Sunday, August 31, 2008

Ramadhan kembali lagi

Sah!!! Esok puasa!!!

Penyimpan mohor besar raja-raja telah mengumumkan esok adalah permulaan puasa di Malaysia. Bagi pengikut ajaran syiah, mereka akan mula berpuasa pada hari Selasa nanti (berita di ambil dari TV). Apapun, aku telah menunaikan solat terawikh yang pertama malam ini. Ntah la, adakah tahun ini akan penuh? Atau sekadar semi-hot of chicken dung (or hangat-hangat tahi ayam, in malay). We'll see. Tapi tahun ni macam ala-ala tidak tertekan menghadapi puasa. Semoga dipermudahkan Allah dan selamat menjalani ibadah puasa hingga akhir dan dapat bertemu dengan Syawal (bukan Syawal yang bekas Bahagian Kabinet tu. Yang tu tak jumpa pun takpa. Throwing current and currency).

I dont plan to sleep late as tomorrow is the first day of sahur. Setakat ni, 3 jam loceng telah dikunci, menandakan kerisauan tidak terbangun sahur. Ye la, orang bujang macam aku ni so very the lambat bangun and always memalas untuk bersahur.Tapi, cuba jugak bangun untuk menunaikan sunnah Nabi (s.a.w) supaya bersahur sebelum berpuasa.

My lil sis Mick tak berapa sihat hari ni. Sakit gigi and then demam. Dunno sama ada benar sakit atau sakit luar biasa (terutamanya di bulan puasa). Tapi semoga dia selamat menjalani puasa. I know she has problem with her kidney. Hopefully dia tak apa-apa disana, especially bila tak ada orang yang jaga dia time buat praktikal di luar daerah time-time macam ni.

Memandangkan esok adalah hari cuti, aku tak plan pulak nak tido awal coz i believe i will spend most of the day on bed (wakakaka...keji). Hopefully not. Isk!!! Macam budak kecik yang baru nak puasa pulak. Nervous nih. Nervous bila tengok keje-keje ofis banyak lagi yang melambak. Malasnya nak buat. Whatever it is, aku try draft sumthing esok since aku tak plan nak pi mana-mana, unless another day of Ramadhan shopping. (Hey people, yesterday was pre-ramadhan shopping. Tomorrow will be official Ramadhan shopping, and then I will try to have pre-Syawal Shopping and the the GRAND FINALE, Syawal shopping.) Banyak duit ko. Dapat mana??? Wakakaka...actually sumer plan shopping ut JUST A PLAN...May i repeat...JUST A PLAN ONLY!!!

Jadi, tiada unsur-unsur rasuah yang terlibat dalam kes ini. And Syawal (yang dulu kat Kabinet and the transfer ke BPR), u dont come to me and check-check tak tentu pasal untuk mencurigai aku mengambil rasuah atas pengakuan bershopping ala-ala pembaziran saudara syaitan di atas. Ia tidak ada kena mengena sama sekali dengan rasuah atau rasuap.

Untuk rakyat Malaysia semua, selamat menunaikan ibadah puasa. Maaf atas kesilapan yang berlaku, sedar atau tidak. Semoga ibadah kita pada tahun ini diterima oleh ALLAH, Insya ALLAH.

Selamat malam, dan jangan lupa bangun sahur.

Merdeka!!!

Kalau orang tanya aku apa itu merdeka, aku pun macam malas nak jawab. Sebab aku tau orang yang tanya aku tu pun tak tau jugak apa jawapannya. Biasanya jawapan-jawapan klasik (dan diluluskan untuk penayangan dalam TV) adalah seperti berikut:

" bebas dari penjajah...negara kita tidak lagi dijajah."

" kita mempunyai hak untuk membuat keputusan terhadap negara kita sendiri'

" negara yang bersatu padu, aman makmur dan selamat"

...dan macam-macam lagi.

Itukah merdeka???

Jangan tanya aku, kerana bagi aku Merdeka mempunyai makna yang luas, dan terlalu subjektif untuk dibincangkan. Jadi aku mengambil keputusan untuk tidak menjawab soalan itu. Biarlah aku di cop tidak patriotik, tak tahu menghargai kemerdekaan negara, tak tahu apa itu merdeka dan sebagainya. Iia rasanya lebih baik daripada memberikan definisi merdeka yang salah, yang hanya satu propaganda namun hakikatnya ia tidak sepertimana yang diucapkan.

Bagi aku, bukanlah laungan kemerdekaan itu yang penting. Bukan lah definisinya, atau betapa kuatnya ia dilaungkan, tetapi bagaimana ia dikekalkan dan digunakan.

Jadi rakyat Malaysia sekalian, Merdeka aku dan merdeka mu mungkin tidak sama. Tetapi disebabkan kita berdiri di bumi Malaysia ini, kedudukan aku dan kamu sama. Sebagaimana aku berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan ini untuk Malaysia, aku juga mengharapkan agar kau juga berusaha, walaupun definisi merdeka kita berbeza.

Malaysia...selamat ulang tahun ke-51.

MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!

Pra-puasa Shopping

Bangun pagi je teringat nak pi shopping. Biasalah, kan Kerajaan dah mengumumkan bonus sebulan gaji. Jadi aku mengambil peluang ini untuk membeli sumthing for my family at kampung coz tahun ni aku tak balik beraya...huhu (sad). So, berikut merupakan barang-barang yang dibeli untuk seisi keluarga:

Dad : Shirt Camel Active.

Mom : Blaus (Scarlet)...ntah jenama apa tu tapi tu je la yang ada.

Lil sis Nona : Blaus jugak macam mummy.

Lil Bro Kit : t-shirt Converse + Camel Active Jeans (sebenarnya jeans tu untuk aku tapi tak muat, so bagi kat dia...wakaka).

Lil Bro in law BJ : Camel Active jeans. (bertuah ko dapat abang ipar macam aku).

Anak Nona + BJ : Sepasang blaus Kiko (harga lebih mahal dari baju mak and bapak dia).

Mamat (Anak lil Sis Tutty) : Sepasang shirt + jeans Kiko (harga lebih mahal dari baju uncle nya sendiri).

Aku : Sebuah beg galas Camel Active...hehehe. (Aku ni kan tak pandai bergaya dengan baju-baju raya. Baju tahun lepas pun ada lagi).

So, tahun ini, semua beraya dengan baju baru. Tapi aku tak dapat tengok dorang pakai sebab aku tak balik raya...(Sedih). Aku balik lepas raya, after semua orang kelam kabut nak catch up with office works. Tak plan lagi nak beraya kat mana. Ala, hotel melambak kat Malaysia ni. Masjid pun banyak.

Well, that was the first part of the day. Second part of the day went like this :

Sebenarnya hari ini aku dah janji dengan Mona yang aku akan ajak dia pegi beli baju melayu + kurung sedondon. So, aku on da way ke N3 dengan dia. Pusing-pusing dalam 2 jam, then terjumpa this kedai yang ada jual baju melayu + kurung sedondon. At first, aku nak dia beli baju kurung warna biru since baju melayu aku tahun ni yang dah dijahit tu warna biru. Tapi aku tau dia tak berapa berkenan sebab dia dah mention nak warna peach. jadi, nak menyedapkan ati aku, dia pilih-pilih jugak warna biru. Luck was on her side as blue baju kurung is not available, either the size or the material. So, we choose another option, go for a light green, since aku ada sepasang baju melayu warna ijau pucuk pisang (also known as "ijau katak pisang"...pandai je korang bagi nama).

Mona dah try baju ijau tu and it fits. Masa dia try baju, aku pakat dengan minah salesgirl tu cari sepasang baju warna lain (selain biru and ijau). Last-last, dapat 2 color yang available saiznya and ada baju melayu yang sama kalernya. 1 kalernya ala-ala orange (tapi darker), and the other 1 ala-ala kuning keorenan (ader ke nama kaler macam tu???). Mati la guru pendidikan seni nak cari warna tu.

Bila mona tengok 2 kaler yang aku propose, dia pun suka. Aku nak belikan 2 pasang untuk dia, tapi dia kata tak perlu la yang ijau tu. (masa tu dia ingat dia yang kena bayar baju-baju tu sebab tu dia propose hanya beli 1). So, aku ikutkan je la. Kitorang chose the kuning keorenan itu dan Voila!!! Sesuai sekali (macam laki bini). Pilih tudung sekali la masa tu. Sampai kat kaunter, as usual the gentleman yang akan bayar. So, aku la yang kuar duitnya (as expected). Mesti dia nyesal tak terima offer aku tadi suruh beli 2 helai. Tu la, degil sangat...hehehe.

Pas cari baju, kitorang pi makan kat Uncle John Kopitiam. Sembang-sembang pasal kengkawan lama sekolah menengah dulu. Tup-tup, dah jam 8 malam. So, hantar dia balik ke rumah. On da way balik, Mona text me : "Dean, thanx belikan baju and belanja makan untuk Mona. I'm very happy today". How sweet. Bila mau kawen ni??? Soalan cepumas yang lambat sikit nak di jawab.

Mata pun dah ngantuk, so sampai disini dulu. Esok, kita bicara lagi. Salam...

Friday, August 29, 2008

Risau

Bajet tahun 2009 baru saja diumumkan oleh PM. Aku belum tahu apa sebenarnya yang terkandung dalam bajet tersebut sebab masa pengumuman dibuat, aku sedang bermesyuarat. Apa yang aku tahu, bonus untuk kakitangan aawam dapat sebulan, yang dibayar sebanyak 2 kali. Yang lain-lain, aku rasa aku baca kat paper je esok.


Tapi topik hari ini bukanlah berkisar pasal kerisauan mengenai bajet. Mungkin ada tapi tak banyak. Yang banyak ialah kerisauan di kalangan staf-staf department aku yang sedang berkira-kira atau lebih senang dikatakan menanti hari untuk di transfer keluar. Bukan setakat kawan-kawan yang menyatakan kerisauan tu, aku sendiri juga merasakannya. tapi, aku rasa aku hanya buang masa je nak fikirkan semua tu. Biarlah orang yang nak transfer aku yang memikirkan mana nak buang aku. Bagi aku, ke mana pun aku pergi, rezeki tetap ada.


Aku tau aku pun banyak jugak buat silap dalam department aku. Tapi, manusia mana yang tak buat kesilapan? Dan kalau aku buat kesilapan kerana disebabkan aku mengikut prosedur, persilakan la transfer aku keluar. I am more than happy to accept it. Kadang kala kerisauan akan membawa kepada keadaan tidak stabil, gelisah, tak boleh tido, nak muntah. Aku dah alami semua itu. dan kalau benar berlaku, memang la terkedu sedikit. Tapi keputusan bukan di tangan aku. Aku hanya mampu bergerak di ruang lingkungan aku sendiri. Kalau sudah tiba masanya aku pergi, aku akan turutkan jugak. Mungkin ayat sebegini lebih berunsur kepada "menyedapkan hati", tapi itulah hakikatnya yang terpaksa ditempuh apabila ia datang. Yang paling penting, perancangan masa depan, where the future is going to take me. Buruk atau baik, itu akan ditangani apabila masa itu sampai.


Cuma yang aku mohon, kuatkan hati dan hadapi masa depan dengan lebih tabah.

Thursday, August 28, 2008

Janet "Discipline"

Dah lama album ni keluar tapi aku baru membelinya hari ini. Itu pun selepas agak teruja dengan video klip untuk single keduanya iaitu Rock With You. Single pertama album ini ialah Feedback. Kedua-duanya merupakan lagu yang berentak rancak. Macam biasa, tarian Janet dalam kedua-dua video klip ini tidak mengecewakan. Berikut merupakan evolusi Janet:











(picture courtesy of www.janet-world.de)
Enjoy...

Tiada di pejabat

Hari ini tak masuk pejabat kerana menghadiri bengkel. Conducted by a Canadian by the name of Dr. Benoit. From Montreal. Montreal pun Montreal jugak, bila lepas lunch aku ngantuk giler and sempat gak terlelap. Yey!!!
Takde apa yang menarik hari ni. Tadi ke Jusco lagi tapi tak beli apa-apa. Cuma sepasang baju, kasut, stokin and topi untuk seorang member yang baru saja dapat anak yang pertama. Cuba cari color lain tapi takde yang sepasang macam tu. Yang ada warna merah tu je. So, aku pun beli la yang warna merah tu. Ala, bukannya nak kena kejar lembu pun. Mengikut nasihat pakar, bayi atau budak-budak kecil tak boleh pakai kaler oren sebab ia akan menjadikan kanak-kanak tu hyperactive. How far is true, still i cannot comment any further. Sebabnya aku tak ada anak.
Esok assistant aku takde. Jadi, berhempas pulas la aku kat pejabat nanti. Banyak jugak benda yang pending ni. Hopefully boleh settle sebelum bos masuk minggu hadapan. And minggu hadapan dah start puasa. Harap puasa pada tahun ini adalah lebih baik dari tahun sebelumnya. Raya tahun ni aku tak balik. Mungkin selepas raya. tengok kepada kemampuan kewangan. Next year mungkin boleh balik sebab dapat tiket free. Mungkin...aku tak tahu takdir selepas ini.
Tengah layan cerita Kesurupan, sebuah filem Indonesia. (Kesurupan bermaksud kerasukan). Ok la jugak, boleh layan. Jadi pada kawan-kawan yang nak pinjam, just inform me early. Hujung minggu ni pastinya aku tak akan layan DVD sebab aku akan jalan-jalan dengan awek aku, beli baju raya...
Chiow...

Wednesday, August 27, 2008

Shopping for raya

I know people, it is too early to shop. But i cant help it (since duit pun semakin surut dalam poket coz selalu 'terbeli' benda-benda yang never in the wishlist). tapi barang-barang yang dibeli not for myself, actually. Untuk my parents and lil bro and sis. Yang lain-lain tu ada jugak habuan tapi tahun ni macam ndak dapat pulak memberi apa-apa sumbangan since lebihan dagangan adalah amat terhad kepada orang-orang tertentu.
Tahun ni, aku beli sepasang baju untuk anak buah aku yang kehilangan ayahnya beberapa tahun lalu (berapa tahun ya? aku pun tak ingat...tak guna punya abang ipar). Masalahnya, dah berkurun aku tak jumpa budak tu, aku pun tak tau dia ni dah gemuk ke, kurus ke, tinggi ke. So, i decided to call my mom and ask. Unfortunately, mom pun cannot describe coz terlalu kurus (according to her). Panduan yang mummy bagi...
" Dia darjah 3".
That's it. That is only it.
Aku pun malas mau argue pasal budak sekarang ni darjah 3 pun badan macam darjah 1. Very the kecil mungil and comel. Tapi since mom pesan suruh beli yang besar-besar sikit, so aku pun beli yang besar sikit. Jenama KiKo, kopak duit RM150. Then, move on to dad's shirt. Beli la selai baju Camel. And Kit pulak baju t-shirt Converse. I don't know what to buy for mom and lil sis Mick. Suda SMS Mick tadi tanya sama ada dia mau beli sendiri atau aku yang beli. She said belum fikir lagi. Ya, cepat-cepat fikir sebelum duit aku ni abis. Malas pulak mau tanya mummy coz the stake is high...hehehehe. Lagipun, mom will wear anything that i give her. So, it wont be a problem.
As for myself, dah ada baju melayu sepasang. Warna biru. Cukup la tu kot. Aku pun tak beraya tahun ni sebab tak balik kampung. But last week, awek aku ajak pi beli another baju melayu, warna peach pulak, nak sedondon pulak dengan dia. For sure, duit aku jugak yang kopak. Seingat aku, ini kali kedua ada baju sedondon. Last time was maroon. This year, a little bit lighter color. Next, year mungkin baju kawin. (Nak kawen dah ke???). We put aside that topic ya...next time we'll discuss.
At the moment, aku tengah update blog kat McD Jusco. Pagi tadi breakfast kat McD. Mungkin malam nanti makan McD lagi. Begini la orang bujang. Makan makanan ringan je. Kalau kawen pun, i don't think my wife akan cook since ada 2 orang je kat umah. (2 orang je???). Kids, let dad and mom honeymoon lama-lama sikit aaa...u all can wait.
So, i think i should end here. Dah nak masuk Maghrib. Fasting month will be coming soon. Better prepare apa-apa yang patut.
Salam...