Sunday, February 22, 2009

Menjawab Tag D

Ini la tag D.

1. Go to your photos folder in your computer.
2. Go to the 6th folder of photos.
3. Go to the 6th picture in that folder.
4. Put the picture on your blog and description of it.
5. Invite six friends to join the challenge.
6. Link them in your blog and let them know they have been challenged.

Dan ini la jawapannya:


Gambar di ambil dari chalet atas bukit di Pulau Redang selepas taklimat kepada YTM Raja Muda Pahang.

6 orang yang di tag ialah:

1. Ju opis atas (dulu opis sebelah)
2. mel kat opis sebelah (dulu opis baru)
3. Pegawai Khas Berambut Merah
4. Misaki (sapo ntah)
5. Faruqy (sila update blog!)
6. Greenmalay (update blog olso)
Selamat Menjawab. malas lak nak buat link.
Thanks D. Nanti aku pos kan VCD ko tu ye...

MPK

Bukan Majlis Perbandaran Klang tapi Manual Prosedur Kerja.

Hari jumaat lepas, aku dikejutkan oleh bos supaya hadir bengkel nih. Mananya tak terkejut bila keputusan suruh aku pegi tu dibuat jam 3.30 petang. Masam tu aku dah la tak bawak baju semua bagai, jadi aku terpaksa balik rumah untuk packing barang-barang.

Pada masa yang sama banyak pulak yang nak di settle kat opis tuh. nak tak nak, aku rush home jam 5.30 petang. Sampai umah, packing apa yang patut dan bergerak ke Shah Alam, tempat bengkel. Dah la aku tak familiar dengan tempat tu, tapi terpaksa jugak la redah. Alhamdulillah, tak sesat. Tepat jam 8.30 malam, aku sampai kat hotel. masa tu, belum lagi sesi bergambar. Huh! Nasib baik sempat.

Then, bermula episod bengkel yang penuh dengan keje-keje melambak-lambak tu. Nasib baik my group so supportive, so kumpulan kitorang pun dapat siapkan keje-keje dengan segera dan membentang dengan segera. Dan relax dengan segera...hehehe.

Cumanya bila bos mintak MPK tu disiapkan dalam tempoh 1 bulan, semua peserta yang tengah dalam mood gembira nak balik terus jadi monyok. Aku rasa la, disebabkan monyok tu la, bila aku sampai ke rumah je terus tido.....

Memandangkan aku akan ada meeting kat luar esok, jadi aku perlu rehat yang lebih. malam ni aku cuba nak tido awal. Sebelum tu, nak jawab la tag yang dikirim oleh member bloggers sekalian.

Friday, February 20, 2009

Auto Spelling Correction

Semalam aku dok menghantar e-mel pada sumer kakitangan department aku ni, ngucapkan terima kasih sebab memberi sokongan terhadap program opis (daya tarikah utama = makanan. Kalau idak, harus la semua tak mau datang).

Memandangkan notebook aku ni di install dengan auto spelling correction, mula la ejaan dalam e-mel aku tu bertunggang terbalik. So, yang jadik ceritanya, perkataan 'datang' jadi 'dating'. Aku lak tak check sebelum anta e-mel tu (bengong sendiri). Dan akibatnya.....

RAMAI YANG E-MEL AKU NAK BAGITAU PERKATAAN DATING TU TUKAR JADI DATANG.

Eh! Tau pulak ye... Terima kasih la yang prihatin tu. Tapi elok kalau bila dah e-mel pada aku, c.c. pada semua orang supaya yang lain tak terlebih prihatin nak hantar pembetulan pada aku jugak. Pagi ni je berjela-jela e-mel aku terima suruh aku buat pembetulan.

Ok la, moral of the story, check spelling dulu sebelum anta e-mel kat orang. Tapi kalau semua orang ingin betul-betul perkataan itu dating, mau berapa banyak orang mau dating sama gua????

Mati wooooo......

Sunday, February 15, 2009

Broadband problem

Aku tak tau la apa nak jadi dengan broadband Celcom aku ni, selalu je putus-putus line.

Geram! Geram! Geram!!!

Dah la tu, kalau nak upload gambar dalam blog ni, dia tak muncul-muncul. Letih menunggu. Ini sepertinya harus dilaporkan kepada KPDHNHEP. Gitix, kau better have good explainations in this. Nanti aku komplen sama kau punya menteri. Hahahaha!!!!!

Hari ini aku hanya kat rumah saja. Membersihkan rumah yang dah lama tak mop. Memandangkan broadband buat hal, so tak dapatlah aku nak uploadkan gambar-gambar yang sepatutnya kat sini.

Minggu lepas, opis aku menganjurkan hariderma darah. Sebagai penganjur, risau gak kalau program tu tak mendapat sambutan. Tapi alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik dan Pusat Darah Negara agak berpuas hati dengan jumlah penderma yang datang. Diluar dari diorang punya sasaran.

Cuma yang tak bestnya, pagi tu big boss suda naik angin sebab program lambat bermula. Asyik-asyik tanya aku mana audience. Suruh aku buat announcement. Aku tak tau la berapa kali orang dah announce tapi biasa la orang kat opis aku ni. Selagi tak dapat 'ugutan', maunya tak nak turun ke dewan. Nak tak nak, terpaksa la aku yang buat announcement dan ramai jugak la orang-orangan yang turun lepas tu.

Itu cerita Jumaat lepas, sudah tidak mau dikenang. Apapun, akan mengkonsentrat dengan program yang satu ini lagi iaitu AGM-Annual General Meeting. Kali ni, mesti kaw-kaw kena bantai dengan ahli. Ah, pedulikan aje la. Kalau mau dilayan semua sekali pertanyaan-pertanyaan yang tidak membawak paedah itu, mesti la tidak terbuat kerja semua sekali. Mana mau buat kerja opis (yang wajib), ini la pulak keje Kelab (yang hanya harus). Apapun, tunggu la perkembangan AGM tu dalam 2 minggu lagi ni. Kalau rajin, aku masukkan soalan-soalan kontroversi dan jawapab kontroversi jugak.

Sudah, aku mau minum petang ni. Selamat menghabiskan ujung minggu dan selamat bekerja (esok)...

Thursday, February 12, 2009

Terkandas di KLIA

Here i am, at KLIA at 2 o'clock in the morning.

Bila aku dah sampai kat KLIA ni, baru la aku mendapat tau yang flight aku jam 4 pagi ke KK dibatalkan. Keji yang amat!!!

Punya la semalam aku balik awal dari ofis semata-mata nak tido awal. Tido awal, jam 10 malam sebab jam 1 pagi aku kena bangun and bersiap ke KLIA. Drive pulak tu sorang-sorang ke KLIA dalam malam buta macam tu. Bila dah sampai sini, berita kurang menarik la pulak yang aku terima.

Luckily aku tak berapa bad mood pagi ni sebab aku dah semacam mengagak yang flight ni akan cancel. So, orang kat check-in counter tu takde la kena maki hamun ngan aku pepagi ni. Apa yang aku dapat sempena flight cancel ni??? KUPON SARAPAN PAGI SEBANYAK RM15.

Yang paling penting sekali, aku terlepas meeting jam 9.30 pagi ni sebab aku sampai dalam jam 10.15 pagi. Masuk meeting je nanti mesti semuanya dah wrap up isu-isu yang dibincangkan. Tapi takkan la aku tak nak pi pulak, kan. Apapun, aku kena gak pi meeting tu ni matter what. Lagipun chairmannya aku. Jadi, dorang terpaksa tunggu. Muahahahaha....

Kenapa aku tak ambik flight sehari sebelum??? SEBAB AKU BANYAK KEJE, FAHAM!!!

Sehari aku tak masuk ofis, melambak la surat-surat atas meja tu. Huh!!!

Apapun, aku masih kat KLIA, menunggu flight jam 7.30 pagi ni. Kalau gap antara flight tu dalam 1 jam, gagah lagi la aku nak menunggu. Ini gap antara flight is 3 jam setengah. Ditemani Windy dan PSP, aku menghabiskan masa kat KLIA. Anyway, WiFi kat KLIA ni free so enjoy the surf.

Pada korang semua, selamat pagi!!!

Monday, February 9, 2009

Final Fantasy VII-Crisis Core (PSP)

Sepanjang 3 hari cuti ni, aku bertungkus lumus untuk menghabiskan game nih:

FINAL FANTASY VII - CRISIS CORE (PLAYSTATION PORTABLE).

Dah lama gak aku beli game ni. Dan dah lama gak aku main game ni. Tapi tak pernah menang, terutamanya bila lawan penjahat yang last tu. Akhirnya, setelah berpuluh-puluh kali try, aku menang jugak. Yey!!!

Aku ni bukan la die hard fan permainan Final Fantasy ni. Game ni dibeli pun sebab aku dok bertekak dengan salesman tu pasal tak puas ati dengan harga PSP. Last-last aku ambik game nih. Ingat aku takde duit ke nak beli game original ngko tu. Keji!!!

Berbalik pada game nih. Ni la penjahat yang susah sangat nak mampus tu. Nama dia Genesis.

(memang muka penjahat pun. Ni la si Genesis tu. Tapi dah kalah ngan aku...Hahahahaha)

Oh ya, yang baju hitam kat belakang Genesis tu ialah hero dia. Namanya Zack. Setelah aku penat melawan si Genesis tu guna si Zack ni, rupa-rupanya dalam story game ni, Zack ni mati dan digantikan dengan hero baru bernama Cloud.


(yang rambut kuning tu Soldier 1st Class Cloud, hero baru. Sebelah dia tu Soldier 1st Class Zack, yang mampus dalam game ni...)

Malas la nak cerita lebih-lebih. kalau korang nak pinjam, habaq je no.

OK la, aku tercari-cari game yang baru. Tapi kali ni rasanya aku dah tak beli game yang ori lagi la sebab mahal sangat. Game ni pun harganya dekat RM200. So far, aku cuma ada 2 game ori. Yang lain download je kat kedai. Next time, kalau ada rezeki lebih, baru beli.

Sebenarnya, kalau ada rezeki lebih ni, teringin sangat nak beli PS3. Sekarang ni pun dah jatuh harga. Dulu masa mula-mula launch, harganya RM1899. Sekarang ni dah jadi RM1599. Rasanya dalam beberapa bulan lagi ni, akan jatuh lagi kot harganya. Ye la, crisis ekonomi. Dah la game ni namanya crisis core. The core of the crisis now is duit, duit and duit. Terpaksa la aku menabung dalam RM300 sebulan untuk 6 bulan baru dapat beli PS3,

Susah sangat, swipe je. Muahahahahaha..... (gelak jahat). Balance yang ada pun tak terbayar lagi. Haduh....sedeh! Sedeh! Sedeh!

Unless kalu ada sesapa yang generous nak bagi adiah besday ke. Pada masa yang sama, terpaksa lupakan hasrat untuk dapatkan Xperia X1, atau Nokia N97 yang baru tu... Huarghhhh!!!!!

Malam semakin lewat. Aku mau tidur. Esok aku mau pegi kerja awal.

Selamat malam semua...

Saturday, February 7, 2009

Ada yang rindu

Baru sebentar tadi aku terima sms dari adik ke-2 aku, nona (bukan nama sebenar. nama panggilan je).


Rindu katanya. Dia tanya aku bila aku nak balik kampung. Aku jawab nanti la bila aku cuti panjang, then aku akan balik. Last sekali aku jumpa dia masa dia melahirkan anak keduanya, kebetulan pulak aku ada lawatan kerja kat sana. Dia sepatutnya melahirkan anaknya seminggu dari tarikh tu. Tapi dah rezeki dia, dia lahirkan anaknya tatkala aku ada di sana.


Ya la, memang dah lama jugak aku tak balik. Rasanya dah 6 bulan. Nak balik dalam keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan ini agak payah jugak. Tengok la keadaan macam mana. Rindu tu memang la rindu, tapi dah jadi tanggungjawab aku untuk terus ada disini. Insya Allah kalau ada rezeki lebih, nanti aku akan balik.

Tahun ini aku harap aku dapat balik berhari raya di kampung, sebab aku dah miss beraya kat kampung tahun lepas. Tahun ini aku mahu pulang...

Rindu... rindu lagi...