Sunday, May 31, 2009

Terminator Salvation


Aku nonton filem Terminator Salvation semalam.

Keputusannya : Filem tu memang hampeh!!! Nyesal!!!

Misti korang nak tau kan kenapa filem tu hampeh? Aku takde la mengharapkan filem tu terlalu hebat tetapi cukup setakat menambung apa yang ditinggalkan dalam filem sebelum ini, Terminator : Rise of The Machine.

Sehari sebelum, aku tengok review dalam internet, movie ni dapat tempat kedua dari segi kutipan minggu pertama, dibawah filem Night At The Museum 2, tetapi atas dari filem StarTrek. Jadi aku dapat mengagak yang filem ni pasti tidak sehebat mana berasaskan jumlah kutipannya yang jauh berbeza dari Night At The Museum.

Then, on d way balik opis Jumaat lepas, radio pulak ada kata yang filem ni tidak la se best mana disebabkan terdapat beberapa kesilapan yang 'ntah la sama ada tak sengaja atau memang tangkap muat punya filem'.

Bila dah ngadap filem ni, then aku tengok nama pengarahnya ialah McG. So, bermula la disaster filem ni. kenapa pulak disaster? Ingat filem Charlie's Angel : Full Throttle yang juga diarahkan oleh McG? Aku dah agak jalan cerita dan aksinya yang hampeh.

Then, tepat la tekaan aku.

Tak pernahnya aku tengok filem yang berunsur perang ni yang membuatkan aku rasa macam nak tido, tapi filem ni berjaya buat aku nak tido. Jalan ceritanya yang bercelaru, tak logik dan memeningkan kepala seperti cerita ni takde fokus membuatkan aku rasa nyesal sangat nonton.

Tapi kalau korang nak pi jugak, sukati korang la. Bagi aku, memang nyesal abis!!!!

Tuesday, May 26, 2009

Malas...

Ya, sekarang tempoh yang malas nak update blog.

Tapi, tinggal sebulan je lagi sebelum blog ini menyambut ulang tahunnya yang pertama. Kira ok la tu. dulu punya la rajin nak update blog. tapi sekarang, nak baca blog pun malas. Malas atau takde masa, sama je.

hari ini sepatutnya aku cuti. dan semalam pun sepatutnya aku cuti. esok pun sepatutnya aku cuti. Tapi dengan selambadak (selamba + badak), bos panggil aku datang keje and suruh aku gi meeting. Aik!!! Banyak chanteq ekau punya muka. itu pun bukannya dia yang call, tapi PA dia. terpikir gak aku, dia ni tak tau ke aku cuti ari ni. walhal dia yang sign borang cuti aku.

sepantas kilat aku hari ni inform opis bahawa aku mau cuti jugak minggu depan. kiranya bring forward. tapi sebenarnya dah terlepas hari yang aku dah plan nak cuti-cuti (walaupun sebenarnya plan tu pun takde).

Macam mana perasaan korang kalau bos tiba-tiba panggil korang balik keje time korang bercuti? Adakah terasa seperti hanjeng? (masalahnya siapakah hanjeng itu???). Alamak! mencarut suda. Ye la, mana tak marah. Time cuti kena keje. time keje kena keje. time keje jugak nak update blog. Huahuahua!!!!!

ok la, sekadar meluahkan rasa yang tengah boring ni. banyak lak lagi keje yang belum settle. nanti la, aku dalam mood yang kurang baik. mungkin kalau dah ceria, baru aku masukkan entry yang ceria ya.

buat masa ni, layan la entry yang tak seberapanya ini...

...selamat malam.

Saturday, May 16, 2009

Pindah opis

Ya, aku pindah opis!

Pindah opis sebelah je yang baru renovate. So maknanya aku tak duduk bilik kecik tu lagi. memandangkan opis baru tu actually belum siap sepenuhnya tetapi semangat teruja untuk memasuki bilik baru amatlah membara-bara menyebabkan aku sumbat la semua barang-barang aku kat situ hari ni jugak. bila dah masuk bilik besar ni terasa kosong pulak bilik tu. dah la perabot terhad, terpaksa la bilik aku tu macam malap sangat sebab nampak terlalu lapang.

balik dari opis tadi aku pi la beli rak buku kat Tesco tu semata-mata nak letak kat opis. Kalau mengharapkan admin aku ni, maunya aku pindah opis dulu baru aku dapat perabot tu semua. semalam dengar cerita ada budak opis aku yang kena rasuk kat opis tu. reasonnya tak dapat la aku nak menyiasat dengan lebih lanjut sebab aku malas sebenarnya nak tau pasal benda-benda tu semua. kali ni kena la aku membukak bacaan ayat-ayat suci dan gantung kalimah Quran kat dalam bilik. dah la bilik aku tu yang paling jauh sekali dari pintu masuk.

(...terus mencari-cari CD nasyid dan menghafal surah-surah pendek)

hari ni amat la memenatkan sebenarnya selepas semalam aku terpaksa bertolak ke Ipoh jam 4.30 pagi semata-mata nak menghadiri meeting jam 9.00 pagi. Nasib baik sampai on time (selepas driver aku lambat datang yang membuatkan aku naik angin. lagi menambah naik angin aku bila dah dekat tu dia sesat pulak 3 kali). kononnya leepas meeting tu nak jenjalan kat ipoh, tapi sedih la bandar dia. masih macam dulu, tak banyak shopping complex. Jadi, jam 12.30 tengahari tu aku bertolak balik ke opis. sampai opis terus buat kerja sampai jam 8 malam gak (malam yang budak admin aku kena rasuk tu...). Nasib baik takde kat opis.

minggu depan dan minggu depannya lagi (2 minggu la tu), bos besar aku takde. melancong katanya. time selesema babi ni la yang ko ligat sangat pi melancong buat hape. yang paling penting ialah time keje banyak. masa tu la dia ilang. pas tu meninggalkan keje-keje yang melambak. and time ni jugak la laptop assistant aku tu kong sumer sekali isi komputer dia kong. dan time ni jugak la meeting melambak-lambak.

ntah la, aku pun bosan dibuatnya. aku dah apply cuti tapi nampaknya macam nak kena tarik balik kot sebab bos besar takde. maknanya dah 1 anggota ilang (ala, aku rasa dia ada ke, takde ke, sama je). cumanya aku mau menghabiskan keje-keje yang tertunggak dan terhutang.

esok perlu ka keopis lagi????

soalan cepuemas yang masih malas aku jawab!!!

p/s: aku mau tido...esok kita sembang.

Thursday, May 14, 2009

mood masih down

Masih lagi malas-malas hari ni.

Tambahan pulak hari ni hari Khamis. lagi la malas dibuatnya. namun, keje melambak-lambak menyebabkan aku terpaksa buat-buat rajin. pagi ni cuba la jugak buat-buat ceria tapi tak bole. what to do, keje kena siapkan jugak (walaupun lambat).

Pagi ni jugak assistant aku report untuk bertugas di tempat baru. officially out of the department. sedeh gak la sebab dia assistant pertama aku sejak aku di appoint jadi bos. more like a friend than an assistant. sekali lagi, what to do, keje kena jalan jugak.

The new assistant akan report duty petang ni. actually orang dalaman jugak yang ganti. but then, aku semacam malas pulak nak ngajor orang-orang baru ni buat masa ni. biar la dia buat familiarisation sendiri. lagipun dia orang lama. pandai la dia bawak diri. bukannya budak kecik yang aku nak ajor bertatih. dah bole berlari pun. dah ada anak yang bole berlari pun. bos jugak yang tak kawen-kawen. bila la mau mimpi kena patuk ular?????

p/s: entry di kala boring dan mood tengah down.

(AKU TENGAH BORING NIH... APA KAU NAK????)

Tuesday, May 12, 2009

Melaka x 2

hari ini aku mesyuarat lagi kat luar selepas seharian kat Melaka semalam.

Ya, 2 hari lepas pun aku mesyuarat kat melaka. maknanya aku dah 2 hari asyik ulang-alik ke melaka. aku rasa orang melaka pun dah penat tengok muka aku. dan aku pun dah muak dengan melaka. huh! semalam aku bawak driver opis, senang tak yah aku nak pikir nak drive. kitorang bertolak awal sebab masing-masing tak tau tempat mesyuarat kat mana. bertuah betol!

tapi alhamdulillah selamat tiba dan awal pulak tu. dalam meeting aku lebih banyak ketawa, senyum-senyum macam orang tak center, ntah la. cumanya perkara semalam masih mengganggu aku lagi. ye la, berita pasal assistant aku yang kena transfer. sedeh wooo...

banyak benda yang aku fikir sekarang ni. rasanya sebab tu la kot aku rasa macam nak gelak dan senyum je masa meeting ni. tak nak marah-marah kat orang. ye la, masalah aku pun adalah untuk aku je. tak nak aku libatkan orang lain yang takde kena mengena dalam hal ini. pecah rekod gak sebab hari ni bos tak sms atau call langsung. mungkin sebab esok aku yang nak kena belasah kat opis sebab asyik nak membangkang je cakap orang atas. lantak la!

hari ni jugak aku rasa hari last aku akan ada bersama dengan assistant aku selepas konspirasi penyingkiran ala-ala Akademi Fantasia berlaku kat pejabat aku nih. Ada favarotism katanya. tak paham aku. aku arahkan assistant aku supaya jangan keluar dari opis selagi aku tak bagi arahan. tapi, masa balik tadi aku berfikir panjang. sepanjang perjalanan balik tadi aku cuba buat penilaian. dan kesimpulan yang aku buat adalah untuk membiarkan assistant aku ke department baru secepat mungkin.

ala, bukannya hebat sangat pun department aku nih. yang hebat hanya kerani-kerani dan kakitangannya. yang big boss semuanya hampeh. setakat ni aku malas nak naik angin. cuba aku cool down dulu selagi aku mampu. paling-paling aku nak kuar dari department ni. Ya, aku mau keluar dari department ni untuk cari pengalaman baru. Semoga assistant aku bahagia di tempat baru...

... terima kasih segalanya.

"Kawan yang baik umpama penjual minyak wangi..."

Sunday, May 10, 2009

Maliq & D'essentials

Sekarang tengah layan lagu Maliq & D'essentials...

Album ni album lama tapi lagunya sangat best. 3 lagu yang aku minat aku posting kat sini, just untuk halwa telinga kengkawan. Sekarang mau dengar lagu happy-happy je.

Enjoy... (thanks YouTube)

ITU ADANYA




TERDIAM




SAMPAI KAPAN (FEAT CAMELIA)

Saturday, May 9, 2009

Award lagi

Ni award dari Mamawafiy.

tengkiu... asyik-asyik terima award, bila lak nak bagi award kat orang. nanti la aku bagi. tapi bagi aku semua blog yang aku baca (yang banyak mencarut ka, yang banyak info ka, yang berbulan tak update ka), semua blog tu merupakan blog terbaik yang pernah aku baca. nanti au create kan anugerah tu ya...

as for now, ini anugerah yang diterima.

thank you!

My weekend

macam-macam berlaku hari ini kat opis.


Ya, kat opis. Aku gi keje hari ni. Sejak solat subuh tadi sepertinya aku disuruh ke opis. Ingatkan nak sambung tido tapi tergerak hati nak ke opis. Ok la, aku mengalah dengan kata hati. lagipun dapat gak settle keje-keje yang tak sempat dibuat sepanjang minggu lepas (sebab asyik buat keje orang lain je).


tetiba my boss nak info urgent. So urgent sampai nak kena siap la tu jugak. Aik! Apa kes? aku pun nak start naik angin la sebab bagitau nak info hari Sabtu. dan nak info tu hari sabtu tu jugak. Ilang akal ka apa bos aku nih. Dia call aku sebab aku tak layan sms dia yang citer pasal mintak info tu. Masa tu aku dha start naik angin, suara pun suda meninggi. letak je talipon, aku start membebel. Pening staf-staf aku yang datang opis tadi sebab bila aku dah start membebel nih, segala macam carut marut terkeluar. Sampai aku cakap aku nak baling fail kat muka bos aku. Rasakan!!!!


Then aku pun seperti biasa lari sana sini cari info. Well, workaholik kononnya (padahal pemalas nak mampus). Time aku cari info tu, Dato' lak call. So, yang ni tak leh nak elak la. Nasib baik aku dah dapat info tu so sempat explain apa yang ada. Dia mintak perkara tu urgently, kena siapkan hari ni jugak (aik! macam kopi and paste je ayat bos aku, atau bos aku copy and paste ayat dato'. Ntah!). Dalam jam 2 petang, semua info selamat di bagi pada orang-orang yang berkenaan.


Kata la aku tak kat opis masa tu, sedang bergumbira jenjalan and shopping-shopping. Tak ke pedajal orang namanya tu terpaksa ke opis sebab nak cari info (di luar waktu pejabat!!!). Bukan la nak kata apa tapi jangan la sampai macam takde hari esok pulak nak bagi info tu. kiranya kalau tak dapat info tu, dunia akan kiamat.


tapi dalam geram, aku dapat jugak selesaikan tugasan. tapi tetap geram jugak sebab sediakan info tu kelam kabut. kesian assistant aku yang terpaksa jugak aku kacau untuk dapatkan info.


moral of the story, kalau korang sumer dah jadi orang besar-besar, jangan la pedajal orang macam tu. aku bole maafkan la sebab aku ni masih lagi single, bole lari sana sini dapatkan info. yang dah berkeluarga pasti lebih meluat bila dapat arahan macam ni sebab terpaksa tinggalkan famili di ujung minggu untuk balik ke opis dapatkan info (especially bila ada function bersama keluarga). kononnya nak bagi penjawat awam ni rehat tapi ujung minggu terpaksa ke opis gak. kalau sekali sekala takpe la jugak. ni almost every week.


aku malas nak pikir semua ni. sekarang aku mau layan Maliq & D'essentials... esok aku mau pi cari album dia. ada siapa-siapa bole bantu???




(gue suka banget ama ni kumpulan....)

Wednesday, May 6, 2009

Update

Dah lama dah tak update blog ni.

Kemalasan semakin menjadi-jadi. Nak kata keje banyak, memang dah banyak dah. Nak buat macam mana. Kalau nak tunggu keje surut baru nak update blog, harus la blog tidak di update sampai bila-bila. Ni pun mengambik peluang sampai opis awal untuk update blog (mati la guna notebook opis mau update blog).

Cerita pasal malas ni, sememangnya telah menjadi virus kat department aku ni. Kalah rasanya selesema babi yang sedang menular ni. Ditambah pulak dengan bos-bos aku yang gila IT ni. Asyik-asyik SMS, e-mel. Dia ingat aku ni ngadap komputer sepanjang masa nak baca e-mel dia tu yang selalunya aku tak paham apa yang dia nak.

Tak paham? Apa yang tak paham?

Ni nak bagi contoh ni. Kata la arahannya seperti ini:

Arahan : Babi korek idung.

So, adakah arahannya bermaksud begini. [Yang dalam kurungan tu adalah kaedah menginterpretasi atau menterjemahkan arahan bos. Yang merah tu adalah andaian-andaian terhadap arahan yang diberikan]:

(i) babi itu sedang korek idung. (adakah ini arahan atau sekadar makluman)

(ii) Sila pastikan babi itu mengorek idungnya. (ada aku kesah)

(iii) Adakah babi itu telah selesai mengorek idungnya? (perlukah dibantu?)

(iv) Siapa yang korek idung babi itu? (Aik! Najis tuuu....)

... dan ada banyak lagi la terjemahannya sampai satu kerja terpaksa dibuat beberapa kali sebab arahan yang tak jelas. Tu yang membuat aku begitu malas sekali nak keje.

Nak buat macam mana, dia bos. Jadi aku buat la keje serajin aku yang sedang teramat malas nih. Rasanya nak ambik cuti la. Dah lama aku tak jalan-jalan nih. Mungkin minggu depan. At least, aku bole la masukkan entry yang lek-lok sikit dari bercerita tentang virus H1N1 yang ada kat opis nih.

Chow dulu... aku mau pegi beli breakfast.

Akhir sekali... ada pesanan dari topik pagi ni...


(apa salah aku??????)