Sunday, February 22, 2009

MPK

Bukan Majlis Perbandaran Klang tapi Manual Prosedur Kerja.

Hari jumaat lepas, aku dikejutkan oleh bos supaya hadir bengkel nih. Mananya tak terkejut bila keputusan suruh aku pegi tu dibuat jam 3.30 petang. Masam tu aku dah la tak bawak baju semua bagai, jadi aku terpaksa balik rumah untuk packing barang-barang.

Pada masa yang sama banyak pulak yang nak di settle kat opis tuh. nak tak nak, aku rush home jam 5.30 petang. Sampai umah, packing apa yang patut dan bergerak ke Shah Alam, tempat bengkel. Dah la aku tak familiar dengan tempat tu, tapi terpaksa jugak la redah. Alhamdulillah, tak sesat. Tepat jam 8.30 malam, aku sampai kat hotel. masa tu, belum lagi sesi bergambar. Huh! Nasib baik sempat.

Then, bermula episod bengkel yang penuh dengan keje-keje melambak-lambak tu. Nasib baik my group so supportive, so kumpulan kitorang pun dapat siapkan keje-keje dengan segera dan membentang dengan segera. Dan relax dengan segera...hehehe.

Cumanya bila bos mintak MPK tu disiapkan dalam tempoh 1 bulan, semua peserta yang tengah dalam mood gembira nak balik terus jadi monyok. Aku rasa la, disebabkan monyok tu la, bila aku sampai ke rumah je terus tido.....

Memandangkan aku akan ada meeting kat luar esok, jadi aku perlu rehat yang lebih. malam ni aku cuba nak tido awal. Sebelum tu, nak jawab la tag yang dikirim oleh member bloggers sekalian.

No comments: