Semalam aku mendapat panggilan, daddy masuk hospital. Sebelah badan lumpuh. Punca belum diketahui. Walau pun aku dengar cerita kurang enak mengenai punca berlaku lumpuh tu.
Hari ini aku menerima panggilan dari doktor yang merawat daddy. Kebetulan doktor tu yang aku tolong masa dia datang semenanjung dulu. Rezeki Allah bagi, dikenalkan dengan orang yang bakal membantu dikala keadaan tak disangka.
Daddy mempunyai tumor di otak. Itu diagnos awal. pada masa aku menulis, daddy masih dihospital dan tidak dibenarkan keluar sehingga ujian lanjut.
Doktor bagitau mungkin perlu buat pembedahan, atau kemoterapi saja, yang mana menunggu pengesahan dari pakar. Khamis ini baru dapat tau. Aku perlu menunggu dengan sabar. Dalam hati tak siapa tahu apa yang berlaku.
Ya Allah, kau sebaik-baik perancang.