Showing posts with label Ofis. Show all posts
Showing posts with label Ofis. Show all posts

Tuesday, April 10, 2012

Penat

Penat tau kat opis baru.

macam-macam kena buat sebab dulu macam-macam tak dibuat. cabaran noh...cabaran. ambik dengan hati terbuka dan berusaha untuk menyelesaikan masalah yang timbul. cumanya selalu jugak la bertekak kat sini (wah! awal-awal lagi dah cari musuh)... hehehe

apapun, semoga dimudahkan urusan. bertekak soal kerja takpe, jangan la sampai di bawak ke urusan peribadi.

semoga dimudahkan segala urusan, insya Allah.

Selamat hari Selasa.

Sunday, March 25, 2012

Mengapa

Mengapa...mengapa ku disini
berapa lama lagi aku menunggu...

petikan lagu Sakura - Adira.

Best.

Tapi, mengapa aku masih di opis MOT ni??????

MENGAPA?????

Friday, March 23, 2012

Saya neves...seyes!!!!

Neves ni....seyes!

Ye la, hari terakhir untuk punch out from office sebelum bergerak ke opis baru petang ni.

Perasaan bercampur-campur. Kalau ikan boleh masak 3 rasa, aku rasa yang ni seribu kot. kalau warna pelangi ada 7, ni pandangan dah berwarna serata alam.

opis dah perlahan-lahan kosong. sekejap lagi shipment pertama hari ini akan menyusul. bawak segala harta marta yang tak dapat den nak sedekahkan sebab mahal. hehehe. mata duitan oso time2 macam ni.

whatever it is, gigih untuk menyiapkan apa yang patut. dalam jam 3 petang, gudbye my office. welcome to my new home!

Thursday, March 22, 2012

Hari terakhir

Hari ini merupakan hari terahir aku bersama dengan pejabat lama. Sepatutnya esok tapi aku malas dah nak ngadap kat sini. kalau jumpa je asyik tanya "bila nak berambus?". Worry not, i am nak berambus.

So here i am, menghabiskan keje-keje yang belum selesai.

more on berkemas sebenarnya. whatever it is, neves nak masuk opis baru.

Friday, March 16, 2012

Pack and ...

The next word should be LEAVE.

But not yet. Hanya abis packing 80% of barang-barang yang ada memandangkan masih akan buat keje-keje akhir disini.

Pejabat ini sudah hampir sepertimana aku masuk awal-awal dulu. suddenly terasa seperti aku baru saja ditugaskan disini sedangkan dah hampir 3 tahun (dan 9 tahun lebih di tempat yang sama).

Hanya lagu Yuna yang menemaniku saat ini dikala ingin menyelesaikan isu-isu yang tertunggak.

How will my life be in the new place?

Mari menempuhnya... BERUSAHA!

Thursday, March 15, 2012

Saya memilih

Saya memilih untuk tidak berada di sini pagi ini.

Bukan atas dasar tekanan kerja dan sebagainya tetapi fikiran saya telah jauh melayang di tempat baru.

Barang-barang peribadi di pejabat telah separuh dikemaskan. Dan saya sepertinya bersedia untuk beredar dari tempat ini bila-bila masa sahaja.

Tapi sedikit geram kerana surat-surat masih diminitkan kepada saya walaupun telah beberapa kali diingatkan supaya tidak berbuat demikian memandangkan ia akan menambahkan kerja saya di saat-saat akhir.

Dia degil!

Dan saya sekarang meneruskan kerja-kerja saya yang tertunggak.

Jangan kacau saya!

Wednesday, March 14, 2012

Sayu

Tiba-tiba saya terasa sayu apabila mengumpulkan kotak-kotak bagi mengisi barang-barang pejabat saya petang ini.

Sembilan tahun saya disini, minggu depan merupakan minggu terakhir saya bertugas di tempat ini.

Semoga semuanya baik-baik belaka...

Monday, March 5, 2012

Gud news

Pertukaran disahkan!

1Word : AWESOME

Bos lama yang baru

Hari pertama dibawah pemerintahan bos lama yang baru.

1Word : KEJI!

Tuesday, February 28, 2012

Bertukar!

Bertukar!!!

Bukan bertukar menjadi Gaban atau Sailor Moon, tapi bos bertukar tempat keje.

Asalnya kekal the dalam 3 hari keputusan BERTUKAR pun berlaku.

Ntah la, aku ingatkan kat luar nun jauh disana orang dok asyik bercerita pasal politik. Dalam opis ada politik oso. Apapun terpaksa terima berita seadanya. Aku ni pulak bila nak BERTUKAR?

Semalam meeting di Ipoh. Ngantuk sepanjang jalan pegi dan balik. and yet, hari ni letih oso and ngantuk. meeting dengan YBM tadi aku masuk separuh jalan. banyak keje nak settle sebelum nak berpergian lagi hari ini.

mood suda ilang tetapi keje masihmelambak. huahuahua!!!!!!!!!!!!!!!! (nanges)

Tuesday, January 31, 2012

If I...

If i don't attend the meeting doesn't mean that i don't do my work.

If i attend the meeting, definitely i won't do my work.

Wednesday, January 11, 2012

Posting?

Angin menderu-deru mengatakan aku diluluskan untuk BERAMBUS dari tempat sedia ada. Semalam dah gi interbiu dalaman dengan Datin Ghairiyah (Ghairiyah ka?). rasanya ok kot.

Second boss sibuk tanya orang aku pindah ke tak. aku depan mata tak nak lak tanya. gonjes betol (apa makna gonjes? ntah).

Sekarang tengah menghitung hari tapi tak nak dengar lagu Kris Dayanti menghitung hari itu. Tengah syok dengar lagu Yuna, Backpackig Around Europe. Nak travel ka sebelum pindah? Travel dari umah ke opis je yang mampu. Ko mampu????

apapin keputusan akhir bulan Februari. Hopefully pindah... insya Allah.

Tuesday, January 3, 2012

Happy New Year 2012

Dah terlambat dah nak wish tapi nak jugak.

An entry after 6 months menyepi. ade ke orang nak baca? lantak la kan. ini blog aku. anyway, life is getting tougher this year, mana nak bayar umah dah in few months from now. yaiks!!!

nak buat permohonan pindah opis tapi kena buat melalui HRMIS yang LEMBABBBBBBBBBB itu. aku klik sekali, dah 10 minit paparan yang sama. Wei, korang pakai server apa ni?

anyway, selamat bekerja wahai kawan2 ku sekalian. tengah bulan ni gaji lagi. hehehehe

Tuesday, July 20, 2010

Lamanya!!!!

Lamanya aku tak update blog.

Diakui aku memang terlalu sibuk dengan keje baru (tanggung keje orang) disamping keje-keje lama. Semalam assistant baru lapor diri menggantikan yang sedia ada. Kalau dia masuk at least kurang sikit beban aku (ye ke???).

Minggu lepas aku sepatutnya bercuti tapi tak jadi sebab ada keperluan mendesak kat opis. Minggu ni macam tu jugak. Esok aku mau cuti tapi kena lak ganti orang gi meeting. petang ni chair meeting, also ganti orang.

Huh!!!

Aku tak tau beraa lama lagi aku akan bertahan. Aku cuba bertahan... mesti kena bertahan. hmmm....

Tidak ditimpakan sesuatu diluar kemampuan, insya Allah.

Selamat menghabiskan kerja yang ada (yang tak pernah abis).

Monday, July 5, 2010

Berita

Ya, disebabkan aku kata dalam FB ada'berita' yang memeranjatkan, ramai lak yang tanya.

Ala, saje je kta macam tu. letih gak nak melayan kerenah kawan-kawan yang nak tau berita sebenar. Ntah, mungkin sudah tiba masa untuk aku ditukarkan ke tempat lain. Mungkin jugak itu beritanya. ala, kalau jadi aku akan habaq jugak.

cuma masa ni macam malas nak layan persoalan yang banyak (dalam kepala aku la). keje lak banyak gak yang belum siap.

Selamat datang Hari Isnin, semoga hari ini apa yang aku rancang menjadik la gamaknya.

Thursday, June 10, 2010

malasnya

Malasnya hari ini!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

- sambung keje -

Wednesday, June 2, 2010

Kenapa?

Kenapa keje tak pandai abis ni?

Kenapa asyik tanya nasik minyak dan kad kawen?

Kenapa asyik tanya sebab aku duduk jauh dari opis?

Kenapa... Kenapa... Kenapa...?

...????????????????

Nak cuti la.

Monday, May 31, 2010

Seharusnya...

Seharusnya aku rajin hari ini.

Tapi disebabkan waktu pagi ini bos-bos sekalian tiada di pejabat maka kemalasan semakin menjadi-jadi terutamanya waktu sekarang ini yang nak rehat.

Oh, betapa aku rindu mau makan itu dOnut SAy Cheese kat Big Apple.

Ayuh...ke sana!

Monday, May 24, 2010

Aman

Aman sikit opis hari ni.

Bos besar dan bos saiz besar takde kat opis. yang ada bos cekeding dan bos yang cikedis. Lagi la aku malas nak buat keje.

Ok la, i want to enjoy my day dengan keje yang banyak.

Sunday, May 9, 2010

Penatnya!!!

Last 2 weeks merupakan hari yang sangat penat.

ramai gak yang tanya apakah 'the big sh*t' yang dimaksudkan dalam entry lepas. So, begini la ceritanya...

Jumaat 2 minggu lepas aku dah plan baek punya nak jumpa member sekolah rendah aku yang 17 tahun aku tak jumpa. then aku plan nak tgk wayang, plan itu dan ini. Tetibanya, jam 6 petang bos aku kata aku kena pi Sibu.

WADEFAK???? (sorry...emoticons sikit)

dan aku kena pegi hari tu jugak sebab aku kena sampai sana sebelum jam 9 pagi sebab ada meeting. dengan perasaan yang panas membara aku cuba la cari alasan tak nak pi. muka aku pun dah merah padam nak mampos ka bos aku ni. tapi bila mengenangkan bos kepada bos kepada bos aku yang tolong arrange maka aku ambik keputusan untuk pegi jua (sebab respek dia berupaya nak uruskan trip aku tuh...huh!).

apa lagi, call la member aku kat Seromban mintak dia pack untuk 1 nite trip sebab esoknya jugak aku mau balek. malam tu jugak aku book hotel mahal nak mampus. setelah bertukar barang kat KLIA, aku ke Sarawak. sampai sana jam 12.00 tengah malam. sampai hotel 12.30 pagi. mandi dan iron baju dan berkemas. tido jam 2 pagi dan bangun semula jam 4.15 pagi untuk bersiap ke airport. jam 4.45 pagi teksi sampai dan aku terus ke Gate untuk boarding.

sepatutnya kapal depart jam 6, tapi sebab masalah teknikal (atau lebih betul ialah masalah penumpang tak cukup dan dorang combine flight), so flight aku depart jam 7 pagi. sampai Sibu dalam jam 8, aku masih mamai. Call la orang yang nak buat meeting tu. Dato' tu la... tetapinya meeting tu bukan jam 9 pagi tapi 9 malam.

WADEFAK ???? (Part 2)!!!!!!

jadinya aku terpaksa tido Sibu 1 malam and baju tak cukup. hanya ada selai je. and the worst thing sebab bilik mesyuarat yang nak digunakan tu takde sapa yang tau nak digunakan malam tu jugak. makanya dengan kuasa veto yang aku ada, mula lah aku mengarah orang prepare itu dan ini. sehingga kan manager tu tanya sapa yang nak bayar, terus je aku sound

"takkan la tempat you pun you nak berkira. you la absorb!"

Tak penah-penahnya aku nak meninggi suara kat orang. tapi apakan daya bila aku dah penat dan pening dan bosan and angry (hungry also time tu), layak la kalau aku bertukar jadi naga.

Alhamdulillah, semua perancangan berjalan baik masa meeting walaupun sebelum meeting tu aku bertekak lagi dengan urusetia sebab tetiba je halau kitorang dari situ kononnya bos dia nak guna bilik meeting tu. Diakah yang bangang atau aku kah yang tidak mendapat maklumat lengkap? keputusannya, dia bangang sebab aku dapat tau lebih awal yang mesyuarat aku dibuat dulu dan kemudian sambung dengan mesyuarat dengan dia.

tak sia-sia la aku bertekak hari tu.

hasilnya, aku balik jugak the next day, dengan gamble sekiranya aku diminta buat taklimat tapi aku takde kat situ. alhamdulillah, tak jadi taklimat tu dan aku dah selamat sampai ke rumah hari ahad tu jugak.

The next selasa aku fly lagi ke Sabah. Rabu pulak aku fly ke Sarawak.

That was the biggest sh*ts ever happened this month.

semoga tidak berulang lagi.

End of story... aku mau relax layan Avatar kali ke 6.