Cerita semalam.
Tak sempat nak dimasukkan dalam entry sebab terlalu letih. semalam aku balik lambat dari opis. dan dalam fikiran aku malas nak fikir nak berbuka kat mana. biar la kaki ku yang menekan paddle tu membawa aku kemana-mana yang dia rasa dia nak pi. malas nak memikir untuk berbuka dimana-mana. cuma dalam hati biarlah masa nak berbuka tu aku tiba di tempat yang sesuai, dan aku boleh solat sekaligus.
Alhamdulillah, masa kat highway tu azan maghrib berkumandang. dan pada masa tu aku baru saja melepasi susur keluar ke seri putra. lantas berhenti rehat untuk berbuka di hentian R&R yang terdekat dan terus bersolat. cuma sempat makan kurma dan minum air mineral yang sememangnya tersedia dalam kereta. lepas berbuka dan solat, meneruskan perjalanan balik ke rumah.
bercerita pasal berbuka yang tak dirancang tempatnya di mana, pernah sekali aku dan sorang member masa kat universiti dulu buat plan adhoc nak berbuka tapi bukan dalam kampus. kononnya nak kuar makan disalah satu restoran segera depan gate kampus. masa ada 20 minit lagi jadi sempat la nak cari restoran yang terdekat dan order makanan.
sesampainya di sana, restoran tu dah penuh. kemudian, bergerak ke restoran yang bersebelahan... dan yang bersebelahan lagi. bermula dari KFC, McD, Pizza Hut dan restoran biasa yang berdekatan, semuanya penuh. mana taknya, minggu tu merupakan minggu terakhir sebelum cuti panjang. semua warga kampus mengambil peluang untuk berbuka bersama kawan-kawan sebelum balik kampung.
1 minit lagi nak azan maghrib. dalam keadaan kelam kabut tu, 1 tempat aje la yang perlu dikunjungi... 7 Eleven. Sempat beli kacang soya dan kurma. tapi nak duduk kat mana? tetiba terpandang ada 2 kerusi kat tepi parit. biasanya yang duduk kat situ ialah guard yang jaga kawasan kedai tu. takkan nak makan berdiri, jadi duduk jugak la kat kerusi tepi parit tu. sampai sekarang aku masih ingat perkara tu. begitu jugak kawan aku. tiap kali aku ajak dia kuar berbuka, kitorang akan teringat peristiwa tu.
moral of the story, rancanglah sesuatu perkara walaupun ia tak mungkin akan berlaku. dan yang kedua, mesti ada Plan B.
kepada member yang berbuka kat tepi parit tu, biarlah itu kali terakhir kita berbuka tepi parit ya...
Mimi
2 years ago
No comments:
Post a Comment