Kemalasan semakin menjadi-jadi. Nak kata keje banyak, memang dah banyak dah. Nak buat macam mana. Kalau nak tunggu keje surut baru nak update blog, harus la blog tidak di update sampai bila-bila. Ni pun mengambik peluang sampai opis awal untuk update blog (mati la guna notebook opis mau update blog).
Cerita pasal malas ni, sememangnya telah menjadi virus kat department aku ni. Kalah rasanya selesema babi yang sedang menular ni. Ditambah pulak dengan bos-bos aku yang gila IT ni. Asyik-asyik SMS, e-mel. Dia ingat aku ni ngadap komputer sepanjang masa nak baca e-mel dia tu yang selalunya aku tak paham apa yang dia nak.
Tak paham? Apa yang tak paham?
Ni nak bagi contoh ni. Kata la arahannya seperti ini:
Arahan : Babi korek idung.
So, adakah arahannya bermaksud begini. [Yang dalam kurungan tu adalah kaedah menginterpretasi atau menterjemahkan arahan bos. Yang merah tu adalah andaian-andaian terhadap arahan yang diberikan]:
(i) babi itu sedang korek idung. (adakah ini arahan atau sekadar makluman)
(ii) Sila pastikan babi itu mengorek idungnya. (ada aku kesah)
(iii) Adakah babi itu telah selesai mengorek idungnya? (perlukah dibantu?)
(iv) Siapa yang korek idung babi itu? (Aik! Najis tuuu....)
... dan ada banyak lagi la terjemahannya sampai satu kerja terpaksa dibuat beberapa kali sebab arahan yang tak jelas. Tu yang membuat aku begitu malas sekali nak keje.
Nak buat macam mana, dia bos. Jadi aku buat la keje serajin aku yang sedang teramat malas nih. Rasanya nak ambik cuti la. Dah lama aku tak jalan-jalan nih. Mungkin minggu depan. At least, aku bole la masukkan entry yang lek-lok sikit dari bercerita tentang virus H1N1 yang ada kat opis nih.
Chow dulu... aku mau pegi beli breakfast.
Akhir sekali... ada pesanan dari topik pagi ni...
(apa salah aku??????)
3 comments:
x psl2 babi jadi mangsa
jangan korek hidung depa.. bahaya. karang kena kuarantin.
Ju, at least dia tengah glamer sekarang nih...
Faruqy, masalahnya banyak yang satu spesis dengannya dalam department nih. mati la opis jadi pusat kuarantin.
Post a Comment