Sunday, May 16, 2010

Selamat hari Guru

Selamat hari guru kepada semua yang bergelar pendidik.

Ni nama-nama penerima ucap selamat (yang mana aku masih ingat):

Sekolah kebangsaan Jaya Bakti Beluran Sandakan

(i) Cikgu Dominic Balantas (Cikgu muzik. selalu panggil aku Sitin. Keji)
(ii) Cikgu Laura Dius (Cikgu muzik jugak)
(iii) Ustaz Khalil (Ustaz la tu)
(iv) Cikgu Laurina (Cikgu Perdagangan a.k.a makcik aku)
(v) Cikgu Charles Edward (Cikgu English)
(vi) Cikgu Mukhsin Murah (Cikgu English) and wife Cikgu Rosmimah Maliki (tak ajar aku tapi aku ingat sebab dorang laki bini)
(vii) ... dan Cikgu Cikgi SK Jaya Bakti tahun 1986-1990.

Sekolah Menengah kebangsaan Kuhara Tawau

(i) Cikgu Lim Bee Lan (Add Math dan Bio... tak reti bersolek)
(ii) Cikgu Sharifah zainah (terlalu bersolek sampai tak nak senyum takut make up retak)
(iii) Ustazah Noraidah (mentor hafazan Quran aku... Qari ye, jangan memain)
(iv) Cikgu Rangiah (anj*ng itam kat sekolah)
(v) Cikgu Bala (Ajar sejarah. paling jahat, selalu bawak bala kat kelas)
(vi) Cikgu Albert Chia (Pengetua yang chubby. sekarang tokey balak. dah berenti ngajar. ntah la betol ke tidak)
(vii) Cikgu lee (guru disiplin. jahat tapi sekarang aku dengar lagi jahat sebab dah jadi gangster. rambut dah kaler merah. betol ke???)
(viii) Cikgu Yap (math. selalu lepuk student ngan penyapu)
(ix) Cikgu Nizam (Art. idola bekas awek aku. penah gaduh sebab bekas awek aku lebih minat dia dari aku)
(x) Cikgu Lee Kim Voon (aku tak tau betol ke tak ejaan aku. ajar kimia. dengar cerita sudah masuk kubur. ntah...)
(xi) ...dan cikgu SMK Kuhara tahun 1991 hingga 1996 yang ngajar aku.

Dan pensyarah aku yang aku sayangi di Universiti itu. terutamanya Prof Abu yang menyebabkan aku hampir repeat course work. tak tau ke aku macam nak mati kena gigit nyamuk dalam hutan tu pasal nak ambik sampel.

Ditujukan juga kepada member-member aku yang kini dah jadi cikgu. Gnoll, Shyrol and Lee Lee dan banyak lagi la (lambakan guru sebab masa tu pengambilan guru yang sangat banyak).

Selamat berkhidmat untuk anak bangsa. kalau korang bagus, bagus la negara ni. kalau korang buat ta*k, jangan marah kalau masa korang tua nanti negara ni bankrap sebab korang tak reti ngajar anak bangsa.

Apapun, jasamu tetap ku kenang.

p/s: kenyataan di atas adalah pendapat peribadi. kalau korang tak puas ati, korang tengok la negara ni dalam 15 tahun lagi, kaya atau tak kaya. kalau tak kaya, baik korang masuk kubur kambus diri sendiri.

1 comment:

Unknown said...

terima kasi kerana menghargai bapa dan mama saya . anak cikgu muksin dan rosmimah