Tuesday, March 31, 2009

Apple je...

Last week aku ke Melaka.

Saja buang masa sebab nak gak relax-relax. Bila berjalan-jalan tanpa uang saku nih terasa malas pulak kan sebab buat sakit ati je tengok sale sana sini. Ni pulak broadband buat hal, takleh nak access internet kat umah. Tak bayar bil ka?

Tapi sampai melaka takkan la nak balik tangan kosong, kan. Jadi gigih la jugak nak mencari apa-apa yang bole dirembat bawak balik. memandangkan faktor kewangan yang terhad, dapat beli buah-buahan je la kat melaka.

Ala, takde yang spesel...buah apple je...


Thursday, March 26, 2009

Diamond for Explorer

Disebabkan kemarahan yang meluap-luap, perlu diredakan dengan segera.

Trip ke KLIA membuahkan hasil. Dah kata dah, bila ke KLIA, memang tak sah kalau tak membeli perfume. Kali ini, pilihan hati adalah Exlporer (Polo) dan Diamond for Men (Emporio Armani). Beli pun sebab yang jadi jurujual adalah orang kampung. Harus la mendapat miniature dan beg segala.

Yang pertama ialah Diamond for Men (Emporio Armani):





Heart notes
Vetiver, cedarwood, sichuan pepper

Top notes
Bergamot, guaiac wood

Base notes
Cacao, amber


...and yang kedua is Explorer (Polo). Perfume ni dah lama dah tapi saja beli.

Heart notes
Waterfall accord, Coriander spice and Rugged leather

Top notes
Mandarin oil and Bergamont

Base notes
Mahogany

Tau tak heart notes, top notes and base notes tu apa??? Nanti lain kali kita cerita, OK. Dengar cerita minggu depan ada promotion Hugo Elements. Cant wait to get one.

Tuesday, March 24, 2009

Little Napoleon

Malam tadi dapat sms dari member.

Little Napoleon tu maksudnya orang yang selalu membangkang. Elok benar la tu maknanya. Bagi aku, perkataan 'membangkang' tu bukan la perkataan yang sesuai. Better gunakan 'check and balance'. Manusia ini tidak sempurna. Tidak semua dia dapat tau. Tak semua yang dia dapat lihat. Contoh paling senang, telinga korang. Boleh korang tengok telinga korang sendiri? Mesti nak tengok cermin, kan. Atau orang lain tolong tenggokkan. Itu maknanya perlu ada orang lain atau tools lain yang bantu kita menuju ke arah kesempurnaan.

Hari ini panggilan Little Napoleon tu lekat pada sesiapa yang tau isunya. Aku biasa je. No harm. Ada sesekali tu aku guna gak perkataan tu bila aku tengah diskas something dengan bos. Bos pun dah geleng kepala bila aku sebut macam tu. Banyak bersabar, katanya.

Am i not banyak bersabar???

Dalam hal sebegini, aku tidak melihat kepada kepentingan diri tapi lebih kepada organisasi. Duit yang nak digunakan untuk pembangunan tu bukan duit aku sorang. Tu duit seluruh rakyat Malaysia. Dan yang aku perlu cuma 1 benda saja: ARAHAN BERTULIS SUPAYA KEPUTUSAN DAPAT DILAKSANAKAN TANPA SEBARANG MASALAH.

Ada masalahkah nak sediakan semua tu?

Kalau berat sangat nak disediakan, maknanya ada sesuatu la tu yang tak berapa betul.

Ada aku kesah???

Kesah jugak la sebab aku yang kena sekarang ni.

Nak blacklist aku?

Terpulang. Rezeki di tangan Allah.

Sekarang ni aku mau menumpu pada kerja aku. Sudah sudah la tu, kata bos. Kali ni arahan bos aku kena ikut walaupun tanpa written instruction. Jangan disebabkan perbuatan seseorang yang kurang bijak, aku jadi kurang bijak daripada dia. Lantak la. Yang penting aku mau kerja seperti dulu. Atau adakah ini sekadar alasan untuk aku tak nak buat keje??? Hehehe...

Petang ni aku tak masuk meeting sebab biasanya aku akan duduk disebelah bos bila meeting tu, and dekat dengan pengerusi. Tak pasal-pasal kena fire. Bos pun tau keadaan aku dan tak bagi greenlight untuk aku pegi. Sekarang ni terperuk dalam opis, nak buat keje.

Pada sesiapa yang menghadapi masalah yang serupa, tak payah layan la macam yang aku buat ni. Aku ni memang mengada sikit. Mudah terasa hati, agaknya. Tak pa la. Mungkin masa sekarang ni nak praktikkan apa yang diajar masa kursus dulu, banyak memendam rasa.

Apapun, aku tak mau jadi gila sebab selalu sangat pendam rasa.

Aku mau jadi aku, dan jadi aku sampai bila-bila...

Monday, March 23, 2009

Pegawai kecik

Susahnya bila jadi pegawai kecik.

Sebabnya, bila dah jadi pegawai besar, senang buat keputusan dan bila keputusan salah, ada pegawai kecik yang boleh jadi kambing itam.

Salah kah jika seseorang menjaga kepentingan organisasinya terutama sekali dari segi kewangan, dalam zaman kegawatan ekonomi ini. Susahnya bila ada orang besar yang tidak mahu mendengar pandangan orang kecik.

Hari ini dapat gelaran. Bukan gelaran Dato' ye, tapi Dato' yang bagi gelaran. Baik punya gelaran. Tapi sayangnya aku tak paham maksud gelaran yang Dato' bagi. Mungkin aku kena baca buku sejarah kot. Kalau sejarah negara sendiri, nak jugak aku baca. Ni sejarah negara orang lain...

"Little Napoleon" katanya.

Satu penghormatan atau penghinaan? Hina sangatkah gelaran tu??? Lantak la. Selagi boleh, aku ni memang nak membangkang je kejenye. Bukan tidak mahu pikul tanggungjawab, keje dengan gomen ni perlu black and white. Written instruction, katanya. Kalau tak, takde backup. Kalau dah buat silap, takde sapa nak tolong. Masa tu tak guna nak merayu pada orang-orang yang sememangnya tak berguna dari awal. Buat masa ni, tawakal pada Allah saja yang menjadi kekuatan.

Pagi ini aku kerja seperti biasa. Lepas ni pasti gelaran tu lekat sampai bila-bila. Lantak la. Anyway, yang orang panggil dia dengan panggilan keji tu dia suka ka???

Banyak lagi keje yang perlu diselesaikan pagi ini. Better aku settelkan awal daripada aku mencarut-carut tak guna pagi ni.

Hari ini hari jadi Faruqy. Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran. Hanya ucapan yang mampu diberi tatkala menghadapi kemelut ekonomi yang sedang melanda. Anyway, semalam mendaftar kelas bahasa asing. Tak tau lagi bahasa apa nak ambik. Jepun, Cina, Perancis, aku pun tak tau. Masalahnya, ada ka masa nak pi?

Dalam keadaan sekarang ni, banyak ilmu yang perlu dituntut. Mana tau kena buang dari department ni. Sapa tau...hanya Allah saja yang tau.

Wednesday, March 18, 2009

Par d'Lemon lagi...

Yes, people. Aku Di Par d'lemon.

Restoren perancis??? Restoren perancis korok mu. Ni bertugas namanya.

Semalam aku dah kata tak mau ke sini tapi aku terpaksa jugak ke sini. Sebab ada lagi yang belum selesai nampaknya. Aku sampai lambat ari ni ke Par d'Lemon memandangkan terpaksa berkejar-kejar nak dapatkan input dan bagi input.

Sekarang aku ni masih pening-pening di Par d'Lemon. Semalam tak cukup tido, sampai umah hampir jam 1 pagi. Nasib baik sempat dinner sebelum balik rumah. Pas shower, aku tido. The next thing yang aku ingat, pagi tadi dikejutkan dengan alarm dari enset. Dan aku pun meredah hujan di waktu pagi untuk ke pejabat.

Masih lagi aku di Pard'Lemon, masih menanti waktu lunch... masih menanti....

Tuesday, March 17, 2009

ParLemon

Yey!!! Aku masih di parlimen. Update dari parlimen.

Dalam kesempatan nak mengucapkan takziah kepada Ayoi sekeluarga atas pemergian ayahanda tercinta ke rahmatullah. Semoga tabah dalam menghadapi ujian ini.

Berbalik kepada citer kat ParLemon ni. Aku memang dah nak balik petang tadi, tapi sepertinya aku tak sampai hati pulak nak tinggalkan sorang junior officer ni kat sini. Lagipun officer lain dah balik (tapi ada jugak yang nak datang time-time maca ni semata-mata nak jawab 1 soalan!). Jadi, take responsibility duduk sini la. Esok mungkin aku tak ke Parlemon. Sebab banyak yang nak kena buat kat opis yang telah lama ditinggalkan itu.

Sudah ku pulun 2 pinggan nasik goreng kejap tadi, sebagai pengalas perut supaya bila sampai di rumah, aku bole terus tido. Letih... Sekarang ni pun masih letih lagi. Hari ni merupakan hari ke-4 aku kat ParLemon nih. Bertugas yang bukan tugas aku.

Esok aku mau kat opis saja, tidak mau datang.

nanti la aku diskas dengan bos. Pikiran sekarang aku cuma mau balik... balik... balik...

Monday, March 16, 2009

Very bad news!!!

Dapat call.

Terpaksa berkampung lagi kat Parlemon ni sehingga hari rabu nih sebab ada pembentangan yang serta-merta muncul tak semena-mena.

Tiada perkataan lain yang boleh diucapkan kecuali....

KEJI! KEJI! KEJI!

ParliMonday

Monday. Supposed to be a fresh start.

Like usual, it's Monday Blues. another day at the Parliament. Malas nak berceloteh tentang parlimen yang memeningkan kepala ni. Kepada sesiapa yang bakal kena hamun pepagi ni, sorry morry... aku takde mood nak melayan korang.

Last Saturday and Sunday, i spent my weekend at the office, preparing Manual Prosedur Kerja. More like preparing Manual Prosedur Keji. Finally, with the effort of all office members (accept my assistant yang balik bercuti tengok anak, and the other one yang tak datang sebab anak sakit), the first draft of our beloved MPK pun muncul. Semalam, aku balik awal sedikit dari hari Sabtu tu. Sampai rumah, aku tido. Bangun jam 10 malam and mencari-cari makanan. Bila dah kenyang tu susah pulak nak tido. So, aku tido jam 1 pagi.

This morning, rush ke Parlimen. This is the 3rd day aku ada kat sini. Ramai yang berjanji nak datang tapi sampai sekarang masih tak nampak batang hidung. Mampus korang la!!! (sorry, bahasa kesat di pagi hari).

Kalau ikutkan hati, aku mau half day je keje hari ni. Nak ikut hati????? Tengok la lepas jam 12 ni karang. Apapun, aku mau go thru my new MPK tu dulu sebelum pass kepada boss untuk dinaik taraf.

kepada korang sumer, selamat bekerja.

Tuesday, March 3, 2009

Morning drive

Memandu pagi.

As usual ke pejabat dengan melalui jalan-jalan yang penuh dengan orang merempit nak pi opis. Tetapi ada jugak makhluk-makhluk yang memandu macam siput. Ntah la, nak jimat minyak ka atau sesaja nak menghirup udara pagi yang segar di tengah highway, atau tengah buat sumthing kat dalam kete tu, aku pedulik haper!!!

Tetapi memandu 70 km sejam di laluan 110 km sejam adalah satu kesalahan.

Misti korang tak tau, kan. Mungkin korang tak tau sebab korang pulak memandu 180km sejam kat atas highway tu sebab tu la korang tak tau. Atau korang tak tau sebab korang pun salah satu pemandu siput kat highway tu. Yes, people... memang menjadi kesalahan memandu perlahan di highway. (Memandu laju yang amat pun kesalahan jugak!!!).

So, ini la tips untuk menghadapi pemandu yang memandu perlahan kat highway:

1. perlahankan kereta anda macam kereta kat depan tu. Daripada sorang, sekarang dah jadi 2 pemandu siput kat jalanraya. Thanks to you yang menyumbang kepada sumpah seranah dipagi hari;

2. hidupkan lampu tinggi sebagai tanda protes kepada pemandu hadapan yang lembap tu yang mungkin tak perasan dia memandu lambat. Kali ni bukan 2 pemandu siput tapi 2 pemandu yang asyik sumpah seranah atas jalanraya. Merasa la korang jadik jin dalam kereta masing-masing;

3. bunyikan hon (seperti yang selalu aku buat... suke). Pas tu potong je keter pemandu depan. Pas tu korang mesti kena hon balik. Hahaha....;

4. potong keter depan di sebelah kiri (membahayakan pemanduan), and then turunkan tingkap dan kuarkan lengan tunjuk tanda penumbuk kat pemandu yang memandu siput tu sambil tunjuk muka bengis dan melalak macam orang gila. Nak lagi tragis, gunakan jari hantu anda. Pas tu memandu la selaju mungkin tinggalkan kereta tu. 2 kemungkinan je yang mungkin berlaku, anda kena kejar atau anda terbabas sebab asyik layan pemandu lembap tu.

Huh!!! Lega setelah memberi tips nih... Kalau korang nak ikut, lantak korang la. Semua insiden dan eksiden tanggung sendiri.

(entry daripada orang yang masih bengang sebab melayan pemandu siput bab* kat Malaysia ni)

Sunday, March 1, 2009

Menjawab Tag Mamawafiy

Menjawab Tag Mamawafiy...

Dah lama tag ni dalam simpanan. baru nak menjawabnya. Tag ni jugak paling malas nak buat sebab susah bak upload pic sebab line broadband yang hampeh. Apapun aku try. and these are the answers:

1. Do you think that you are hot?- What do you think????

2. Upload a pic of that you like.



3. Why do you like this picture?- antara mereka-mereka yang membuatkan aku 'hidup'

4. When was the last time you eat pizza?- last year, bulan 7. Orang belanja.

5. The last song you listen to?- Sampai Syurga (faizal tahir)

6. What are you doing rite now beside doing this?- Tonton DVD citer Children of Heaven (filem Iran...nanti bole buat entry)

7. What name you prefer besides yours?- Beejay

8. People to tagged?- Sesapa yang baca and nak jawab tag ini.

Thanks Mamawafiy. Kalau ada tag, bagi la lagi...

(tag ini dijawab semalam...baru nak post hari ni sebab broadband macam hampeh kat areaumah aku)

Hari Tentera Darat

Kepada sahabat-sahabat ku yang masih lagi memakai baju celoreng hijau, selamat Hari Tentera Darat.

Kepada yang dah pencen, selamat berpencen.

Update of the week. Malasnya update bila line broadband tak stabil. Nak upload pic pun macam siput je. Nak update blog dan jawab tag pun terasa malas, especially tag yang kena letak gambar-gambar ni. Kalau update kat opis, harus la tidak sempat. kalau update kat rumah, harus la line nya macam hanj**gs.

Minggu ini aku habiskan masa kat rumah saja. Tidak ke mana-mana walaupun perancangan asal mau ke opis sebab keje melambak-lambak. Minggu depan mau bekerja keras lagi sebab MPK yang dijanjikan hari tu masih belum nampak bayangnya lagi. Ada la aku bawak contoh-contoh, tapi sehingga ke hari ini baru 1 mukasurat yang aku tengok. Malas...

Nak masukkan entry yang hebat-hebat tapi takde cerita yang hebat. Cumanya aku mau meneruskan membaca novel yang aku beli tahun lepas. Takk abis baca lagi ni. Novel kanak-kanak, sesuai dengan level bahasa omputeh aku yang tak berapa omputeh lagi ni. Kononnya nak sambung study kat oversea, tapi bahasa omputehnya hampeh. Jadi dilupakan niat itu (sambil nyanyi lagu Niat oleh Elyana).

Tahun ini aku mau abiskan baca novel ini.... (sambil mata dah kuyu nak tido)...