Sunday, August 31, 2008

Merdeka!!!

Kalau orang tanya aku apa itu merdeka, aku pun macam malas nak jawab. Sebab aku tau orang yang tanya aku tu pun tak tau jugak apa jawapannya. Biasanya jawapan-jawapan klasik (dan diluluskan untuk penayangan dalam TV) adalah seperti berikut:

" bebas dari penjajah...negara kita tidak lagi dijajah."

" kita mempunyai hak untuk membuat keputusan terhadap negara kita sendiri'

" negara yang bersatu padu, aman makmur dan selamat"

...dan macam-macam lagi.

Itukah merdeka???

Jangan tanya aku, kerana bagi aku Merdeka mempunyai makna yang luas, dan terlalu subjektif untuk dibincangkan. Jadi aku mengambil keputusan untuk tidak menjawab soalan itu. Biarlah aku di cop tidak patriotik, tak tahu menghargai kemerdekaan negara, tak tahu apa itu merdeka dan sebagainya. Iia rasanya lebih baik daripada memberikan definisi merdeka yang salah, yang hanya satu propaganda namun hakikatnya ia tidak sepertimana yang diucapkan.

Bagi aku, bukanlah laungan kemerdekaan itu yang penting. Bukan lah definisinya, atau betapa kuatnya ia dilaungkan, tetapi bagaimana ia dikekalkan dan digunakan.

Jadi rakyat Malaysia sekalian, Merdeka aku dan merdeka mu mungkin tidak sama. Tetapi disebabkan kita berdiri di bumi Malaysia ini, kedudukan aku dan kamu sama. Sebagaimana aku berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan ini untuk Malaysia, aku juga mengharapkan agar kau juga berusaha, walaupun definisi merdeka kita berbeza.

Malaysia...selamat ulang tahun ke-51.

MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!

No comments: