Sunday, November 8, 2009

Lihat

Dari dulu lagi aku suka tengok gelagat orang.

Sebab tu la ujung minggu biasanya aku akan breakfast di kawasan-kawasan ramai orang, jadi aku dapat lihat gelagat orang. Macam-macam yang bole dilihat. Ada yang lucu, yang kesian pun ada. biasanya aku akan duduk dalam 1 atau 2 jam, sambil minum, makan, sambil baca majalah atau paper. dan mata pun memerhatikan gelagat orang.

mentang-mentang duduk pemantauan, kena la pantau orang. hehehe... takde la sampai macam tu sekali. aku suka berada disekitar masyarakat, melihat perilaku masyarakat. Ada kalanya kita lihat orang yang lebih dari kita, lebih dari segi penampilan, mungkin wang ringgit. tak kurang juga yang mempunyai apa-apa yang kurang dari kita. dalam hidup sekarang ni, mungkin ramai yang mempunyai apa-apa yang kurang dari kita...mungkin.

dari pemerhatian itu kita bole dapat sesuatu. kita mungkin selalu membandingkan diri kita dengan orang lain. bukan mungkin, memanng selalu pun. dan selalunya perbandingan itu nampak tidak setara, maksudnya tidak adil (bagi sesetengah orang). kerana biasanya kita membandingkan apa yang kita tiada dengan apa yang orang ada.

sahabat saya pernah berkata, "kalau kita selalu membandingkan apa yang orang ada dengan apa yang kita tidak ada, kita tidak akan puas. namun, cuba bandingkan apa yang kita ada, dengan apa yang orang lain perlukan, kita seharusnya lebih bersyukur."

aku selalu rasakan apa yang dikatakan itu benar. bila kita membandingkan apa yang kita tidak ada dengan apa yang orang ada, mungkin timbul rasa iri, dengki dan sebagainya. Biasanya perasaan negatif muncul dulu. jarang yang berfikiran positif. jika ini yang berlaku, seharusnya kita cepat-cepat mengubah yang negatif kepada yang positif. maknanya kalau orang lain ada dan kita tidak, perlunya kita berusaha lebih untuk mendapat apa yang orang lain ada.

namun, adalah lebih bermakna kalau kita membandingkan diri kita dengan orang yang kekurangan. moga-moga dengan perbandingan itu, kita akan lebih bersyukur. hmm... ingat dulu masa mula-mula kerja, gaji hanya 600. tapi dengan 600 itu aku mampu hidup untuk menyara diri sendiri (walaupun masih belum dapat berbakti dengan mak bapak). kini, dengan gaji yang berganda-ganda dari itu, masih tak cukup lagi.

hari ini bila duduk dengan masyarakat, adakah kita tau samada orang yang duduk disebelah itu, yang sedang sama-sama menjamah makan tengahari itu akan menjamah makan malam pula. mungkin makan tengahari itu adalah makanan untuknya pada hari itu, sebelum dia meneruskan kerjanya semula, sehingga dia menjamah pula makan tengahari pada hari esok, yang mana makanan itu juga adalah untuknya pada hari itu.

hmmm... mungkin kita masih perlu belajar hidup dengan apa yang kita ada, kerana sesungguhnya apabila ia sudah tiada, kita takut mungkin itu sahaja satu-satunya benda yang ada untuk kita.

Selamat malam.

2 comments:

MamaIcha said...

syukur, syukur, syukur :)

Anonymous said...

beautifully written..
sangat insaf, ok.. :)