Ya, 2 hari lepas pun aku mesyuarat kat melaka. maknanya aku dah 2 hari asyik ulang-alik ke melaka. aku rasa orang melaka pun dah penat tengok muka aku. dan aku pun dah muak dengan melaka. huh! semalam aku bawak driver opis, senang tak yah aku nak pikir nak drive. kitorang bertolak awal sebab masing-masing tak tau tempat mesyuarat kat mana. bertuah betol!
tapi alhamdulillah selamat tiba dan awal pulak tu. dalam meeting aku lebih banyak ketawa, senyum-senyum macam orang tak center, ntah la. cumanya perkara semalam masih mengganggu aku lagi. ye la, berita pasal assistant aku yang kena transfer. sedeh wooo...
banyak benda yang aku fikir sekarang ni. rasanya sebab tu la kot aku rasa macam nak gelak dan senyum je masa meeting ni. tak nak marah-marah kat orang. ye la, masalah aku pun adalah untuk aku je. tak nak aku libatkan orang lain yang takde kena mengena dalam hal ini. pecah rekod gak sebab hari ni bos tak sms atau call langsung. mungkin sebab esok aku yang nak kena belasah kat opis sebab asyik nak membangkang je cakap orang atas. lantak la!
hari ni jugak aku rasa hari last aku akan ada bersama dengan assistant aku selepas konspirasi penyingkiran ala-ala Akademi Fantasia berlaku kat pejabat aku nih. Ada favarotism katanya. tak paham aku. aku arahkan assistant aku supaya jangan keluar dari opis selagi aku tak bagi arahan. tapi, masa balik tadi aku berfikir panjang. sepanjang perjalanan balik tadi aku cuba buat penilaian. dan kesimpulan yang aku buat adalah untuk membiarkan assistant aku ke department baru secepat mungkin.
ala, bukannya hebat sangat pun department aku nih. yang hebat hanya kerani-kerani dan kakitangannya. yang big boss semuanya hampeh. setakat ni aku malas nak naik angin. cuba aku cool down dulu selagi aku mampu. paling-paling aku nak kuar dari department ni. Ya, aku mau keluar dari department ni untuk cari pengalaman baru. Semoga assistant aku bahagia di tempat baru...
... terima kasih segalanya.
"Kawan yang baik umpama penjual minyak wangi..."
2 comments:
wah!!! peribahasa baru tue...:)
** kalo kawan yg 'baik' sgt tue umpama apa ya??? **
kawan yang baik sangat tu umpama pisau cukur... ada ciri-ciri pisau cukur tuuuu...
Post a Comment