Wednesday, January 7, 2009

Confirmed

Aku confirmed ke department baru.

Dan aku akan dapat balik assistant aku and another assistant kat tempat lama (menjadikan keje yang pernah dibuat oleh 5 orang kini didukung oleh 3 orang). Hebat, kan. Hebat kejadahnya. And additional news, aku kena cover pulak another post yang kejenya memang mengalahkan unit baru yang aku jaga sekarang ni, with additional 2 assistant. The best thing is i know nothing about that unit. In short, aku memang tak tau haper pasal unit tu.

Tapi keje tetap keje dan aku terpaksa jugak buat. Alhamdulillah, ucapan pertama dari mulut aku tatkala aku terima berita pasal perpindahan aku ke department baru. Apa lagi ucapan yang terbaik yang boleh aku ucapkan selain itu. Aku menerimanya se positif mungkin. Walau hati masih merasa agak berat untuk aku tanggung semua tu, tapi apa yang boleh aku buat masa ini adalah cuba untuk buat yang terbaik.

Dan aku yakin Allah takkan membebankan aku dengan amanah yang tak mampu aku tanggung. Aku yakin itu.

Lagipun kalau askar ni mana dia tau perkataan TAK BOLEH. Buat dulu, boleh atau tak boleh itu belakang cerita. Dan aku sentiasa berpegang pada prinsip itu.

Pagi ini aku memulakan kerja dengan agak ceria, kurang ceria sedikit daripada semalam. Dan masih menunggu surat transfer and surat tanggung keje. Bagi aku, kalau Allah nak bagi rezeki, pelbagai cara boleh Dia buat. Ini rezeki untuk aku menimba lebih banyak ilmu. Harapnya begitu. Semoga hari ini adalah anugerah untuk hari esok.

Selamat bekerja... dan meneruskan kerja.

p/s: entry di atas merupakan entry orang yang tengah bengong, kurang stabil emosinya dan berpotensi untuk di hantar ke pusat pemulihan. Sekiranya ada yang tak kena, lantak la. Anyway, this is my blog!!! HAHAHAHAHAHAHA

5 comments:

MyMatahari said...

Yeay... kerja di mana2 sama jak gux.. rite?!

Kak M said...

havoc skall cerita pasal transfer uol nie... macam jauh jer department baru tu... kat mana actually?

gambit said...

Gitix : Kalau kerja makin banyak tu dikira sama ka???

Hazel : Actually 5 floors down je department tu. Tapi yang bohsannye bukan sebab pindah department tu, tapi keje yang ada kat department tu. Bos baru nak tunjuk pandai, semua keje orang dia nak ambik. at the end of the day, yang buat keje bukan dia tapi kitorang...Menci!!!

Kak M said...

ooo 5 floors down jer... ingatkan kena tukar ke Jabatan Laut kat Kuala Terengganu ke apa... cheh!

gambit said...

Hazel : Hehehe...harus la perpindahan itu digembar gemburkan sehingga mencetuskan kekonfiusan.