Friday, July 31, 2009

Hari ini 31

Ya, hari ini 31.

31 Julai dan umur yang empunya pun sudah 31. Sudah aku celebrate birthday aku kat opis hari ini. Meriah jugak. Ye la, bersekali dengan jamuan orang kawen (yang orang tu pun sebenarnya dah mengandung pun nak tunggu menetas, baru nak belanja kesyukuran kawen). Juga untuk mengucapkan terima kasih pada sorang officer kitorang yang akan berhenti kerja untuk melanjutkan pelajaran.

Kalau rajin aku akan upload gambar. buat masa ini, aku malas.

p/s: Sebenarnya entry ini sudah lama di taip. Cuma baru dapat upload sebab busy. Udah tua ni busy sikit. Chow!

Thursday, July 30, 2009

Malatops!

Hari ini aku malatop depan bos.

Namun malatopsnya tidak ka gedebush sangat sebab aku masih dapat lagi control marah aku yang membuak-buak nih.

Hish! Udah nak masuk senja ni pun ada lak nak sentap-sentap. Tapi yang penting aku sudah malatops hari ini dan aku pasti aku akan malatops lagi lain kali.

Bos, saya memang suka malatops!!!!

Wednesday, July 29, 2009

1 year old

Sedar tak sedar, blog ini sudah pun mencecah umur 1 tahun.

Begitu cepat masa berlalu. Ya, Selamat Ulang Tahun Pertama blog ku yang tak seberapa ini.

Bagi yang masih sudi menjenguk, terima kasih. Enjoy la my virtual cake untuk uols.... Hehehehe


Friday, July 24, 2009

Sunyi

Ya, hari ini amat sunyi kat opis.

Takde la sangat sunyi tapi kurang sikit sebab majoriti dari orang-orang kat opis pi bersantai kat Tioman. OK, kenapa aku tak ikut? Sebab aku malas nak ikut!!! Aku malas nak pi bercuti di tempat jauh-jauh and at the end of the trip, penat nak mampus and then terpaksa kerja the next day. Mintak cuti? Tak bole sebab aku menanggung keje.

Pagi tadi aku menyelesaikan beberapa tugas tertunggak yang tak dibuat oleh assistant aku (thank you but no thank you). Nak aku jugak yang buat benda tu. Petangnya aku meeting ayam. Meeting yang aku rasa takde pun hasilnya yang bole dibanggakan. Oh ya, member aku dari Sarawak datang melawat aku kejap kat opis tetapi terpaksa aku hantar ke Alamanda sebab aku nak hadir meeting. Anyway dia kata dia tak pernah ke sana so aku just drop him kat situ and chow. Lain kali kita jenjalan ya.

Esok aku tak tau lagi nak buat apa. mungkin nak sambung lukisan minggu lepas tu. kalau ready, minggu depan aku bole bawak pi opis untuk digantung dalam opis. Aku masih lagi mencari bahan untuk melukis guna akrilik ni. Esok mungkin aku akan cari kat net. malam ni aku malas sesangat. Sampai umah, lepas mandi aku lelap dalam 5 minit sebelum perut berkeroncong mau mintak diisi.

Mungkin esok akan ada entry yang lebihi menarik? Mungkin, aku harap mood akan berubah pagi esok menjadi lebih ceria.

Selamat malam...

Thursday, July 23, 2009

Tioman? No thanks

Esok majoriti orang-orangan kat opis aku akan ada retreat kat Tioman.

Aku tak ikut, sengaja tak ikut sebab aku malas. Hari ni pun aku malas sebenarnya sebab banyak tenaga dihabiskan untuk aku lawatan tapak dan menguruskan hal-ehwal yang menggunakan kepala hotak aku yang memang sedia pening ni.

Hari ini gaji tetapi tidak sedikit pun menggembirakan aku sebab takde mood langsung ni. Ntah la, aku rasa seperti mau joging saja hari ini tapi aku tak tau lagi. Semua tak tau, macam mana nak tau pun aku tak tau.

Huh, korang layan je la entry orang yang tengah boring nih. oh boring cepatla kau ilang!!!

Layanan Buruk AMBANK

Memang nak marah ngan AMBANK ni.

Dah la layanan buruk nak mampus, operator lak asyik transfer call dari satu department ke satu department. Bukannya dia nak tanya apa masalah baru nak transfer ke department yang betul. Ni bila aku dah penat cakap, baru kata " encik tolong berhubung dengan department ni ye, sebab department saya tak handle perkara ni." Senang je jawapan ko ye.

Takpa, aku pun dah e-mel pada management dia yang aku dah tunggu 30 minit nak dapatkan layanan dari AMBANK. Pas settle semua urusan kewangan kat situ, aku nak tutup je la akaun aku kat AMBANK tu. Bukannya nak senangkan orang. nak nyusahkan orang ada la. Tau nak untung je. Ni baru sorang menyumpah ko, kalau dah genap 40 orang, harap-harap ko lingkup la sebab asyik dok naya orang.

PERIOD!!!

Tuesday, July 21, 2009

Pizza Hot

Entry ini hari Ahad yang lalu punya tapi aku saja nak masukkan.


Aku teringin sangat nak makan Pizza hari tu so malam jam 9.15 aku order la Pizza Hut delivery. Cara dia ambik order tu sepertinya nak anta on the spot tu jugak. So, kira punya kira semua sekali Rm47.15 dan setengah jam lagi sampai. OK la, so aku sempat makan nasik dulu la.

Then 9.45pm takde lak delivery tu sampai, cuma bila call balik kat Pizza Hut center tu dia mintak mahap sebab katanya tak dapat hantar dalam 30 minit so aku layak dapat rebat. Dia suruh aku mintak kupon diskaun RM5 dari penghantar pizza tu. Ok la, katanya dalam 15 minit akan sampai aku punya order.

Then lagi, jam 10.15 pm, Cik Siti dari Pizza Hut Seremban call mintak maaf. Katanya aku punya order tak masuk dalam sistem dan sebenarnya aku tak order apa-apa pun.

APA?????? (time ni la jenama Pizza Hut tu jadi Pizza Hot!)

Dia kata semua rider dia takde kat restoren sebab tengah anta pizza so dia akan pastikan pizza aku sampai jugak. Ni aku tak tau la sama ada order aku tak masuk ka atau diorang yang tak cukup tangan nak ambik order ka atau memang pemalas nak anta piza. Dengan nada marah, aku iya kan je la apa yang minah tu cakap. Nasib baik masa tu aku takde la nak ngamok sakan sebab dah kenyang makan nasik sebelum tu. Kalau tak, maunya minah tu makan serapah.

Tunggu punya tunggu, jam 10.45 pm baru pizza aku selamat sampai. Mintak kupon RM5 yang dia cakap tu and budak piza tu kata dia tak tau pun pasal tu. Tapi since dia tau dia lambat anta, dia bagi diskaun RM5.

Moral of the story, kalau tak cukup tangan nak buat keje, tak yah la nak ambik tanggungjawab banyak-banyak.

p/s: memandangkan pizza yang dihantar tu masih lagi berasap, dengan pantasnya melahap apa yang ada. Chicken Masala dan Super Supreme, nyam! nyam! nyam!

Sunday, July 19, 2009

Tiada kontroversi

Sejak semalam banyak yang memberi komen pada aku pasal isu semalam.

Tajuk 'wanita oh wanita' tu la, apa lagi. Kebanyakan yang memberi komen adalah melalui SMS, sebab takde blog. Well, terima kasih atas komen tu. TIADA KONTROVERSI, OK. Sekadar bagi pandangan je. Kalau ada yang terasa, aku mintak maaf ya. Tapi nak komen gak pasal ada orang suruh aku cari awek lain sebab aku ada mention yang awek aku sekarang ni kuat cemburu. nanti nyesal, katanya. Yang tu korang tak nak mintak maaf ke? Apapun, itu pandangan korang. Aku biasa saja.

OK la, udah abis kontroversi. Hari ini aku kat rumah je. Tak tau nak buat apa. Hari ini aku mungkin mau buat lukisan yang dah lama tertangguh tu. Mungkin...

Saturday, July 18, 2009

wanita oh wanita

Semalam aku bersembang dengan sorang member nih.

Baru kawen, jadi dia dok bergayut je sejak aku jumpa dia petang tadi. Sesekali dia tanya aku pasal beg tangan yang aku beli untuk mummy last month sebab dia mau beli satu untuk dia punya wife. Well, baru kawen kan. Jadi misti la beli itu, beli ini. A happy couple...

Dah off enset, kami sembang la. Then few minutes later, ada sms masuk. and another sms masuk. then muka member aku pun dah jadi tak ceria. Ingatkan pasal apa, rupanya pasal dia punya wife.

Oh, ok.

At first malas mau kacau, but aku tengok member aku tu dah macam kena panggang. Berasap-asap gak telinganya, tak senang duduk. So, dengan tabiat yanbg memang suka menyibuk ni aku tanya la apa yang buat dia jadi macam tu. Layaknya seperti orang kena sembelit. Then dia cakap sms tadi dari dia punya wife.

Oh, ok.

So aku dah malas nak kacau la sebab ni hal rumahtangga orang. Tapi dia tunjuk jugak sms dari bini dia tu. Bunyinya something like this:

"Kau mengumpat aku tadi dengan siapa? Jaga kau, nanti aku minta cerai" (ayat asal diubahsuai bagi mengelakkan sebarang implikasi).

Then aku pulak yang terkedu. Apa halnya lak ni? Aku tengok muka member aku ni dah lain macam (macam ala-ala nyesal sikit...hehehe). Aku cakap aku tak nak campur. Biasa la, orang pompuan kuat cemburu, kataku. Tapi jauh disudut hati aku nak bagi komen sikit.

Aku tak tau orang perempuan ni perangainya macam mana. Takkan la bila dengar suami dia bercakap dengan orang lain semasa dorang bersembang terus naik angin dan mau mintak cerai. Aku respek member aku ni sebab dia jenis bukan panas baran (nampak macam bukan walaupun aku tengok dia suda naik hantu masa tu). Tapi aku yang baca sms tu pun boleh naik angin bila baca sms macam tu, inikan pulak suami dia.

Aku malas nak komen since aku single lagi. Dan aku tau bakal orang rumah aku memang kuat cemburu. Macam mana aku tau? Sebab dia secara jujur bagitau aku masa aku tamat latihan askar dulu. Dia rasa kurang senang tengok aku bersembang dengan kawan-kawan perempuan aku yang lain. Bila dengar macam tu, aku pun dah start rasa tercabar sedikit, dengan harapan bahawa dia boleh menerima keadaan seharian yang memerlukan aku berinterkasi dengan orang lain. Aku tak salahkan dia, malah berterima kasih sebab berterus terang. Cuma dia perlu faham bahawa tidak semua lelaki dapat menerima keadaan seperti itu.

Bagi member aku tu, harap dia banyak bersabar. Belum pun setahun jagung kawen dah ada cabaran (dicabar oleh bini sendiri lak tu).

Bagi aku lak, masa ni la aku belajar dari masalah orang lain. Sebab bila naik angin (especially orang panas baran macam aku ni), masalah yang kecil boleh jadi besar. Dan wanita mungkin patut tau yang sesetengah lelaki pantang dicabar. As for my friend, dia mungkin boleh tahan lagi cabaran tu (for now). Jangan la jadi macam gunung berapi, diluar nampak tenang, di dalam menunggu masa untuk meletup.

Wahai wanita, kalau suami korang adalah orang yang korang tunggu-tunggu selama ini, jangan la bila sudah dapat, kamu mau cabar dia dengan itu dan ini. Dia juga perlukan kamu untuk menyejukkan hatinya. (jiwang la pulak).

Anyway, korang la sendiri yang tau nak bawak ke mana perjalanan hidup korang.

Chow...aku mau dating.

Friday, July 17, 2009

Harry Potter (movie review)

Aku dah tengok Harry Potter & The Half Blood Prince semalam.


Well, since aku bukan la peminat mati tegar (diehard fan) jadinya aku tak seberapa mau enjoy itu movie. Lagipun duration movie yang terlalu panjang iaitu 155 minit, membuatkan aku macam mau tido. Tapi movie tu semacam di create bila masa korang terasa mau tido je dia start dengan adegan yang hangit.

So far, movie Harry Porter yang aku tengok selain yang ini ialah HP: The Prisoner of Azkaban. Selainnya kurang menarik minat aku. Tambahan pulak masa movie tu keluar, Lord of The Ring pun keluar sekali jadi tumpuan lebih diberikan kepada LOTR compare pada HP.

Tetapi kepada peminat HP, bole la korang enjoy movie ni sebab korang tau ceritanya. Pada aku, aku tengok movie ni for the sake of watching it. Nothing more...

Wednesday, July 15, 2009

Makin malas & Noodle Station

Aku jadi semakin malas sejak akhir-akhir ini.

Ntah la, aku pun tak tau la apa sebenarnya menjadi penyebab. Mungkin jugak sebab aku sendiri yang meemang dah jadi pemalas. Adakah keadaan yang menyebabkan aku jadi malas, aku memang aku ni dah jadi pemalas?
Malasnya aku fikir (ni malas lagi).

hari ni banyak yang aku diskusikan dengan bos. Diskusi yang ok-ok aja gitu. Aku coba cari mood bekerja hari ni, ternyata pagi aku agak bersemangat sikit. naik tengahari, aku jadi semakin malas. malas... malas lagi...

Tengahari tadi aku lunch kat Noodle Station Alamanda. Perancangan awal nak makan kat McD tapi memandangkan restoren tu yang aku jumpa dulu so aku makan kat situ. Aku order wantan mee tomyam with seafood (iye ke, aku pun tak hingat) sebagai menu utama dan Ice Age sebagai minuman.
(mee tomyam tu...gambar ambik kat web je. malu nak snap kat kedai)
(Ice Age katanya...reminds me of my AGE)
Bagi aku, makanannya biasa-biasa saja. minumannya agak superb, blackcurrent blended campur soda. Ok la jugak kot. Tapi apa yang menyedihkan, service kedai tu hampeh. Sebabnya:
i. kedai tu service very the lembap walaupun banyak pekerja. kitorang sampai lewat, walaupun restoren tu hampir penuh. ramai orang tengah tunggu makanan. aku ngan fren makan makanan yang sama. nasib baik ambik menu yang sama kalau tak sampai bersawang pun makanan tak sampai. aku ambik kes sekumpulan pompuan yang duduk sebelah kitorang. dorang sampai dulu tapi sampai kitorang selesai makan, makanan dorang pun tak sampai lagi. (walaupun aku tak suka sangat ngan perangai pompuan tu tapi kesian gak tengok dia. dalam ati, rasakan ngko!!!)
ii. cara pekerjanya layan customer terutamanya customer yang lambat dapat makanan tadi. sungguh tidak profesional. Dia just keluar masuk kitchen tu tapi tak bawak apa pun. tup-tup aku tengok dia dah ada kat luar kedai bersembang.

iii. customer yang datang kemudian dapat makanan dulu. kalau aku jadi customer yang dapat makanan lambat walaupun aku datang awal, harus la aku mengamok tak hingat punya.

So, kalau aku nak makan lagi kat situ, aku akan fikir 400 - 500 kali. Oh ya, portion makanan dan minumannya pun tak berbaloi dengan harganya. My mee goreng tomyam tu cost dalam RM8++ dan minuman pun dalam average harga makanan tu. gelasnya tinggi tapi kurus. aku agak, isinya takde la banyak sangat. So, not really value for money kalau ajak kengkawan makan kat situ.

Apapun, harap kalau aku makan sana next time, aku tak hadapi masalah yang sama.
Moral of the story, kalau nak dinner kat sana, order makanan masa time lunch OK.

Tuesday, July 14, 2009

1 week

Dah seminggu adik-adik aku balik.

Tapi rindunya masih belum hilang. Malam selasa ada pasar malam kat tempat aku. Minggu lepas adik-adik ku sempat jugak ke pasar malam ni untuk beli makanan. Malam ni aku terasa malas pulak nak ke pasar malam. ye la, teringat kat diorang berdua tu.

Tadi aku singgah Giant, beli kertas warna. Nak framekan gambar yang kitorang ambik kat Aquaria KLCC hari tu. Setelah gigih menggunting dan bertukang, akhirnya siap gak hasil seni yang tak seberapanya ini...


esok nak bawak ke opis, nak gantung pada tempat yang sesuai.
Betapa aku rindu pada mereka sekarang ini...

Sunday, July 12, 2009

Kanvas

Aku sedang menghadap kanvas ni.


Dah 3 minggu aku beli tapi belum ada setitik warna pun yang aku tenyeh atas kanvas tu. Niat di hati memang nak melukis tapi apa yang nak aku lukis, aku pun tak tau. Inilah pertama kali aku mewarna menggunakan medium akrilik, aku tak tau rupanya macam mana, tekstur nya macam mana. Dan apa hasilnya bila aku cuba menggunakannya.

Ada beberapa lukisan yang aku tengok dalam internet yang dihasilkan menggunakan akrilik. Hasilnya seperti warna air biasa. berbeza dengan cat minyak yang nampak lebih susah dan kompleks untuk dibuat.

Tapi takpa, aku akan cuba jugak buat yang mana aku mampu. Hasilnya ntah macam mana, tapi kalau buruk mana sekalipun, itu adalah hasil seni, especially seni aku sendiri.

Kita tunggu ya...

Saturday, July 11, 2009

My heart and soul

Ingat tak minggu lepas aku kata adik-adik aku nak datang semenanjung?

ya, mereka dah datang, dan sudah pun balik kampung Rabu lepas. Sepanjang 5 hari diorang disini, tak banyak tempat yang kami pegi sebab time is very limited. Just sempat bawak diorang pegi KLCC, Aquaria dan Melaka (naik menara Taming Sari).

Baju raya semua dah beli jadi this year InsyaAllah beraya sakan la diorang dua. Aku sendiri pun tak beli lagi baju raya nih.

Apapun, aku dah rindu balik pada diorang.

(jantung hatiku sedang khusyuk tengok kekura buaya yang ada kat Aquaria KLCC)

Ice Age 3 - Dawn of the Dinosaur

KELAKAR GILA!!!!

Itu la yang aku rasa disepanjang aku menonton movie ni. Seluruh panggung pun gelak dari awal hingga akhir. Rasanya antara kesemua siri filem Ice Age ni, yang ni la yang paling kelakar sekali. Kalau korang nak release tension, tonton la filem ni.

Berbaloi-baloi!!!

Ayu OIAM (Inspirasi)


Aku dah seminggu dengan album Ayu Damit (OIAM) bertajuk Inspirasi.

apa yang boleh dikatakan, album ini memang bagus. Bukan la nak puji orang kampung sendiri tetapi lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini amat berbaloi untuk mendengarnya.

Album ini dimuatkan dengan 9 buah lagu, termasuk lagu Hanya di Mercu. Lagu pertama album ini, Inspirasi Abadi dijadikan salah satu lagu iklan kat TV (kalau tak silap aku). Lagu rancak, Ku Peluk Dunia lagu yang sangat chicky, sesuai dengan vokal Ayu yang tak berapa tinggi. Senarai lagu-lagu dalam album ini ialah:

Inspirasi Abadi
Ku Peluk Dunia
Hanya Di Mercu
Cinta dan hidup
Menjadi Ayu
Ku Miliki Abadi
Hanya Kita
Alam Asmara
Janji Kita

Oh ya, jangan la mengharap Ayu akan mempamerkan lagu yang bernada tinggi sebab tiada lagu yang semacam itu dalam album ni. Album ini mempamerkan suara Ayu yang biasa-biasa saja, secara jujurnya suara Ayu dalam album ini begitu 'jujur'. Takde la yang terover maknanya kalau dia nyanyi live pun tak semput (macam sesetengah penyanyi, dalam album punya la tinggi, nak nyanyi live tak sampai).

Aku suka lagu Hanya Kita yang berentak balada. Selain tu, lagu duet Janji Kita juga tidak menghampakan. tapi aku tak dapat cam suara penyanyi lelaki yang berduet dengan Ayu dalam lagu ini. Mungkin Nabil (Mentor).

OK la, bagi aku, album ini deserve 4 bintang untuk penyanyi baru sepertinya.

Semoga Ayu tetap sukses selalu.

Thursday, July 9, 2009

Tag oleh Jijix

OK la, selepas lama menghilangkan diri, baru muncul dan terus menjawab tag.

Actually very busy melayan kerenah adik-adik yang datang dari Sabah. Nanti la baru aku cerita pasal semua itu. Buat masa ini, kita konsentrat pasal menjawab blog:

1. Bekas kekasih saya adalah : -> sebenarnya tiada sebab saya masih setia pada yang satu...

2. Saya sedang mendengar :-> lagu dari Album Ayu Damit (pemenang 1 in a million musim kedua). Very the best!

3. Mungkin saya patut:-> berambus dari department yang sedang diduduki sekarang bagi mengelakkan masalah mental.

4. Saya suka :-> henfon baru... atau kalau orang bagi saya henfon baru (ini lagi suka!!!)

5.Sahabat-sahabat baik saya :-> selalu membuatkan saya pening kepala sebab dorang terlalu baik perangai!

6.Saya tak paham :-> kenapa la bos saya kekadang macam orang bengap.

7.Saya kehilangan :-> seorang assistant yang baik hati walaupun...

8.Ramai yang berkata :-> aku sombong, tetapi ADA AKU KESAH???

9.Makna nama saya :-> Brave Soldier. Macam ada persamaan pulak

10.Cinta itu adalah : -> satu perkataan yang banyak makna.
11.Di suatu tempat, seseorang sedang :-> menggodek-godek my henfon. jakun!
12.Saya akan cuba :-> untuk merajinkan diri yang telah semakin malas ini.
13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :-> infiniti...

14.Telefon bimbit saya :-> iPhone 3G, Samsung F480, Nokia N73, CSL... Coming soon is Blackberry and Acer. Terus boleh buka kedai enfon.

15.Bila saya terjaga dari tidur :-> saya terus bangun la.

16.Saya paling meluat apabila :-> ada orang yang eksen ndak bertempat.

17.Pesta/Parti adalah :-> time untuk berseronok (kononnya) tetapi diakhirnya berduka sebab abis duit.

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :-> seekor kucing. tetapi masalahnya selalu ditemui, bukan pernah ditemui.

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :-> 19 sebab pertama kali menjejakkan kaki ke Semenanjung (jakun lagi!!!)

20.Hari ini :-> saya sangat penat sebab banyak kerja.

21.Malam ini saya akan:-> tengok wayang.

22.Esok pula saya akan :-> kerja...kerja...kerja... (macam kau Jijix)

23.Saya betul-betul inginkan :-> sebuah kehidupan yang aman (sekarang ndak aman sebab banyak gangguan dari bos)

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :-> kononnya boleh berubah menjadi lebih ensem tetapi kekal seperti sedia kala sejak 30 tahun yang lalu.

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :-> Pusat membeli belah yang ada arked permainan. (sebenarnya tak perlu arked permainan sebab ada PSP)

26.Makanan Barat atau Jepun :-> Barat, sebab ada darah campuran barat (perasan!)

27.Bilik yang terang atau gelap:-> terang sebab saya suka keadaan yang cerah dan ceria.

28.Makanan segera adalah :-> makanan yang perlu dihabiskan dengan segera!

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?-> Thank you!

Owh! Begitu penat sekali menjawab tag. Semua yang membaca please kalau rajin jawab ini tag ya.

Friday, July 3, 2009

Tak sabar!!!!

Ye, tak sabar rasanya.

2 orang adik aku akan sampai sini malam ni. Yang bongsu dan second bongsu. Semua gara-gara abangnya ini yang sponsor tiket pergi balik. Kalau tak berterima kasih lagi aku tak tau la mau makan pelempang adik-adik aku ni.

Tapi, aku risau gak sebab ni la kali pertama diorang naik kapal terbang. Semalam dah bagi instruction dah apa nak buat, nak pi mana, dan segala bagai. Aku harap semua OK. Memang la diorang bukan budak kecik lagi tapi first time travel jauh dari rumah, especially dari Sabah. So, a bit worry gak.

Anyway, tak sabar jumpa diorang. Malangnya tak plan lagi nak pi jenjalan mana. Ya, petang ni mesti plan...

... it's Friday dan bayu hujung minggu telah bertiup kencang.

Cepat la jam 5.30 petang, aku mau pulang!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, July 1, 2009

Blues

Keadaan pejabat tidak seperti biasa.

Ya, mungkin sebab aku sudah menghantar e-mel pada bos-bos aku yang aku ada intention nak berpindah keluar. So far, none of the bosses call me for a discussion especially on this matter. Semuanya nampak monyok. Bukan hari ni je monyok. Selalu monyok dan kelam kabut. Semuanya nampak kelam kabut lagi hari ini. Ya, seperti selalu.

Semalam aku hantar member aku ke KLIA. Dan seperti biasa aku mau lekat kat kedai perfume itu untuk membeli wangian yang menjadi idaman kalbu. Last Sunday aku beli Dunhill Pursuit. Ya aku tau itu perfume lama tapi sebab ada promotion jadi aku beli. Lagipun baunya so sofistikated...

...and while kat KLIA semalam aku ke kedai Bonia lagi. this time aku cari sesuatu untuk diri aku sendiri. Ya, dompet yang aku pakai ni dah mula menampakkan benang-benang kasih. Dah nak koyak la tu. Aku sayang sangat dengan wallet aku yang sedia ada ni sebab aku beli dengan duit biasiswa pertama aku kat Universiti (abis la pecah tembelang pakai duit biasiswa beli dompet). Masa tu tahun 1997, jadi bayangkan betapa lama aku pakai dompet tu.

Dompet tu jugak la teman aku masa dalam utan untuk latihan tentera (bawak dompet pi hutan, apa motif???). Dompet tu jugak la teman aku masa aku lemas masa latihan rentas sungai dengan pelampung rumput kering. Dompet tu jugak la yang aku isi dengan duit gaji aku setiap bulan. Jenama Crocodile, memang worth beli dengan harga RM89.99 dulu. Dompet tu la dompet paling kecik yang ada kat kedai tu. Siap gaduh dengan member pasal berebut nak beli dompet tu.

Itu cerita lama, sekarang aku dah beli dompet baru. Tapi dompet baru tu dalam kotak lagi sebab hati masih tak nak berpisah dengan dompet lama. Biar la dompet baru duduk lama sikit dalam almari tu. Bila yang ada ni dah koyak rabak, baru aku beli. Ala, daddy aku pun ada habit yang sama. Dia masih setia dengan dompet yang dia pakai masa dia mula-mula kawen dulu. Dompet tu masih ada sampai sekarang...like father, like son.

Oh ya, lepas ke Bonia aku ke Body Shop. Saja tengok2 (kononnya...). Then, terberkenan pulak dengan perfume nih. Aqua Lily namanya. Since lama tak beli perfume kat Body Shop, terus la grab 1. Then beli sekali dengan shower gel dan shower bud (betul ke shower bud???? Sila rujuk gambar yang disertakan). Anyway, satu sebab lagi kenapa aku beli ialah sebab warnanya biru.


Then, malam aku baru balik dari Jusco Seremban 2. Beli majalah. Kat back cover issue, ada la dia bangkitkan benda-benda istimewa yang berlaku bulan Julai ni (besday ka???). Salah satu benda yang dirujuk ialah:

"birth flower of July is the Lakspur or the Water Lily"

Kebetulan kan!!! Patut la tergerak hati nak beli barang kat Body Shop. sekarang ni ligat pakai perfume Aqua lily tu walaupun nak tido. Mana tau mimpi malam ini adalah mimpi indah.

Semoga korang juga mimpi indah malam ini.

Selamat malam...

Kelawar

Di tepi tingkap pejabat aku ada sepohon pokok yang rendang.

Dan dah seminggu aku tengok seekor kelawar bertenggek kat pokok tu, tido. Ye la, dia biasanya kuar malam je untuk cari makan. Siang hari dia tido dengan kepalanya kat bawah dan kakinya bertenggek kat atas. Kekadang aku tertanya gak, nape dia duduk situ (i mean, tido situ) sedangkan banyak lagi tempat lain yang dia bole pi tido.

Then...

...baru aku terfikir. Falsafahnya, walaupun hidup ini tunggang terbalik, dunia akan tetap berputar ikut paksinya.

p/s: Moral of the story, jangan la terasa diri amat hebat sangat. Takde ko pun, keje tetap jalan.