Sunday, September 7, 2008

Kurang sihat

Aku plan nak buat keje ofis hari ni. Tapi, unfortunately aku tak berapa sihat dari semalam. Mungkin kekurangan gula, atau kekurangan air. Ada benarnya kot kalau aku ni kurang gula dan air. Kalau aku kira, memang semalam aku hanya minum segelas air sahaja. And sahur tadi 2 gelas. So, 3 gelas untuk sehari. And semuanya air biasa je. Takde gula langsung. So, hari ni aku beli minuman yang agak manis, strawberry + rasberry yogurt drink and dutch lady strawberry drink. Harap dapat menambahkan gula dalam badan. Badan terasa letih ni...

Biasanya aku hanya akan minum air suam saja. Ini menyebabkan pengambilan air minuman agak kurang. Korang tau tak kenapa kalau kita minum air sejuk kekadang sampai 3 gelas masih tak kenyang-kenyang lagi, sedangkan kalau kita minum air suam, segelas je kita dah kenyang???

Sebab, pengambilan air suam akan menyebabkan air tersebut berada lebih lama dalam perut dan kita akan terasa kenyang. Berbanding air sejuk, ia akan terus masuk ke organ-organ lain dengan pantas, tak singgah pun kat perut. Sebab tu kita tak terasa kenyang walaupun minum dengan banyak. Kalau tak percaya, boleh try. (Kalau korang collapse pas minum air banyak2, jangan cari aku ok).

Jadi hari ini aku bercadang minum air sejuk lebih sedikit, nak tambahkan air dalam badan. Tapi kena tau jugak, pengambilan air sejuk adalah tidak baik semasa makan. Ini kerana ia akan menyebabkan gangguan kepada jantung. Jadi, sekiranya anda mengambil air sejuk, pastikan tidak semasa makan, OK. Kena ambik selepas makan.

Jap lagi nak berbuka, aku pun dah bersemangat sedikit nak buat kerja ofis ni. Jadi, nak sambung buat keje la sebelum berbuka ni...

No comments: