Saturday, September 6, 2008

Sabtu yang mendung

Hari ni mendung. Tak sedar masa dah jam 3 petang. dalam 4 jam lebih macam tu buka puasa la. Semalam aku menghabiskan masa dengan menonton siri drama Korea "Jewel In The Palace". Ala, cerita pasal tukang masak yang menjadi pakar perubatan di raja tu. pernah dittayangkan ditayangkan satu masa dulu di 8TV. Kalau boring, memang aku layan cerita tu. Saja nak buang masa...

Hari ni aku rasa nak tumpukan pada kerja pejabat. Sebab esok aku sepertinya ada plan lain. As usual, aku masih tak tau lagi apa plan aku tapi aku pastinya akan ada plan. Semalam adalah hari pertama aku menanggung tugas seorang pegawai yang baru saja ditukarkan ke jabatan lain. Jadi, dah bertambah la beban tugas aku. Aku dengar Jabatan tu memang banyak kerja (memang banyak pun). Sebab tu aku tengok assistant nya lebih banyak dari aku. 4 berbanding aku yang ada seketul tu je. Ini bermakna beban keje dah bertambah 400%.

Ada yang kata bertuah sebab dapat menanggung keje ni sebab akan dapat income lebih. For me, bukan income yang aku nak tetapi yang paling penting bagi aku sekarang ni ialah MASA. Aku mahukan masa yang lebih untuk aku membuat perkara-perkara yang aku suka buat i.e. makan-makan kat fastfood restaurant ke, tengok DVD ke, jenjalan ke... Now, semua tu nampaknya akan berakhir. Sebab aku akan punya tanggungjawab baru pulak ni. Bukan la aku tak mampu atau tak yakin untuk tanggung semua tu. Cuma, Jabatan baru tu mempunyai beban tugas yang berat, lebih berat dari beban tugas yang aku tanggung sekarang. Dan aku pulak terpaksa belajar benda baru dalam masa yang singkat ini atas benda-benda yang terlalu kompleks (buat masa ini).

Apapun, aku akan cuba sebab aku yakin kalau bos besar aku boleh buat, kenapa aku tak boleh. Dia pulak terpaksa menjaga 5 Jabatan sedangkan aku hanya membantu dia untuk mengendalikan 2 jabatan. Jadi, aku akan anggap ini sebagai cabaran. Aku pasti dapat melakukannya...Cuma aku perlu masa untuk membuat perancangan bagi menghadapi semua itu (dan aku hanya mempunyai 1 minggu). Lebih dari itu, aku mungkin mempunyai masalah untuk mengatur jadual kerja dan jadual peribadi.

Aku pasti boleh!!!

No comments: