Tuesday, September 23, 2008

Hotel Marriott Putrajaya

Hari ini berbuka kat Hotel Marriott Putrajaya. Alhamdulillah, rezeki. Sebenarnya aku memang plan nak berbuka kat hotel hari ni. Jam 10.00 pagi dah call Hotel Shangri La Putrajaya, nak tanya ada seat available lagi atau tak. At first, pompuan yang jawab tu kata takde tapi dia akan check. So, i hung up. Suddenly, i receive a call from En. Wan.

"Jom buka puasa kat Hotel Marriott Putrajaya. Ada orang belanja."

Then, aku terus je setuju. Call dari Shangri La aku tak layan sebab dah ada yang nak belanja. lagipun free...Hehehehe. Lagipun kat Shangri La, cost per pax is RM86.35 nett. Dengan badan sekeding ini, apa sangat la yang boleh masuk dengan harga banyak tu...

Then, dalam jam 6.15 pm, aku off to Marriot. BTW, yang dijemput bebuka bukannya aku sorang je but the whole department, i mean, sumer staf di ofis lama aku. Kira reunion la ni...ewah!!! Macam AF pulak ye nak reunion-reunion nih...

Suasananya ala-ala macam gini lah tadi...


(suasana bukanlah suasana sebenar semasa berbuka tadi. Keadaan sebenarnya very the havoc sebab rakyat Malaysia ni memang tak dapat bertahan lebih lama kalau dah mengadap makanan. Boleh mati kalau tak terus di suap ke mulut. - Sekadar gambar hiasan yang diambil dari internet). Tapi gambar ni memang gambar Hotel Marriott Putrajaya.

The food, ok. Not that fantastic sangat sebab aku selalu jugak makan kat sana. Biasa-biasa je, ala-ala lidah rakyat Malaysia (dah kena belanja, banyak songeh pulak). Tapi yang paling best ialah suasananya. Bukan suasana hotel tu, tapi suasana masa makan dengan staf lama. Bila dah kumpul ramai-ramai tu, apa lagi, kutuk mengutuk la. Yang paling kesian and paling banyak sekali kena ialah seorang staf yang bernama Temnya Rapkem Bong atau panggilan manjanya Kembong. (Orang thailand ka???)

Selera makan minah tu memang tak berubah langsung. Masih macam dulu gak. Dan staf yang lain-lain tu pun sama gak mengutuk tak hingat dunia . Masing-masing ada cerita sendiri. Terlalu leka pulak sembang-sembang sampai tak sempat nak ambik gambar suasana dan makanan yang di makan. Anyway, yang tu dah tak penting. Yang penting, dapat mengulangi saat-saat ceria kat ofis lama dulu.

Oh, lupa pulak nak buat perbandingan harga pada makanan yang di makan tadi:

Starter:


(i) Buah tembikai (3 keping) - harga biasa RM1.00
(ii) pecal (1 pinggan kecil) - harga biasa RM2.00
(iii) lemang (1 keping) - harga biasa RM0.50
(iv) nescafe tarik (1 cawan) - harga biasa RM1.50


Main Course :


(v) Sate (10 cucux) - harga biasa RM6.00
(vi) Tandoori ikan - harga biasa RM1.50
(vii) Roti Nan - harga biasa RM0.50
(viii) nescafe tarik (1 cawan) - harga biasa RM1.50


Dessert:


(ix) bread pudding - harga biasa RM1.50
(x) tiramisu strawberry - harga biasa RM1.00
(xi) tiramisu vanila - harga biasa RM1.00

Total harga biasa RM18.00 berbanding RM80.00++ yang dibayar hari ini. Jadi, sungguh tak berbaloi sekali aku makan. Tapi takpa. Orang belanja. Lagipun, Kembong dah makan separuh dari portion aku...

Ok la, penat sikit ni. kenyang-kenyang macam ni, terasa malas pulak nak buat kerja. So, aku nak rehat dulu sebelum dozz off...

5 comments:

MamaIcha said...

org thailand na...rasa2 dia nak x jadi kakak awak???? (5 + 1)...huhuhu

opsss...perbandingan lg nampaknya...:))

gambit said...

Kakak??? Harus la bil telefon sama banyak dengan bil makanan...

anaidrun said...

Rindu bah sama kamu!

MyMatahari said...

Gux, sejak bila ko makan sikit nie?!

gambit said...

dd: Ya, rindu jugak sama kamu. Jumpa-jumpa (dalam blog) suda 2 anak. Anak ke-3 bila lagi???

Jijix : sejak aku mengalami high blood pressure disebabkan makan kambing banyak2. Trus nda bulih suda makan banyak.(nyesal)