Saturday, February 27, 2010

Niyang Rapik (movie review)

Niyang Rapik = Ni Yang Merepek.

Biasanya aku malas tengok cerita melayu, bukan sebab tidak menyokong industri filem tanah air. tapi hasilnya selalu mengecewakan. aku pegi pun sebab aku nak buat review sikit. ye la, selalunya kengkawan akan tanya pandangan aku pasal movie yang ditayangkan walaupun kritikan aku ni bukannya profesional pun. tapi aku nak jugak buat review...

Sinopsis:

Kisah 4 orang anak muda yang terpaksa kembali ke Niyang Rapik (sebuah perkampungan pedalaman) kerana menyangka barangan yang mereka ambil dari kampung itu telah menyebabkan kematian salah seorang dari kawan mereka. Walau bagaimanapun kejadian buruk yang menimpa bukanlah disebabkan barang yang mereka curi tetapi akibat perbuatan tidak senonoh salah seorang anak muda terhadap anak ketua kampung disitu. (apa yang tak senonoh tu korang misti dah tau kan... ala, cerita tipikal melayu).

Ulasan;

Aku menjangkakan aku dapat tengok keseraman cerita ini sepertimana Jangan Pandang Belakang (walaupun tak seram mana, tapi boleh tahan gak la). Tapi yang aku dapat tengok jalan ceritanya yang longgar, tidak kemas, banyak sangat flashback dan tidak logik.

Pemilihan kamal Adli sebagai pelakon seram kurang menyerlah. Watak sedikit kaku tapi cukup makan. Aku rasa pemilihan Sam Shahizy adalah kesilapan besar dalam filem ini kerana orang lebih mengenali dia dalam filem Adnan Sempit. Jadi, watak yang dibawa lebih kepada watak lucu dan bukannya seram. Mungkin kalau filem ini ditayangkan sebelum filem Adnan Sempit, wataknya akan menyerlah. Yang paling mengecewakan, filem ini banyak sangat adegan lucu dan kurang logik, lagi menambahkan kecelaruan filem ini berbanding genre yang nak ditampilkan.

Zed membawa watak dengan baik, cool dan boleh dikatakan dapat menenggelamkan kelemahan pelakon yang lain. Awal juga tidak berapa menyerlah. Setakat tempelan saja wataknya disitu. Liyana Jasmay walaupun dah banyak terlibat dalam filem seram tetapi di filem ini agak kurang menyerlah. mungkin disebabkan dia terpaksa menggambarkan watak pompuan yang dah mati. jadi wataknya ala-ala pompuan sengal gitu.

Penggunaan prop yang kurang menarik dan kurang logik (rujuk adegan makan mi goreng dalam hutan tapi barang-barang atas meja ala-ala baru beli kat kedai semalam). Scene makan pulak macam dibuat-buat. babak Awal jatuh dari bumbung rumah sangat plastik. watak toyol atas Sam, apa motifnya??? Dan kenapa pulak nak tunggu anak muda berempat tu ke Niyang Rapik baru nak bagi santau sedangkan salah satu dari anak muda tu dah pun mati masa kat KL. Skrip sangat-sangat lemah...

Make-up watak hantu pun tak menyerlah. dan aku hairan jugak kenapa jari watak hantu perlu seperti ala-ala nak menguli tepung aje. maksud aku, jari-jari digerak-gerak, kononnya menimbulkan rasa seram tapi hasilnya tampak bodoh. ntah, aku tak paham.

Dan bila dah setengah jalan movie ni menyebabkan aku mengantuk... bosan... menyesal...

Satu lagi yang bikin spoil, banyak adegan yang seakan-akan filem seram Thailand (yang menambahkan lagi kebosanan filem ini). mana idea baru pengarah berpengalaman seperti ahmad idham nih????? Ayoooo... come on la.

Aku rasa mungkin pengarah filem seram malaysia ni dah perlu start keluar dari kepompong jalan cerita dan bentuk penyampaian filem-filem seram sebelum movie seram yang seterusnya mencetuskan kebosanan yang amat sangat sebab bagi aku, filem seram malaysia dah semakin bosan...bosan...bosan... sedangkan banyak lagi kaedah yang boleh digunakan untuk menimbulkan perasaan takut dan seram itu. Ambil la cerita 'Paranormal Activity' sebagai contoh. frankly speaking, lepas tengok cerita 'Paranormal Activity' tu, aku tido bukak lampu 2 malam berturut-turut. penakut jugak aku ni... hehehe

So, rating aku untuk filem ini, aku bagi 1 BINTANG aje la...

p/s: tak setuju, itu pendapat korang. aku juga ada pendapat aku, ok.

4 comments:

me a name i call myself said...

hahahaha rase mcm nak tgk plak lepas baca review nih :p

gambit said...

pastikan anda bersedia untuk...menyesal. =)

me a name i call myself said...

ahaha x jd tgk sbb dah diharamkan oleh encik mohd suami..mungkin akan donlod je di internet sbb curious :P

acap said...

memang nyesal tgk .. nak wat ala2 seram .. tapi tetap hanya muncul tangan2 ala2 nenek tua .. muka menakutkan yang sama seperti citer2 dulu .. tetap tangan keluar dari bawah tangga .. hantu atas pintu .. langsung tak kene konsep seperti santau @ vodoo ... sebab gaya pakai gambar ... then liyana jasmay tu pun tak seram langsung ...