Bukan aku tapi orang lain.
On da way gi opis pagi tadi, eksiden berlaku depan mata (around 30 meters). Jelas nampak macam mana akak tu rempuh motosikal dan mamat tu terperuk depan kereta dia. Nasib baik takde kereta lain yang lalu belakang dia masa tu, kalau tak, mau nya lumat mamat tu.
apapun, bagi aku akak tu melakukan 4 kesalahan:
i. langgar mamat motor tu;
ii. cuba memotong queue kereta yang berbaris nunggu trafik light hijau sedangkan laluan double line;
iii. cuba membelok ke kanan walaupun tempat tu takde simpang ke kanan (yang ada cuma ke kiri aje); dan
iv. cuba membuat U turn pada kawasan tu sebab dia malas nak tunggu queue yang panjang itu.
Masa aku lalu tepi tempat kejadian, sian gak mamat tu muka blurr masih tidak mempercayai kenapa akak tu sanggup langgar dia di pagi hari. Sedangkan akak tu yang bertudung labuh dan berseluar track warna itam hanya membisu tunduk malu pada orang sekitar.
namun, aku kagum dengan tindakan pantas akak tu menjenguk mamat yang dia langgar dan sepantas kilat keluar dari kereta untuk melihat kerosakan keretanya (yang dah tertanggal bonet depan...tak lawa dah keter kau). Walaupun akak tu pada awalnya sepatutnya menekan brek dengan pantas, tapi aku rasa akak tu lagi pantas tekan minyak (lagi sedikit selepas perlanggaran) yang hampir menyebabkan mamat tu patah lengan atau tengkuk) sebelum akak tu berjaya keluar dari keretanya untuk menyelamatkan keadaan.
Aku cuma berada di kawasan kejadian selama 5 minit je, malas aku jadi penonton yang akan menyebabkan jamm kat kawasan tu. sedih tidak dapat menolong mamat yang terduduk sedih tu, atau melempang akak yang muka seperti ayam berak kapur.
apapun, aku yakin mamat tu idup lagi dan akak tu terus ke masjid untuk sembahyang taubat nasuhah dan sedia kena terajang dek laki malam ni sempena Malam Jumaat.
Sekian, ceritaku di pagi hari (di kala semua bos besar, saiz besar dan seadanya takde).
Mimi
2 years ago