Thursday, August 27, 2009

Awal = Lambat

Awal = Lambat.

Ni apa kejadahnya ni. Begini ceritanya...

Semalam aku bercadang nak balik awal. On time, kononnya jam 5.30 petang. Sampai kat parking lot, kereta dah panjang berbaris nak kuar dari bangunan kompleks. 20 minit aku menunggu baru dapat melihat cahaya di pintu gerbang kompleks. (mengeluh dah masa tu...).

Then, selalunya aku ikut jalan dengkil untuk balik. Tapi semalam kononnya nak balik awal (sebab jalan kat dengkil tu jauh sikit tapi takde tol), so aku ikut jalan Bangi (yang sememangnya dekat je tapi kena bayar tol). Ok la, since aku dah topup Touch & Go aku, jadi bole la aku cepat sikit sampai. Tengok-tengok, kat area Alamanda tu kereta dah berbaris panjang gak. Kali ni lagi panjang dari barisan dalam opis tadi. Huargh!!!! Bayangkan jalan yang hanya 2 km tu aku terpaksa tunggu hampir setengah jam baru dapat lepas dari traffic light Bangi-Putrajaya tu.

Dah la masa tu hujan. Nak speed tak berani sebab takut la ada apa-apa yang tak elok berlaku. So aku bawak slow-slow je. Yang paling penting, aku dah start ngantuk dah masa tu. Tak kesah sangat kalau lambat sampai rumah pun sebab masa tengahari tadi aku dah pack siap-siap kurma dalam keter. Macam tau je kan nak balik lambat. Jadi aku takde la kesah sangat.

Tapi Allah Maha Pengasih. Lepas je tol Bangi, highway clear je dan semua pemandu di Malaysia pun jadi macam beriman sangat. Semua bawak keter slow motion. perjalanan yang aku expect dalam 45 minit tu sebab ujan jadi terasa singkat sangat. 5 minit sebelum berbuka aku dah sampai rumah. Alhamdulillah, yang penting sampai dengan selamat dan berbuka tepat pada waktunya...di rumah.

So, memandangkan aku dah sampai opis ni, aku mau buat keje dulu ok. Chow...

(nampak sangat update blog kat opis...hehehehe)

4 comments:

qirzah said...

kesian ko . . .

aku sungguh memahami kepedihan itu.

jadi cam aku, abis keje kul 4:00 petang (bulan puasa abis sejam awal). tapi keluar ofis kul 4:15petang. lepas tu jalan balik umah dan kul 4:20 petang dah sampai umah. Buka puasa kul 6:30 petang. So ada 2 jam untuk tido (kerana makanan dah disediakan hari sebelum - hanya perlu dipanaskan jer).

Payah hidup kita ni kan?

gambit said...

Memang payah... memang payah... Kalau tak kuat iman, mau je lompat dari aras 1 opis aku ni. Cepat sikit sampai parking. Hehehe...

cacah said...

kami buka lewat semalam. beratur; masa nak kuar, masa tengah jalan, masa nak beli makanan...

:(

gambit said...

Cacag, moral of the story, simpan kurma dalam poket. Bole makan time berbuka (dan semasa berbaris panjang) Hehehe...