Monday, October 20, 2008

Chrome Legend - Azzaro

Hari ni aku hantar member kat KLIA. Dia nak balik Sabah. Dah menjadi lumrah sekiranya ke KLIA tempat yang harus dikunjungi ialah kedai perfume. Dah lama aku aim perfume satu ni. Tak tau pulak ia datang dalam 3 isipadu. Memandangkan banyak lagi perfume kat umah, aku ambik yang paling kecik. Baunya boleh tahan, sedikit kuat dari Unforgivable (Sean John) tetapi kurang sedikit dari Beyond Paradise (Estee Lauder).

(Chrome Legend by Azzaro)

Yang ni takde free gift, aku pun malas nak mintak. Tapi dia ada bagi gak tester yang kecik, bau yang sama since aku regular customer. Aku rasa penghujung tahun ni mesti banyak perfume yang tengah sale, dan bagi free gift banyak-banyak. Yang ni tak pe la. Beli dulu sebab tak sabar nak pakai. Hehehe...

Bagi siapa yang suka aktiviti di luar, perfume ni sesuai dengan anda sebab baunya agak kuat. Fresh, fruity, woody dan ambery merupakan gabungan bau dalam Chrome Legend.

Selamat membeli...

No comments: