Monday, May 31, 2010

Seharusnya...

Seharusnya aku rajin hari ini.

Tapi disebabkan waktu pagi ini bos-bos sekalian tiada di pejabat maka kemalasan semakin menjadi-jadi terutamanya waktu sekarang ini yang nak rehat.

Oh, betapa aku rindu mau makan itu dOnut SAy Cheese kat Big Apple.

Ayuh...ke sana!

Sunday, May 30, 2010

Toni Braxton (Pulse)


Tengah layan album ini.

Terbaru dari Toni Braxton - Pulse. Wow! Album ini antara yang terbaik dari Toni Braxton. Album terkini selepas album More Than A Woman (aku ada) dan Libra (yang aku tak ada sebab album ini tak famous dan release kat US dan Europe saja).
Single pertama, Yesterday lagu balad (2 versi) yang ori dalam album ini. yang tak ori dalam Youtube. Walaupun best tapi aku tak berapa minat sangat. Bole layan la.
Single kedua, Make My Heart, lagu fast beat dan video klip nya pun ok jugak. tariannya tidak sehebat dalam lagu He Wasn't Man Enough dalam album The Heat. Tapi iramanya catchy. Live performance untuk album ni (miming je. yang live tu hanya tariannya saja) bole dilihat dalam Youtube jua.
Single Ketiga (jangkaan) ialah Hands Tied. Antara lagu yang best.
Tapi yang paling aku minat ialah No Way. Might not be a single tapi lagu ini betul-betul melambangkan Toni dengan vokalnya yang contralto.
Mampukah menang Grammy Awards lagi? Dengan lagu-lagu yang berirama segar dalam album ini, Toni mungkin dapat Grammy lagi untuk album ini especially bila album Libra tu tak menjadi sangat.
Kalau tidak pun, it is a comeback from Toni.
Enjoy...

3 hari cuti

Cuti aku macam tak cuti je.

Ye la, rutin yang sama je setiap hari. Makan, tido and PS3. keje opis malas nak buat. buat kat opis je la esok. namanya pun keje opis. tapi aku rasa aku banyak keje esok, jadi perlukah aku buat keje kat umah?

petang ni karang ada hal lak nak anta orang kat sekolah nun jauh di sana. dah la cuaca mendung semacam. pagi tadi ujan. jam 10 baru bangun. letih gak lepas jog semalam. ni tak tau lagi nak buat apa petang karang. nak basoh keter macam malas sebab ujan je memanjang ni.

Tengok la. ni mau layan FB jap.

Chow.

Monday, May 24, 2010

MC 3 hari

Bos besar aku MC 3 hari.

Bersorak tak agaknya opis aku? bersorak kot sebab bos besar takde, bos saiz besar takde gak esok, aku takde gak kat opis esok. adik bos saiz besar memang takde. yang ada 2 orang bos je kat opis esok.

ni misti dorang joli sakan ni.

Hmmm.... aku gak yang kena gi meeting cap ayam gak nih.

Aman

Aman sikit opis hari ni.

Bos besar dan bos saiz besar takde kat opis. yang ada bos cekeding dan bos yang cikedis. Lagi la aku malas nak buat keje.

Ok la, i want to enjoy my day dengan keje yang banyak.

Sunday, May 23, 2010

gunting rambut

Semalam pi la gunting rambut di kedai biasa.

Ramai gak orang, semua nak kaler rambut. aku sorang je yang gunting rambut agaknya. memandangkan aku nak kuar jenjalan lepas gunting rambut, so aku suruh la minah tu cuci rambut sekali. aku ingatkan dia la yang cuci since dia yang gunting rambut aku (yang selalu dia buat). tapi hari ni dia bagi kat minah lain, orang baru agaknya sebab tak pernah nampak. muncung je mulut minah tu. hmm... tak pe la. aku ok je.

bila time dia scratch tu, macam nak terkoyak kulit kepala aku. kuku dia punya la panjang. ini kalau scratch dinding konkrit ni mau koyak dibuatnya. pas tu, bole lak tokey kedai tu masa lalu tepi aku tanya:

"Tak cukup kuat? mau kuat lagi?"

Mau je aku jawab, "ini kalau scratch muke ko terus nampak tengkorak ko."

Ingatkan penyiksaan tu kejap je, ni 3 kali round. mak aih!!!

Time cuci lak tu, sah-sah minah ni baru masuk keje. abis belakang baju aku basah. tu tak kira air masuk mata dan idung. dan kepala aku lak rasa pedih-pedih sebab dia scratch kuat sangat. pas cuci tu tuan kedai tu perasan baju aku basah dan dia suruh lak minah tu keringkan guna hair dryer. ngan mata melilau sana sini, yang keringnya tengkuk aku, bukannya belakang baju aku.

last-last, aku bayar and berambus je. makin lama kat situ aku jadi macam ikan salai agaknya. memandangkan baju basah, aku balik tido je la ngan kepala aku berdenyut-denyut dek kena scratch. melayang impian jalan-jalan...

hmm....

Thursday, May 20, 2010

bosan

Bosan.

Sangat bosan bila ditanya...

(i) naik kereta apa sekarang?
(ii) beli rumah kat mana sekarang?
(iii) ..... (banyak soalan lagi)...

Jawapan aku:

Aku idup dengan gaji yang aku dapat dengan kerja sebagai kuli gomen. semua yang aku ada sekarang ni satu sen pun tidak menggunakan duit ko semasa aku mendapatkannya.

...(sengih..)

Tuesday, May 18, 2010

Demam

Semalam demam agak teruk.

Mana lak sakit tekak (sebab terhidu asap rokok di ruangan ber'air-cond') dan panas badan. mana lak batuk-batuk (lite-lite saje). mana lak sakit tulang belulang dan muscle sekalian (ye la, pi gym konon. angkat besi macam dah eksesais 5 tahun tapi hampeh).

jadiknya, demam tak tentu pasal. dah la pulak aku cuti semalam. baik aku ambik MC je dari aku cuti. abis cuti aku cenggitu je sebab demam.

hari ini tetiba ok lak dia. ada batuk sikit tapi demam dah kurang. muscle pun tak sakit sangat dah. tapinya dah kena start jog dan gym balik.

impian 6 pax tu masih ada walaupun umor dah 3 dekad.

huihhhh!!!!!!

Sunday, May 16, 2010

Selamat hari Guru

Selamat hari guru kepada semua yang bergelar pendidik.

Ni nama-nama penerima ucap selamat (yang mana aku masih ingat):

Sekolah kebangsaan Jaya Bakti Beluran Sandakan

(i) Cikgu Dominic Balantas (Cikgu muzik. selalu panggil aku Sitin. Keji)
(ii) Cikgu Laura Dius (Cikgu muzik jugak)
(iii) Ustaz Khalil (Ustaz la tu)
(iv) Cikgu Laurina (Cikgu Perdagangan a.k.a makcik aku)
(v) Cikgu Charles Edward (Cikgu English)
(vi) Cikgu Mukhsin Murah (Cikgu English) and wife Cikgu Rosmimah Maliki (tak ajar aku tapi aku ingat sebab dorang laki bini)
(vii) ... dan Cikgu Cikgi SK Jaya Bakti tahun 1986-1990.

Sekolah Menengah kebangsaan Kuhara Tawau

(i) Cikgu Lim Bee Lan (Add Math dan Bio... tak reti bersolek)
(ii) Cikgu Sharifah zainah (terlalu bersolek sampai tak nak senyum takut make up retak)
(iii) Ustazah Noraidah (mentor hafazan Quran aku... Qari ye, jangan memain)
(iv) Cikgu Rangiah (anj*ng itam kat sekolah)
(v) Cikgu Bala (Ajar sejarah. paling jahat, selalu bawak bala kat kelas)
(vi) Cikgu Albert Chia (Pengetua yang chubby. sekarang tokey balak. dah berenti ngajar. ntah la betol ke tidak)
(vii) Cikgu lee (guru disiplin. jahat tapi sekarang aku dengar lagi jahat sebab dah jadi gangster. rambut dah kaler merah. betol ke???)
(viii) Cikgu Yap (math. selalu lepuk student ngan penyapu)
(ix) Cikgu Nizam (Art. idola bekas awek aku. penah gaduh sebab bekas awek aku lebih minat dia dari aku)
(x) Cikgu Lee Kim Voon (aku tak tau betol ke tak ejaan aku. ajar kimia. dengar cerita sudah masuk kubur. ntah...)
(xi) ...dan cikgu SMK Kuhara tahun 1991 hingga 1996 yang ngajar aku.

Dan pensyarah aku yang aku sayangi di Universiti itu. terutamanya Prof Abu yang menyebabkan aku hampir repeat course work. tak tau ke aku macam nak mati kena gigit nyamuk dalam hutan tu pasal nak ambik sampel.

Ditujukan juga kepada member-member aku yang kini dah jadi cikgu. Gnoll, Shyrol and Lee Lee dan banyak lagi la (lambakan guru sebab masa tu pengambilan guru yang sangat banyak).

Selamat berkhidmat untuk anak bangsa. kalau korang bagus, bagus la negara ni. kalau korang buat ta*k, jangan marah kalau masa korang tua nanti negara ni bankrap sebab korang tak reti ngajar anak bangsa.

Apapun, jasamu tetap ku kenang.

p/s: kenyataan di atas adalah pendapat peribadi. kalau korang tak puas ati, korang tengok la negara ni dalam 15 tahun lagi, kaya atau tak kaya. kalau tak kaya, baik korang masuk kubur kambus diri sendiri.

Sunday, May 9, 2010

Penatnya!!!

Last 2 weeks merupakan hari yang sangat penat.

ramai gak yang tanya apakah 'the big sh*t' yang dimaksudkan dalam entry lepas. So, begini la ceritanya...

Jumaat 2 minggu lepas aku dah plan baek punya nak jumpa member sekolah rendah aku yang 17 tahun aku tak jumpa. then aku plan nak tgk wayang, plan itu dan ini. Tetibanya, jam 6 petang bos aku kata aku kena pi Sibu.

WADEFAK???? (sorry...emoticons sikit)

dan aku kena pegi hari tu jugak sebab aku kena sampai sana sebelum jam 9 pagi sebab ada meeting. dengan perasaan yang panas membara aku cuba la cari alasan tak nak pi. muka aku pun dah merah padam nak mampos ka bos aku ni. tapi bila mengenangkan bos kepada bos kepada bos aku yang tolong arrange maka aku ambik keputusan untuk pegi jua (sebab respek dia berupaya nak uruskan trip aku tuh...huh!).

apa lagi, call la member aku kat Seromban mintak dia pack untuk 1 nite trip sebab esoknya jugak aku mau balek. malam tu jugak aku book hotel mahal nak mampus. setelah bertukar barang kat KLIA, aku ke Sarawak. sampai sana jam 12.00 tengah malam. sampai hotel 12.30 pagi. mandi dan iron baju dan berkemas. tido jam 2 pagi dan bangun semula jam 4.15 pagi untuk bersiap ke airport. jam 4.45 pagi teksi sampai dan aku terus ke Gate untuk boarding.

sepatutnya kapal depart jam 6, tapi sebab masalah teknikal (atau lebih betul ialah masalah penumpang tak cukup dan dorang combine flight), so flight aku depart jam 7 pagi. sampai Sibu dalam jam 8, aku masih mamai. Call la orang yang nak buat meeting tu. Dato' tu la... tetapinya meeting tu bukan jam 9 pagi tapi 9 malam.

WADEFAK ???? (Part 2)!!!!!!

jadinya aku terpaksa tido Sibu 1 malam and baju tak cukup. hanya ada selai je. and the worst thing sebab bilik mesyuarat yang nak digunakan tu takde sapa yang tau nak digunakan malam tu jugak. makanya dengan kuasa veto yang aku ada, mula lah aku mengarah orang prepare itu dan ini. sehingga kan manager tu tanya sapa yang nak bayar, terus je aku sound

"takkan la tempat you pun you nak berkira. you la absorb!"

Tak penah-penahnya aku nak meninggi suara kat orang. tapi apakan daya bila aku dah penat dan pening dan bosan and angry (hungry also time tu), layak la kalau aku bertukar jadi naga.

Alhamdulillah, semua perancangan berjalan baik masa meeting walaupun sebelum meeting tu aku bertekak lagi dengan urusetia sebab tetiba je halau kitorang dari situ kononnya bos dia nak guna bilik meeting tu. Diakah yang bangang atau aku kah yang tidak mendapat maklumat lengkap? keputusannya, dia bangang sebab aku dapat tau lebih awal yang mesyuarat aku dibuat dulu dan kemudian sambung dengan mesyuarat dengan dia.

tak sia-sia la aku bertekak hari tu.

hasilnya, aku balik jugak the next day, dengan gamble sekiranya aku diminta buat taklimat tapi aku takde kat situ. alhamdulillah, tak jadi taklimat tu dan aku dah selamat sampai ke rumah hari ahad tu jugak.

The next selasa aku fly lagi ke Sabah. Rabu pulak aku fly ke Sarawak.

That was the biggest sh*ts ever happened this month.

semoga tidak berulang lagi.

End of story... aku mau relax layan Avatar kali ke 6.

Monday, May 3, 2010

This is sh*t

Banyak mende yang aku nak citer.



bende pelik yang berlaku sepanjang minggu lepas. ni aku baru balik dari The Sh*t itu. ni ada Sh*t pulak yang datang.

kang la aku sambung...