Tuesday, May 26, 2009

Malas...

Ya, sekarang tempoh yang malas nak update blog.

Tapi, tinggal sebulan je lagi sebelum blog ini menyambut ulang tahunnya yang pertama. Kira ok la tu. dulu punya la rajin nak update blog. tapi sekarang, nak baca blog pun malas. Malas atau takde masa, sama je.

hari ini sepatutnya aku cuti. dan semalam pun sepatutnya aku cuti. esok pun sepatutnya aku cuti. Tapi dengan selambadak (selamba + badak), bos panggil aku datang keje and suruh aku gi meeting. Aik!!! Banyak chanteq ekau punya muka. itu pun bukannya dia yang call, tapi PA dia. terpikir gak aku, dia ni tak tau ke aku cuti ari ni. walhal dia yang sign borang cuti aku.

sepantas kilat aku hari ni inform opis bahawa aku mau cuti jugak minggu depan. kiranya bring forward. tapi sebenarnya dah terlepas hari yang aku dah plan nak cuti-cuti (walaupun sebenarnya plan tu pun takde).

Macam mana perasaan korang kalau bos tiba-tiba panggil korang balik keje time korang bercuti? Adakah terasa seperti hanjeng? (masalahnya siapakah hanjeng itu???). Alamak! mencarut suda. Ye la, mana tak marah. Time cuti kena keje. time keje kena keje. time keje jugak nak update blog. Huahuahua!!!!!

ok la, sekadar meluahkan rasa yang tengah boring ni. banyak lak lagi keje yang belum settle. nanti la, aku dalam mood yang kurang baik. mungkin kalau dah ceria, baru aku masukkan entry yang ceria ya.

buat masa ni, layan la entry yang tak seberapanya ini...

...selamat malam.

2 comments:

MamaIcha said...

amboi!!!! gi D8 rajin ya..:P

p/s : nak kerepek skitt???

gambit said...

Itu misti mau rajin. Mau kerepek, datang la opis orang yang baru ini... hehehehe