Tuesday, October 14, 2008

The Fabulous Cats - hyperkosmik


Sekarang tengah layan album The Fabulous Cats - Hyperkosmik. Album baru dari mereka. Terlalu awal untuk aku memberikan komen terhadap album baru ini. Tapi yang jelas sekali, album ini berbeza daripada yang terdahulu.

Lagu ini dimulakan dengan lagu rancak, dan lagu rancak lagi...yang bagi aku sesuai didengar bila memandu jauh (sure tak bosan pulak). Ada satu lagu yang ditujukan buat anak Cat Farish, satu percubaan yang baik. Ingat komen album Titi DJ dalam entry yang lepas? Cat membuat kaedah yang sama, memasukkan elemen keluarga dalam album. Uniknya bila lagu ini merupakan nyanyian bersama antara Cat dengan ahli kumpulan yang lain, harmoni irama, lagu memberikan jiwa kepada lagu ini. Tergambar kegembiraan pada lagu ini. Cuma, aku lebih suka kalau tajuk lagu ini ialah Nia Karlyssa daripada Wayang Chentaku Bermula.

Secara amnya, album ini lebih baik dari yang dulu. Cuma album ini rasanya kurang 'kontroversi' seperti yang dihidangkan dalam Papa Jahat. Lagu ini kurang meruntunkan jiwa sepertimana yang dialunkan dalam Rimas. Kurang mempersona seperti dalam Terpesona.

Tapi, dalam album ini, ada sesuatu yang tidak mahu aku LEPASKAN. Iramanya membuat hati ingin menyanyi OLA OLE. LEPAS segala resah dijiwa... (Lepaskan, Ola Ole dan Lepas merupakan antara 3 lagu dalam album ini).

Keseluruhan album baik. Bagi aku, ia layak menerima 3.5 dari 5 bintang. Masih ada 'ruang kosong' dalam album ini yang perlu diisi. Mungkin bintang itu akan naik dalam tempoh 1-2 minggu ini. Entah...mungkin.

Lawati www.myspace.com/thefabulouscats atau thefabulouscats.blogspot.com untuk mengetahui perkembangan lebih album ini.
Enjoy...

No comments: