Thursday, October 2, 2008

Eagle Eye - movie review

Hari ni, Raymond Pang (an old friend from Sabah) came to pay me a visit. Actually, i invited him since i know he is not that type of adventerous kind of person who likes to walk around but stay at home. Since i dont have anything to do today, i took him out for a movie. We watched "Eagle Eye", stars Shia LaBeouf (The Transformer) and Michelle Monaghan (ntah minah ni berlakon filem apa zaman dulu-dulu).


Sinopsis:

Ceritanya simple. Mengenai sebuah komputer yang dibangunkan oleh Amerika Syarikat bagi tujuan mengumpul maklumat mengenai pengganas seluruh dunia. (So advance, membangunkan satu sistem komputer canggih 36 tingkat dibawah paras bumi. Does Pentagon ada tingkat sedalam itu???). Kaedah mengumpul maklumat oleh komputer ini? Melalui semua jenis peralatan elektronik yang ada di bumi ini. Konflik utama cerita ini ialah apabila komputer ini (yang dikenali sebagai Aria) memberikan panduan kepada individu tertentu untuk mencapai matlamat yang ia kehendaki. Setiap panduan akan disampaikan kepada individu yang tepilih untuk menyelesaikan sesuatu perkara itu adalah melalui media elektronik di setiap sudut muka bumi Amerika tu ( seperti TV, telefon bimbit, papan iklan, elektronik, jentera, lampu isyarat dan sebagainya). Individu terpilih itu mesti ikut apa yang diarahkan oleh kompter itu, atau mati dibunuh oleh komputer itu sendiri.

Apakah matlamat Aria? Berjayakah Jerry (LaBeouf) dan Rachel (Monaghan) membantu Aria mencapai matlamatnya? Saksikanlah sendiri...kalau aku cerita nanti tak thrill pulak.

Komen negatif:

Filem dimulakan dengan babak pembunuhan umat Islam secara pengeboman peluru berpandu. Masalahnya, kenapa umat Islam? Dah takde umat lain ke dalam dunia ni yang nak di bom?

Sebenarnya, babak ini menceritakan bahawa pengeboman itu merupakan satu kesilapan. Kerana semasa penilaian keadaan (appreciation) sama ada pengeboman perlu diteruskan atau tidak, Aria (iaitu komputer yang membuat penilaian itu) tidak mencadangkan supaya misi pengeboman diteruskan kerana maklumat yang dikumpulnya tidak mencukupi. Jadi, apabila keputusan Aria untuk tidak meneruskan pengeboman itu ditolak oleh manusia, Aria mengambil keputusan untuk membuat keputusannya sendiri. Since manusia tak ikut protokol, dia pun tak ikut jugak. Cuma ada sedikit masalah bila ada orang yang cuba menghalang Aria dari berbuat demikian.

Kalau dari sudut lain, aku melihat babak ini adalah salah satu cara Amerika menjadikan perkara mengebom umat Islam ni macam perkara biasa je. Masa menonton babak pengeboman tu, aku dah rasa macam nak tinggalkan je pawagam tu. Benci!!! Tappi aku layan jugak sebab nak tengok kesudahannya macam mana. Aksi yang dipaparkan dalam babak seterusnya memang bagus. Cuma aku takut aku akan jadi terbiasa, atau tak rasa apa-apa dikemudian hari, apabila umat Islam di bom, dibunuh dan sebagainya kerana akan menganggap ia hanya sebagai wayang atau sandiwara saja. Sebabnya akan ditanam dalam fikiran ini bahawa pengeboman itu perkara biasa, dan membuat kesilapan adalah perkara biasa. Jadi, walaupun ia wayang, janganlah ia menjadikan umat islam ini leka bahawa pengeboman itu sekadar wayang sehingga kita tidak terasa apa-apa apabila menontonnya.

Ending filem ini juga terlalu simple. Filem yang penuh aksi tetapi pengakhiran yang hambar. Agak mengecewakan...

Cuma di hampir penghujung filem, Aria cuba menyimpan data yang dikumpulnya kepada satelit bagi mengelakkan ia dirosakkan oleh manusia. Mungkinkah ada Eagle Eye 2?

Komen positif:

Bagi sesiapa yang meminati filem aksi, filem ini sesuai untuk anda. Dari awal lagi anda akan disajikan dengan babak-babak cemas, aksi tanpa henti. Anda akan tidak berganjak dari kerusi. Jadi, jangan minum banyak-banyak masa tengok movie ni. Takut tertinggal babak-babak yang menarik.

Bagi yang meminati fiksyen sains, mungkin ini adalah masanya anda memikirkan sama da apa yang dipaparkan oleh filem ini betul atau tidak (i mean, sama ada komputer betul-betul boleh mengawal manusia sedemikian rupa). Mungkin ada, mungkin tidak. Anda tolong fikirkan, ya.

Lakonan berkesan dari setiap watak. Babak sedih LaBeouf di bawa dengan baik. Babak kerisauan seorang ibu terhadap seorang anak ditonjolkan dengan begitu berkesan oleh Monaghan. Babak menjengkelkan oleh kedua-dua watak yang pada mulanya tidak mahu mengikut arahan ditonjolkan dengan begitu baik sehingga penonton akan terasa seperti nak kata "ikut je la arahan tu, bangang!!!". Apa la degil sangat orang putih ni. Dan semua perasaan itu menyebabkan filem ini 'hidup'.

Persamaan dengan filem lain (jika ada):

Aku tak kata ada persamaan dengan sebuah filem yang satu ni, tapi filem Eagle Eye ni mengingatkan aku kepada filem "13 - thirteen" dari Thailand. Ceritanya mengenai individu yang juga menerima panduan dari seseorang melalui media elektronik (dalam filem ini, hanya telefon bimbit. Sesuai dengan keadaan Thailand yang tak berapa nak advance lagi tu). Apabila menonton 1/3 dari filem Eagle Eye, aku teringat filem ini. Cumanya, 13 merupakan satu filem berasaskan realiti TV. Seseorang individu itu perlu menyelesaikan 13 tugasan (dan menerima arahan melalui telefon bimbit) sebelum memenangi sejumlah wang. Berjayakah pelakon ini memenangi wang itu? Apakah 13 tugasan itu? Tengok la sendiri.

Moral of the story:

(i) adakah zaman ini sudah terlalu canggih sampai hidup kita pun sudah boleh dikawal oleh komputer? Jadi, jangan terlalu bergantung kepada media/peralatan elektronik.

(ii) adakah anda mahu mengikut arahan dari seseorang yang tidak dikenali melalui telefon? Selidik dulu, ok. Sama jugak kalau dating dengan orang yang dikenali melalui net. Beware!!!

(iii) Gunakan otak. Adakah anda tahu otak anda adalah lebih baik dan bijak dari mana-mana komputer canggih yang ada atas muka bumi ini???

Penilaian:

Aku bagi 4 dari 5 bintang untuk filem aksi ini. Disyorkan kepada mereka yang minat filem berunsur fiksyen sains dan aksi.

Ingin menonton sekali lagi??? itu sudah PASTI!!!

p/s: aku teringin nak tengok filem KAMI. Mungkinkah menjadi satu lagi filem yang merosakkan muda mudi Malaysia??? Kita tengok nanti.

1 comment:

PakciQue said...

Ulasan yang mantap!!!

Aku paling suka babak kejar mengejar di awal perkenalan Jerry dan Rachel. Bagaimana 'wanita' tu membantu mereka melepasi polis yang mengejar mereka. Dan susunan perlanggaran tu sangat mengujakan. Tak sempat hilang rasa teruja akibat perlanggaran pertama, muncul dentumana hasil perlanggaran yang berikutnya. Sebelum ni, aturan babak kemalangan dalam Final Destination 2 adalah yang terbaik.

Review Eagle Eye @ BLOG KedaiMagik

Komen di blog aku..bersama backlink..nanti aku masukkan link kau dalam entri ini..TQ..