Saturday, February 7, 2009

Ada yang rindu

Baru sebentar tadi aku terima sms dari adik ke-2 aku, nona (bukan nama sebenar. nama panggilan je).


Rindu katanya. Dia tanya aku bila aku nak balik kampung. Aku jawab nanti la bila aku cuti panjang, then aku akan balik. Last sekali aku jumpa dia masa dia melahirkan anak keduanya, kebetulan pulak aku ada lawatan kerja kat sana. Dia sepatutnya melahirkan anaknya seminggu dari tarikh tu. Tapi dah rezeki dia, dia lahirkan anaknya tatkala aku ada di sana.


Ya la, memang dah lama jugak aku tak balik. Rasanya dah 6 bulan. Nak balik dalam keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan ini agak payah jugak. Tengok la keadaan macam mana. Rindu tu memang la rindu, tapi dah jadi tanggungjawab aku untuk terus ada disini. Insya Allah kalau ada rezeki lebih, nanti aku akan balik.

Tahun ini aku harap aku dapat balik berhari raya di kampung, sebab aku dah miss beraya kat kampung tahun lepas. Tahun ini aku mahu pulang...

Rindu... rindu lagi...

No comments: