Showing posts with label Kengkawan. Show all posts
Showing posts with label Kengkawan. Show all posts

Saturday, July 18, 2009

wanita oh wanita

Semalam aku bersembang dengan sorang member nih.

Baru kawen, jadi dia dok bergayut je sejak aku jumpa dia petang tadi. Sesekali dia tanya aku pasal beg tangan yang aku beli untuk mummy last month sebab dia mau beli satu untuk dia punya wife. Well, baru kawen kan. Jadi misti la beli itu, beli ini. A happy couple...

Dah off enset, kami sembang la. Then few minutes later, ada sms masuk. and another sms masuk. then muka member aku pun dah jadi tak ceria. Ingatkan pasal apa, rupanya pasal dia punya wife.

Oh, ok.

At first malas mau kacau, but aku tengok member aku tu dah macam kena panggang. Berasap-asap gak telinganya, tak senang duduk. So, dengan tabiat yanbg memang suka menyibuk ni aku tanya la apa yang buat dia jadi macam tu. Layaknya seperti orang kena sembelit. Then dia cakap sms tadi dari dia punya wife.

Oh, ok.

So aku dah malas nak kacau la sebab ni hal rumahtangga orang. Tapi dia tunjuk jugak sms dari bini dia tu. Bunyinya something like this:

"Kau mengumpat aku tadi dengan siapa? Jaga kau, nanti aku minta cerai" (ayat asal diubahsuai bagi mengelakkan sebarang implikasi).

Then aku pulak yang terkedu. Apa halnya lak ni? Aku tengok muka member aku ni dah lain macam (macam ala-ala nyesal sikit...hehehe). Aku cakap aku tak nak campur. Biasa la, orang pompuan kuat cemburu, kataku. Tapi jauh disudut hati aku nak bagi komen sikit.

Aku tak tau orang perempuan ni perangainya macam mana. Takkan la bila dengar suami dia bercakap dengan orang lain semasa dorang bersembang terus naik angin dan mau mintak cerai. Aku respek member aku ni sebab dia jenis bukan panas baran (nampak macam bukan walaupun aku tengok dia suda naik hantu masa tu). Tapi aku yang baca sms tu pun boleh naik angin bila baca sms macam tu, inikan pulak suami dia.

Aku malas nak komen since aku single lagi. Dan aku tau bakal orang rumah aku memang kuat cemburu. Macam mana aku tau? Sebab dia secara jujur bagitau aku masa aku tamat latihan askar dulu. Dia rasa kurang senang tengok aku bersembang dengan kawan-kawan perempuan aku yang lain. Bila dengar macam tu, aku pun dah start rasa tercabar sedikit, dengan harapan bahawa dia boleh menerima keadaan seharian yang memerlukan aku berinterkasi dengan orang lain. Aku tak salahkan dia, malah berterima kasih sebab berterus terang. Cuma dia perlu faham bahawa tidak semua lelaki dapat menerima keadaan seperti itu.

Bagi member aku tu, harap dia banyak bersabar. Belum pun setahun jagung kawen dah ada cabaran (dicabar oleh bini sendiri lak tu).

Bagi aku lak, masa ni la aku belajar dari masalah orang lain. Sebab bila naik angin (especially orang panas baran macam aku ni), masalah yang kecil boleh jadi besar. Dan wanita mungkin patut tau yang sesetengah lelaki pantang dicabar. As for my friend, dia mungkin boleh tahan lagi cabaran tu (for now). Jangan la jadi macam gunung berapi, diluar nampak tenang, di dalam menunggu masa untuk meletup.

Wahai wanita, kalau suami korang adalah orang yang korang tunggu-tunggu selama ini, jangan la bila sudah dapat, kamu mau cabar dia dengan itu dan ini. Dia juga perlukan kamu untuk menyejukkan hatinya. (jiwang la pulak).

Anyway, korang la sendiri yang tau nak bawak ke mana perjalanan hidup korang.

Chow...aku mau dating.

Monday, June 8, 2009

Semoga jumpa lagi

Pagi ini jam 3.30 pagi, aku bergegas ke LCCT KLIA.

Member sekolah aku yang dah 20 tahun aku tak jumpa tu nak balik Sabah. Aku tak bagitau pun dia yang aku nak jumpa dia kat sana. Surprise la katakan. Dia pun terkejut bila dapat tau aku ada kat LCCT pagi tadi.

Bukannya apa, 2 hari lepas aku janji nak belanja diorang makan sebab katanya nak lawat aku kat umah. Tapi last-last tak jadi. So, aku belanja la dia makan kat LCCT tadi. At least aku tak berhutang apa-apa.

Dalam 2 jam tadi, imbas kembali cerita masa kecik-kecik dulu. Mesti korang tak tau kan apa itu "kandang budak"? Itu istilah child nursery kat ladang tempat aku tinggal dulu. Kalau ibu-ibu pegi kerja, anak dorang semua letak kat kandang budak tu. Siap ada penjaga lagi kat situ. Mesti korang rasa pelik bila sebut kandang. Tapi itu la istilahnya. Dan bila menyebutnya lagi hari ini, aku ketawa sendiri. Entah siapa yang perkenalkan nama itu, aku pun tak tau. Tapi yang pasti kandang budak itu la tempat yang meriah suatu ketika dulu (... dan aku tak pernah duduk pun kandang budak tu sebab lepas balik sekolah, aku prefer tido je kat rumah...).

Jam 6.00 pagi, aku bertolak dari LCCT kembali ke rumah. Dan kenangan 20 tahun itu terpisah lagi. Entah pada siapa lagi boleh dikongsikan cerita-cerita itu. Harap-harap aku tak perlu menunggu 20 tahun lagi untuk bercerita mengenainya.

Selamat jalan sabahat. Semoga kenangan itu terus menjadi tali yang mengeratkan lagi persahabatan kita...

Sunday, March 1, 2009

Menjawab Tag Mamawafiy

Menjawab Tag Mamawafiy...

Dah lama tag ni dalam simpanan. baru nak menjawabnya. Tag ni jugak paling malas nak buat sebab susah bak upload pic sebab line broadband yang hampeh. Apapun aku try. and these are the answers:

1. Do you think that you are hot?- What do you think????

2. Upload a pic of that you like.



3. Why do you like this picture?- antara mereka-mereka yang membuatkan aku 'hidup'

4. When was the last time you eat pizza?- last year, bulan 7. Orang belanja.

5. The last song you listen to?- Sampai Syurga (faizal tahir)

6. What are you doing rite now beside doing this?- Tonton DVD citer Children of Heaven (filem Iran...nanti bole buat entry)

7. What name you prefer besides yours?- Beejay

8. People to tagged?- Sesapa yang baca and nak jawab tag ini.

Thanks Mamawafiy. Kalau ada tag, bagi la lagi...

(tag ini dijawab semalam...baru nak post hari ni sebab broadband macam hampeh kat areaumah aku)

Sunday, February 22, 2009

Menjawab Tag D

Ini la tag D.

1. Go to your photos folder in your computer.
2. Go to the 6th folder of photos.
3. Go to the 6th picture in that folder.
4. Put the picture on your blog and description of it.
5. Invite six friends to join the challenge.
6. Link them in your blog and let them know they have been challenged.

Dan ini la jawapannya:


Gambar di ambil dari chalet atas bukit di Pulau Redang selepas taklimat kepada YTM Raja Muda Pahang.

6 orang yang di tag ialah:

1. Ju opis atas (dulu opis sebelah)
2. mel kat opis sebelah (dulu opis baru)
3. Pegawai Khas Berambut Merah
4. Misaki (sapo ntah)
5. Faruqy (sila update blog!)
6. Greenmalay (update blog olso)
Selamat Menjawab. malas lak nak buat link.
Thanks D. Nanti aku pos kan VCD ko tu ye...

Saturday, February 7, 2009

Award ke nih???

Mendapat award dari Mamawafiy. Terima kasih ye. Ini dia award nya:


Dan ini pulak rulesnya:




Dan ini pulak 4 penerima award ini:

1. Hazel (pengelola Rancangan JJCM-MB dan Kualah). Rancangan makanan terbest.

2. Faruqy (blog paling lembap nak di update. Ni dapat award ni mesti update blog, faham???)

3. Acap (ni pun satu malas nak update blog... but with good excuses. Tapi dah dapat award ni, update cepat!!!)

4. Di (ni pun lama tak update nih. Bertindak segera!!!)

Kepada penerima sekalian, selamat update blog.

Menjawab Tag Hazel

Ok la, di tag lagi. Kali ni oleh Hazel. Tapi rasanya jawapan aku takkan dapat menjawab tag tu sebab aku tak berapa nak minat movie romantik ni sebabnya aku bukannya romantik pun. Nak kategori movie tu romantik pun aku tak tau. Jadi, aku bagi la antara movie yang aku minat, maybe romantic in different way. But surely movie ni semua i nak share with loved ones.

Soalan tag:

Please copy the following rules in your post (as usual)

1. You have to point out 5 romantic movies that you would love to share with your loved ones.
2. It doesn’t have to be in order.. as long as you love the movies, it will be fine.
3. You have to tag another 5 person to answer this tag.

Movie 1 :

The Bodyguard.


Dibintangi oleh Kevin Costner dan Whitney Houston. Movie ni tak silap aku released tahun 90'an. Bila tayangan hari pertama, aku menonton movie ni sebanyak 3 kali dalam 1 hari. Pagi, petang dan malam.

Movie 2 :

Robin Hood : Prince of Thieves.


Pun dibintangi oleh Kevin Costner gak. (peminat ka???). Secara kebetulan pulak.

Movie 3 :

The Pearl Harbor.


Lebih kepada cerita peperangan. Tetapi tetap romantik bagi aku (biasa la, jiwa askar...).


Movie 4 :

Beauty and the Beast.

Sebuah cerita kartun. Rasanya semua familiar dengan movie ni. Antara semua movie kartun yang ada, aku rasa yang ini paling romantik. Romantik ka???

Movie 5 :

Nang Nak (Thailand).


Walaupun genre movie ni adalah horror, aku tetap kategorikan cerita ni romantik jugak.


Ok la. Pening kepala aku nak jawab tag ni. Soalannya senang je, tapi susah nak jawab. Macam soalan PTK lak. 5 orang yang aku nak tag ialah:

1. Mamawafiy
2. Juju
3. Mel stacy Lola (kalu dia baca blog ni)
4. Green malay (aku tau ko tak romantik tapi jawab jugak)
5. faruqy

Selamat menjawab...

Tuesday, January 13, 2009

6 tahun

Sedar tak sedar, telah 6 tahun aku berkhidmat sebagai penjawat awam.

Banyak duka dari suka. Sebabnya banyak KEJE... dan banyak KEJI!!!!

HUARGHHHH!!!!!!

Bos akan pi meeting sat lagi. Aku mau lari cari makanan. Cafe kat bawah dah penuh sangat ngan orang. Ye la, menjelang ujung bulan ni semua makan kat cafe. Tanda-tanda ekonomi merudum.

Kepada kengkawan se batch ku, DPA 1/2003, Selamat Ulang Tahun Perkhidmatan Ke-6 dengan ucapan, korang tak nak pencen awal ka????

Selamat bekerja!!!

Wednesday, December 17, 2008

Happy Besday Eriq

Just wanna wish Happy Besday to my fren yang ada kat Buenos Aires tu. Semoga dapat hensfon Xperia X1 yang dihajati itu.

For your info, kat Malaysia dah launch pun hensfon tu.

Since you are not celebrating Christmas, just wish you Happy New Year 2009 je la, OK.

Wednesday, December 3, 2008

Menjawab Tag Di

Kalau tak silap aku, D dan 3 kali tag aku. tapi yang pasal gambar opis tu, aku tak dapat lak soalannya, jadi aku tak dapat jawab lagi. Since yang ni ada soalannya, aku jawab je la...

#01; - Sesiapa yang kena tag, kena tulis 10 sesuatu berkenaan orang yang meng-tag dia.

1. Suke nyanyi. (selalu nyanyi dalam keter)
2. Suke tengok citer Korea (nak pinjam VCD aku bertajuk Jewel in the palace)
3. Suke shopping (beli air-cond tak hingat dunia-rujuk entry D yang lepas)
4. Jaguh main bola jaring (ye ke???)
5. Suke makan (saiz badan menjadi bukti)
6. Tak suke makan sushi.
7. Friendly (selalu senyum).
8. Sekarang kat Perak.
9. Minat masak.
10. Hardworking.

#02; - Orang yang kena tag kena tulis 10 perkara. about yourself.

1. Suke menyanyi walau suara tak sedap.
2. Suke melukis walaupun tak pandai.
3. Suke tengok wayang.
4. Suke makan.
5. Suke lepak sorang-sorang
6. Suke baca buku komik Sincan.
7. Suke jenjalan.
8. Suke tido.
9. Suke bela kucing.
10. Suke

#03; - At the end, you need to choose 10 people to be tagged and list their names.so that U'll know... did their really know U...

Since pembaca blog aku ni pun bukannya ramai, yang baca pun adalah orang yang dah kena tag. Jadi sesape rase nak jawab tag ni, jawab ye.

OK, D, aku dah jawab tag ngko sampai ngantuk-ngantuk aku jawab nih. Nanti la aku buat tag pulak kasi korang jawab.

Chow...

Friday, October 17, 2008

Sambutan raya PPTD

Malam ni adalah majlis sambutan raya PPTD yang dibuat kat Rumah Kelab. Apa itu PPTD? PPTD adalah singkatan kepada Pi Pi Ti Doq, menurut seorang ahli sarjana. Whatever lah!

Member-member asyik sms, call dan e-mel tanya aku pi ke tak, sebab aku adalah ahli makan yang selalu muncul tatkala ada majlis makan-makan. Tahun ni, aku malas nak pi. Bukan sebab apa, sebab malas nak drive ke sana. Lagipun dah lambat. Nanti terpaksa aku parking kereta di bawah bukit tu, menapak naik bukit ke rumah kelab PPTD. Then, balik nanti aku turun bukit pulak yang menyebabkan aku lapar semula and terpaksa berenti untuk makan sekali, and terpaksa drive jauh pulak untuk pulang ke rumah. Jadi, tak payah la jawabnya.

Yang best makan kat majlis tu ialah sate, kambing panggang, dan macam-macam lagi la. Last year aku bawak awek aku pi sekali. Tapi masa tu ujan lebat. Tadi pun sebenarnya ujan lebat kat KL, salah satu sebab kenapa aku malas nak pi. Kang kena meredah ujan lak nak naik bukit tu.

Last-last, aku terima sms dari seorang member yang jugak membatalkan hajatnya ke rumah PPTD dan mengajak aku makan kat Restoran Saba' Cyberjaya. Restoran yang menyediakan makanan arab. Memandangkan aku dah bedal macam-macam kat kursus petang tadi, aku cuma makan chicken sandwich. Chicken sandwich??? Sungguh tidak percaya!!!

Makanan dia not bad, nasib baik ada cili and sos cili. Kalau masa makan kat Dubai dan Iran dulu memang tak berapa lazat la sebab takde pencili dan pemedas rasa. Ni berselera sikit sebab ada rasa pedas sedikit. Member aku belanja makan since business dia dah bertambah kukuh. Alhamdulillah, semoga rezeki terus dimurahkan.

Aku nak layan DVD Incredible Hulk dan Ironman dulu then sambung blogging lagi.

Chow...

Sunday, October 12, 2008

Exotic seafood vs exotic dance

Perbincangan dalam blog Gitix adalah menjurus kepada exotic seafood. Makanan. Something you can enjoy. Tetapinya perbincangan telah melarat kepada exotic dance. This one you cant eat but can still enjoy. One of the ahli korum perbincangan telah membuat kenyataan terbuka yang dia bukan sahaja enjoy the exotic dance tetapi jugak koreografer (betul ke aku eja ni, macam ejaan korea + oreo + giraffe je).

Bila baca kenyataan dia, aku gelak dulu. But then, aku teringat masa kursus DPA tahun 2003. He was one of the ahli tarian 'exotic' masa tu. Tak percaya??? Ini buktinya... (Eriq, u yang pakai baju ungu tu, kan). Mengaku cepat!!!

(gambar tidak memuaskan kerana kamera tidak canggih)


Gitix, i know you are also one of them. Yang mana? Siapa lagi kalau bukan yang kicik-kicik dengan bergambar kepala senget, dont forget the trademark : gigantic bontot. So, Eriq, aku percaya kalau ko kata ko bukan sahaja enjoy the dance tetapi jugak mengajar.

Bravo!!!

Wednesday, September 17, 2008

Nama Jepun Yang Terbaru

Dapat e-mel ni dari seorang kawan. Dalam keadaan gawat sekarang ni, biar la rehat-rehatkan minda sikit dengan benda ni.

Nama Jepun terkini (dengan maknanya sekali)

01. Yang pemarah - KEiJI CACIMAKI

02. Yang suka berjimat - SAYORI SUKAMURA

03. Yang bisu - KIETA TADASORA

04. Yang suka makan nasi - NANACHi KASIBANYA

05. Yang suka layan blues - APO NADIKATO

06. Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI

07. Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARA

08. Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI

09. Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI

10. Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA

11. Yang tua - TARAGIGI PADANMUKA

12. Yang kena tinggal bini - SUSAHATI BINILARI

13. Yang suka merempit - SAJA CARIMATI

14.. Yang Lembab - AYUMI SIPUTBABI

15. Yang suka BERSUMPAH - SAIIFOO BAUKARI

16. Yang takut BERSUMPAH - ANOWA BELAKANGTARO

Selamat berhibur!!!

(p/s: tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati. Segala kesulitan amat dikesali)

Sunday, September 14, 2008

Menyahut cabaran!!!

Untuk menyahut cabaran si Jijix, i take the trouble to answer all the questions. And yes Jijix, i just copy and paste the questions (at least ada jugak yang aku tau pasal IT nih...jangan bikin malu)... So, this is my answer:

1. WERE YOU NAMED AFTER ANYONE? A soccer player. but i dont play soccer (kaki bangku)...at last, mengaku akhirnya.

2. WHEN WAS THE LAST TIME YOU CRIED? Last week, miss my family so much. mengelak untuk nangis masa raya nanti...huhu.

3. DO YOU LIKE YOUR HANDWRITING? Nope b'coz it keeps on changing (depends on the mood).

4. WHAT IS YOUR FAVOURITE LUNCH MEAT? Chicken.

5. DO YOU HAVE KIDS? Still single. (still swimming, not yet a human being).

6. IF YOU WERE ANOTHER PERSON WOULD YOU BE FRIENDS WITH YOU? Absolutely!!!

7. DO YOU USE SARCASM A LOT? Always.

8. DO YOU STILL HAVE YOUR TONSILS? Yes.

9. WOULD YOU BUNGEE JUMP? Yes..yes..yes... Misti mau cuba try test!!!

10. WHAT IS YOUR FAVORITE CEREAL? Nestum (Copy si Jijix punya jawapan).

11. DO YOU UNTIE YOUR SHOES WHEN YOU TAKE THEM OFF? Seldom.

12. DO YOU THINK YOU ARE STRONG? Strong enuff to... (u know).

13. WHAT IS YOUR FAVORITE ICE CREAM? Semua suka.

14. WHAT IS THE FIRST THING YOU NOTICE ABOUT PEOPLE? Their smile (u know whether they're sincere or not).

15. RED OR PINK? Neither, but if i have to choose then it will be red.

16. WHAT IS THE LEAST FAVORITE THING YOU LIKE ABOUT YOURSELF? Ada ka????

17. WHO DO YOU MISS THE MOST? Should i tell???

18. DO YOU WANT EVERYONE TO SEND THIS BACK TO YOU? No, thank you.

19. WHAT COLOR PANTS AND SHOES ARE YOU WEARING? Black for pants and white for shoes.

20. WHAT WAS THE LAST THING YOU ATE? Fried chicken (masa sahur).

21. WHAT ARE YOU LISTENING TO RIGHT NOW? Discipline by Janet Jackson.

22. IF YOU WERE A CRAYON, WHAT COLOR WOULD YOU BE? Blue.

23. FAVORITE SMELLS? Lavender.

24. WHO WAS THE LAST PERSON YOU TALKED TO ON THE PHONE? A friend in penang.

25. DO YOU LIKE THE PERSON WHO SENT THIS TO YOU? Yes, very much.

26. FAVORITE SPORTS TO WATCH? err...tennis.

27. HAIR COLOR? Black.

28. EYE COLOR? Dark brown.

29. DO YOU WEAR CONTACTS? No.

30. FAVORITE FOOD? Satay...i like!!!

31. SCARY MOVIES OR HAPPY ENDINGS? Scary movie.

32. LAST MOVIE YOU WATCHED? Mirror ( An Indonesian movie... horror of course)

33. WHAT COLOR SHIRT ARE YOU WEARING? Blue.

34. SUMMER OR WINTER? Summer.

35. HUGS OR KISSES? Hugs.

36. FAVORITE DESSERT? Fruits.

37. MOST LIKELY TO RESPOND? huh???

38. LEAST LIKELY TO RESPOND? huh??? huh???

39. WHAT BOOK ARE YOU READING NOW? Wild Magic, a novel by Tamora Pierce.

40. WHAT IS ON YOUR MOUSE PAD? I dont have one.

41. WHAT DID YOU WATCH ON T.V. LAST NIGHT? Die Hard 2 on TV2.

42. FAVORITE SOUND? Waves.

43. ROLLING STONES OR BEATLES? Beatles.

44. WHAT IS THE FURTHEST YOU HAVE BEEN FROM HOME? Next!!!

45. DO YOU HAVE A SPECIAL TALENT? A lot.

46. WHERE WERE YOU BORN? "... Negeri kita yang tercinta" ...sing with me Jijix!!!!

So, terjawab sudah persoalan-persoalan yang terungkai. Sish!!! Penat jugak walau pun tak berlari semasa menjawab.

Jix, mana adiah ku sempena menjawab soalan kau nih???

Friday, September 12, 2008

Tersenarai!!!

Suda ku bilang sama my lil sis not to link my blog to blog dia. (remember blog yang ada wanita kurus memalingkan mukanya ke belakang dan hanya nampak bibirnya jak melalui cermin make-upnya??? ). Tapi as usual, kedegilan mengatasi segalanya. Then, termasuk la aku di senarai link blog-blog yang ada tu. Bagi yang mau masuk and membaca, dipersilakan. Blog masih baru, very busy untuk memasukkan elemen-elemen yang lain; i.e. link ka, lagu-lagu ka, gambar ka... in short, not IT savvy (buta IT bah!!!).

Anyway, nanti la sekiranya ada masa boleh try kaedah cuba jaya (seperti yang disarankan oleh Jixxy dan yang pernah di try sebelum ini yang mengakibatkan keseluruhan blog di delete)...hmmm...

Sunday, August 3, 2008

Diary of The Unpretentious

Boring-boring di pagi ahad ni, aku menghabiskan masa membaca blog my sis, Diary of The Unpretentious. Saja mau gelak-gelak dengan tulisannya yang sememangnya always makes me smile...




Saja la mau promo sebab my friends pun started to browse her blog. Anyway, we all 1 batch (not 1 bitch...you better read it correctly). Cumanya aku masih belum lagi mau mempromo aku punya blog yang tak seberapa best ni. Promo hanya dibuat di kalangan rakan terdekat dan kengkawan yang tak reti memblog je.

Apa plan hari ni???

MISTI PIGI JUSCO BELI BIG APPLE DONUT YANG PERCUMA 50% DARI APA YANG DIBELI!!!! YEY!!!!