Minggu ini penuh dengan kepenatan.
Ada seminar yang dianjurkan oleh opis aku kat shah alam. Tido sana. kalau dah namanya tido sana maknanya banyak la keje yang kena buat, dan extra over time (unpaid, of course). Cumanya banyak jugak yang aku belajar dari seminar ni walaupun dalam hati pada awalnya menyumpah-nyumpah tak nak pegi. tapi hakikatnya begitu la, kat mana-mana pun banyak keje.
Cumanya dalam seminar ni ada la jugak terselit sikit pasal hal ehwal transfer-transfer nih. aku tak tau la samada ia akan melibatkan aku kelak tapi bagi aku, mungkin aku adalah salah seorang yang akan ditransfer kelak. bukan takut tapi biar la ia adalah satu permulaan kepada kerjaya yang lebih baik, bukan di transfer sebab jadi orang buangan, sebab orang tak suka.
apapun head of the seminar ada nasihatkan, kalau kat mana sekalipun kita berada, buat la yang terbaik. mesti ada PASSION... (perkataan baru yang dibelajar dalam seminar ni...). Hmm... memangla passion kena ada tapi kekadang malas bila hidup kita ni macam di control oleh orang lain, atau hidup ini penuh dengan masalah yang dibuat oleh orang lain (termasuk la masalah yang dibuat oleh diri sendiri). mungkin masa ni perlu untuk mencari stamina for survival. dalam dunia yang oenuh uncertainty ini, anything can happen.
aku harap aku dapat menempuh semua ini dengan baik... insya Allah. doakan perjalanan perkhidmatan aku dalam gomen ini tidak ada apa-apa yang tidak baik...