Wednesday, December 30, 2009

Cuti

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, aku cuti.

Tapi aku sendiri pun tak tau apa yang aku buat massa cuti ni. Aku banyak habiskan masa dengan driving dan tengok wayang. And of course, layan panggilan telefon yang bertanyakan kerja-kerja di opis (sh*t!).

Selain itu, aku jugak abiskan masa kat tempat-tempat ramai orang. macam biasa, tengok gelagat orang. Cadangan untuk membeli-belah ditangguhkan sementara kerana kekurangan dana akibat pindahan peruntukan akhir tahun. Hmm...apa nak buat. melopong la tengok banner 'SALE' sana sini.

Hari ni jugak aku dah dapat no fon member aku yang dah 8 tahun tak jumpa. As usual, soalan cepu emas yang ditanya dan sekali lagi (seperti biasa) dijawab dengan selamba dan gelak tawa (dalam ati macam nak cincang2 aje korang yang tanya soalan tu, kan).

Malam ni aku akan packing sebab nak balik kampung. Lusa balik sini semula (cuti ka namanya???). Mummy pun telah memaklumkan perancangan sambutan tahun baru yang tidak seberapa (yang diiringi dengan BBQ tepi laman). Dah 10 tahun kot tak sambut tahun baru ngan famili. Asyik di perantauan aje. Bukan la menyambut itu yang penting tapi bersama famili tu yang lebih penting.

Oh ya, selama 2 hari cuti ni aku abiskan dengan tengok wayang (yang turut diiringi dengan deringan telefon dari opis tanya itu dan ini...cit!!!). Sherlock Holmes, Avatar (kali ke-2) dan Zombieland. Malam ni aku mau relax sebab esok flight awal. Takut tertinggal pulak.

OK la, malas aku nak masukkan entry panjang-panjang sebab aku letih. mau rehat jap. Kang kalau aku free baru aku highlight lagi. Banyak peristiwa sebenarnya tapi biar la dulu. Kepada korang sumer, selamat tahun baru 2010. Semoga naik pangkat cepat!

Thursday, December 24, 2009

Last day

Hari terakhir keje sebelum aku cuti dan kembali semula keje pada tahun depan.

Tapi yang pastinya aku terpaksa masuk balik keje isnin ni sebab banyak sangat bende yang kena buat. Hari ni aku meeting pagi dan petang. ni baru dapat masuk opis untuk tengok surat-surat urgent.

dan hari ni jugak ada beberapa pegawai khidmat singkat yang menamatkan perkhidmatan. terima kasih atas bantuan yang dicurahkan selama ini. Penghargaan keatas jasa baik semua. Next week mungkin lagi ramai yang tak sambung disebabkan kekurangan bajet. Is the situation really that bad???? Ntah, aku tak pasti...

Tonite is christmas eve, my uncle and aunt must be very busy preparing for the celebration. Unfortunately i dont have their number to wish them merry. Ya, aku ingat aku dah 8 tahun tak jumpa diorang. just came accross their names in the net sometimes. Donno if i can still remember their face or not.

Mungkin balik lambat hari ni sebab esok pun cuti. maybe i go and watch movie. maybe, tak tau lagi. whatever it is, nak siapkan keje ni dulu sebelum cuti ujung tahun ni.

Monday, December 21, 2009

Opis busy

Busy gila opis aku.

Ye la, pertukaran mesyuarat banyak sangat menyebabkan semua kerja tergendala. Macam ni la keje Gomen. Orang lain yang buat keputusan last minute, orang lain yang kelam kabut. Orang atas ni lak dia bukannya tau ko siap ka, ko tak siap ka, yang penting siap. Kalau tak, 'siap' la ko.

Ni kebanyakan officer takdok kat opis, meeting memanjang. AKu lak terkapai-kapai kat opis ni tengah buat keje. harap-harap aku tak perlu masuk meeting jam 4.30 petang ni nanti. Kejap ni nanti. Kalau tak, pengsan la jam 7 baru abis.

Baik aku cabut jam 5.30 ni...

Friday, December 18, 2009

@TV3

Semalam ada program kat Sunway.

Ntah apa programnya aku pun malas nak citer sebab kurang berminat. Lagipun dipaksa pergi sebenarnya. So, dengan langkah malas aku ke sana. Well, macam biasa, just pameran biasa-biasa aje. Huh! Bila tengahari terasa lapar lak. Jadi melantak la bihun tomyam ala-ala recycle (sama aje dari bfast hingga tea and lunch. Less bajet ka???).

Then, datang la sorang reporter ni bertanya soalan. Aku pun jawab la ala-ala gomen servant yang membodek kerajaan mintak naik bonus. Masa aku menjawab tu tang tu gak mamat tu potong (teringat iklan P1Max...potong... potong... potong...). Dia kata aku bukan nak di interview kat sini tapi kat tepi banner tu. So bila aku tengok tempatnya, harus la ada kamera segala bagai. What??? On TV??? They must be kidding!

Dengan bantuan Kak Mariah Tungku Sabrah (buka kot, pakai batik aje), aku melangkah la siap posing kat depan banner. Aku ingat ada la sesi nak 2-3 kali shot sebab nak dapatkan jawapan yang terbaik. tengoknya 1 shot aje (nak banyak shot ko ingat ko artis???). So, aku berharap la shot tadi tak masuh TV coz jawapan merapu. Lunch tadi belanja kengkawan lama makan sebab happy kononnye...

Buletin 1.30 tak kuar la interview tadi. So, aku rasa dorang dah drop kot interview yang jawapan macam celaka tu. Malam lak time prime time tak mungkin ada la. tetiba jam 8.45 malam, sms keeps on masuk dalam enset. Rupanya interview tadi masuk TV. Malunye!!!!!!! Apapun, thanks kat Kak mariah sebab bagi sokongan. hehehehe...

Thursday, December 17, 2009

Avatar (Movie)

Aku tengok citer ni semalam.

Mula jam 9.45 malam dan abis jam 12.20 tengah malam. Tapi dalam tempoh hampir 3 jam tu, amat tidak terasa sekali sebab filem tersebut memang best! Grafiknya sungguh cantik seakan-akan dunia Pandora tu memang benar-benar wujud. Sesekali akan terasa seperti menonton cerita kartun tapi itu tidak mengapa sebab sememangnya cerita itu memang pun macam kartun.

Whatever it is, aku rasa aku nak nonton cerita ni 2 kali lagi.

Weekend, here i come!!!

Wednesday, December 16, 2009

Orang baru

Ada officer baru mendaftar semalam.
Pompuan...Puan. Lebih berumur dari aku. Bekas keje swasta, background lawyer. Purposely diangkut ke sini atas sebab ada background lawyer itu yang dapat membantu Department aku buat keje-keje legal. Lega rasanya, tak perlu la kot aku nak berkengkang mata baca ayat-ayat lawyer dalam kontrak yang sebijik hapa pun aku tak faham.

Assistant aku dan big boss dah balik dari oversea. Ni tak ngadap dia lagi ni pagi ni. Malas nak ngadap sebab banyak keje yang dia suruh aku buat yang aku tak buat. Sebab malas? Ntah, mungkin aku dah lemau keje kat sini.

Hari ini aku keje dengan rajin sekali (1 kali je) tapi berkali-kali malas. Semoga malam ini aku ceria kembali sebab aku akan tengok filem ini...

Wednesday, December 9, 2009

Gadget

It was never in my wishlist.

Once a while, bila lalu kat kedai tu, aku just angkat letak angkat letak je. Nak beli macam tak nak je. Ye la, masih malas lagi nak beli (agaknya... pada masa tu). Semalam ke Mid Valley, just jenjalan kat sana. Mencari buah-buahan Blackberry. Ada la jumpa tetapi bukan dalam kategori yang dicari, jadi beralih pulak ke tempat lain.

Beli aksesori untuk iPod, a speaker dan kulit baju dia. Ye la, dah calar-balar baru nak cari kulit dia, kan. Hmm... baru semalam ada bajet kot.

Then, move to another kedai. Kali ni tak yah angkat letak. Angkat terus letak atas kaunter je. Malas nak memikirkannya. Gembira la Pak Sony bila aku swipe je my KCard. (utang lagi...)

Hari ini belum sempat nak godek-godek lagi benda alah tu. Nanti la kalau tak busy. Sekarang dalam tempoh promosi.

Keje, keje.... banyak lagi keje nak buat ni.

Sunday, December 6, 2009

Keluar hospital

Lama tak update blog.


Teramat sibuk. Ditambah pulak dengan hal-ehwal ujung tahun yang sememangnya semua orang tau akan sibuk sana-sini, semua nak tutup buku untuk menunggu tahun baru.


Ni rasanya entry pertama bulan Disember, 1 week after Disember. Good news, adik aku dah kuar dari hospital hari ini. Next week, dia akan duduk final exam. Aku tak tau la macam mana preparation dia masa kat hospital tu tapi harapnya dia bole buat yang terbaik.


Baru la lega hati aku dengar. mummy masih temankan dia. Aku nasihatkan mummy supaya bawak Mick balik sejurus abis exam, tak perlu tunggu sampai sesi pembelajaran abis. Ye la, bukannya ada nak belajar pun. Cikgu cikgi pun dah start packing agaknya nak balik kampung.

Baru la aku terasa macam nak buat keje. Ni macam nak buat keje opis tapi malas pulak melanda. Mungkin esok, mungkin. Aku tak tau lagi. Ntah, hati tidak tenang hari ini... malam ini...

Resah, pergi la kau jauh-jauh di keheningan malam.

Sunday, November 29, 2009

22 botol

Pagi tadi mummy call.
At first tu risau gak, kot-kot ada apa yang tak kena. Tapi mummy just nak bagitau yang doktor dah berhenti masukkan air dalam badan Mick. Genap 22 botol semuanya. Tapi Mick masih tak dapat keluar hospital lagi sebab hari isnin ni kena scan dulu nak tau samada buah pinggang dia ok atau tak. harap-harap semua ok.
hari ini aku rasa macam nak duduk rumah saja, selesaikan keje-keje yang tertunggak minggu lepas (sebab cuti kononnya). cuaca mendung je pagi ni membuatkan mata ala-ala redup semacam (ni baru je lepas mandi nih...cis!).
Minggu depan mesti havoc kat opis aku tu sebab turn pak mentari aku tu menyinar dan membakar kat par-Lemon. Huh! siap sedia la kena marah semuanya!!!! huahuahua....

Saturday, November 28, 2009

Masuk wad

Raya yang kurang ceria sebab adik pompuan aku masuk wad.

Buah pinggang mungkin dijangkiti kuman. Bila dengar berita tu, mummy pun terpaksa travel ke KK just to accompany mick kat hospital. Minggu depan baru tau samada semua ok atau jangkitan masih ada.

Dikejauhan, aku hanya mampu menitip doa semoga semua selamat dan dia segerra sihat sebab bulan depan dia akan duduk exam....Insya Allah.

Thursday, November 26, 2009

Cuti ka???

Cuti ka sekiranya terpaksa datang ke opis buat keje?

Cuti ka sekiranya orang yang tau aku cuti tapi masih nak tanya macam-macam lagi?

Cuti ka kalau sekadar berada di lingkungan 1 kilometer dari kawasan opis?

Cuti ka kalau kena standby untuk bagi maklumat?

Cuti ka kalau telefon berdering tak putus untuk dapatkan info keje?

Cuti ka kalau info yang diperlukan itu ada di opis dan kena pi opis untuk bagi input?

CUTI KA???? CUTI KA??? CUTI KA???

Tuesday, November 24, 2009

Keje banyak

Sampai opis awal hari ni.

Ye la, dari semalam tak renti-renti telefon berbunyi. Dari semalam gak tak renti-renti mintak maklumat. aku jadi sampai nak muntah dibuatnya. pagi ni lak awal-awal lagi dah ngadap PC (update blog, bukannye buat keje...cis!). ni nak buat keje la lepas ni.

Owh, esok aku cuti (betul ka???). rasanya macam nak off je enset supaya senyap sikit nak cuti. eleh, nama aje cuti tapi aku kena balik opis gak buat FM (Fail meja la...).

Ntah la cuti aku ni cuti apa namanya...

Monday, November 23, 2009

Pay day

Hari ini gaji.

Ala-ala gambaran seperti hujan yang turun lepas kemarau yang panjang. Ye la, kemarau sebab gaji 6 minggu tande. Hari ini keje banyak, tidak sebanyak gaji yang ada atas slip gaji tu. Ya, sebab atas slip itu hanya nombor saja, isinya suda tiada disitu sebab mau bayar segala mala utang piutang. huahuahua...

p/s: belum dikategorikan sebagai Keberhutangan Serius.... serius nih!

Friday, November 20, 2009

work

I love my job and my bosses suck!

Sunday, November 15, 2009

Sorry

semalam aku jenjalan sekitar NS.

Ke nilai, Senawang, Seremban bla, bla... Hujan lebat dari pagi sampai ke petang. Jalan pulak jamm semacam. Nasib baik Savvior tak buat hal. ada la sekali dua tapi dapat dimaafkan. perangainya cukup baik hari ini dan dapat bawak aku jalan-jalan dengan ceria dalam hujan lebat itu.

Destinasi terakhir sebelum balik rumah ialah Giant. Aku tak tau aku nak cari apa kat situ tapi aku saja nak jenjalan. So, meredah la segala lori-lori yang ada, dengan jalan jamm gak sikit dan orang ramai berpusu-pusu nak berlindung dalam Giant sebab ujan. Alkisahnya, takde la parking. Pusing-pusing la aku beberapa kali di tempat yang sama.

tetiba di hujung nun ada parking kosong. jauh gak la kedudukannya dari Giant tapi itu je yang ada. terpaksa la redah ujan kalau aku parking kat situ. Tapinya, masa aku nak masuk parking tu, masa tu la jugak mamat keje Giant tu nak tolak troli panjang berjela menghalang jalan masuk aku ke parking tu. Apa lagi, naik angin la satu badan. Segala m*ki h*mun pun kuar la tak ingat punya... Tapi dalam keter aje la. Kalau orang dari luar nampak, meesti sangka aku dah gila dalam keter tu. Then, aku terpaksa la buat satu lagi round untuk pastikan aku dapat balik parking tu sebelum orang lain ambik. Dalam hati yang panas membara ni, tak abis-abis lagi seranahnya, geram konon.

Bila aku nak buat u-turn depan bangunan Giant tu, tetiba ada lak kereta kuar dari parking. Kedudukannya lagi dekat dari tempat yang aku dok kejar-kejar tadi tu. Selesai parking, aku duduk dalam keter. Lama gak, dalam setengah jam. Pasal apa?

Pasal ingat balik apa yang aku dok m*ki h*mun mamat tadi tu. Hmm... rasanya nyesal pulak bila cakap macam tu tadi. Walaupun dia tak dengar, tapi aku dah rasa cukup bersalah. Sebab? Sebab kalau bukan dia blok parking tadi, aku tentu tak dapat parking yang baru ni, yang kedudukannya lebih baik dari yang aku dok kejar-kejar tadi. Dari dalam keter, aku tengok dia masih lagi dok tolak troli yang berjela-jela panjang tu dalam hujan. Masa tu terbayang jugak la kalau aku ada di tempat dia.

Mungkin keadaan yang terlalu 'selesa' ini membuatkan kita selalu hilang pertimbangan. Cepat hilang sabar. selalu sangat nak m*ki orang tak tentu hala, sedangkan kita sendiri tidak tahu apa masalah orang yang kita marah tu, apa keadaan orang itu pada ketika itu. Terlalu bagus ka kita sehingga layak kata orang begini dan begitu, sedangkan hakikatnya kita sendiri pun tidak la sebagus mana.

Mungkin kita kurang memahami perasaan orang lain, tidak mahu 'melihat' lebih jauh, tidak mahu memikirkan keadaan orang lain, yang mungkin suatu hari nanti menjadikan kita orang yang lebih baik dari keadaan sekarang, atau menjadikan kehidupan kita lebih baik dari sekarang.

betul la kata seorang sahabat, "kalau kita terlepas satu peluang, jangan la menganggap peluang itu tidak akan didapati lagi pada masa depan. mungkin sesuatu yang lebih baik menunggu pada masa depan. tapi apa yang paling penting, cuba la hidup dengan keadaan yang ada pada masa ini, sebelum diri kita menjadi orang yang lupa."

Lama aku lepak di Giant, macam biasa, melihat gelagat orang. sesekali menjenguk ke luar, kalau-kalau kelihatan mamat yang membuatkan aku sedikit insaf itu. Ya, dia masih ada di luar, menolak troli balik ke dalam Giant. dari kejauhan itu, aku mendetik kemaafan...

Hari ini, aku lebih banyak diam, mengajar lidah bahawa sungguhpun kata-kata kesat yang diucap itu (samada di dengari atau tidak), tak perlu la diluahkan. Dan elok juga kalau hati turut belajar untuk tidak mendetikkan rasa itu.

Manusia, belajar la menjadi 'manusia' semula.

Sunday, November 8, 2009

Lihat

Dari dulu lagi aku suka tengok gelagat orang.

Sebab tu la ujung minggu biasanya aku akan breakfast di kawasan-kawasan ramai orang, jadi aku dapat lihat gelagat orang. Macam-macam yang bole dilihat. Ada yang lucu, yang kesian pun ada. biasanya aku akan duduk dalam 1 atau 2 jam, sambil minum, makan, sambil baca majalah atau paper. dan mata pun memerhatikan gelagat orang.

mentang-mentang duduk pemantauan, kena la pantau orang. hehehe... takde la sampai macam tu sekali. aku suka berada disekitar masyarakat, melihat perilaku masyarakat. Ada kalanya kita lihat orang yang lebih dari kita, lebih dari segi penampilan, mungkin wang ringgit. tak kurang juga yang mempunyai apa-apa yang kurang dari kita. dalam hidup sekarang ni, mungkin ramai yang mempunyai apa-apa yang kurang dari kita...mungkin.

dari pemerhatian itu kita bole dapat sesuatu. kita mungkin selalu membandingkan diri kita dengan orang lain. bukan mungkin, memanng selalu pun. dan selalunya perbandingan itu nampak tidak setara, maksudnya tidak adil (bagi sesetengah orang). kerana biasanya kita membandingkan apa yang kita tiada dengan apa yang orang ada.

sahabat saya pernah berkata, "kalau kita selalu membandingkan apa yang orang ada dengan apa yang kita tidak ada, kita tidak akan puas. namun, cuba bandingkan apa yang kita ada, dengan apa yang orang lain perlukan, kita seharusnya lebih bersyukur."

aku selalu rasakan apa yang dikatakan itu benar. bila kita membandingkan apa yang kita tidak ada dengan apa yang orang ada, mungkin timbul rasa iri, dengki dan sebagainya. Biasanya perasaan negatif muncul dulu. jarang yang berfikiran positif. jika ini yang berlaku, seharusnya kita cepat-cepat mengubah yang negatif kepada yang positif. maknanya kalau orang lain ada dan kita tidak, perlunya kita berusaha lebih untuk mendapat apa yang orang lain ada.

namun, adalah lebih bermakna kalau kita membandingkan diri kita dengan orang yang kekurangan. moga-moga dengan perbandingan itu, kita akan lebih bersyukur. hmm... ingat dulu masa mula-mula kerja, gaji hanya 600. tapi dengan 600 itu aku mampu hidup untuk menyara diri sendiri (walaupun masih belum dapat berbakti dengan mak bapak). kini, dengan gaji yang berganda-ganda dari itu, masih tak cukup lagi.

hari ini bila duduk dengan masyarakat, adakah kita tau samada orang yang duduk disebelah itu, yang sedang sama-sama menjamah makan tengahari itu akan menjamah makan malam pula. mungkin makan tengahari itu adalah makanan untuknya pada hari itu, sebelum dia meneruskan kerjanya semula, sehingga dia menjamah pula makan tengahari pada hari esok, yang mana makanan itu juga adalah untuknya pada hari itu.

hmmm... mungkin kita masih perlu belajar hidup dengan apa yang kita ada, kerana sesungguhnya apabila ia sudah tiada, kita takut mungkin itu sahaja satu-satunya benda yang ada untuk kita.

Selamat malam.

Bit by bit

Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

Ya, utang jadi bukit, pas tu jadi gunung hempap kepala sendiri. Baru padan muka. Nothing serious, still manageable. But nearing worst. Takpe la, asal gembira (gembira ka?).

Last week my sister bagitau enset dia sudah rosak. Tau-tau je kan yang bulan depan aku nak dapat bonus tu. Dan-dan terus bagitau enset rosak. Hmm... ye la, nak buat macam mana. Lagipun besday dia hari tu dah la aku lambat wish, adiah pun takde. Takkan la aku nak diam diri kan sebab every year dia memang dapat something dari aku.

So, aku gi la cari something sesuai dengan dia. terlihat satu item ini lantas tanpa berfikir panjang di grab while harganya masih lagi sesuai dan berkenan di kalbu. Ala-ala kaedah membeli seorang kawan tu (ala, yang shopaholik not alcaholic tu), kaedah angkat-letak-angkat lagi dan terus beli berjaya dipraktikkan.

Nampaknya, bonus ujung bulan ni buat bayar utang aje la nampaknya.

Thursday, November 5, 2009

Bossy

Boss is around, bossy.

Ya la, dah keje dia. Nak buat macam mana. Tapi jangan la bila udah jadi bos nih kita dok nyusahkan orang selalu. sekali sekala ok kot. tapi kalau selalu sangat, meluat gak.

hmmm...kekadang terfikir gak. adakah dia sedar yang dia buat tu nyusahkan orang? Ntah la, malas lak aku nak fikirkan. nanti la aku tanya dia (kalau berani...).

Aku dah packing nak balik umah ni.

Tensi...

Ya, aku sangat tensi sekarang ini.

Ni pasal bos aku yang selalu sangat nak mintak info bila dia dah kuar opis. Walhal, orang yang ada info tu duduk depan mata dia. Oh, sungguh tensi aku memikirkannya sehingga aku tak lalu nak makan.

Naper la suker sangat nak nyusahkan orang. Kalau sehari tak nyusahkan orang tak bole ke? Huh! Geram ada, rasa nak bagi lempangan pun ada.

Aku masih kat opis ni, menyediakan maklumat yang dia mintak ni. Prinsip la, keabsahan la, kebertanggungjawaban la, ngok ngek ... malas aku layan orang yang dah menopos nih. Baek aku buat keje memasing...

...dan aku masih teringat PSP Go dan PS3 Slim&Lite yang aku tengok semalam. Sungguh teruja! Yang mana satu nak dibeli dulu (atau kedua-duanya????), dan tambah TV lagi???? Oh!!! Pening aku nak memikirkannya.

Tuesday, November 3, 2009

Aku malas

Owh...yeah... (sambil menggeliat malas).

Bos (plus size one) dah balik. Aku ingatkan dah kurus tapi idok ler. Kempunan nak tengok dia kurus. Buang karan. Tapi ari ni dia tak banyak songeh lak. jadi budak baik lak dia. Dah insaf le tu naik aji.

Petang-petang ni aku terasa amat malas, mungkin sebab poket kering. Poket kering tak mengganggu gugat pola perbelanjaan semasa. Jadiknya, malam ini aku mau makan donat lagi, donat yang ada cheese itu. Wush!!! Sungguh lazat sekali. Semalam makan 3 ketul. Hari ini mungkin 6 ketul kot. Pas tu tak nak dinner. Diet! (perasan).

ni nak menghabiskan sisa-sisa 2 jam kat opis ni amat la malas sekali. Baik aku buat kopi dulu sebab mata aku ni dah layu semacam je...

it's tea (coffee actually) time!

Sunday, November 1, 2009

Jennifer's Body

Ini movie ya, bukan body si jennifer mana-mana opis.

aku gi tengok movie ni semalam. Trailer nya nampak macam bagus je. Rupe-rupenye macam monyet je movie ni. Kategori 18SG, tapi lagi banyak adegan SX dari SG nye (and of course di 'potong-potong' oleh lembaga penapisan filem). Aku rasa movie ni layak dikategorikan dalam kategori 18SXG, maknanya lebih banyak adegan SX dari SG tu.

Ye la, pi tengok movie ni harap-harap dapat la tengok hantu-hantu yang seram-seram, naik bulu roma segala bagai. Ini lain pulak yang naik (wei! bukan naik apa, naik angin la!!!! otak kuning korang ni).

Aku siap bole nak tertido lakk menunggu hantunya tu. Ok la, untuk tidak menghampakan korang, ada gak la adegan yang seram gitu-gitu, especially bila jennifer tu (lakonan awek pelakon wanita utama movie Transformer, megan Fox) minum darah orang yang dia bunuh tu ala-ala cedok air kat tepi kolam dan hirup macam orang tak minum 3 hari. tapi yang dia cedok tu dari perut mangsa yang dia bunuh tu. Best sangat tengok (best la sebab masa tu je yang seram pun).

oh ya, hantu tu sempat bunuh 4 orang je, tak cukup masa nak bunuh ramai lagi sebab 3/4 movie ni penuh ngan adegan 'potong-potong'. Kalau korang nak tengok gak, sukati korang la,. duit korang, kan.

Selamat menonton (dan tido)...

Thursday, October 29, 2009

Semalam nyer...

Semalam majlis berjalan dengan baik.

Kolum aku tu nasib baik tak kena makan Siti Menti. Sempat gak buat yang terakhir berbentuk burung merak kat lobi. Apapun, terima kasih kepada semua yang membantu. Ucapan terima kasih dan penghargaan kepada mereka yang bertungkus-lumus menyediakan kolum tu (dan yang bertungkus-lumus mengambil gambar kat kolum tu). Gembira gak bila tengok orang berminat ambik gambar kat situ.

Malam semalam aku balik agak lambat, jam 8.45 malam baru aku sampai rumah. Ntah la tetiba aku terasa macam terlalu letih. Setahu aku takde lak aku berlari-lari masa majlis, atau masa buat kolum tu. Tetapinya aku memang letih. SAmpai rumah aku tido dulu. Dalam jam 10 malam aku bangun makan. pas tu aku tido lagi. dan bangun jam 6 pagi ni.

Hmm... dah lama aku tak bercuti. mungkin masanya kot untuk aku bercuti. rehat-rehatkan diri sekejap. Huh, penatnya tidak terhingga dan terperi. Kaki aku lak sakit semacam je semalam. Mungkin sebab tu kot aku tido tak hingat dunia...

Hari ini aku bertugas Parlimen. Briefing hanya mengambil masa 15 minit tetapi aku tunggu kat sana hampir 2 jam. Wasting time betol. Sekarang ni aku just nak abiskan keje-keje terbengkalai kat opis sebelum balik nih. Esok banyak meeting nak attend.

Sekarang dah jam 4.15 petang. Jap lagi nak berambus la...

Tuesday, October 27, 2009

Kerjasama

Hari ni aku seperti tak buat keje kat opis je.

Maksud aku keje rasmi sebab aku asyik buat persiapan untuk sambutan hari raya aidilfitri dan deepavali peringkat opis (raya lagi ka????). Walaupun raya macam dah lebih 1 minggu berlalu, baru nak sambut nih. so, memandangkan temanya adalah raya dan deepavali, harusla hiasannya ala-ala ketupat dan kolum (sebutannya 'kolam'). alah... yang beras tabur-tabur bentuk bunga tu.
Hari ni gigih nak menyiapkan benda tu. dan hasilnya adalah...

Aku berterima kasih banyak pada sumer kengkawan yang bantu. walaupun aku tengok yang membantu tu mungkin first time buat bende nih (aku pun first time gak) tapi hasilnya not bad. bole ambik kontrak buat bende ni... hehehe...

masalahnya kitorang buat petang tadi, malam takut lak kena bedal sang Siti Menti (tikus la). kalu sang menti dah menjengah, aku tak tau la camana...

aku dah sakit belakang ni sebab terbongkok-bongkok (bukan bongok-bongok eh). so, aku mau rehat dulu. esok tengok la macam mana sama ada masih ada atau dah kena bedal.

Selamat malam...

Sunday, October 25, 2009

Jusco S2

Memandangkan aku tak dapat jenjalan ke Perak, terpaksa la melepaskan geram kat Jusco S2 saja.

Aku pegi awal pagi. Dalam jam 11 pagi tapi orang dah ramai sangat kat situ. Jusco S2 kan buka pukul 10 pagi tapi pengunjungnya fulamak macam tak penah balik rumah kot. Pantang pintu Jusco tu dibuka, dah penuh orang dalam tu. Aku saje jenjalan cari buku cerita untuk hadiah sambutan raya dan deepavali kat opis nanti (raya lagi ka?).

Apa yang menarik perhatian aku, gambar yang aku ambik kat bawah ni.

Ni sah-sah tak breakfast kat rumah ni, nak minum percuma je. tengok la perangai sekor-sekor. beriya-iya aku tengok mamat salesman tu blender itu, blender ini. pantang penuh cawan yang ada kat depan tu, para pengunjung yang ada terus je macam mangsa gempa kat Indon tu meluru ambik cawan. kalau 1 kali, ok la jugak. ni aku tengok selagi mamat tu tak abis blender barang-barang kat depan dia tu, selagi tu la aku tengok dorang tu tak berganjak dari situ.

Haiyo, kalau nak jimat sangat pun, jangan la sampai macam tu. aku yang tengok pulak yang malu, macam rakyat malaysia ni kebulur sangat dah. bila mamat tu dah start bukak blender baru untuk promote pada monyet-monyet tu, pandai lak tu sekor-sekor lari. haiyo, apa punya attitide la...

guys, kalau sekadar nak merasa kehebatan blender tu, beli je try kat rumah. blender la apa ko nak blender. tapi apsal pulak aku yang marah-marah ni? tak dapat rasa minuman hasil blender tu ka? Idok ler begitu. Anyway aku biasanya bfast berat-berat sebelum shopping supaya tak over spend (betul ka????). Pasal blender tadi tu, ingat-ingat la jugak kalau nak minum percuma. takutnya orang yang betul-betul datang nak beli blender tu terus lari dari situ sebab lagi ramai penonton sarkas dan monyet sarkas dari pembeli.

hmm... korang cemane? biasa ke nak minum percuma macam tu??? hehehehe

Saturday, October 24, 2009

Rushing

Hari ni jenjalan ke Perak.

Saje menukar angin. Tapinya terpaksa rushing balik sebab member yang aku ikut tu ayahnya meninggal dunia. So, kitorang pun rushing balik dari Perak ke Seremban. Cadangan nak jalan-jalan terbatal dengan serta-merta. Takpe la, nak buat macam mana. takde rezeki nak jenjalan Perak.

Untuk member aku tu, banyakkan bersabar. Semoga roh arwah dicucuri rahmat.

Friday, October 23, 2009

Say My Name 3 (dan terakhir)

Penat dah...

Semalam aku balik awal sikit, badan aku terasa lemah-lemah dan otak pun macam jamm sikit. Aku ingatkan episod tukar ganti tu abis pagi semalam masa perhimpunan, rupanya sangkaan ku meleset. Mesyuarat petang semalam aku terpaksa ganti orang lagi, kali ni aku terpaksa jadi Chairman untuk mesyuarat yang ahlinya adalah KP Jabatan dan agensi bawah Kementerian. Merasa la jugak duduk kat kerusi Chairman Aras 7... Hehehe

Alhamdulillah semua berjalan dengan baik. Bos pun awal-awal lagi dah mintak mahap sebab terpaksa delegate keje tu pada aku. cuma aku risau sebab ahli mesyuarat adalah peringkat yang jauh lebih tinggi dari aku. tapi semuanya sporting, tak tinggalkan bilik mesyuarat pun tatkala aku duduk kerusi chairman. Terima kasih KP-KP sekalian.

Rasanya dalam keadaan sekarang, kita perlu buat persediaan, especially atas benda-benda yang tak terduga. but seriously, aku memang tak suka berdiri in front of crowd. i guest this is just another training session for me yang sememangnya stage fright nih...

Apapun, it's good to have a chance to save the day...

Selamat bekerja warga opis ku. Semoga hari ini dapat dilalui dengan baik dan bercuti la korang puas-puas ujung minggu ni. Chow... (bos takde kat opis, tu yang update blog tu...kantoi update bolog kat opis)

Thursday, October 22, 2009

Say My Name 2

Say my name... say my name...

Yeah! Namaku disebut lagi, kali ini sebagai bidan terjun untuk majlis perhimpunan... yang paling best sekali is sebagai pengganti kepada pembaca doa (yang last minit ilang). Mula-mula tu aku tak kesah la bila disuruh ke depan tu untuk baca doa, ingatkan text nya ada. rupanya tak ada text! Masa tu aku rasa seluruh salur darah aku macam sempit je, sejuk je badan aku nih. kat skrin laptop depan MC pun just tulis 'BACAAN DOA' tapi text nya takdok.

So, perkara yang perlu diambil tindakan ialah... taktik men'delay'kan bacaan doa sementara nak karang ayat. baca fatihah dulu... pastuuuuu..... hentam sajalah!

Aku tak tau la apa yang aku baca tadi tapi tau-tau aku dah baca 'Amin' dan masuk barisan perhimpunan secara selamba.

Alhamdulillah, walaupun aku rasa doa aku tu la yang paling pendek sekali dalam sejarah perhimpunan kementerian, namun cukup la kot daripada takde langsung. Ramai gak yang 'congratulate'... hehehe.... malunye!!!! ada gak yang mintak mahap sebab terpaksa menyebut nama aku sebagai bidan terjun, yang mintak mahap sebab tak baca doa pun ada. Tak pa la, semua dah berjalan dengan OK, alhamdulillah.

Moral of the story, perlu ada Plan B. backup plan just in case kalau ada apa-apa yang berjalan seperti yang tak dijangka. Hmm...

So, guys, enjoy lagu nih... Say My Name by Eminem

Wednesday, October 21, 2009

Penang

Tadi aku di Penang.

Aku sampai petang semalam, ada lawatan tapak projek. aku beriya-iya nak ke sana sebab nak tau perkembangannya, apatah lagi kalau bos terbesar (bukan dari segi saiz dan sebagainya) telah mengarahkan pergi. jadi, berambus la aku ke sana.

Seperti biasa, adik aku datang ambik. kononnya nak cari hotel untuk menginap tetapi dia offer tido umah dia. ok la, aku akur. sekali sekala pi tido umah dia ok la jugak, walaupun aku tau umah dia lebih dasyat dari tongkang pecah. takpe la, sekurang-kurangnya mengingatkan bahawa masih ada lagi orang yang idup kekurangan. dan bila kita merasa hidup dalam kekurangan, kita akan bersyukur dengan apa yang kita ada.

Dinner, adik aku bawak makan kat teluk tenpoyak. last aku makan kat sana adalah tahun 2001. dah 8 tahun kembali semula ke sini untuk makan ikan bakar yang sememangnya SODAP!!!! pas makan, ingatkan nak pi tengok wayang tapi tak jadi. pi karaoke la pulak. walaupun suara semput dan perut kenyang, dapat jugak la 'menyumbang'kan lagu-lagu. around 12 midnite, balik and terus tido.... ngantuk giler.

huh...rindunya ngan USM (walaupun baru bulan lepas ke sana). mana taknya, tempat jatuh lagikan dikenang, ini kan pulak tempat menimba ilmu dan pengalaman. ujung minggu ini ada program BaliKampus anjuran Alumni USM. aku nak pegi, tak tau lagi sebab aku sebenarnya tak daftar lagi sebagai Alumni. wakakaka... buat malu aje kalau datang.

ok la, memandangkan kedatangan aku ke penang adalah untuk lawatan, seharusnya aku perlu menyediakan hasil lawatan. jadi, aku nak chow dulu, aku mau buat report.

gudnite!!!

Monday, October 19, 2009

Say My Name

Say my name...say my name...

Bukan lagu Destiny's Child, memang bukan. Begini ceritanya... Hari ini aku menghadiri 2 meeting, 1 meeting ganti bos dan 1 meeting operasi. Dalam meeting yang pertama tu nama aku asyik-asyik disebut, dijadikan contoh (yang baik dan kurang baik). Bukan setakat disebut, malah ada nada sarkastik gak yang terpacul bila aku dijadikan contoh. hmm....

Then, masuk meeting kedua sebelah petang. nama aku lagi yang disebut, dijadikan contoh, and as usual baik dan kurang baik. then nada yang sarkastik itu pun ada gak digunakan tapi tak seberapa. cumanya alasan yang diberi ialah nama aku senang nak ingat. well, sure la nama yang unik ini senang nak diingat. hmm...

kalau sekali dua dijadikan contoh, aku mungkin bole fikir yang ia hanya kebetulan. tapi kalau dah berkali-kali, dan diulang pulak dalam meeting yang berbeza, aku rasa rimas pulak. dan bila diulamg-ulang dalam nada yang berbagai bentuk dan bunyi nya, aku jadi risau pulak. apa la malang nasib aku kat department ni.

aku tak berapa suka la kalau macam ni. sampai merah padam muka dan telinga aku setiap kali nama aku disebut. kalau kesudahannya baik, tak pe la jugak. tapi kalau kesudahannya yang tidak baik, semoga aku sentiasa dalam lindungan-Nya...amin.

Sunday, October 18, 2009

Raya lagi (ke?)

Hari ini menghadiri jemputan raya (aidilfitri) di rumah sorang member opis.

Dari jauh gigihnya aku drive sebab tak sampai ati lak tak pegi sana sebab kabarnya tak ramai dari kalangan member opis yang pegi. Well, just to show support pada this officer. At least he will feel welcome 9eventho dah lama kat opis aku).

Pas tu jenjalan kat Jusco Taman Equine. Sama gak macam Jusco S2. banyak DVD yang aku beli hari ni (actually 3 aje). 1 cerita omputeh, 1 cerita indon dan 1 cerita thailand. lengkap seantero dunia. dan dah pun aku abis tengok sumer sekali malam ni. plan nak nengok movie kat cinema dipadamkan sekejap sebab malas nak kuar rumah (setelah penat berjalan hari ni).

and terima kasih pada member opis yang belanja makan pizza hut hari ni. semoga rejeki bertambah-tambah sempena umur yang ke-24 tahun dan 2 hari. malam suda lanjut, aku mau tido.

gudnite...

Thursday, October 15, 2009

Bosan yang amat!

Serasanya aku dah lama tak update blog.

Ya, 2-3 hari pun dah terasa lama. Sebabnya??? banyak keje! pantang tengok aku senang sikit, sure dapat keje. hehe... dah memang keje aku so kena buat la. tapi itu la penyebabnya aku menjadi sibuk dan tak dapat update blog ini.

Ok la, ilang sikit tension aku bila dah mula menulis ni. pas ni nak nulis surat lak.

selamat bekerja warga Malaysia...

(sambil diiringin lagu Kavana-I can make you feel good)

Sunday, October 11, 2009

Raya lagi

Sabtu lepas aku beraya di 2 buah rumah: Pegawai Khas Berambut Merah (yang aku nampak dah kembali natural) dan Juju (yang aku nampak dah semakin kembang).

Punya aku kekenyangan sampai nak drive balik pun seksa jugak. terpaksa aku berehat beberapa kali untuk memastikan aku tak termuntah dalam keter sebab overloaded. Apa taknya, aku bedal sate dan spageti (makan ngan kuah sate aje sebab lambat sangat kuah spag nya sampai. sedap gak resepi baru itu...sorry Chap, aku dah lapar bebenor masa tu tak sempat nak nunggu kuah spag ngko yang sememangnya sedap tu).

Pegi umah ju lak aku bedal meehon sup (kegemaran aku) sampai 2 mangkuk (oh sungguh tidak sedar diri sekali tetamu ini yang duduk menghadap semua juadah itu dan tidak mau berganjak sehingga perut ini betul-betul penuh). itu pun siap order nescafe 'o' panas sebab perut ala-ala kembung sebab minum air sejuk je sebelumnya. Fuh! sampai rumah aku terus terlena.

terima kasih kepada yang menjemput, dan kepada yang tidak dapat dipenuhi jemputannya (terutamanya bos paling besar yang menghantar jemputan menggunakan tulisan merah - jemputan ke atau warning-) maaf dan terima kasih. lain kali bole pegi ya.

Malam ini aku hanya ingin berehat-rehat saja sebab aku tau esok keje musti mau pengsan punya.

Thursday, October 8, 2009

Derma darah

Semalam aku pi derma darah.

Satu aktiviti yang tiada dalam perancangan walaupun aku dah tengok posternya berhari-hari sebelum aktiviti tu dijalankan. Sememangnya dalam hati tak nak pi pun, walau dengan apa alasan sekalipun, tetapi semalam semacam tergerak hati nak pegi since buku derma darah ada kat laci opis.

Semua berjalan lancar, cuma menyebabkan aku sedikit letih dan mengantuk dan kurang selera makan. aku tido awal semalam, bangun kejap-kejap bila perut lapar tapi still takde selera. bedal 2 bijik donat Big Apple, makan nasik sikit and tengah malam lak bedal maggi. macam mengidam lak aku jadinya.

tetapi entah kenapa pagi ini aku begitu sakit perut. masa kat tol tadi dah memulas maka dengan sepantas kilat aku membawak kereta untuk mencari R&R yang terdekat. Alhamdulillah tidak jamm highway tadi dan tandas pun tidak jamm also. ingatkan insiden itu abis kat situ. ni kat opis aku kena lagi. sepertimana lajunya aku bawak keter tadi maka sepantas itu jugak la aku berjalan cari toilet.

ni sekarang ni masih memulas lagi ni, jangan la masa aku meeting nanti jadi sakit perut lak. sepertinya mau ambik half day tapi nanti dikata ambik half day sempena gaji (perlukah tuduhan sebegitu?). jadi terpulang la kepada bentuk kesihatan pagi ini samada membenarkan atau tidak. perut oh perut, jangan la buat hal.

p/s: nak breakfast nih...

Wednesday, October 7, 2009

Hujan

Ya, hujan lebat sekarang ni kat opis.

Suasana sejuk mengundang mata supaya mengantuk. ni kalo disorongkan bantal aduhai boleh menyebabkan ketidak sedaran diri sehingga waktu pejabat tamat. mesyuarat tadi tamat dengan jayanya tanpa sebarang maklumbalas dari aku (yang hanya duduk minum teh dan makan kuih). sedari awal sememangnya aku agak malas mau membuka mulut (sehingga disuruh atau terpaksa) bergantung kepada keadaan mana yang amat mendesak.

hari ketiga audit dan sepertinya mereka menemui banyak yang tak betol dari yang betol. tetapi adakah aku kesah (sebab pengurusan kata kalau susah sangat nak jawab audit tu panggil je orang-orang lama untuk jawab). sememangnya aku menunggu exit conference yang akan diadakan pada penghujung audit nanti untuk menentukan dimana kedudukan opis aku nanti (berjaya atau tidak) dalam audit tersebut (dan adakah aku kesah sekali lagi...).

pada masa ini walaupun suasana sejuk ala-ala seperti di Genting highland tetapinya aku terasa panas sebab...

SLIP GAJI AKU ILANG!!!!

walaupun tiada disertakan duit dalam tu tapi aku nak tau berapa gaji bulan ini bagi meng'cover' 6 minggu yang mendatang sebelum gaji yang seterusnya.

Oh, slip gajiku, dimanakah kau sekarang????

Tuesday, October 6, 2009

Audit

Kena audit.

Hari pertama di audit adalah semalam. Panas ati gak dengar soalan-soalan audit. aku rasa orang audit tu perasan telinga aku dah merah menyala (dan keluar sedikit asap) yang cepat-cepat aku cuba sembunyikan (walaupun pada hakikatnya memang jelas berwarna merah disamping kulit yang putih ni...angkat bakul lagi). Disebabkan soalan-soalan bangang tu aku jadi terlalu letih semalam. aku tido awal, jam 9.

hari ni takde la soalan-soalan bodoh dari audit tu lagi sebab bos dia dah balik tapi aku tido awal gak sebab kaki aku sakit. pada masa yang sama kepala aku dan hati aku jugak sakit sebab aku terpaksa menghadiri meeting yang banyak disebabkan bos-bos aku yang dah menghilangkan diri dari opis. Ewahhh! yang bos besar pi meeting jalan-jalan cari makan (dan cari masalah). yang bos saiz besar lak exam (pas tu dengar cerita dia nak holiday ngan bini dia). So, semua keje tolak kat aku (dan sorang lagi senior officer yang juga dalam kategori besar).

esok aku terpaksa lak menggantikan bos besar untuk meeting ngan orang besar (yang bukan dari kategori saiz besar). entah la, report meeting pagi tadi belum buat, tengok-tengok surat pun belum buat, apa yang aku buat kat opis hari ni aku pun tak tau. yang aku tau khamis ni gaji...

Sunday, October 4, 2009

Jamuan raya

Masih dalam mood raya walaupun raya dah nak masuk minggu ke-2.

Semalam menghadiri jemputan raya jiran sebelah. Datang pulak hampir jam 10.30 malam disebabkan baru sampai dari opis (dan sempat berjalan-jalan di Alamanda [beli jaket] dan Jusco untuk tengok-tengok DVD cerita terbaru tapi takde). Memandangkan aku datang dengan member, harusnya aku menghormati bila dia nak balik. ingatkan nak balik sekitar 11.30 malam tetapi jangkaan begitu meleset. jam 12 tengah malam baru nak gerak. aku dah tersengguk-sengguk beberapa kali (malu dilihat oleh tetamu yang datang) tetapi ada aku kesah! aku dah ngantuk tau!

Sampai dirumah, tak bole tido lak. terpaksa la aku membuat entry berasaskan perfume (entry khas untuk kak Maria) yang tidak percaya kewujudan Hot Water oleh Davidoff. Takpe la kak Maria, tak salah pun kalau tak tau. ni nak bagitau la ni...hehehe.

hari ini aku melepak saja dirumah kerana dengar cerita jiran yang sebelah ni pulak nak panggil makan-makan sikit lepas Asar. makan lagi, aku rasa spare tayar aku dah semakin kembung dah ni. oh, adakah semakin memberat (malas nak timbang). nampaknya pelan kecergasan perlu diaktifkan semula especially apabila ingin menyertai Penang International Bridge Run pada bulan November ini. Ramai kengkawan yang join sama dan aku pun tak nak lepaskan peluang untuk join. dulu-dulu (masa musa muda) pernah gak join. Tak menang hadiah utama tapi dapat medal sempena menghabiskan masa larian dibawah 3 jam. kali ini mungkin ingin mencapai target yang serupa.

nampaknya entry hari ini mungkin berakhir disini. Kalau aku rajin karang nak masukkan entry pasal makan-makan petang nanti (kalau pun menarik untuk dijadikan koleksi entry). kalau tak, aku nak makan saja.

Adios...

Davidoff "Hot Water"

Belum dibeli, tapi sedang dalam pemerhatian.

hari tu terbeli Calvin Klein 'ckFree'. Baunya not bad. memandangkan belum ada lagi perfume itu (selain ckOne yang dah abis), jadi beli la ckFree itu.


Oh ya, bercakap pasal perfume, the latest perfume yang aku beli ialah The Vert (L'Occitane). Perfume ini dah lama aku aim tetapi belum dapat membelinya sebab malas. tapi bila pi penang hari tu dan lalu depan kedai L'Occitane ni, terus beli. Minat dengan perfume ni dah lama, last time masa travel ke obersi hari tu bila Malaysia Airlines gunakan perfume ini untuk penumpang business class. Jadi, memandangkan dah depan kedai perfume tu, harus la di grab.


tahun ni Summer Edition tak banyak. Kalau ada pun, baunya terasa sedikit kureng. Tapi tidak juga melepaskan untuk menyimpan sebotol dua. pilihan kali ini ialah Armani Code Summer dan Burberry Summer.


Hmm... pasal Davidoff Hot Water tu, entry kali ini cuma gambar promo aje yang dapat ditampal (especially untuk kak Maria yang hot itu). Next time, mungkin kah akan menjadi salah satu koleksi? tunggu gaji bulan ni (kalau ada lebihan dagangan).

Jaket

Ya, aku beli jaket baru.


setelah mengalami proses angkat-letak-angkat-letak berminggu-minggu lamanya, akhirnya kaedah cuba jaya itu telahpun dilengkapkan. kaedah yang dipanggil angkat-letak-angkat terus bayar itu pun dengan rasminya telah dilaksanakan. menjadi milik ku akhirnya. sebenarnya nak beli yang kaler hitam tapi dan biasa sangat. minah salesgirl tu pun kata kaler hitam dah biasa sangat orang pakai (iye la tu, ko memang menanam tebu di tepi bibir, kan).

jadi aku ambik la yang hijau ini. aku cari yang brown tapi dia kata hanya datang dalam 2 kaler aje (menipu la tu, aku tengok kat KLIA hari tu ade je yang brown). Tapi apakan daya, aku malas nak ke sana so aku beli kat sini aje.

Usah la di habaq apakah jenamanya, atau harganya. kalau udah suka, secondhand pun jadi la (tapi yang ini bukan secondhand atau yang terpakai. yang ini baru pakai). oh ya, selain menyimpan koleksi perfume, aku jugak suka kumpul jaket/sweater/windbreaker. Sejak dari study dulu aku minat sangat. Dulu ada la dalam 2 dozen tapi dipinjam kengkawan yang kemudiannya dijadikan harta peribadi dengan alasan aku tak mintak balik. harus la yang tinggal ngan aku hanya 6 helai cuma, selainnya telah menjadi hak orang lain yang aku yakin akan end up kat dapur jadi kain lap, atau tidak menjadi penutup motorsikal kerana sesungguhnya yang meminjam tu memang perangai macam hanj**g bila meminjam hak orang.

al-tak kesah la semua tu sebab sekarang ni yang hanj**g itu semua suda berambus. jadi sekali lagi hobi itu terbit. ni nak simpan mana lak nanti aku pun tak tau sebab aku bukan la ada rumah sendiri yang nak letak barang-barang tu semua hatta hanya rumah sewa sahaja. atau adakah perlu disimpan di opis untuk pemakaian di pejabat walaupun designnya bukan la diantara design yang bole dijadikan fesyen alternatif oleh penjawat awam.

Oh ya, aku ke pejabat tadi. bersedia untuk audit Isnin ini. Alhamdulillah dibantu oleh kengkawan yang sememangnya akan terlibat dalam audit jua minggu depan. mari la kita bersama-sama di audit memandangkan esok adalah Hari Audit seMalaysia.

Aku mau menonton wayang esok tapi tak tau lagi sebab banyak keje yang belum selesai ni. ntah, kalau aku rajin, aku pi tengok wayang. kalau malas, aku tido. keje itu bole tunggu...

malam semakin larut dan mata pun dah ngantuk (baru balik beraya rumah member dan perut telah kenyang)... Selamat malam.

Friday, October 2, 2009

kelam kabut

Opis aku kelam kabut.

Ya, sebab minggu depan ramai yang takde (kalau takde lagi kat dunia ni, aku gumbira jugak la). Tapi cuma tiada kat opis tetapi pada masa tu la meeting melambak-lambak. masalah negara nak diselesaikan (panggil otromen kan bagus).

Ni aku masih lagi terkulat-kulat kat opis, cuba menenangkan diri setelah melihat list meeting yang nak dihadiri minggu depan yang so-out-of-this-world punya banyak. Sekarang ini aku mau pi solat dulu sebelum meneruskan tugas-tugas lain...

...mata pun suda ngantuk.

Monday, September 28, 2009

Monday blues

Ya, aku berpakaian serba biru.

Menyambut hari Monday Blues ini dengan tema yang sesuai dengannya. Trafik hari ni kira ok. Takde la jamm sangat walaupun banyak kereta. Mungkin sebab aku keluar awal tadi. Cuma stuck kejap kat tol sebab line Touch & Go dan SmartTag buat hal. Dua-dua tak leh pakai. Ntah tak tau apa sebabnya. Kereta banyak yang bunyikan hon sebab dah lambat. Sayangnya aku tak mengambil bahagian dalam acara meng'hon' petugas tol tu sebab tak sempat, dia dah baiki line cepat-cepat. Nasib baik ngko...

Sampai opis hari ini aku lelap jap. Pening kepala. tak cukup tido kot. ye la, dok layan internet sampai midnite. then sambung lepas subuh tadi. semuanya sebab nak update iPhone ni. ni yang aku malas ngan iPhone ni, selalu sangat nak kena update. Kalau tak update, banyak pulak aplikasi yang tak bole pakai. jam 8.25 pagi tadi dengkuran aku dikejutkan oleh panggilan telefon dari bos aku, dah start mintak itu dan ini. Boring!!!!!

Ni aku baru nak buat keje ni, terasa boring sangat. Dah la cuaca kat luar pun mendung-mendung bahasa je, membuatkan mataku semakin layu... dan layu... dan layu lagi. Kalau dapat selimut dan bantal ni, sure lena.

Oh hari Isnin, cepat la kau abis sebab aku nak cuti. Ya, aku cuti esok. (tapi kena standby pi meeting... apa punya cuti la macam ni).

Selamat bekerja!

Sunday, September 27, 2009

The Ugly Truth Vs Gamer

Sabtu biasanya digunakan untuk relax.

2 movie sempat aku tengok pada Sabtu lepas. yang menariknya kedua-dua pelakon filem adalah pelakon yang sama, Gerard Butler.



Malas aku nak buat review pasal kedua-dua movie tu. Cumanya kedua-duanya mempunyai genre yang berbeza, satu komedi romantik dan satu lagi action. dan pelakon utamanya dapat membawa watak lakonan dengan baik. sure dia seorang pelakon yang versatil.

kalau kat malaysia ni, bila dab berlakon filem romantik/komedi, nak jadi serius dah tak bole dah sebab dah terbawak-bawak watak lakonan bodoh tu. atau memang bodoh sangat nak jugak jadi pelakon. apapun, selamatkan la industri filem kat malaysia ni yang semakin lama semakin malap dengan cerita-cerita bangang dan tak bermoral.

Ok la, selamat bekerja (esok)...

Chiow!

Friday, September 25, 2009

Tayar malatops!

Ya, tayar malatops!

Tapi bukan tayar kereta aku, hanya tayar lori sebelah yang malatops. Nasib baik tayar yang meletop tu tayar sebelah kiri. Jadi idok le lori tu terhuyung-hayang masa kat highway tadi. cuma seram jugak sebab masa tu kereta aku betul-betul sebelah lori tu. alhamdulillah lori tak dipandu laju dan tayar yang meletop tu pun bertentangan dari kedudukan kereta aku.

dan alhamdulillah jugak aku takde sakit jantung. mau gak luruh jantung aku tadi dengar ada letupan. ingatkan lori tu yang meletup, atau ada orang main mercun kat highway. tapi rupanya tayar yang meletup. nasib baik aku tak pitam masa drive tadi.

fuh! dugaan sungguh. dah le bermalas-malasan nak keje hari ni. cuaca pun mendung semacam je. pagi tadi jam 4.30 pagi ujan lebat. rasa macam nak sambung tido je, malas nak pi keje. tapi gagahkan jugak drive ke opis. sampai opis, boss besar (dan boss saiz besar) pun dah ada sekali. lagi la mood keje aku merudum...gedebushhhh!!!!

jam udah menunjukkan jam 9.40 pagi tapi satu keje pun belom start. malasnya... malasnya... malasnya... tengahari ini mau ke mana? aku pun tak tau lagi. yang penting nak sembahyang jumaat kat mana sebab tak pasti lagi surau/masjid mana yang cukup jemaahnya memandangkan jumlah orang yang datang keje ni macam tak cukup aje nak solat jumaat (alasan la tu tak nak pi solat).

Ok la, aku mau buat keje dulu, ok. Chiow!!!

Thursday, September 24, 2009

1st day keje


1st day keje after raya.

Masuk opis je terus update blog. lagipun opis sunyi lagi nih. aku sampai KL petang semalam dalam jam 2.30 petang. penat jugak sebab a bit rushing. ape taknye, balik kampung hari isnin, hari rabu dah balik KL ni lak. Nasib baik mempunyai mummy yang memahami. tapi sebagai gantinya bulan 10 ni kena balik cuti lama sikit. ya la, my daddy punya besday jadi kena balik la.

tak banyak sangat story raya kat kampung. hari pertama sampai terus pi umah pakcik sebelah mummy untuk kenduri doa selamat. petangnya lak aku tido sebab malam nak bakar lemang. memandangkan buluh yang ada tak berapa banyak, jadi hasilnya pun takde la banyak sangat. cukup untuk dimakan sekeluarga dan bagi jiran 2-3 batang. yang lain bedal laa...

hari seterusnya lak aku hanya duduk umah je, tido. macam puasa lak. asyik tido je. mungkin sebab letih perjalanan jauh. cumanya aku asyik jadi model sambilan kat umah ni. sebabnya? memandangkan aku jarang balik jadi orang nak jumpa aku. setiap kali ada tetamu, tak kira la kawan adik aku ka, kawan kakak aku ka, kawan mummy ka, kawan daddy ka, semua nak jumpa aku. jadinya aku ni asyik bangun, catwalk depan tetamu, salam-salam sikit, senyum-senyum sikit pas tu pusing, balik bilik and tido lagi.

cumanya berita terkilan, beg tangan Bonia yang aku beli untuk makcik aku tu dah ilang. kena curi masa dia letak kat kereta dia. nak buat macam mana, benda dah nak jadi. muka auntie pun nampak terkilan bila dia bagitau aku. nak sedapkan ati aku, dia pakai la baju kurung yang aku bagi kain kat dia hari tu. dan dia punya pandai pulak, kain yang aku beli untuk uncle aku buat baju melayu, dia bagi anak dia buat baju kurung. hmm... lain kali aku nak buat list la barang yang aku kirim tu untuk siapa dan untuk tujuan apa. (nasib baik la dia tak buat alas meja kain-kain yang aku bagi tu.) so, pakcik aku tak leh la marah kalau dia tak dapat apa-apa raya ni dari aku sebab salah bini dia. kuikuikui... sebelum balik semalam, auntie ada signal kat aku ...nak beg lagi la tu. tengok la kalau ada duit lebih.

aku bertolak balik dari kampung pagi semalam. plan nak jenjalan ke rumah sedara-sedara yang lain tak menjadi. nanti la dulu. lagipun fulusnya udah nipis nih. sebab tu la aku bagitau mummy yang aku balik bulan depan (memandangkan gaji awal). so mungkin bole relax sikit.

dan hari ini aku dah masuk keje. tapi keadaan masih sunyi lagi. cuma assistant aku masuk tadi pusing-pusing cari surat yang kononnya ada benda urgent yang kena buat tapi sebenarnya semua keje tu aku dah settle sebelum balik hari tu. baik kan bos korang. ni jap lagi nak bagi keje nih...

oh ya, sebelum berakhir entry ini nak tanya sikt kat korang. dah start puasa 6? Dah hari yang ke berapa???

Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin.

p/s: bercakap pasal ucapan raya ni, mampus la bil melambung bulan ni sebab anta sms raya punya pasal. MMS lak tu. mau kena block line aku 2 bulan ni sebab bil over limit.

Selamat bekerja...

Friday, September 18, 2009

Aku benci kamu

Aku benci kamu.

sudah!!! aku mau tidur!

.......

Thursday, September 17, 2009

Halfday

Ya, ramai dah orang-orang kat opis aku ni yang ambik halfday. ini mungkin berkaitan dengan oengumuman semalam yang sekolah diberi cuti awal (esok) bagi membolehkan pergerakan awal balik kampung. maknanya sesapa yang cadang nak gerak balik sabtu ni mungkin dah beralih nak gerak balik jemaat ni.

Aku?

Akan ada kat opis ini sehingga Jumaat ni. Sekali lagi akan mengalami peristiwa opis kosong dihari-hari terakhir Ramadhan. Bagi aku, pejabat yang kosong itu menunjukkan bahawa Hari Raya meriah. Ya, meriah sebab orang dah start balik kampung.

Tapi dalam usia yang dah meningkat ni, hari raya seperti kurang meriahnya. Iye ke? Bagi aku, raya ini (dan raya-raya yang sebelumnya) meriah tatkala usia masih dalam alam persekolahan saja. bila dah meningkat dewasa, perasaan meriah itu ditinggalkan untuk adik-adik dan anak buah yang masih kecil. semoga dengan kemeriahan yang ditinggalkan itu dapat menambahkan lagi kemeriahan mereka menyambut raya ini.

Jam baru menunjukkan pukul 2.05 petang. Ada 3 jam 25 minit sebelum waktu kerja hari ini tamat. dan opis semakin sunyi...

...sunyi lagi hati ini.

Wednesday, September 16, 2009

berbuka@SOHO

Semalam berbuka kat SOHO Bangi.

Ramai kalangan kengkawan opis yang datang. ye la sebab dah bayar. kalu tak bayar, nak ke datang. Makanan yang pelbagai, dari laut hingga ke darat dan udara, semua diratah dengan jayanya.

Burp!!! Sendawa dah (itu semalam la).

Hari ini malas nak memikir nak makan kat mana. Biar rezeki Allah yang tentukan. Buat masa ini apa yang perlu dibuat ialah kerja...

Kerja! Kerja ! Kerja!

Monday, September 14, 2009

Jadi ayah

Ya, jadi ayah hari ini.

Bukan aku tapi assistant aku. Pagi tadi dia sms yang dia dah sampai opis tapi terpaksa ke klinik sebab wife dia call. Malas aku nak layan sms dia sebab aku ngantuk pagi ni. Dalam jam 12 tengahari, aku tak terima apa-apa sms dari dia. Well, aku agak yang isteri dia akan bersalin hari ini.

jam 1.45 petang tadi, dia sms yang isterinya dah selamat bersalin baby girl. Ya, tahniah. Jadi ayah hari ini dan secara rasminya bercuti selama 1 minggu, tambah cuti raya jadi hampir 2 minggu dia tak ada kat opis. Ok gak la tu isteri dia bersalin hari ni, bukan dalam keadaan sibuk sangat sebab semua orang dah dalam mood raya. dah pesan pada assistant aku supaya bayar fitrah anak dia tu. kang happy sangat kang, lupa lak.

Aku sendiri dah bayar tadi. Cuma zakat harta yang belm bayar lagi. Selamat jadi ayah, dan aku selamat gak jadi uncle. Ya, dua-dua assistant aku dah jadi ayah officially. cuma bos diorang je yang belum jadi laki orang...huhu...

Sunday, September 13, 2009

Ahad yang boring

Ya, hari Ahad ni adalah hari yang paling boring minggu ini.

Baru aku kira-kira gaji yang dapat kat tangan ni. walaupun baru 3 hari berlalu, nampaknya semakin surut dan surut lagi. Ni nak balik kampung ni macam mana aku tak tau la. mesti ada lagi yang nak dibeli, itu dan ini.

Hari ini aku kuar rumah kejap (setelah plan mau keluar semalam tidak jadi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan... mengaku cepat sapa yang bersalah tu). Tapi memandangkan dompet pun kurus semacam je jadi aku pun patah balik ke rumah. Layan PSP. Tapi perasaan nak jenjalan ni membuak-buak nih...huh! Aku rasa aku akan kuar kejap lepas maghrib ni.

Aku tau keje opis yang aku bawak balik hari tu masih belum disentuh lagi. Mungkin kejap lagi...ya, mungkin aje.

Semalam aku pi MPH, beli buku. Ni dok sibuk prepare untuk PTK ni, kalau terpilih. Jadi aku beli la buku yang nipis-nipis aje. Senang dibaca. Lagipun tengah nak kumpul resit untuk income tax tahun depan. Oh ya, zakat harta dan fitrah belum bayar lagi ni. Mungkin minggu depan la kot.

OK la, tak lama lagi nak berbuka ni. Aku mau pi cari makanan dulu ya...

Selamat berbuka.

Thursday, September 10, 2009

Kalah

Aku kalah.

Ya, aku kalah dengan tangisan mummy di telefon semalam. Semalam aku call ke rumah, bertanya macam mana aku nak kirim barang-barang untuk anak buah aku. Seperti yang aku agak, mummy bertanya bila aku balik. Aku kata minggu depan, dan lepas itu aku dengar suara mummy berubah. Cepat-cepat aku mengalihkan perbualan kepada perkara lain.

Hari ini aku tak sampai hati untuk tidak balik ke kampung raya ini, walau pun dalam perancangannya aku memang akan balik 1 minggu lepas raya. lepas kerja tadi aku ke KLIA, tempah tiket kapal terbang. Ada 1 seat tapi raya kedua. Aku ambil jugak. so, officially aku balik raya nanti. cuma sekarang aku perlu ambil cuti.

Malam ini baru aku bole tidur nyenyak...

Monday, September 7, 2009

Si Tanggang

Si Tanggang, katanya.

Ya, sebab aku tak balik raya tahun ni. Jadi kenapa jika aku tak balik raya tahun ini? Ada aku nak merempat atau mengemis kat depan rumah ngko? Ada aku nak meminta-minta dengan ngko? Ada aku cemburu dengan ngko yang kononnya dapat balik beraya? pasti semua di atas tak ada, kan.

Atau kau rasa ngko dah baik sangat bila balik beraya? kononnya balik cium tangan mak bapak mintak ampun? (nampak sangat ngko banyak dosa ngan mak bapak ngko, kan sampai beriya-iya nak balik raya). Atau ngko sengaja nak mengadap tanah mak bapak ko kat kampung tu, nak dengar cerita berapa share ko dapat kalau tanah tu dijual? Gitu ke??? (apa lak aku melalut nih...)

Sebenarnya aku penat orang asyik-asyik tanya kenapa aku tak balik beraya tahun ni. kalau ngko tau sebab aku tak balik beraya, apa ngko nak buat? ngko nak bagi aku duit raya? ngko nak sponsor tiket aku balik kampung? tentunya takde satu pun alasan tadi, kan. Jadi jangan la sibuk nak tanya aku balik ke tidak. dan jangan la sibuk nak kata aku ni Si Tanggang la, apa la. Aku tak balik bukan bermakna aku derhaka ngan mak bapak aku tau. Aku ada alasan sendiri yang tak perlu ngko tau.

Entry ni nampak macam marah aje kan. sebenarnya tak terniat pun nak buat begitu. cumanya kadang-kadang orang tak faham, atau buat-buat tak faham. kalau balik beraya pun ngko akan rasa sebak, inikan pulak beraya kat perantauan sorang-sorang. jadi, ngko ingat dengan panggil aku Si tanggang tu aku rasa happy? cuba aku panggil ngko mata duitan sebab balik raya, nak harta mak bapak ngko kat kampung, tentu ngko melenting kan. Kalau ngko tak melenting, ngko kot yang Si tanggang.

Tapi aku tak mau la cakap apa-apa. hanya senyum saja penawar rindu pada keluarga di kala raya ni. dan jika ngko rasa dengan panggil aku Si Tanggang tu buat aku gembira, sebenarnya ngko silap.

tapi aku tak rasa apa-apa pun, sebab aku tau kenapa aku tak balik raya tahun ini. dan biarlah aku seorang saja yang tau...

p/s: siapa kata tak rindu, hanya tuhan saja tau kalau hati ini telah menangis sedalam lautan...

Sunday, September 6, 2009

keje opis kat umah

Hari jumaat lepas aku bawak balik beberapa keje opis.

Kononnya nak buat kat rumah tapi sampai sekarang pun aku tak tengok 1 lagi pun. macam malas, atau lebih tepat lagi sangat malas. aku sebenarnya malas nak bawak balik keje opis kat rumah, kerana bagi aku keje kat opis adalah untuk opis. dan hujung minggu adalah masa untuk merehatkan diri.

tapi bos aku semacam mahu aku siapkan keje itu hujung minggu ni. esok dia nak bincang. ya, esok dia nak bincang. dan aku malas nak bincang benda tu dengan dia esok sebab tak siap lagi.

hmm... apa perasaan korang. elok ke bawak balik keje opis kat umah? dulu aku memang selalu buat begitu tapi bila dah tua ni semacam malas pulak. tengok la apa nak jadi esok. aku bukan tak mau buat tapi biar la keje opis tu dibuat kat opis. dah namanya keje opis....

malasnya... semoga malas itu hilang malam ini, sebab esok aku mau kerja rajin-rajin!

Jenjalan@Jusco S2

Baru balik jenjalan kat Jusco S2.

Ada 2 benda je yang nak dicari. (Actually 3 tapi yang satu tu disimpan dulu sebab pitih tak cukup). Ok, benda pertama yang dicari ialah baju t-shirt untuk adik lelaki aku buat pakai raya. Menuju ke kedai Converse yang terdekat. Dalam 10 minit je dapat selai t-shirt warna hitam. ya, kalau korang perasan entry sebelum ni memang dia suka pakai baju itam.

then, barang keedua yang dicari ialah baju raya untuk anak buah aku yang dah kematian bapa. dah dapat bapa baru tapi tiap-tiap tahun aku beli jugak untuk dia. Memandangkan aku jarang jumpa dia, hanya gambaran yang mummmy beri aje la yang menjadi panduan untuk membeli baju dan seluar tu. kemeja dan seluar jeans. kopak duit uncle dia dekat RM200. takpe lam, setahun sekali.

untuk adik perempuan aku tu, dia dah tempat baju kurung sendiri. so, ok la tak payah aku nak memikir apa nak beli untuk dia. untuk mummy and daddy, dah kirim hari tu baju melayu sepasang yang sedondon. Untuk aku, tak payah la sebab barang-barang hadiah hari jadi aku hari tu dah cukup untuk cover persalinan hari raya.

Cuma tahun ni aku belum lagi plan nak balik mana. balik kampung sure tak kot sebab takde bonus. biar la aku hantar je duit beli tiket kapal terbang tu kat famili aku dari aku belanja beli tiket. nanti la lepas raya aku balik lama sikit, time tu mesti kerja dah meelambak-lambak kat opis, kan.

apapun, selamat meneruskan ibadah puasa yang dah masuk setengah bulan. dalam beberapa hari saja lagi masuk la Fasa ke-3 ramadhan. masa tu la kalau nak mencari-cari malam Lailatul Qadar. selamat beramal ibadat. semoga puasa tahun ini lebih baik dari tahun lepas...

p/s: tengah sediakan juadah berbuka. ala, beli aje kat gerai depan umah ni...

Saturday, September 5, 2009

Semalam...

Cerita semalam.

Tak sempat nak dimasukkan dalam entry sebab terlalu letih. semalam aku balik lambat dari opis. dan dalam fikiran aku malas nak fikir nak berbuka kat mana. biar la kaki ku yang menekan paddle tu membawa aku kemana-mana yang dia rasa dia nak pi. malas nak memikir untuk berbuka dimana-mana. cuma dalam hati biarlah masa nak berbuka tu aku tiba di tempat yang sesuai, dan aku boleh solat sekaligus.

Alhamdulillah, masa kat highway tu azan maghrib berkumandang. dan pada masa tu aku baru saja melepasi susur keluar ke seri putra. lantas berhenti rehat untuk berbuka di hentian R&R yang terdekat dan terus bersolat. cuma sempat makan kurma dan minum air mineral yang sememangnya tersedia dalam kereta. lepas berbuka dan solat, meneruskan perjalanan balik ke rumah.

bercerita pasal berbuka yang tak dirancang tempatnya di mana, pernah sekali aku dan sorang member masa kat universiti dulu buat plan adhoc nak berbuka tapi bukan dalam kampus. kononnya nak kuar makan disalah satu restoran segera depan gate kampus. masa ada 20 minit lagi jadi sempat la nak cari restoran yang terdekat dan order makanan.

sesampainya di sana, restoran tu dah penuh. kemudian, bergerak ke restoran yang bersebelahan... dan yang bersebelahan lagi. bermula dari KFC, McD, Pizza Hut dan restoran biasa yang berdekatan, semuanya penuh. mana taknya, minggu tu merupakan minggu terakhir sebelum cuti panjang. semua warga kampus mengambil peluang untuk berbuka bersama kawan-kawan sebelum balik kampung.

1 minit lagi nak azan maghrib. dalam keadaan kelam kabut tu, 1 tempat aje la yang perlu dikunjungi... 7 Eleven. Sempat beli kacang soya dan kurma. tapi nak duduk kat mana? tetiba terpandang ada 2 kerusi kat tepi parit. biasanya yang duduk kat situ ialah guard yang jaga kawasan kedai tu. takkan nak makan berdiri, jadi duduk jugak la kat kerusi tepi parit tu. sampai sekarang aku masih ingat perkara tu. begitu jugak kawan aku. tiap kali aku ajak dia kuar berbuka, kitorang akan teringat peristiwa tu.

moral of the story, rancanglah sesuatu perkara walaupun ia tak mungkin akan berlaku. dan yang kedua, mesti ada Plan B.

kepada member yang berbuka kat tepi parit tu, biarlah itu kali terakhir kita berbuka tepi parit ya...

Thursday, September 3, 2009

insomnia

Tak leh tido malam semalam.

Actually bukan la tak leh tido tapi terover tido. Lepas berbuka, dalam jam 8 malam tu aku rehat-rehat la kat katil. tunggu nasik turun, kononnya. tapi keletihan menyebabkan aku terlena dan terjaga dalam jam 11 malam. hancus harapan nak pi terawikh malam ni.

Tapi soalnya kenapa? Kenapa terlalu letih?

Semalam masa drive nak balik rumah, aku sangat letih. perjalanan terasa sangat panjang. alhamdulillah, jamm tidak seteruk biasa walaupun aku terasa aku macam nak terbabas je beberapa kali sebab terlalu mengantuk. takkan aku nak pullover dan tido kat tepi hutan tu. gagahkan la jugak hingga sampai di rumah. tapi sampai rumah pun terasa macam nak landing terus je. cepat-cepat aku mandi untuk ilangkan mengantuk. tapi jam 8 malam semalam, ngantuk tu menjadi-jadi.

mungkin sebab aku terlalu fikirkan pasal isu semalam, ye la, pasal member aku yang masih tak berubah perangainya. tapi siapa aku untuk mengubah manusia. siapa aku untuk bagitau dia buat itu dan ini, sedangkan dia sendiri pun ada akal dan fikiran. ya, mungkin tak perlu difikirkan sangat. tapi aku masih terkilan sebab masa masih tak mampu mengubah dia. atau tempoh itu tidak cukup bagi dia.

Ntah, dia punya masa sampai bila-bila untuk dirinya. dan bagi aku, tanggungjawab aku untuk memohon maaf sudah aku laksanakan. dia berubah atau tidak, bukanlah kerja aku. sekurang-kurangnya aku dah cuba untuk memberikan dia ruang dan peluang untuk berubah. malasnya nak fikir pasal orang lain, sedangkan diri sendiri pun masih terkapai-kapai perlukan perubahan.

semoga Ramadhan kali ini memberikan sinar untuk terus maju ke depan...

Wednesday, September 2, 2009

teman lama

Tadi aku baru saja call member aku yang sorang ni.

Puas nombor telefon dia aku cari dalam net. entah kenapa tetiba je hari ni senang je aku dapat. mungkin sebab niat aku betul... niat semasa cari nombor telefon tadi adalah untuk memohon maaf pada dia sempena Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelang tiba.

Nape aku ilang nombor telefon dia? Bukan ilang tapi aku dah buang, 4 tahun lalu. sebabnya? aku marah sangat pada dia. aku tak tau la sama ada benda yang aku marahkan tu dia tau atau tak, atau dia buat-buat tak tau. tapi aku rasa dia tau dan buat-buat tak tau.

tapi hari ini hati aku terdetik nak taip nama dia kat internet dan terkejut gak namanya keluar kat satu web bersekali dengan nombor henfonnya. memandangkan dah lama aku tak contact dia, mungkin nombor tu dah bertukar empunya. tapi sekali lagi aku bersyukur sebab nombor itu nombor dia.

dalam 30 minit kami bersembang. banyak yang dibualkan tapi bab kesah marah 4 tahun lalu tak pernah disentuh. dan bila time nak letak telefon, masa tu la aku mintak maaf banyak-banyak pada dia, sempena Ramadhan, sempena bakal hari raya, dan sempena persahabatan yang pernah terjalin dulu. bagi dia, semua itu no big deal. tapi bila paku dah diketuk pada dinding, kesan paku masih ada walaupun paku dah lama dicabut. apapun, salam kemaafan telah dihulur. bagi aku, dah tiada hutang lagi. bagi dia, terserahlah...

semoga persahabatan kekal selamanya...

p/s:

baru je terima sms dari seorang teman. katanya member yang aku call tadi tu dengan gahnya menjaja yang aku mintak ampun segala mala, aku yang buat salah pada dia, cakap itu dan ini, segala yang kurang sedap didengar.


Hehe, senyum aje la aku dengar. biar la apa yang orang nak kata. bagi aku tanggungjawab aku nak memohon maaf (walaupun aku masih rasa bukan aku yang salah) dah aku tunaikan. andainya dengan menjaja cerita pada orang lain tu mampu memuaskan hatimu sahabat, itu adalah hak engkau.

Monday, August 31, 2009

3 hari cuti

Ya, 3 hari cuti.

Sabtu, Ahad dan Isnin. Tapi takde buat apa pun. Just lepak-lepak kat rumah layan DVD (bukannya nak baca Quran ke, qiyamullail ke...). Memang malas betol la ujung minggu ni. kononnya nak kuar jenjalan tapi tak b ole la pulak sebab fulus dan kureng. ye la, ujung minggu ni member nak datang dan ajak jenjalan (kalau jadik la). Jadi takkan la nak jenjalan dengan poket kering. dah la tekak kering. takkan semuanya kering...

Aku bercadang nak ke Jusco S2 hari ni sebab katanya Sale hanya sehingga hari ni. Berat gak ati nak pi sebab poket pun tak tebal. kalau pegi pun asyik swipe...swipe and swipe again. sesampainya disana, banner tu dah tukar. Sale sampai 19 September 2009. Jadi, sempat lagi kalau nak belanja guna gaji bulan depan since gaji bulan 9 ni awal sikit sebab nak raya.

Yang aku terkilannya, kelulusan tanggung keje tak dapat lagi. Maknanya Kew8 tak buat lagi, maknanya tak sempat nak proses bulan depan. MAKNANYA AKU TAK DAPAT ELAUN TANGGUNG KEJE BULAN 9 NI. JADINYA TAKDE LA BONUS ATAU DUIT LEBIH KALAU NAK BERBELANJA SEMPENA RAYA. HUARGHHHH!!!!!

Malas la aku nak bagi komen kat sesapa. kang nanti aku ni di label "asyik nak komen orang je. apa ko ingat orang lain takde keje ke asyik nak jaga gaji ngko je...". Well, aku pasrah je la. duit raya for famili tahun ni kurang sikit la nampaknya. tapi rasanya tak kesah gak kot sebab baju raya mak dan ayah dah ada (plus the accessories hari tu). So, cukup untuk mengcover raya tahun ni. Dan aku pulak, raya tahun ni aku nak drive all the way to utara. sambut raya dengan kengkawan (yang sudi)...huhuhu.

jap lagi aku nak prepare barang-barang nak bawak ke opis esok. tadi nasib baik pi isi minyak. aku sampai kat gas station tadi, orang dah berbaris macam nak ambik gaji lak kat pam tu. nak isi angin tayar? tak payah la. kalau dah berbaris panjang isi minyak, nak isi angin kat tayar pun lagi la berbaris macam nak bayar tol je. aku terus chow balik umah. harap-harap jangan la tayar keter aku buat hal penyek tak tentu pasal lak esok.

aku takde apa nak cakap lagi ni, letih semacam je. puasa pun dah masuk fasa ke-2. 1/3 bulan yang dijanjikan dengan keampunan ntah ke mana bagi aku. masuk fasa kedua lak ni, fasa kerahmatan. yang ni aku tak tau la macam mana. kalau dah fasa 1 pun hampeh, fasa 2 tak tau la macam mana. huish... macam mana la nak bertemu malam LailatulQadar kalu macam ni.

Apapun, semoga aku kuat dalam mengharungi puasa yang tinggal 19 hari ni lagi... Amin.

selamat malam dan Salam merdeka.

Friday, August 28, 2009

hujung minggu

Lagi setengah jam aku mau balik rumah.

Suasana cuti 3 hari sedang melanda. Anginnya kencang sekali. Walaupun masih ada masa lagi untuk buat keje, tapi kemalasan sudah menguasai diri. Harus kah aku menghabiskan sisa-sisa waktu bekerja ini untuk mengupdate blog ini? Ya kot (padahal sedang update la ni).

Hari ini highway musti jamm gila. Ye la, cuti panjang biasanya orang ambik peluang untuk balik kampung. dan laluan balik keje aku tu la yang selalu menjadi laluan utama orang balik kampung. Harus la hari ini aku ikut jalan dalam. save on tol tapi jaraknya yang panjang. harap-harapnya takde la lambat sangat aku sampai rumah.

Aku masih kat opis. banyak bende yang bermain kat kepala. Sekarang ni tengah layan Faizal Tahir, Sampai Syurga. (bukannya nak dengar bacaan Quran...apedah!!!).

Mood nak balik dah semakin membara. MAu berkemas sebelum balik ni.

Selamat bercuti dan Salam Merdeka.

Thursday, August 27, 2009

Penang Village

Aku buke pose kat Penang Village kat Alamanda.

Kenapa tempat itu dipilih? Sebab buffet nya murah. Hehe. Kitorang pergi berlima (setelah seorang menarik diri di saat-saat akhir). Hujan lebat tidak mematahkan semangat untuk berbuka di sana. Sesampai disana, time tinggal 15 minit lagi berbuka. Orang ramai dah berpusu-pusu rebut makanan yang ada. Macam tak makan setahun aku tengok orang dok berebut makanan. Cis!!!

Hidangan yang disediakan lebih kurang sama macam tahun lepas. Cuma ada beberapa dishes yang tak muncul tahun ni. Mungkin sebab nak jimat budget. Ntah, aku malas nak mikir. Lama jugak kitorang lepak kat sana, dari jam 7.30 sampai 8.30 malam. Ye la, nak justify makanan RM40 seorang.

Tapi aku rasa aku tak la makan sebanyak RM40 tu sebab makanannya tak seberapa sangat. Sesuai dengan namanya, village (ala-ala kampung gitu). Tapi keriuhan berbuka puasa (yang riuhnya kaum lain, bukan melayu. Yang melayu asyik melantak je) tadi melenyapkan kekecewaan makanan yang tak banyak.

Apapun, gembira sebab ni kali pertama dapat berbuka dengan kengkawan opis. Kalau ada rezeki lebih, kita pergi lagi ya...

p/s: tengok promosi berbuka puasa kat Pullman (Pullman aje sekarang ni). 1 pax dia caj RM89++. kira punya kira, ada la RM100++ gak seorang. dah la makanan lebih pada makanan arab. so, batal niat nak berbuka puasa kat sana.

Awal = Lambat

Awal = Lambat.

Ni apa kejadahnya ni. Begini ceritanya...

Semalam aku bercadang nak balik awal. On time, kononnya jam 5.30 petang. Sampai kat parking lot, kereta dah panjang berbaris nak kuar dari bangunan kompleks. 20 minit aku menunggu baru dapat melihat cahaya di pintu gerbang kompleks. (mengeluh dah masa tu...).

Then, selalunya aku ikut jalan dengkil untuk balik. Tapi semalam kononnya nak balik awal (sebab jalan kat dengkil tu jauh sikit tapi takde tol), so aku ikut jalan Bangi (yang sememangnya dekat je tapi kena bayar tol). Ok la, since aku dah topup Touch & Go aku, jadi bole la aku cepat sikit sampai. Tengok-tengok, kat area Alamanda tu kereta dah berbaris panjang gak. Kali ni lagi panjang dari barisan dalam opis tadi. Huargh!!!! Bayangkan jalan yang hanya 2 km tu aku terpaksa tunggu hampir setengah jam baru dapat lepas dari traffic light Bangi-Putrajaya tu.

Dah la masa tu hujan. Nak speed tak berani sebab takut la ada apa-apa yang tak elok berlaku. So aku bawak slow-slow je. Yang paling penting, aku dah start ngantuk dah masa tu. Tak kesah sangat kalau lambat sampai rumah pun sebab masa tengahari tadi aku dah pack siap-siap kurma dalam keter. Macam tau je kan nak balik lambat. Jadi aku takde la kesah sangat.

Tapi Allah Maha Pengasih. Lepas je tol Bangi, highway clear je dan semua pemandu di Malaysia pun jadi macam beriman sangat. Semua bawak keter slow motion. perjalanan yang aku expect dalam 45 minit tu sebab ujan jadi terasa singkat sangat. 5 minit sebelum berbuka aku dah sampai rumah. Alhamdulillah, yang penting sampai dengan selamat dan berbuka tepat pada waktunya...di rumah.

So, memandangkan aku dah sampai opis ni, aku mau buat keje dulu ok. Chow...

(nampak sangat update blog kat opis...hehehehe)

Tuesday, August 25, 2009

Malas

Ya, hari ini aku malas.

Tetapi bukan malas tahap gaban. Aku hanya malas bila tengok banyak surat-surat atas meja aku yang masih belum diselesaikan. Dan emel yang melambak-lambak masih belum dijawab. Kalau dapat bantal ni, sure lentok punya....

Huaaaa.....malasnyaaaaaaa!!!!

p/s: gambar dipinjam dari blog sorang kawan...jangan marah aaa...


Monday, August 24, 2009

Cuti

Kecoh staf-staf aku kat opis ni mengisi borang cuti.

Walaweh, keje baru 1 hari dalam bulan puasa. Puasa lak baru nak masuk hari ke-3. Ni dah kecoh-kecoh mintak cuti. Masa ni la aku jadik famous sikit sebab ramai orang datang nak minta autograf. Autograf kebendenye, semua nak mintak sign borang cuti raye.

Weh, korang sumer. Puasa baru 3 hari dah nak isi borang cuti. Last2 semua kena hantar borang 1 week sebelum raya untuk review and approval.

Hehehe...

Hebat

Hebat!

Ya, hebat sekali ujian yang dialami oleh staf aku yang sorang ni. Sabtu lepas dia menghadapi kemalangan. Sekarang terlantar di hospital. Hari pertama melawat dia di wad, tangannya hanya dibalut dengan kain dan diletakkan atas papan penyokong bagi mengelak tangannya bergerak. Ni sebab tangan kirinya patah. Leher pun dah pasang neck support sebab tulang leher retak.

Kali kedua pegi, tangannya baru saja lepas pembedahan. Dah masukkan besi. Masa tu dengar berita yang doktor akan buat pembedahan pada tengkorak bagi memasang besi bagi membolehkan lehernya ditarik. Ni bagi membolehkan tulang tengkoraknya yang retak tu dapat tumbuh semula.

Kali ketiga pegi (aku tak pegi, berita hanya dikhabarkan oleh kengkawan yang pegi), kepalanya dah dipasang besi. Dalam beberapa hari sekiranya proses meluruskan tulang leher dah selesai, doktor akan membuat pembedahan pada lehernya untuk memasang besi pula.

Hebat, sememangnya hebat ujian yang diberikan Allah pada staf aku yang seorang ni. Aku yang melihat keadaannya masa mula-mula kemalangan tu pun dan terasa berat. Ini kan pulak orang yang menanggungnya.

Semoga dia cepat sembuh. Dan doa kengkawan juga dimohon supaya dia cepat sembuh... Amin.

Friday, August 21, 2009

Datang dan pergi


Semalam dah diumumkan secara rasmi, Sabtu ni puasa.

Ramadhan datang lagi. Mulai malam ni dah start pi terawikh. Rasanya macam nak balik awal je hari ni nak bersiap-siap pi masjid (terus mencapai kopiah dan di 'try' beberapa kali. mana tau tak muat ke...). Ya, ada yang datang, ada yang pergi.

Pagi ni jugak dikhabarkan anak kepada salah seorang pegawai department sebelah yang baru saja lahir pada 11 Ogos 2009 yang lalu telah kembali ke rahmatullah akibat komplikasi otak. Sedekahkan al-fatihah kepada arwah dan doakanlah kekuatan kepada ibu bapa yang menghadapi saat kesedihan ini.
Ramadhan, selamat datang.

Kepada yang pergi (dan telah pergi), Al-Fatihah...

Thursday, August 20, 2009

No More Youtube

Dah tak le YouTube kat opis.

Yes, dorang dah block. So, aku tak leh nak layan video klip lagi melalui laptop aku yang tak canggih ni. Jadiknya terpaksa la aku mendengar dari laptop ku si Windy ni untuk access YouTube. Ntah apa rasionalnya diorang block. Whatever it is, aku dah tak leh layan video klip Beyonce lagi, Sweet Dream.

Cis! Cis! dan Cis lagi!

Saturday, August 15, 2009

Pullman @ Putrajaya Lake

Semalam aku tido kat Pullman Putrajaya.


(the room)

Courtesy member yang menang tiket cabutan bertuah. Jadiknya aku yang bertuah sebab dapat tido kat sana sebab dia tak sempat nak pi. Well, dari jauh hotel tu nampak gah. Memang gah. Sampai dalam tu kira bole sesat gak la sebab bangunan dia agak berbelit-belit. Nak cari bilik 1 hal punya susah. But nasib baik pekerjanya agak ramai dan sangat ramah, sentiasa membantu guests yang selalul sangat sesat dalam kawasan hotel tu.


Aku sampai agak malam sebab dari opis aku terus ke sana. Keadaan bilik tidak semacam bilik hotel lain yang aku pernah pegi, suram dan kelam. Tapi dalam bilik hi Pullman, ia terang dan banyak lampu. Yang paling penting, banyak bantal. Dari besar ke kecil, semua ada. dan paling penting, empuk pulak tu. harus terus tido aje bila landing.


(the bath)


Bilik agak kecik la sebab nak solat tu ruang yang ada cukup-cukup je. Harga bilik semalam (tanpa voucher menang cabutan bertuah ialah RM260++). Bilik yang paling murah. Tapi at least merasa jugak tido kat Pullman.


Cumanya bila menyebut pasal hotel-hotel kat Malaysia, memang akan ada masalah dari segi workmanship dan maintenance. Hotel itu baru, yes. Hotel itu cantik (dari jauh), yes. Dan bila pegi dekat-dekat banyak kecacatannya (yes, yes and yes). pintu toilet dah susah nak ditutup. dan kalau nak tutup kena tolak kuat-kuat. bunyinya pulak kuat sangat sampai bilik sebelah pun boleh dengar (aku tau sebab bila bilik sebelah tutup pintu, aku pun dengar sekali). yang paling penting, bila pekerja-pekerja tolak troli kat laluan depan bilik, bunyinya kedengaran sampai bilik. Dah la dorang keje tengah malam, jadi bising sangat kat area laluan depan bilik tu.


Huh, malas la aku nak ulas panjang-panjang. kalau korang nak merasa tido sana, silakan. pemandangan yang cantik akan membuatkan korang lupa semua ulasan yang tak menarik seperti di atas tu...


Chow!

Monday, August 10, 2009

Risau

Ya, aku tengah risau.

Adik aku yang study kat Poli tu tengah demam, batuk dan selesema. Ya, simptom penyakit natang berhingus tu. harap-harap bukan, na'uzubillah. Dia kata dah pi hospital. Bila masa nak buat saringan, suhu badan dia dah turun, tak tinggi seperti penyakit tu. Jadinya, hospital suruh dia pi klinik biasa je untuk dapatkan ubat. Tadi adik aku dah kena marah ngan aku. Esok aku suruh dia pi hospital lagi. kali ni kalau doktor tak buat saringan jugak, nak lapor ngan Menteri Kesihatan la jawabnya. ntah la, malaysia macam tak ambil pusing penyakit ni. La ni dah 27 orang meninggal pasal penyakit tu. tapi pak menteri semua kata semua masih dalam kawalan. Kawalan kepala hotak kau!

Kalau dalam kawalan, kenapa dah 27 orang dah meninggal? kenapa banyak lagi orang yang kononnya kena kuarantin tapi masih lagi pi jenjalan kat shopping kompleks? Ntah la, rakyat Malaysia ni bukannya sikit tapi dengan jumlah yang mati tu kalau banding dengan negara lain nampak macam banyak je. pegawai atasan kerajaan pulak sibuk nak buat laporan ini dan itu tapi macam takde apa yang berlaku je. yang mati bukannya makin sikit tapi bertambah. jangan ada menteri yang tetiba kata "ini kes terpencil" udah le. Maunya terpencil kepala hotak ko kang.

Aku dah mintak adik aku minum air kelapa banyak-banyak dan telan kurma. Ntah mana punya saranan ni aku pun tak ingat tapi apa salahnya mencuba. katanya kalau badan lebih alkali, penyakit tu susah nak datang. tapi ini semua kuasa ALLAH, kita hanya mencuba je. Lagipun kalau dia telan semua tu, at least dia kenyang gak, ye tak.

hari ini bos cari aku sebab setengah hari tadi aku tak ngadap dia. ingatkan nak pecah rekod je hari ni aku tak perlu ngadap bos tapi hampeh. akhirnya ngadap jugak ngan dia. tapi hari ni nampaknya dia slow down sikit. mungkin sebab dia nampak aku macam nak naik hantu agaknya pasal kes minggu lepas. atau mungkin kini dia perlu lebih berhati-hati sebab dah banyak 'peluru' yang perlu disemburkan kembali pada dia kalau dia silap langkah. malas aku nak layan...

masih risau lagi pasal adik aku. harap-harapnya takda apa, insya ALLAH... kengkawan doakan ya.

Selamat malam semua. aku mau baca buku.

Sunday, August 9, 2009

G.I Joe (Movie review)

Hebat!!!

Bagi aku, movie ni antara salah satu movie Sci-Fi yang paling hebat tahun ini. jalan ceritanya ok la, takde la sehebat mana. Aku sememangnya tak mengharapkan jalan cerita yang bagus sebab normally filem peperangan ni sama je kaedahnya. jahat lawan baik, baik lawan balik dan at the end yang baik akan menang.

tapi yang paling menakjubkan teknologi yang diperkenalkan dalam filem ni dari segi peralatan perang dan kaedah peperangannya. Aku tak berapa ingat karektor-karektor kartun dalam G.I Joe yang asal sebab berbanding Transformer, aku minat cerita berunsur robot masa tu. (masa tu belum terfikir sangat nak jadi askar). Tapi melihatkan movie ni, rasanya nak tengok lagi kali ketiga, keempat, kelima dan seterusnya.

Pada sesiapa yang minat filem peperangan tenkologi tinggi, pi la tengok. Walaupun sesetengah teknologi yang dipaparkan mungkin masih belum ada, tetapi imaginasi untuk menghasilkan teknologi sedemikian sesuatu yang patut diberi pujian.

Cuma kalau diperbaiki dari segi CGI nya, filem ini pasti akan lebih teratur dan realistik.

Selamat menonton.

Bagi aku, filem ini layak : 4.5 bintang dari 5 bintang.

PAC@Tganu

Ya, aku menjadi panel temuduga pegawai kat Terengganu.

Sebelum pegi tu, insiden pujuk memujuk dengan bos aku yang tua tu. First, pujuk dia samada aku bole pi ke tak. At first, tak bagi. Then bagi gak. Pas tu pujuk lak nak pakai keter opis, katanya tak bole bagi sebab takut kalau ada apa2 berlaku on the way, susah menjawabnya nanti. Lagipun kereta tu purposely untuk projek ***. Tak bole digunakan untuk tujuan lain. Aik! Yang dia pakai untuk hantar dia pi meeting tu bole pulak. Takpa, nanti lain kali kita gaduh lagi naa...

Mendengar hujah bos aku yang tak masuk akan a.k.a macam celaka tu, aku pun drive ke Terengganu. This is the first time Savvior aku drive jauh. Da first time aku drive ke terengganu. Sempat ambik Anum and her friend sebagai teman yang jugak ahli panel temuduga.

Bertolak jam 1.30 petang. kitorang sampai sana dalam jam 6.30 petang. Alhamdulillah, selamat tiba dan Savvior pun tak buat hal sangat. Malam tu dah start aktiviti. Dan malam tu jugak aku dapat tau pergolakan politik opis aku dan perancangannya terutama sekali dari segi pertukaran pegawai. Merasa la bos aku.....

Seramai 5 panel dan 60 peserta yang ditemuduga. Susah sebenarnya nak pilih diorang ni sebab semua dah keje dalam 1 tahun dan mahir selok belok temuduga kerajaan ni. In short, diorang memang dah sedia. Jadi, sesapa yang dapat kat aku ni semua dapat markah tinggi. Kesian ya, bila dapat tau yang tak layak akan ditamatkan kontrak.

Aku awal-awal lagi dah bagitau budak2 tu yang aku tak suka judge orang. tapi dah tugas aku hari ini untuk memilih yang terbaik dari kalangan yang terbaik. entah la, sepanjang sesi tu aku mintak panduan darri Allah, semoga orang yang aku pilih tu memang orang yang boleh kerja dan menyumbang kepada pembangunan negara (tetiba lak semangat patriotik).

Sesi temuduga pun macam tu jugak, semua sememangnya dah bersedia. lagipun aku tak nak la tanya soalan bombastik sangat yang aku sendiri tak mahir. aku lebih tanya pasal tugas diorang kat pejabat sekarang dan apa penambahbaikan yang diorang boleh buat jika dibenarkan meneruskan tugas di tempat yang sama. Semua bagi jawapan yang bagus. Maknanya seua dah tau tugas masing-masing. ini membuatkan penilaian lebih susah.

Sesi temuduga habis dalam jam 5 petang. singgah kejap makan sata, sotong goreng tepung, keropok lekor dan macam-macam lagi. orang belanja, jadi makan la sesuka hati. harganya pun berpatutan. drive balik dari terengganu jam 6 petang. banyak jugak kereta dari terengganu balik ke KL ni. dalam kesesakan malam tu, aku sampai rumah jam 12 tengah malam.

Alhamdulillah, semuanya selamat. Dan semoga pilihan yang aku buat tu adalah tepat...

Wednesday, August 5, 2009

APC

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

Opis aku buat penyampaian anugerah tu hari ni. Majlis belum nak start lagi tapi aku dah nak tulis pasal benda tu. Malas aku nak komen lebih-lebih, apa lagi kalau aku bukannya penerima pun. Sekadar pemakan makanan yang ada. Hehehe. Tak cemerlang kerja, cemerlang masa makan pun dah kira baik apa.

Kat department aku ada 2 orang penerima dan aku rasa dorang memang layak terima anugerah tu. Kat department lain? ikut giliran, OK. Jangan ingat korang terima tu korang cemerlang sangat. korang dapat pun sebab bos korang peratikan korang ni tak pernah dapat anugerah. Anugerah Bintang Popular Berita Harian jauh sekali. Anugerah bawak balik Berita Harian untuk kegunaan sendiri mungkin korang cemerlang. Tu belum kira bawak balik barang-barang opis ke rumah. Tu kira layak terima Anugerah Kecemerlangan tahap dewa tu.

OK la, malas aku nak mengarut pepagi buta ni. Saje nak memeriahkan anugerah yang bakal berlangsung pagi ini. Anyway, aku dengar duit imbuhan anugerah dah dapat 2 bulan lepas. Amboi, tak terima anugerah tapi duit imbuhan dah habis dah. Abis tu, dalam envelop korang tu ada apa? Harap-harap pak Menteri tak gatal tangan nak bukak envelop tu tengok apa isinya. kalau tak, kan dah pecah tembelang.

Eh, tak ingat lagi ke masa anugerah ****** hari tu korang simpan apa dalam envelop sijil tu. Majalah Gila-Gila, kan. Macam la aku tak tau. hikhik. Patut la masa menteri nak nengok korang laju je rampas envelop tu dan turun dari stage macam lipas kudung.

Apapun, tahniah kepada penerima. Kepada yang belum menerima, selamat mencuba lagi di tahun akan datang.

p/s: Anugerah peng'update' blog terbaik tak dipertandingkan ke???? Banyak calon-calonnya, especially yang update blog kat opis. Sapa tuuuuuu?????? Anyway, anugerah peng'update' blog paling lembap kekal kepada penerima anugerah tahun lepas.

Tuesday, August 4, 2009

Mirage (Pesawat)

Aku sekarang tengah layan lagu ni.

Enjoy...Thanks YouTube.



Mirage - Pesawat

Cahaya terang menembusi
Bagai sebuah kisah misteri
Kau mungkin … asing
Kau mungkin …pernah ku kenal sebelum ini

Resah gelisah dibuatnya
Bagai sebuah cereka cinta
Haru … biru
Kelam … jiwaku semakin kacau

Chorus
Siang malam termimpi mimpi
Pagi petang tercari cari
Tiap saat ternanti nanti
Kau masih tiada disisi… (2x)

Adakah ini satu mimpi
Terasa bagai sebuah delusi
Ilusi … mata
Mainan … jiwaku
Semakin kacau

Chorus

Haru … biru
Kelam … jiwaku
Semakin kacau

Monday, August 3, 2009

From Penang

Ya, aku baru balik dari Penang.


Mewakili bos untuk merasmikan kursus. Dah la aku tak baca lagi teks ucapan tu. Buat malu je sebab orang yang tak ada dalam majlis pun aku sebut sekali. Well, dah namanya bacakan teks ucapan orang, harus la dibaca sebijik-sebijik. tetapi bila aku terasa ayat-ayat teks tu dah semakin merapu, harus aku menggunakan skrip sendiri. Elok daripada aku nak malukan diri sendiri kat situ.


Sempat jumpa member-member kat Universiti lama, and dapat makan kat restoran yang kononnya hebat hasil titik pelu Alumni. tapi aku tak paham macam mana la dorang ni pilih tempat. Buat restoran yang dikelilingi pokok-pokok yang banyak semut. Aku tak tau la burger yang aku makan tadi penuh ngan semut ke idak sebab dah macam-macam sos yang dorang bubuh. semut lak hurung kaki, tangan, atas meja segala bagai. Dah la tu takde kipas lak. alasannya tak nak daun-daun pokok masuk dalam makanan. kalau tak nak masuk dalam makanan, jangan buat restoran bawah pokok, ngok!


Apapun, gembira dapat berjumpa dengan kawan-kawan lama. Paling gembira sebab semuanya masih sihat walafiat.


Ada masa, kita jumpa lagi ya...

Friday, July 31, 2009

Hari ini 31

Ya, hari ini 31.

31 Julai dan umur yang empunya pun sudah 31. Sudah aku celebrate birthday aku kat opis hari ini. Meriah jugak. Ye la, bersekali dengan jamuan orang kawen (yang orang tu pun sebenarnya dah mengandung pun nak tunggu menetas, baru nak belanja kesyukuran kawen). Juga untuk mengucapkan terima kasih pada sorang officer kitorang yang akan berhenti kerja untuk melanjutkan pelajaran.

Kalau rajin aku akan upload gambar. buat masa ini, aku malas.

p/s: Sebenarnya entry ini sudah lama di taip. Cuma baru dapat upload sebab busy. Udah tua ni busy sikit. Chow!

Thursday, July 30, 2009

Malatops!

Hari ini aku malatop depan bos.

Namun malatopsnya tidak ka gedebush sangat sebab aku masih dapat lagi control marah aku yang membuak-buak nih.

Hish! Udah nak masuk senja ni pun ada lak nak sentap-sentap. Tapi yang penting aku sudah malatops hari ini dan aku pasti aku akan malatops lagi lain kali.

Bos, saya memang suka malatops!!!!

Wednesday, July 29, 2009

1 year old

Sedar tak sedar, blog ini sudah pun mencecah umur 1 tahun.

Begitu cepat masa berlalu. Ya, Selamat Ulang Tahun Pertama blog ku yang tak seberapa ini.

Bagi yang masih sudi menjenguk, terima kasih. Enjoy la my virtual cake untuk uols.... Hehehehe


Friday, July 24, 2009

Sunyi

Ya, hari ini amat sunyi kat opis.

Takde la sangat sunyi tapi kurang sikit sebab majoriti dari orang-orang kat opis pi bersantai kat Tioman. OK, kenapa aku tak ikut? Sebab aku malas nak ikut!!! Aku malas nak pi bercuti di tempat jauh-jauh and at the end of the trip, penat nak mampus and then terpaksa kerja the next day. Mintak cuti? Tak bole sebab aku menanggung keje.

Pagi tadi aku menyelesaikan beberapa tugas tertunggak yang tak dibuat oleh assistant aku (thank you but no thank you). Nak aku jugak yang buat benda tu. Petangnya aku meeting ayam. Meeting yang aku rasa takde pun hasilnya yang bole dibanggakan. Oh ya, member aku dari Sarawak datang melawat aku kejap kat opis tetapi terpaksa aku hantar ke Alamanda sebab aku nak hadir meeting. Anyway dia kata dia tak pernah ke sana so aku just drop him kat situ and chow. Lain kali kita jenjalan ya.

Esok aku tak tau lagi nak buat apa. mungkin nak sambung lukisan minggu lepas tu. kalau ready, minggu depan aku bole bawak pi opis untuk digantung dalam opis. Aku masih lagi mencari bahan untuk melukis guna akrilik ni. Esok mungkin aku akan cari kat net. malam ni aku malas sesangat. Sampai umah, lepas mandi aku lelap dalam 5 minit sebelum perut berkeroncong mau mintak diisi.

Mungkin esok akan ada entry yang lebihi menarik? Mungkin, aku harap mood akan berubah pagi esok menjadi lebih ceria.

Selamat malam...

Thursday, July 23, 2009

Tioman? No thanks

Esok majoriti orang-orangan kat opis aku akan ada retreat kat Tioman.

Aku tak ikut, sengaja tak ikut sebab aku malas. Hari ni pun aku malas sebenarnya sebab banyak tenaga dihabiskan untuk aku lawatan tapak dan menguruskan hal-ehwal yang menggunakan kepala hotak aku yang memang sedia pening ni.

Hari ini gaji tetapi tidak sedikit pun menggembirakan aku sebab takde mood langsung ni. Ntah la, aku rasa seperti mau joging saja hari ini tapi aku tak tau lagi. Semua tak tau, macam mana nak tau pun aku tak tau.

Huh, korang layan je la entry orang yang tengah boring nih. oh boring cepatla kau ilang!!!