kita mulakan dengan yang tak baik dulu:

Yang Tak Baik:

i. berita pasal member aku yang sorang ni, e-am, dah la suspected denggi and bini dia kompom denggi, mak dia pulak sakit. Sian dia, banyak ujian yang diterimanya di tahun baru. Semoga cepat sembuh;

ii. bos kat ofis baru asyik tanya bila aku nak ke Department baru. This is really bad news. Seperti biasa aku menggunakan hikmat menepis dengan senyuman sumbing. Malas mau layan. nanti menyesakkan badan. Standard reply kalau dapat soalan cepumas macam tu ialah "I masih belum terima surat transfer."

iii. minah kong-kong yang asyik nak tolak keje dia kat department aku. Mentang-mentang la ko dah naik pangkat. Naik minyak la ngko ye. Takpe, hari aku akan sampai jugak nanti. Nasib ko la kalo ko tak dapat pelempang dari aku...wakakakaka!!!!

OK la, udah-udah le tu dengan yang tak baik tu. So, kita beralih pada yang baik pulak:

Yang Baik

i. Aku dah dapat terima kenyataan bahawa post yang aku bakal duduk ni memang banyak keje. So, aku tak perlulah nak pening kepala, moody atau apa-apa yang tak berkenaan bila dapat post tu nanti. Baik aku belajar untuk menerima kenyataan ini dari coba menolak sesuatu yang memang aku akan hadapi jugak pada masa depan.

ii. Aku akan pindah ke department baru tak lama lagi. Is it a good news??? Kalau pahit itu ubat, kenapa takut untuk ditelan.

Kan aku dah kata yang tak baik lagi banyak dari yang baik. Ni rasanya baru sehari. I am expecting more bad news dalam beberapa hari ni. Malas aku nak pikir. Jadi aku mau mengamalkan gaya hidup sehat la lepas ni; balik keje on time, nak luangkan lebih masa yang berkualiti untuk diri sendiri, mula kembali bersukan dan bla...bla...bla...

Dan manusia hanya bisa merancang, hanya Allah yang menentukan. Aku akan tetap gembira walaupun aku hanya bisa merancang...

...selamat malam. Semoga hari esok memberikan harapan gembira atas apa yang aku rancang. Amin.

Hari pertama dalam 2009

Hari ni merupakan hari pertama aku keje dalam tahun 2009.


Seperti biasa, mood untuk bekerja masih belum ada. So, aku just mundar-mandir, pusing sini pusing sana, ntah apa yang aku cari, aku pun tak tau. Aku tau keje melambak tapi macam masih tercari-cari strength untuk keje.


Perbincangan dengan bos pagi ini sungguh tidak membuahkan apa-apa hasil. Apa lagi bila melihatkan ke'eager'an bos aku untuk menurunkan semua keje-keje kat Unit minah kong-kong tu pada Bahagian Pembangunan, to be exact, Unit yang akan aku duduki. Geram! Geram! Geram!!!

So far, i can still control my emotion. Ye la, appreance misti mau elok, walau dalam ati punya macam nak maki hamun je. Be profesional, some says. Tapi bagi aku, certain things have limit. So far, the condition is under control. Belum lagi out of control, or sooner will be. Apa pun situasinya, kita kena hargai apa yang berlaku hari ini kerana ia merupakan anugerah. Aku ingin meminjam kata-kata dalam Movie Kung Fu Panda:


Yesterday was a history

Tomorrow is a mystery

And today is a gift... that is why they call it present.


Jam masih belum menunjukkan pukul 10 pagi, maknanya masih jauh lagi perjalanan untuk balik jam 5.30 petang nanti.

Bagi sesiapa yang juga baru saja memulakan tugas pada hari ini, Selamat Bertugas...

Sunday, January 4, 2009

Cuti dah abis

Hari ni merupakan hari terakhir bercuti.

I hate long holidays sebab aku akan jadi terlalu malas. Huh!!!

Semalam aku menerima jemputan makan-makan, of course diterima dengan hati terbuka sebab sememangnya malas mau jalan-jalan mencari makan kat kedai-kedai. Well, bila dah pi rumah orang takkan la just menunggu orang datang and suapkan makanan kat mulut. Harus la mencurah tenaga dan membanting tulang untuk mendapatkan makanan. Dan segala usaha terbalas jua bila berjaya mendapatkan sepinggan mee goreng and beberapa mangkuk ABC. Yummi!!!!

Second session of the dinner ialah meratah kerang bakar. Memandangkan alergik aku masih belum reda (kerana masih dalam pantang 6 bulan), aku hanya jadi tukang bakar je. Dan since benda yang boleh aku bedal ialah ABC, aku pun bedal lah ABC melebihi dari apa yang tuan rumah dapat. Hahahahaha (gelak jahat!).

So, esok dah nak keje. Jadi rutin terakhir yang biasanya aku buat sebelum keje ialah meng'iron' baju dan seluar keje, dan semak apa-apa keje yang perlu dibuat esok (yang nampaknya berlambak-lambak). Aku bercadang nak bertolak awal esok since esok jugak adalah permulaan budak-budak sekolah masuk sekolah, aku tak nak tersangkut dalam jamm yang tak sepatutnya.

OK la, memandangkan banyak baju yang nak kena iron, aku chow dulu. Kalu ada apa, aku update ya.

Selamat bekerja!!!!

Friday, January 2, 2009

Geran dan tayar

Since aku tak bole nak meng enjoykan diri aku dengan menonton wayang kat Negeri ni buat seketika (sehingga esok), jadi aku pi la buat tayar baru untuk si Savvior since tayar yang sedia ada ni dah seperti kepala Za*bo. Terbang la RM315 hari ni. Dengan eksennya Savvior pun berjalan dengan kaki barunya itu. Cit!!!

Selain itu gak, aku pi ambik geran keter aku kerana insurans dan road tax nya dah nak meninggal. Akan terbang lagi dalam RM900. Pengsan la kalau macam ni. Dalam beberapa bulan ni, Savvior dah menelan hampir RM4 ribu. Kalau duit tu bole pakai shopping, tentu dah merasa aku pakai Xperia X1 tu. Sabar je la. Rezeki belum ada lagi.


(Geran oh geran....Geram oh geram!!!!)

Plan berjalan-jalan ke Melaka hari ni jugak terpaksa dibatalkan sebab aku terasa malas pulak. Ye la, duit dah banyak abis. Gaji bulan ni pulak sekitar 25 hari bulan. Ada lebih 3 minggu lagi tu. Jenuh menunggunya. Tapi takpa, insya Allah ada la rezeki tu kat mana-mana nanti.

Since DVD baru pun dah aku tengok (dengan ulangan beberapa kali), aku plan nak kuar jenjalan kat area-area dekat-dekat ni, and dinner kat McD je malam ni. Malas nak makan berat-berat. Lagipun bujang. Makan tak leh la cerewet sangat. Apa yang ada tu bedal je la. Tengah cari idea nak pi mana esok. KL??? IOI Mall Puchong??? Mines Serdang??? Semua laza-lazat. Yang tak lazatnya duit je yang tak seberapa nak ade. Oh ya, yuran Mick belum bayar lagi. Mungkin esok masih berkira-kira bajet untuk adik-adik sekolah...

Bila la gaji aku nak naik RM8 ribu nih????? (perasan kejap***)

Thursday, January 1, 2009

Tahun 2009 yang geram

Semalam aku bercadang untuk menonton wayang la since aku mengambil keputusan untuk bercuti (walaupun cuti tak lulus lagi). So aku pegi la kat jusco Seremban 2, nak nonton filem The Spirit jam 11.45 pagi and disambung dengan IP Man jam 3.50 petang. Kalau ada citer best, nak sambung 1 atau 2 movie lagi la. Ye la, dah namanya movie maraton.

Sampai dipintu masuk panggung, tetiba aku konfius kenapa la pintu cinema tu tutup separuh. Tak de letrik ke? Ada kecemasan ke? Buat renovation ke? Ada ular masuk panggung ke? then, sorang mamat ni datang dekat aku.

"Abang yang beli tiket tadi tu kan?"

Aku angguk je.

"Maaf la bang. Hari ni cinema tutup sebab kematian Yang Dipertuan Negeri. Cinema buka balik Sabtu ni. Abang boleh pi kaunter and refund tiket. Maaf bang ye"

Maunya terlopong aku kat situ. Ye la, aku tau la YDN dah meninggal. Tapi aku tak nampak la kaitannya dengan cinema tak leh bukak. Kalau pusat karaoke tak leh bukak, nampak la jugak perkaitannya. Ni setakat nak masuk panggung and duduk diam-diam tengok movie pun tak leh. Apa kes????

OK la. Aku malas nak komen panjang-panjang. Nanti masuk lokap lak sebab tak menghormati orang yang dah meninggal. Ye la, yang meninggal tu pun bukan calang-calang orang. Lagipun aku just menumpang je kat Negeri ni. Kena halau lak. Lantak la. Malam semalam pun aku malas nak layan TV. Rasanya takde yang menarik pun. So, aku layan la DVD citer seram yang aku beli disebabkan ketensionan aku tak leh tengok movie kat cinema.

Semalam aku ke KL, tapi tak jalan-jalan mana pun sebab kaki aku masih sakit. Ala, lagipun tujuan aku ke KL pun hanya jalan-jalan. Bukan Jalan-Jalan Cari Makan Menternak Badan seperti rancangan kelolaan Mariah Tungku Kayu Sabrah... (Hazel, jangan marah).

Memandangkan terlalu lama sangat jalan-jalan, aku pun tak larat nak layan DVD malam tadi. So, hari ni aku nak sambung. Sebelum tu, nak wish all the readers:

Selamat Tahun Baru 2009 dengan pertanyaan "Apa resolusi atau evolusi korang tahun 2009 nih???"