Saturday, July 18, 2009

wanita oh wanita

Semalam aku bersembang dengan sorang member nih.

Baru kawen, jadi dia dok bergayut je sejak aku jumpa dia petang tadi. Sesekali dia tanya aku pasal beg tangan yang aku beli untuk mummy last month sebab dia mau beli satu untuk dia punya wife. Well, baru kawen kan. Jadi misti la beli itu, beli ini. A happy couple...

Dah off enset, kami sembang la. Then few minutes later, ada sms masuk. and another sms masuk. then muka member aku pun dah jadi tak ceria. Ingatkan pasal apa, rupanya pasal dia punya wife.

Oh, ok.

At first malas mau kacau, but aku tengok member aku tu dah macam kena panggang. Berasap-asap gak telinganya, tak senang duduk. So, dengan tabiat yanbg memang suka menyibuk ni aku tanya la apa yang buat dia jadi macam tu. Layaknya seperti orang kena sembelit. Then dia cakap sms tadi dari dia punya wife.

Oh, ok.

So aku dah malas nak kacau la sebab ni hal rumahtangga orang. Tapi dia tunjuk jugak sms dari bini dia tu. Bunyinya something like this:

"Kau mengumpat aku tadi dengan siapa? Jaga kau, nanti aku minta cerai" (ayat asal diubahsuai bagi mengelakkan sebarang implikasi).

Then aku pulak yang terkedu. Apa halnya lak ni? Aku tengok muka member aku ni dah lain macam (macam ala-ala nyesal sikit...hehehe). Aku cakap aku tak nak campur. Biasa la, orang pompuan kuat cemburu, kataku. Tapi jauh disudut hati aku nak bagi komen sikit.

Aku tak tau orang perempuan ni perangainya macam mana. Takkan la bila dengar suami dia bercakap dengan orang lain semasa dorang bersembang terus naik angin dan mau mintak cerai. Aku respek member aku ni sebab dia jenis bukan panas baran (nampak macam bukan walaupun aku tengok dia suda naik hantu masa tu). Tapi aku yang baca sms tu pun boleh naik angin bila baca sms macam tu, inikan pulak suami dia.

Aku malas nak komen since aku single lagi. Dan aku tau bakal orang rumah aku memang kuat cemburu. Macam mana aku tau? Sebab dia secara jujur bagitau aku masa aku tamat latihan askar dulu. Dia rasa kurang senang tengok aku bersembang dengan kawan-kawan perempuan aku yang lain. Bila dengar macam tu, aku pun dah start rasa tercabar sedikit, dengan harapan bahawa dia boleh menerima keadaan seharian yang memerlukan aku berinterkasi dengan orang lain. Aku tak salahkan dia, malah berterima kasih sebab berterus terang. Cuma dia perlu faham bahawa tidak semua lelaki dapat menerima keadaan seperti itu.

Bagi member aku tu, harap dia banyak bersabar. Belum pun setahun jagung kawen dah ada cabaran (dicabar oleh bini sendiri lak tu).

Bagi aku lak, masa ni la aku belajar dari masalah orang lain. Sebab bila naik angin (especially orang panas baran macam aku ni), masalah yang kecil boleh jadi besar. Dan wanita mungkin patut tau yang sesetengah lelaki pantang dicabar. As for my friend, dia mungkin boleh tahan lagi cabaran tu (for now). Jangan la jadi macam gunung berapi, diluar nampak tenang, di dalam menunggu masa untuk meletup.

Wahai wanita, kalau suami korang adalah orang yang korang tunggu-tunggu selama ini, jangan la bila sudah dapat, kamu mau cabar dia dengan itu dan ini. Dia juga perlukan kamu untuk menyejukkan hatinya. (jiwang la pulak).

Anyway, korang la sendiri yang tau nak bawak ke mana perjalanan hidup korang.

Chow...aku mau dating.

7 comments:

cheyna said...
This comment has been removed by the author.
cheyna said...

"(especially orang panas baran macam aku ni)"....xnampak mcm panas baran pon=p

Anonymous said...

ini la yg jd kes cerai berlambak-lambak.. bila masing-masing macam tak boleh nak guna otak dalam hubungan suami isteri

MamaIcha said...

telinga & muka dia jadi merah bila nak naik marah kan :p

p/s : cemburu tandanya sayang..tapi biarlah berpada :)

gambit said...

cheyna, belum naik angin lagi so nampak cool je la...hehehe.

Faruqy, it's time youngsters use their brains (nasihat dari orang bujang).

Ju, betul tu. kena berpada-pada sebelum kena lempang. hiks! ***lari...

RsB said...

Minta cerai..? Ini sudah bagus... Hem bolehlah start cari pasangan baru kalau macam tu... Kalau tak kenal siapa suami siapa isteri, lebih baik sampai di situ jer... kelak nanti ader yang akan makan hati berpanjangan. Aku mungkin sinis sikit, tapi itulah kenyataannya...

cacah said...

haiyo.... ini wanita yang minta ni. aduh. mintak simpang.