Sunday, January 10, 2010

Buruk perangai

Last week merupakan minggu yang teruk.

minggu ini pastinya lebih teruk dari itu. teruk dari segi bebanan kerja (kalau bos baru tu masuk esok, maknanya mungkin kurang sikit... ya ka????). ni yang buat aku bosan ni, esok ada lak orang yang mintak sign surat mintak sponsor. Apa kes????

ni mintak-mintak sponsor ni bukan la keje aku, ok. Alasannya sebab mesyuarat dah putuskan. So what? kenapa kalau mesyuarat putuskan? ada aku kesah? dah la mesyuarat tu aku tak tau (dan tak masuk). dan yang bersetuju pulak adalah orang lain, dan akhirnya aku yang kena sign surat tu.

Well, aku malas sebenarnya nak sign. nanti la aku cari alasan. dalam ati memang dah niat nak gaduh tapi aku cuba elak. kalau terpaksa then aku malatops la kot. ni orang-orang besar ni perlu diajar sebenarnya. bukan nak tambahkan duit, nak perabihkan duit ada la.

Huh! Malas aku nak layan. Oh ya, semalam pasal AJL 24. Well, Aizat lak yang menang sedangkan aku mengharapkan Yuna yang menjadi juara. Sebab? Sebab lagu Yuna je yang lain dari yang lain. Soothing je dengarnya. Lagu Aizat bagi aku menang sebab banyak perkara:

i. konsep 1 Malaysia (well... no komen)

ii. lagu dari Filem Talentime (consider tribute to the late Yasmin)

Vokal terbaik kepada Black? sebab bole tarik suara tinggi2 je ke? Hmm... kekadang bingit gak dengar dia nyanyi. vokal yang tinggi je ke bole dapat anugerah vokal terbaik? Ntah la... sukati korang la. kalau pandangan aku, vokal bole gi kat Faizal Tahir.

Apapun, decisions made. berpuas ati aje la dengan keputusan juri yang lebih arif. aku sekadar peminat dan penyokong industri hiburan ni je.

Anda tidak setuju dengan pandangan saya? sukati korang la. Apapun, aku rasa AJL 24 ni yang paling best sekali antara semua AJL. takde lagi lagu2 yang kurengs yang tak layak yang terpaksa masuk sebab kuota. harapnya konsep kekal untuk AJL seterusnya.

Ni aku kat opis dah ni, jap lagi bos nak panggil la tu. dan tak lupa gak pada orang yang datang nak anta surat mintak sponsor.

kejiiiiissssssssssssssss!!!!!!!!!!!!!!!!!

1 comment: