Tuesday, September 16, 2008

Terawikh ke 17

Malam ini aku kembali berterawikh setelah sekian lama berterawikh kat umah saje. Sesampainya di surau, ya ampun, orang makin sikit. Biasanya surau penuh 2/3. Sekarang ni dah jadi 1/3. Nasib baik ruangan solat wanita bertutup. Kalau tak, bocor rahsia ibu-ibu sedang sibuk membaca buku resepi untuk buat kueh raya...(sigh).

Satu lagi yang aku bengang, budak-budak dah kembali menjadi monyet. Dah pandai menipu pulak tu. Masa bapak-bapak sekalian solat, budak-budak tu terjerit-jerit macam monyet termakan cili. Bila bapak-bapak dorang tahiyat akhir, tetiba keadaan menjadi sunyi-senyap. Semua elok je duduk kat belakang tu, macam tahiyat jugak (padahal tahik je).

Wah!!! Nampaknya institusi masjid dan jadi institusi mengajar anak-anak menipu ye.

Ntah la apa nak jadi dengan bapak-bapak kat malaysia ni (and anak-anak yang dajal sekalian). Kalau setakat bawak anak ke surau hanya bagi mengelak anak kacau maknye buat kueh, antar ke zoo lagi bagus. Orang kata "sayang anak, lempang-lempangkan".

Kalau meninggal, buat lagi...

No comments: