Wednesday, August 27, 2008

Hari cuti

Aku ambil cuti rehat hari ni. Tapi macam biasa, aku akan ke pejabat. Kebetulan pulak kabel notebook aku tertinggal kat ofis. Jadi, aku on da way ke ofis la jawabnya. Perancangan tengok wayang tak jadi sebab ia akan mengambil masa yang agak panjang dan aku sebenarnya perlukan masa-masa terluang sebegini terutamanya untuk pegi bayar utang-utang...ye la, bukan selalu dapat bercuti. Kalau ada, biasanya akan digunakan untuk drive around tanpa haluan...just to ease my mind.
Singgah ofis nak melihat perkembangan member sorang tu yang tengah pening pasal kontrak projek. Rileks la bro...(wah!!! pandai nasihat orang konon. Diri sendiri pun kerkontang-kanting). Sempat jugak ajak dia and another member pi lunch, saja nak menceriakan keadaan. But i know it doesn't help. Maybe, maybe not. Ye la, bukan dia sorang je yang pernah mengalami perkara begini. Semua orang pernah. Dan masa tu la masa bergerak begitu pantas, semua serba tak kena, nak muntah pun ada. Tapi, biasalah. Masalah ada di mana-mana. Hidup tak bermakna tanpa masalah...(ye la tu).
Tiada perkembangan menarik hari ini, cuma berita Malaysia sibuk dengan kemenangan DSAI dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh. Bagi aku, dia menang, atau siapa-siapa menang, orang Malaysia tetap makan nasik. Tapi tak tahulah dalam sedikit masa lagi, sama ada nasik yang rakyat Malaysia makan akan bertambah mewah, atau semakin mengikat perut. Semua terpulang kepada kepemimpinan selepas ini.
Bagi aku, dalam setiap diri manusia ada sifat kepimpinan. Cuma ia terserlah atau tidak, terpulang pada individu, tempat, keadaan dan masa. Ye la, sesetengah masa kat sekolah dulu macam gah sangat. Tapi di alam pekerjaan, some ended up as orang biasa. Kenapa ya? Ntah, macam aku cakap tadi la, mungkin tak kena tempat, masa, keadaan dan yang sewaktu dengannya.
Mungkin bagi sesetengah orang, tak perlu la menjadi pemimpin sedangkan diri sendiri pun tak perpimpin. Benarkah begitu? Sesetengah orang mungkin merasa dirinya tidak lengkap sekiranya tidak dapat menguasai orang lain atau mempunyai kuasa. Sesetengah merasa perlu untuk memimpin orang lain atas dasar tanggungjawab. Sesetengahnya pula memimpin kerana terpaksa, dan ada jugak yang terpaksa dipimpin. Anda pilih la mana satu yang anda suka.
Bagi aku, aku masih mahu belajar memimpin...

No comments: