Susahnya bila jadi pegawai kecik.
Sebabnya, bila dah jadi pegawai besar, senang buat keputusan dan bila keputusan salah, ada pegawai kecik yang boleh jadi kambing itam.
Salah kah jika seseorang menjaga kepentingan organisasinya terutama sekali dari segi kewangan, dalam zaman kegawatan ekonomi ini. Susahnya bila ada orang besar yang tidak mahu mendengar pandangan orang kecik.
Hari ini dapat gelaran. Bukan gelaran Dato' ye, tapi Dato' yang bagi gelaran. Baik punya gelaran. Tapi sayangnya aku tak paham maksud gelaran yang Dato' bagi. Mungkin aku kena baca buku sejarah kot. Kalau sejarah negara sendiri, nak jugak aku baca. Ni sejarah negara orang lain...
"Little Napoleon" katanya.
Satu penghormatan atau penghinaan? Hina sangatkah gelaran tu??? Lantak la. Selagi boleh, aku ni memang nak membangkang je kejenye. Bukan tidak mahu pikul tanggungjawab, keje dengan gomen ni perlu black and white. Written instruction, katanya. Kalau tak, takde backup. Kalau dah buat silap, takde sapa nak tolong. Masa tu tak guna nak merayu pada orang-orang yang sememangnya tak berguna dari awal. Buat masa ni, tawakal pada Allah saja yang menjadi kekuatan.
Pagi ini aku kerja seperti biasa. Lepas ni pasti gelaran tu lekat sampai bila-bila. Lantak la. Anyway, yang orang panggil dia dengan panggilan keji tu dia suka ka???
Banyak lagi keje yang perlu diselesaikan pagi ini. Better aku settelkan awal daripada aku mencarut-carut tak guna pagi ni.
Hari ini hari jadi Faruqy. Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran. Hanya ucapan yang mampu diberi tatkala menghadapi kemelut ekonomi yang sedang melanda. Anyway, semalam mendaftar kelas bahasa asing. Tak tau lagi bahasa apa nak ambik. Jepun, Cina, Perancis, aku pun tak tau. Masalahnya, ada ka masa nak pi?
Dalam keadaan sekarang ni, banyak ilmu yang perlu dituntut. Mana tau kena buang dari department ni. Sapa tau...hanya Allah saja yang tau.
Mimi
2 years ago
3 comments:
Be strong sir. I know you're made of strong stuff! Pedulikan tohmahan apa orang nak lempar, asalkan kita tahu apa yang kita buat itu betul.
Btw, thanks for the birthday wish! :-)
padulik kan...tak larat tengok orang2 lama yang panik tak tentu hala...
Faruqy, thanks. Zaman dah berubah, pemikiran pun kena berubah jugak. Bukan la membangkang tapi memberi pendapat.
GreenMalay, jangan kita jadi macam tu bila dah tua, udah le... hehehe
Post a Comment