Sunday, November 29, 2009

22 botol

Pagi tadi mummy call.
At first tu risau gak, kot-kot ada apa yang tak kena. Tapi mummy just nak bagitau yang doktor dah berhenti masukkan air dalam badan Mick. Genap 22 botol semuanya. Tapi Mick masih tak dapat keluar hospital lagi sebab hari isnin ni kena scan dulu nak tau samada buah pinggang dia ok atau tak. harap-harap semua ok.
hari ini aku rasa macam nak duduk rumah saja, selesaikan keje-keje yang tertunggak minggu lepas (sebab cuti kononnya). cuaca mendung je pagi ni membuatkan mata ala-ala redup semacam (ni baru je lepas mandi nih...cis!).
Minggu depan mesti havoc kat opis aku tu sebab turn pak mentari aku tu menyinar dan membakar kat par-Lemon. Huh! siap sedia la kena marah semuanya!!!! huahuahua....

Saturday, November 28, 2009

Masuk wad

Raya yang kurang ceria sebab adik pompuan aku masuk wad.

Buah pinggang mungkin dijangkiti kuman. Bila dengar berita tu, mummy pun terpaksa travel ke KK just to accompany mick kat hospital. Minggu depan baru tau samada semua ok atau jangkitan masih ada.

Dikejauhan, aku hanya mampu menitip doa semoga semua selamat dan dia segerra sihat sebab bulan depan dia akan duduk exam....Insya Allah.

Thursday, November 26, 2009

Cuti ka???

Cuti ka sekiranya terpaksa datang ke opis buat keje?

Cuti ka sekiranya orang yang tau aku cuti tapi masih nak tanya macam-macam lagi?

Cuti ka kalau sekadar berada di lingkungan 1 kilometer dari kawasan opis?

Cuti ka kalau kena standby untuk bagi maklumat?

Cuti ka kalau telefon berdering tak putus untuk dapatkan info keje?

Cuti ka kalau info yang diperlukan itu ada di opis dan kena pi opis untuk bagi input?

CUTI KA???? CUTI KA??? CUTI KA???

Tuesday, November 24, 2009

Keje banyak

Sampai opis awal hari ni.

Ye la, dari semalam tak renti-renti telefon berbunyi. Dari semalam gak tak renti-renti mintak maklumat. aku jadi sampai nak muntah dibuatnya. pagi ni lak awal-awal lagi dah ngadap PC (update blog, bukannye buat keje...cis!). ni nak buat keje la lepas ni.

Owh, esok aku cuti (betul ka???). rasanya macam nak off je enset supaya senyap sikit nak cuti. eleh, nama aje cuti tapi aku kena balik opis gak buat FM (Fail meja la...).

Ntah la cuti aku ni cuti apa namanya...

Monday, November 23, 2009

Pay day

Hari ini gaji.

Ala-ala gambaran seperti hujan yang turun lepas kemarau yang panjang. Ye la, kemarau sebab gaji 6 minggu tande. Hari ini keje banyak, tidak sebanyak gaji yang ada atas slip gaji tu. Ya, sebab atas slip itu hanya nombor saja, isinya suda tiada disitu sebab mau bayar segala mala utang piutang. huahuahua...

p/s: belum dikategorikan sebagai Keberhutangan Serius.... serius nih!

Friday, November 20, 2009

work

I love my job and my bosses suck!

Sunday, November 15, 2009

Sorry

semalam aku jenjalan sekitar NS.

Ke nilai, Senawang, Seremban bla, bla... Hujan lebat dari pagi sampai ke petang. Jalan pulak jamm semacam. Nasib baik Savvior tak buat hal. ada la sekali dua tapi dapat dimaafkan. perangainya cukup baik hari ini dan dapat bawak aku jalan-jalan dengan ceria dalam hujan lebat itu.

Destinasi terakhir sebelum balik rumah ialah Giant. Aku tak tau aku nak cari apa kat situ tapi aku saja nak jenjalan. So, meredah la segala lori-lori yang ada, dengan jalan jamm gak sikit dan orang ramai berpusu-pusu nak berlindung dalam Giant sebab ujan. Alkisahnya, takde la parking. Pusing-pusing la aku beberapa kali di tempat yang sama.

tetiba di hujung nun ada parking kosong. jauh gak la kedudukannya dari Giant tapi itu je yang ada. terpaksa la redah ujan kalau aku parking kat situ. Tapinya, masa aku nak masuk parking tu, masa tu la jugak mamat keje Giant tu nak tolak troli panjang berjela menghalang jalan masuk aku ke parking tu. Apa lagi, naik angin la satu badan. Segala m*ki h*mun pun kuar la tak ingat punya... Tapi dalam keter aje la. Kalau orang dari luar nampak, meesti sangka aku dah gila dalam keter tu. Then, aku terpaksa la buat satu lagi round untuk pastikan aku dapat balik parking tu sebelum orang lain ambik. Dalam hati yang panas membara ni, tak abis-abis lagi seranahnya, geram konon.

Bila aku nak buat u-turn depan bangunan Giant tu, tetiba ada lak kereta kuar dari parking. Kedudukannya lagi dekat dari tempat yang aku dok kejar-kejar tadi tu. Selesai parking, aku duduk dalam keter. Lama gak, dalam setengah jam. Pasal apa?

Pasal ingat balik apa yang aku dok m*ki h*mun mamat tadi tu. Hmm... rasanya nyesal pulak bila cakap macam tu tadi. Walaupun dia tak dengar, tapi aku dah rasa cukup bersalah. Sebab? Sebab kalau bukan dia blok parking tadi, aku tentu tak dapat parking yang baru ni, yang kedudukannya lebih baik dari yang aku dok kejar-kejar tadi. Dari dalam keter, aku tengok dia masih lagi dok tolak troli yang berjela-jela panjang tu dalam hujan. Masa tu terbayang jugak la kalau aku ada di tempat dia.

Mungkin keadaan yang terlalu 'selesa' ini membuatkan kita selalu hilang pertimbangan. Cepat hilang sabar. selalu sangat nak m*ki orang tak tentu hala, sedangkan kita sendiri tidak tahu apa masalah orang yang kita marah tu, apa keadaan orang itu pada ketika itu. Terlalu bagus ka kita sehingga layak kata orang begini dan begitu, sedangkan hakikatnya kita sendiri pun tidak la sebagus mana.

Mungkin kita kurang memahami perasaan orang lain, tidak mahu 'melihat' lebih jauh, tidak mahu memikirkan keadaan orang lain, yang mungkin suatu hari nanti menjadikan kita orang yang lebih baik dari keadaan sekarang, atau menjadikan kehidupan kita lebih baik dari sekarang.

betul la kata seorang sahabat, "kalau kita terlepas satu peluang, jangan la menganggap peluang itu tidak akan didapati lagi pada masa depan. mungkin sesuatu yang lebih baik menunggu pada masa depan. tapi apa yang paling penting, cuba la hidup dengan keadaan yang ada pada masa ini, sebelum diri kita menjadi orang yang lupa."

Lama aku lepak di Giant, macam biasa, melihat gelagat orang. sesekali menjenguk ke luar, kalau-kalau kelihatan mamat yang membuatkan aku sedikit insaf itu. Ya, dia masih ada di luar, menolak troli balik ke dalam Giant. dari kejauhan itu, aku mendetik kemaafan...

Hari ini, aku lebih banyak diam, mengajar lidah bahawa sungguhpun kata-kata kesat yang diucap itu (samada di dengari atau tidak), tak perlu la diluahkan. Dan elok juga kalau hati turut belajar untuk tidak mendetikkan rasa itu.

Manusia, belajar la menjadi 'manusia' semula.

Sunday, November 8, 2009

Lihat

Dari dulu lagi aku suka tengok gelagat orang.

Sebab tu la ujung minggu biasanya aku akan breakfast di kawasan-kawasan ramai orang, jadi aku dapat lihat gelagat orang. Macam-macam yang bole dilihat. Ada yang lucu, yang kesian pun ada. biasanya aku akan duduk dalam 1 atau 2 jam, sambil minum, makan, sambil baca majalah atau paper. dan mata pun memerhatikan gelagat orang.

mentang-mentang duduk pemantauan, kena la pantau orang. hehehe... takde la sampai macam tu sekali. aku suka berada disekitar masyarakat, melihat perilaku masyarakat. Ada kalanya kita lihat orang yang lebih dari kita, lebih dari segi penampilan, mungkin wang ringgit. tak kurang juga yang mempunyai apa-apa yang kurang dari kita. dalam hidup sekarang ni, mungkin ramai yang mempunyai apa-apa yang kurang dari kita...mungkin.

dari pemerhatian itu kita bole dapat sesuatu. kita mungkin selalu membandingkan diri kita dengan orang lain. bukan mungkin, memanng selalu pun. dan selalunya perbandingan itu nampak tidak setara, maksudnya tidak adil (bagi sesetengah orang). kerana biasanya kita membandingkan apa yang kita tiada dengan apa yang orang ada.

sahabat saya pernah berkata, "kalau kita selalu membandingkan apa yang orang ada dengan apa yang kita tidak ada, kita tidak akan puas. namun, cuba bandingkan apa yang kita ada, dengan apa yang orang lain perlukan, kita seharusnya lebih bersyukur."

aku selalu rasakan apa yang dikatakan itu benar. bila kita membandingkan apa yang kita tidak ada dengan apa yang orang ada, mungkin timbul rasa iri, dengki dan sebagainya. Biasanya perasaan negatif muncul dulu. jarang yang berfikiran positif. jika ini yang berlaku, seharusnya kita cepat-cepat mengubah yang negatif kepada yang positif. maknanya kalau orang lain ada dan kita tidak, perlunya kita berusaha lebih untuk mendapat apa yang orang lain ada.

namun, adalah lebih bermakna kalau kita membandingkan diri kita dengan orang yang kekurangan. moga-moga dengan perbandingan itu, kita akan lebih bersyukur. hmm... ingat dulu masa mula-mula kerja, gaji hanya 600. tapi dengan 600 itu aku mampu hidup untuk menyara diri sendiri (walaupun masih belum dapat berbakti dengan mak bapak). kini, dengan gaji yang berganda-ganda dari itu, masih tak cukup lagi.

hari ini bila duduk dengan masyarakat, adakah kita tau samada orang yang duduk disebelah itu, yang sedang sama-sama menjamah makan tengahari itu akan menjamah makan malam pula. mungkin makan tengahari itu adalah makanan untuknya pada hari itu, sebelum dia meneruskan kerjanya semula, sehingga dia menjamah pula makan tengahari pada hari esok, yang mana makanan itu juga adalah untuknya pada hari itu.

hmmm... mungkin kita masih perlu belajar hidup dengan apa yang kita ada, kerana sesungguhnya apabila ia sudah tiada, kita takut mungkin itu sahaja satu-satunya benda yang ada untuk kita.

Selamat malam.

Bit by bit

Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

Ya, utang jadi bukit, pas tu jadi gunung hempap kepala sendiri. Baru padan muka. Nothing serious, still manageable. But nearing worst. Takpe la, asal gembira (gembira ka?).

Last week my sister bagitau enset dia sudah rosak. Tau-tau je kan yang bulan depan aku nak dapat bonus tu. Dan-dan terus bagitau enset rosak. Hmm... ye la, nak buat macam mana. Lagipun besday dia hari tu dah la aku lambat wish, adiah pun takde. Takkan la aku nak diam diri kan sebab every year dia memang dapat something dari aku.

So, aku gi la cari something sesuai dengan dia. terlihat satu item ini lantas tanpa berfikir panjang di grab while harganya masih lagi sesuai dan berkenan di kalbu. Ala-ala kaedah membeli seorang kawan tu (ala, yang shopaholik not alcaholic tu), kaedah angkat-letak-angkat lagi dan terus beli berjaya dipraktikkan.

Nampaknya, bonus ujung bulan ni buat bayar utang aje la nampaknya.

Thursday, November 5, 2009

Bossy

Boss is around, bossy.

Ya la, dah keje dia. Nak buat macam mana. Tapi jangan la bila udah jadi bos nih kita dok nyusahkan orang selalu. sekali sekala ok kot. tapi kalau selalu sangat, meluat gak.

hmmm...kekadang terfikir gak. adakah dia sedar yang dia buat tu nyusahkan orang? Ntah la, malas lak aku nak fikirkan. nanti la aku tanya dia (kalau berani...).

Aku dah packing nak balik umah ni.

Tensi...

Ya, aku sangat tensi sekarang ini.

Ni pasal bos aku yang selalu sangat nak mintak info bila dia dah kuar opis. Walhal, orang yang ada info tu duduk depan mata dia. Oh, sungguh tensi aku memikirkannya sehingga aku tak lalu nak makan.

Naper la suker sangat nak nyusahkan orang. Kalau sehari tak nyusahkan orang tak bole ke? Huh! Geram ada, rasa nak bagi lempangan pun ada.

Aku masih kat opis ni, menyediakan maklumat yang dia mintak ni. Prinsip la, keabsahan la, kebertanggungjawaban la, ngok ngek ... malas aku layan orang yang dah menopos nih. Baek aku buat keje memasing...

...dan aku masih teringat PSP Go dan PS3 Slim&Lite yang aku tengok semalam. Sungguh teruja! Yang mana satu nak dibeli dulu (atau kedua-duanya????), dan tambah TV lagi???? Oh!!! Pening aku nak memikirkannya.

Tuesday, November 3, 2009

Aku malas

Owh...yeah... (sambil menggeliat malas).

Bos (plus size one) dah balik. Aku ingatkan dah kurus tapi idok ler. Kempunan nak tengok dia kurus. Buang karan. Tapi ari ni dia tak banyak songeh lak. jadi budak baik lak dia. Dah insaf le tu naik aji.

Petang-petang ni aku terasa amat malas, mungkin sebab poket kering. Poket kering tak mengganggu gugat pola perbelanjaan semasa. Jadiknya, malam ini aku mau makan donat lagi, donat yang ada cheese itu. Wush!!! Sungguh lazat sekali. Semalam makan 3 ketul. Hari ini mungkin 6 ketul kot. Pas tu tak nak dinner. Diet! (perasan).

ni nak menghabiskan sisa-sisa 2 jam kat opis ni amat la malas sekali. Baik aku buat kopi dulu sebab mata aku ni dah layu semacam je...

it's tea (coffee actually) time!

Sunday, November 1, 2009

Jennifer's Body

Ini movie ya, bukan body si jennifer mana-mana opis.

aku gi tengok movie ni semalam. Trailer nya nampak macam bagus je. Rupe-rupenye macam monyet je movie ni. Kategori 18SG, tapi lagi banyak adegan SX dari SG nye (and of course di 'potong-potong' oleh lembaga penapisan filem). Aku rasa movie ni layak dikategorikan dalam kategori 18SXG, maknanya lebih banyak adegan SX dari SG tu.

Ye la, pi tengok movie ni harap-harap dapat la tengok hantu-hantu yang seram-seram, naik bulu roma segala bagai. Ini lain pulak yang naik (wei! bukan naik apa, naik angin la!!!! otak kuning korang ni).

Aku siap bole nak tertido lakk menunggu hantunya tu. Ok la, untuk tidak menghampakan korang, ada gak la adegan yang seram gitu-gitu, especially bila jennifer tu (lakonan awek pelakon wanita utama movie Transformer, megan Fox) minum darah orang yang dia bunuh tu ala-ala cedok air kat tepi kolam dan hirup macam orang tak minum 3 hari. tapi yang dia cedok tu dari perut mangsa yang dia bunuh tu. Best sangat tengok (best la sebab masa tu je yang seram pun).

oh ya, hantu tu sempat bunuh 4 orang je, tak cukup masa nak bunuh ramai lagi sebab 3/4 movie ni penuh ngan adegan 'potong-potong'. Kalau korang nak tengok gak, sukati korang la,. duit korang, kan.

Selamat menonton (dan tido)...