Monday, March 9, 2015

Post ini...

Sekian kalinya nak update blog. nasib baik ingat lagi password. Kalau tak, makin bersawang. Ingat nak delete je tapi banyak sangat kenangan dalam tu. Kali ni mesti nak update selalu. Biar la tiada yang baca. sekurang-kurangnya aku ada catatan kenangan walaupun hanya untuk diri sendiri. P/S : sedang layan MALIQ 7 D'essentials ... Dan ketika.

Monday, September 22, 2014

Why

Why aaarr!!!! Why????? Why cannot sleep? Suda jam 1 ni tapi mata macam telur goreng mata, tak mau pejam. Adakah sebab tadi petang sudah tido dari jam 9 pagi sampai 12 thari dan sambung balik jam 3 sampai 6? Apakah maksudnya? Siapakah yang bersalah???????

Tuesday, January 28, 2014

Pi konvokesyen tapi batal

Punya la bersemangat pegi konvokesyen kat Putrajaya. Sampai sana rupanya konvo tu batal. call urusetia, diorang kata dah emel minggu lepas kata batal. Aiseymen.... terpaksa la terperuk jap kat sini untuk siapkan laporan sebelum balik opis.

Sunday, January 26, 2014

Santai sampai lemau

Selepas misi keselamatan tempohari, aku ambik masa lawat MRA walaupun letih macam nak pengsan. Sampai lambat jadi terus ke pameran di Kolej Islam Malaya. Alhamdulillah ada jugak pelajar-pelajar yang berminat nak jadi Sahabat. Ambil kesempatan tu untuk tunjukkan program di kuantan dan filipina (ala program tu je pun yang aku join). Makan malam MRA belanja. Hahaha. Balik umah jam 1 pagi. Letih. Tido. Sabtu pulak jumpa sahabat-sahabat PESIBA. Dah ilang dah skill bahasa isyarat. Huarghhhh!!!!! Nak belajar balik. Lepas diskas program kat diorg, gi lepak kat The ship (cikgu diana tunjuk isyarat kapal). So lepak dengan diorg makan malam (jam 6 ptg makan malam. Harus la lapar balik). Seronok lepak dengan diorg, happy je. Dalam kekurangan itu, mereka sebenarnya ingin berinteraksi lebih dengan masyarakat tapi tak tahu macam mana. Semua meja pandang kitorg time tu. Bagi aku, they should be the center of everybody's attention sbb diorg jugak nak beri sumbangan kepada islam dan negara. Balik umah awal tapi sangat letih. Tido jam 9 malam. Bangun jam 12. Letih dan lapar. Lepas minum segelas air aku kembali tido. Letihhhhh......

Thursday, January 9, 2014

Meetingssss.......

I HATE MEETINGS......

Wednesday, January 8, 2014

New Resolution for 2014

I've got few resolutions for this year. I may (or may not) achieve it (like previous years). But i still want to try. let see what is the progress of this coming three months. Who knows i might get good results. Maybe..... ..... or maybe not.

Tuesday, January 7, 2014

1st week

First week of January in 2014 and it feels like FOREVER! Last few days spent with meetings, meeting and meetings. i think i spent most of my services attending meetings. And i at the moment updating my blog in a meeting room, waiting for the chairman to come. What a life. i need a vacation...or a doctor or BOTH. Oh Allah please have mercy!!!!!!!

Friday, January 3, 2014

New Entry

Tahun baru, of course entry baru. Wow! setahun telah berlalu tanpa sebarang entry. Sometimes i think there is no point updating as no one would read it. But thinking back the effort made to create this blog, i feel i should continue with or without readers. besides, the main purpose is to just to throw some sh*t inside this blog rather than on someone else's face. third day of 2014. nothing much happened. Last year was a bitter year for me. Dad left us in 2012. so last year was the first year we celebrated Raya without him. It feels soooooo quiet without him. we hold hands but not strong enough to hold our tears. Not all memories back in 2013 was cold. meeting new people, new events, new environments of course lightens up the year. MRA is the biggest hit. i think i have found my passion there. lots of good friends, awesome memories, Allah knows how i love to experience it again and again. and for my RMC boys, thank you for bringing back that good old days. May i have the opportunity to wear that green uniform again. Have an awesome 2014 guys.

Monday, November 26, 2012

Dah nak kawen...

Hahahaha... lama dah tak update blog. FB pun malas. Twit apatah lagi. Tapi kali ni kena update sket. 2 hari lepas was my sister's wedding. yang second bongsu tu. so kiranya semua beradik dah kawen, tinggallah abangnya yang dah krepot nak mereput ni terkapai-kapai. Walaubagaimanapun, keadaan masih tidak mengecewakan. Aku akan kawen oso dalam masa terdekat. 20 Disember 2012 to be exact. Berdebar hendak melepaskan status bujang (terlajak). persiapan separuh siap, walaupun masih banyak lagi yang perlu dibuat sebenarnya. Kepada yang sering mendoakan, terima kasih. Doa kalian dimakbulkan juga. Nanti me post the details ya. Doakan semoga semua urusan dipermudahkan....insya Allah.

Thursday, May 10, 2012

latest news

Doktor call hari ini. Dalam tempoh 2 hari, daddy perlu di bawa ke hospital pakar untuk menjalani pembedahan. Risiko? Doktor dah terangkan semua. sebagai anak lelaki paling tua, aku la yang dirujuk untuk mendapatkan kebenaran. 50-50 untuk kondisi selepas dibedah kelak. sekiranya tidak dibedah, keadaan daddy akan sentiasa merosot. aku dengan berat hati memberi kebenaran. selepas ini, hanya Allah sahaja tempat bergantung. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan...

Tuesday, May 8, 2012

Hospitalised

Semalam aku mendapat panggilan, daddy masuk hospital. Sebelah badan lumpuh. Punca belum diketahui. Walau pun aku dengar cerita kurang enak mengenai punca berlaku lumpuh tu. Hari ini aku menerima panggilan dari doktor yang merawat daddy. Kebetulan doktor tu yang aku tolong masa dia datang semenanjung dulu. Rezeki Allah bagi, dikenalkan dengan orang yang bakal membantu dikala keadaan tak disangka. Daddy mempunyai tumor di otak. Itu diagnos awal. pada masa aku menulis, daddy masih dihospital dan tidak dibenarkan keluar sehingga ujian lanjut. Doktor bagitau mungkin perlu buat pembedahan, atau kemoterapi saja, yang mana menunggu pengesahan dari pakar. Khamis ini baru dapat tau. Aku perlu menunggu dengan sabar. Dalam hati tak siapa tahu apa yang berlaku. Ya Allah, kau sebaik-baik perancang.

Tuesday, April 10, 2012

Penat

Penat tau kat opis baru.

macam-macam kena buat sebab dulu macam-macam tak dibuat. cabaran noh...cabaran. ambik dengan hati terbuka dan berusaha untuk menyelesaikan masalah yang timbul. cumanya selalu jugak la bertekak kat sini (wah! awal-awal lagi dah cari musuh)... hehehe

apapun, semoga dimudahkan urusan. bertekak soal kerja takpe, jangan la sampai di bawak ke urusan peribadi.

semoga dimudahkan segala urusan, insya Allah.

Selamat hari Selasa.

Thursday, March 29, 2012

Kehilangan

Isnin lepas, makcik belah mak meninggal dunia sebab stroke. jatuh dalam bilik air, kepala terhempas ke lantai, mulut keluar darah. Dimasukkan ke ICU tapi meninggal lebih kurang 6 jam kemudian.

pagi ini menerima berita dari mak, anak buah pulak meninggal sakit perut. sebab terperinci tidak diketahui.

2 kehilangan dalam hidup. walaupun mereka bukan orang-orang yang rapat namun saudara terdekat. sedih tapi tiada siapa dapat melawan takdir.

Yang penting (yang terkilan sebenarnya) sebab tidak sempat (mungkin) memohon maaf jika ada salah dan khilaf. aku tak salahkan diri sendiri (ayat memujuk) sebab tak dapat balik kampung untuk bertemu (ayat alasan). Namun disudut hati memang selalu mohon maaf atas segala kesalahan dan kekhilafan (baru nyesal).

yang paling penting ialah:

1. adakah kita memaafkan orang atas kesalahan kita pada mereka dengan segera;
2. adakah orang memaafkan kesalahan kita di kala kita tidak tahu.

Apapun, mari lah kita sama-sama memohon kepada Allah semoga orang-orang yang kita pernah kenal dan jumpa agar tergerak hatinya untuk memaafkan dosa-dosa kita. Pada masa yang sama kita juga perlu berniat selalu agar memaafkan kesalahan orang pada kita.

Bukankah lebih baik begitu?

Al-Fatihah pada yang telah pergi... semoga tenag disana dan dicucuri rahmat.

Amin...

Sunday, March 25, 2012

Mengapa

Mengapa...mengapa ku disini
berapa lama lagi aku menunggu...

petikan lagu Sakura - Adira.

Best.

Tapi, mengapa aku masih di opis MOT ni??????

MENGAPA?????

Friday, March 23, 2012

Saya neves...seyes!!!!

Neves ni....seyes!

Ye la, hari terakhir untuk punch out from office sebelum bergerak ke opis baru petang ni.

Perasaan bercampur-campur. Kalau ikan boleh masak 3 rasa, aku rasa yang ni seribu kot. kalau warna pelangi ada 7, ni pandangan dah berwarna serata alam.

opis dah perlahan-lahan kosong. sekejap lagi shipment pertama hari ini akan menyusul. bawak segala harta marta yang tak dapat den nak sedekahkan sebab mahal. hehehe. mata duitan oso time2 macam ni.

whatever it is, gigih untuk menyiapkan apa yang patut. dalam jam 3 petang, gudbye my office. welcome to my new home!

Thursday, March 22, 2012

Hari terakhir

Hari ini merupakan hari terahir aku bersama dengan pejabat lama. Sepatutnya esok tapi aku malas dah nak ngadap kat sini. kalau jumpa je asyik tanya "bila nak berambus?". Worry not, i am nak berambus.

So here i am, menghabiskan keje-keje yang belum selesai.

more on berkemas sebenarnya. whatever it is, neves nak masuk opis baru.

Tuesday, March 20, 2012

The Deaf

Just because they dont hear you when you call doesnt mean that you can ignore them when they call for you.

Friday, March 16, 2012

Pack and ...

The next word should be LEAVE.

But not yet. Hanya abis packing 80% of barang-barang yang ada memandangkan masih akan buat keje-keje akhir disini.

Pejabat ini sudah hampir sepertimana aku masuk awal-awal dulu. suddenly terasa seperti aku baru saja ditugaskan disini sedangkan dah hampir 3 tahun (dan 9 tahun lebih di tempat yang sama).

Hanya lagu Yuna yang menemaniku saat ini dikala ingin menyelesaikan isu-isu yang tertunggak.

How will my life be in the new place?

Mari menempuhnya... BERUSAHA!

Thursday, March 15, 2012

Saya memilih

Saya memilih untuk tidak berada di sini pagi ini.

Bukan atas dasar tekanan kerja dan sebagainya tetapi fikiran saya telah jauh melayang di tempat baru.

Barang-barang peribadi di pejabat telah separuh dikemaskan. Dan saya sepertinya bersedia untuk beredar dari tempat ini bila-bila masa sahaja.

Tapi sedikit geram kerana surat-surat masih diminitkan kepada saya walaupun telah beberapa kali diingatkan supaya tidak berbuat demikian memandangkan ia akan menambahkan kerja saya di saat-saat akhir.

Dia degil!

Dan saya sekarang meneruskan kerja-kerja saya yang tertunggak.

Jangan kacau saya!

Wednesday, March 14, 2012

Sayu

Tiba-tiba saya terasa sayu apabila mengumpulkan kotak-kotak bagi mengisi barang-barang pejabat saya petang ini.

Sembilan tahun saya disini, minggu depan merupakan minggu terakhir saya bertugas di tempat ini.

Semoga semuanya baik-baik belaka...