Ya, aku pindah opis!
Pindah opis sebelah je yang baru renovate. So maknanya aku tak duduk bilik kecik tu lagi. memandangkan opis baru tu actually belum siap sepenuhnya tetapi semangat teruja untuk memasuki bilik baru amatlah membara-bara menyebabkan aku sumbat la semua barang-barang aku kat situ hari ni jugak. bila dah masuk bilik besar ni terasa kosong pulak bilik tu. dah la perabot terhad, terpaksa la bilik aku tu macam malap sangat sebab nampak terlalu lapang.
balik dari opis tadi aku pi la beli rak buku kat Tesco tu semata-mata nak letak kat opis. Kalau mengharapkan admin aku ni, maunya aku pindah opis dulu baru aku dapat perabot tu semua. semalam dengar cerita ada budak opis aku yang kena rasuk kat opis tu. reasonnya tak dapat la aku nak menyiasat dengan lebih lanjut sebab aku malas sebenarnya nak tau pasal benda-benda tu semua. kali ni kena la aku membukak bacaan ayat-ayat suci dan gantung kalimah Quran kat dalam bilik. dah la bilik aku tu yang paling jauh sekali dari pintu masuk.
(...terus mencari-cari CD nasyid dan menghafal surah-surah pendek)
hari ni amat la memenatkan sebenarnya selepas semalam aku terpaksa bertolak ke Ipoh jam 4.30 pagi semata-mata nak menghadiri meeting jam 9.00 pagi. Nasib baik sampai on time (selepas driver aku lambat datang yang membuatkan aku naik angin. lagi menambah naik angin aku bila dah dekat tu dia sesat pulak 3 kali). kononnya leepas meeting tu nak jenjalan kat ipoh, tapi sedih la bandar dia. masih macam dulu, tak banyak shopping complex. Jadi, jam 12.30 tengahari tu aku bertolak balik ke opis. sampai opis terus buat kerja sampai jam 8 malam gak (malam yang budak admin aku kena rasuk tu...). Nasib baik takde kat opis.
minggu depan dan minggu depannya lagi (2 minggu la tu), bos besar aku takde. melancong katanya. time selesema babi ni la yang ko ligat sangat pi melancong buat hape. yang paling penting ialah time keje banyak. masa tu la dia ilang. pas tu meninggalkan keje-keje yang melambak. and time ni jugak la laptop assistant aku tu kong sumer sekali isi komputer dia kong. dan time ni jugak la meeting melambak-lambak.
ntah la, aku pun bosan dibuatnya. aku dah apply cuti tapi nampaknya macam nak kena tarik balik kot sebab bos besar takde. maknanya dah 1 anggota ilang (ala, aku rasa dia ada ke, takde ke, sama je). cumanya aku mau menghabiskan keje-keje yang tertunggak dan terhutang.
esok perlu ka keopis lagi????
soalan cepuemas yang masih malas aku jawab!!!
p/s: aku mau tido...esok kita sembang.
Mimi
2 years ago
No comments:
Post a Comment