Saturday, February 27, 2010

Niyang Rapik (movie review)

Niyang Rapik = Ni Yang Merepek.

Biasanya aku malas tengok cerita melayu, bukan sebab tidak menyokong industri filem tanah air. tapi hasilnya selalu mengecewakan. aku pegi pun sebab aku nak buat review sikit. ye la, selalunya kengkawan akan tanya pandangan aku pasal movie yang ditayangkan walaupun kritikan aku ni bukannya profesional pun. tapi aku nak jugak buat review...

Sinopsis:

Kisah 4 orang anak muda yang terpaksa kembali ke Niyang Rapik (sebuah perkampungan pedalaman) kerana menyangka barangan yang mereka ambil dari kampung itu telah menyebabkan kematian salah seorang dari kawan mereka. Walau bagaimanapun kejadian buruk yang menimpa bukanlah disebabkan barang yang mereka curi tetapi akibat perbuatan tidak senonoh salah seorang anak muda terhadap anak ketua kampung disitu. (apa yang tak senonoh tu korang misti dah tau kan... ala, cerita tipikal melayu).

Ulasan;

Aku menjangkakan aku dapat tengok keseraman cerita ini sepertimana Jangan Pandang Belakang (walaupun tak seram mana, tapi boleh tahan gak la). Tapi yang aku dapat tengok jalan ceritanya yang longgar, tidak kemas, banyak sangat flashback dan tidak logik.

Pemilihan kamal Adli sebagai pelakon seram kurang menyerlah. Watak sedikit kaku tapi cukup makan. Aku rasa pemilihan Sam Shahizy adalah kesilapan besar dalam filem ini kerana orang lebih mengenali dia dalam filem Adnan Sempit. Jadi, watak yang dibawa lebih kepada watak lucu dan bukannya seram. Mungkin kalau filem ini ditayangkan sebelum filem Adnan Sempit, wataknya akan menyerlah. Yang paling mengecewakan, filem ini banyak sangat adegan lucu dan kurang logik, lagi menambahkan kecelaruan filem ini berbanding genre yang nak ditampilkan.

Zed membawa watak dengan baik, cool dan boleh dikatakan dapat menenggelamkan kelemahan pelakon yang lain. Awal juga tidak berapa menyerlah. Setakat tempelan saja wataknya disitu. Liyana Jasmay walaupun dah banyak terlibat dalam filem seram tetapi di filem ini agak kurang menyerlah. mungkin disebabkan dia terpaksa menggambarkan watak pompuan yang dah mati. jadi wataknya ala-ala pompuan sengal gitu.

Penggunaan prop yang kurang menarik dan kurang logik (rujuk adegan makan mi goreng dalam hutan tapi barang-barang atas meja ala-ala baru beli kat kedai semalam). Scene makan pulak macam dibuat-buat. babak Awal jatuh dari bumbung rumah sangat plastik. watak toyol atas Sam, apa motifnya??? Dan kenapa pulak nak tunggu anak muda berempat tu ke Niyang Rapik baru nak bagi santau sedangkan salah satu dari anak muda tu dah pun mati masa kat KL. Skrip sangat-sangat lemah...

Make-up watak hantu pun tak menyerlah. dan aku hairan jugak kenapa jari watak hantu perlu seperti ala-ala nak menguli tepung aje. maksud aku, jari-jari digerak-gerak, kononnya menimbulkan rasa seram tapi hasilnya tampak bodoh. ntah, aku tak paham.

Dan bila dah setengah jalan movie ni menyebabkan aku mengantuk... bosan... menyesal...

Satu lagi yang bikin spoil, banyak adegan yang seakan-akan filem seram Thailand (yang menambahkan lagi kebosanan filem ini). mana idea baru pengarah berpengalaman seperti ahmad idham nih????? Ayoooo... come on la.

Aku rasa mungkin pengarah filem seram malaysia ni dah perlu start keluar dari kepompong jalan cerita dan bentuk penyampaian filem-filem seram sebelum movie seram yang seterusnya mencetuskan kebosanan yang amat sangat sebab bagi aku, filem seram malaysia dah semakin bosan...bosan...bosan... sedangkan banyak lagi kaedah yang boleh digunakan untuk menimbulkan perasaan takut dan seram itu. Ambil la cerita 'Paranormal Activity' sebagai contoh. frankly speaking, lepas tengok cerita 'Paranormal Activity' tu, aku tido bukak lampu 2 malam berturut-turut. penakut jugak aku ni... hehehe

So, rating aku untuk filem ini, aku bagi 1 BINTANG aje la...

p/s: tak setuju, itu pendapat korang. aku juga ada pendapat aku, ok.

Saturday, February 20, 2010

Movie review (Percy Jackson, The Wolfman)

Hmm... ramai yang bertanyakan movie ni best atau tidak.

Ni hah, pengkritik tak bertauliah nak bagi ulasan. Sebenornye dah buat pun ulasan ringkas dalam review sebelum ni tapi katanya singkat sangat review tu. jadik, ni la review yang panjang sikit:

Percy Jackson and The Lightning Thief.

Al-kisahnya mengenai sorang budak, Percy jackson namanya, (hasil perkongsian hidup orang bunian ngan manusia) yang dituduh mencuri kilat orang bunian. jadi, untuk membuktikan dia tak bersalah dan pada masa yang sama menyelamatkan maknya dari cengkaman orang bunian lain yang jahat gak, si Percy ni haruslah menempuh pelbagai dugaan untuk membuat 2 perkara tu.

Ulasan : Walaupun cerita tidak berunsur anj*ng tapi ceritanya macam anj*ng. memang la banyak bab yang tak berapa logik tapi ceritanya terlalu membohsankan... boring nak mampus. mungkin dibuat untuk menarik minat kanak-kanak tapi aku tengok kanak-kanak yang datang pun tak terhibur. please buat yang lebih baik kalu ada sequel nya.

Rating : 1 bintang.

The Wolfman

Well, al-kisahnya seorang lelaki yang nak menyiasat kematian misteri adiknya tapi dia sendiri digigit oleh seekorang serigala (seekorang merujuk kepada seekor dan orang) yang menyebabkannya menjadi seekorang serigala gak. akhirnya terbongkar rahsia yang bapak dia sendiri la yang menjadi serigala itu.

ulasan : memandangkan ceritanya berkisarka anjing (serigala), memang layak la kalau jalan ceritanya pun macam anj*ng. selain special effect nya yang tak berapa nak spesel tu, disamping make-up rupa anjing jadian tu yang lebih kepada watak salah satu dalam Star Wars, jalan ceritanya yang lemah betul-betul membuatkan aku macam nak tido je kat cinema tu.

Rating : 1 bintang.

Ulasan tambahan (yang tak berkaitan dengan jalan cerita movie kedua-dua di atas)

Selain dari movie di atas yang berunsur anj*ng, orang yang duduk sebelah aku jugak ala-ala anj*ng jugak perangainya. dah la masuk lambat, siap bagi review lagi kat awek dia. bau badan satu hal la, bau napas lagi yang membuatkan aku macam nak mati dalam cinema tu. malas nak tuduh tapi kalau setiap kali dia bercakap dan aku terbau seperti berak anj*ng, sapa lagi kalau bukan mamat sebelah aku tu yang melepaskan bau-bauan. nasib baik cinema tak penuh, dapat la jugak aku cari port yang sesuai untuk menghabiskan movie yang memang tak best.

OK la, sapa yang nak tengok tu, sukati korang la. berdasarkan poster dibawah, (yang pose nya hampir serupa), maka ketidak'best'an kedua-duanya pun hampir serupa.

nanti review filem lain lak menyusul ya. minggu ni takde filem best. jadi takde review.

Chow...

Thursday, February 18, 2010

Good and not good

Tengahari tadi aku ada diskusi dengan KayeSyoU.

Pasal audit. tetiba lak lepas diskusi tu, dia tanya aku.

"I dengar u nak mintak keluar dari sini...."

Terkedu lak aku dengar. dari sapa lak dia ni dapat berita. setahunya, aku hanya luahkan dalam blog aje. Dia baca blog aku ka???? (kelakar....)

Aku angguk aje la.

"Ya, Dato'. kawan-kawan saya yang lain semua dah ada experience lain. saya je masih terperok kat pembangunan ni. nak jugak dapat experience lain."

Bos aku yang kebetulan duduk depan aku tu lain macam je mimik mukanya. suka atau tak suka dengan topik perbincangan, aku malas nak agak. segan jugak bila Dato' bangkitkan hal tu depan bos aku sendiri.

"Finance bole tak?" (adakah itu offer???)

Alamak! Buat finance? dah la ku ni jenis tak suka nombor-nombor ni. Tapi bila dia dah kata macam ttu, aku malas nak demand dah. anta aje la tempat mana-mana pun, aku akan cuba yang terbaik. tapi of course aku nak bagi feedback gak kan dengan offer yang diberikan...

"terpulang pada management Dato'. Saya tak nak demand. (nanti tak leh perform, mampus aku)."

"U can cari ganti la, sapa-sapa yang nak duduk tempat u." (masalahnya, ada ka? sapa nak duduk tempat panas macam tempat aku ni...). "Ok la, u boleh pindah keluar tapi cari pengganti yang meet the requirement of your boss."

Gedebush!!! (bummer!!!)

Punah harapan! Ada sapa-sapa nak tukar ngan aku????

Hmmm....tukar topik lak.

Aku ni tengah siapkan paper untuk diantar esok sempena PTK aku yang tak seberapanya itu. ni tengah nak cari bahan. harap dapat siap malam ni. 8 muka surat tu. aku baru taip 1 mukasurat. 7 more to go...dan mata pun dah ngantuk.

Tuesday, February 16, 2010

Abis exam

Exam dah abis khamis lepas.

Ya, penat membaca buku dah ilang. Ni nak buat assignment pulak. Ada 2 paper yang kena anta. satu minggu ni dan satu lagi minggu depan. terima kasih kepada mereka-mereka yang wish selamat berjaya. semoga doa korang dimakbulkan memandangkan aku menjawab kurang memuaskan, maka probability untuk mengulang adalah agak cerah.

Jumaat (sehari lepas exam), aku cuti. Tak buat apa pun. Cuma tengok wayang. 2 sekaligus.The Wolfman (macam anjing saja ceritanya) walaupun pemilihan watak adalah antara yang baik sebab orang yang bertukar jadi serigala itu juga macam anjing mukanya. Then movie yang satu lagi ialah Percy jackson and The Lightning Thief (walaupun movie ini tidak la berkisar pasal anjing tapi ceritanya yang macam anjing).

Malamnya pulak aku bersiap untuk camping 3 hari 2 malam di Pasir Putih Resort Perak. Best wooo... malas aku nak letak gambar kat sini sebab acara utamanya hanyalah mandi makan dan tido saja. Kalau korang berminat nak camping kat sini, sila la. ada chalet dan kemudahan yang agak baik. cuma jangan pegi ujung minggu (yang terlampau ujung minggu sangat) atau time cuti panjang yang esoknya nak keje sebab orang berduyun-duyun kat situ.

Ok la, aku pun dah malas sebab esok nak keje.kalau rajin, aku masukkan entry lagi (walaupun entry ku ini sungguh tidak menarik).

Selamat malam.

Wednesday, February 10, 2010

Butterflies

Butterflies dah banyak dalam perut.

Nervous... really! No joke. Seriously! Never felt so nervous like this before. At the moment, i am still reading whatever i think will be asked during the exam. But, the more i read, the more i confuse.

In front of me is a bunch of notes that i suppose to finish reading this evening. But, i think i only gone thru 10% of it.

Still long way to go.

Esok exam

Esok exam... dan aku masih rasa aku belum bersedia.

Sememangnya sentiasa mengharapkan yang terbaik tapi kalau persediaan takde pun tak bole jugak. Ni tengah pulun baca apa yang patut. Member-member semua kuar lunch, meninggalkan aku yang masih nak baca buku ni. Bukan rajin, cuma malas nak jalan kaki panjat tangga nak pi makan kat atas bukit tu. Lagipun dah ambik heavy brunch tadi kat McD.

Bila dah berhadapan dengan buku yang banyak, donno where to start reading. Bila dah read, still cannot figure out whether it's worth reading or not. When i stop reading, then i think i shud be reading at this time. So, this cycle continue over and over and over again until i think i better listen to Aishah and The Fan Club (lately i am so into it).

last 3 days was quiet hectic as we have to prepare for individual as well as group presentation. I think i did fair in the individual part but not during the group presentation as my group member not giving their full cooperation (except for 1 of them and especially during presentation when everybody is eagerly showing their best and at the same time using other people's time to do the presentation... hence leaving me only 2 minutes to cover 8 facts! Imagine me talking as fast as a bullet train.)

Well, now i am still in my room, trying to figure out the next move. Maybe a short nap will help ease the tense... Hehehe

Wish me luck guys. Need it in the tough time like this. Adios.

Monday, February 8, 2010

New day

Minggu yang baru.

Minggu lepas penuh dengan kelam kabut sebab ujian PTKay. Ada 1 minggu lagi untuk dicapai sebelum cuti ujung minggu yang agak panjang jugak. Semoga lulus cemerlang...Insya Allah.

Doakan ya...

Saturday, February 6, 2010

New member

Welcome to the new member...

... I am speechless. Let the pic speaks for itself.


(pic kemudian upload... lambat sangat)

**** updated!

Tuesday, February 2, 2010

I am...iPhoneless

Tetiba lak skrin iPhone aku gelap semacam.

Riwayatnya dah hampir berakhir agaknya. Elok je aku letak depan TV tadi sebelum mandi. Masa nak tengok kekalau ada sms, tetiba lak dia legam. Iskh! Puas jugak la aku godek-godek. Tekan sana, tekan sini. Last-last terpaksa aku usung ke kedai Maxis Jusco S2 untuk bedah siasat.

laporan awal post morterm menunjukkan nyawanya memang dah singkat. harus dihantar baiki segera.

Berapa lama?

4-6 minggu.

WHAT?????

Do you think i can wait that long????

Bila nampak aku macam naik antu je, cepat-cepat salesman tu kata "maybe Apple will replace the phone for you. Totally new." Betul ke tu? Atau adakah ia taktik untuk mengelak aku menjadi hantu kat kedai maxis tadi.

Apapun, aku tinggalkan kedai Maxis tadi dengan satu ayat...

"i would like to book iPhone 3GS, please".

Damn, i just cant live without my gadget!

Monday, February 1, 2010

Hari Wilayah

Hari ini Hari Wilayah.

3 kawasan yang dikategorikan sebagai Wilayah Persekutuan bercuti. tak yah la aku mention kat sini nama wilayah itu, sumer pun dah tau.

Masalahnya...

...KENAPA AKU KAT OPIS SEKARANG NI??????????

Selamat bercuti (kepada sesapa yang cuti)