Monday, October 19, 2009

Say My Name

Say my name...say my name...

Bukan lagu Destiny's Child, memang bukan. Begini ceritanya... Hari ini aku menghadiri 2 meeting, 1 meeting ganti bos dan 1 meeting operasi. Dalam meeting yang pertama tu nama aku asyik-asyik disebut, dijadikan contoh (yang baik dan kurang baik). Bukan setakat disebut, malah ada nada sarkastik gak yang terpacul bila aku dijadikan contoh. hmm....

Then, masuk meeting kedua sebelah petang. nama aku lagi yang disebut, dijadikan contoh, and as usual baik dan kurang baik. then nada yang sarkastik itu pun ada gak digunakan tapi tak seberapa. cumanya alasan yang diberi ialah nama aku senang nak ingat. well, sure la nama yang unik ini senang nak diingat. hmm...

kalau sekali dua dijadikan contoh, aku mungkin bole fikir yang ia hanya kebetulan. tapi kalau dah berkali-kali, dan diulang pulak dalam meeting yang berbeza, aku rasa rimas pulak. dan bila diulamg-ulang dalam nada yang berbagai bentuk dan bunyi nya, aku jadi risau pulak. apa la malang nasib aku kat department ni.

aku tak berapa suka la kalau macam ni. sampai merah padam muka dan telinga aku setiap kali nama aku disebut. kalau kesudahannya baik, tak pe la jugak. tapi kalau kesudahannya yang tidak baik, semoga aku sentiasa dalam lindungan-Nya...amin.

3 comments:

MamaIcha said...

masih igt lagi, masa dia masih di 'udara' dulu...selalu sgt org call tanya cam ner nak eja & sebut nama dia...hahaha!!!!

cacah said...

glamer!
think positive boss!

gambit said...

Ju, sampai sekarang pun masih ada yang bertanya. perlu ka disediakan nametag yang bole berkata-kata?

cacah, ni nak think positive la ni. kuikuikui