Saturday, August 15, 2009

Pullman @ Putrajaya Lake

Semalam aku tido kat Pullman Putrajaya.


(the room)

Courtesy member yang menang tiket cabutan bertuah. Jadiknya aku yang bertuah sebab dapat tido kat sana sebab dia tak sempat nak pi. Well, dari jauh hotel tu nampak gah. Memang gah. Sampai dalam tu kira bole sesat gak la sebab bangunan dia agak berbelit-belit. Nak cari bilik 1 hal punya susah. But nasib baik pekerjanya agak ramai dan sangat ramah, sentiasa membantu guests yang selalul sangat sesat dalam kawasan hotel tu.


Aku sampai agak malam sebab dari opis aku terus ke sana. Keadaan bilik tidak semacam bilik hotel lain yang aku pernah pegi, suram dan kelam. Tapi dalam bilik hi Pullman, ia terang dan banyak lampu. Yang paling penting, banyak bantal. Dari besar ke kecil, semua ada. dan paling penting, empuk pulak tu. harus terus tido aje bila landing.


(the bath)


Bilik agak kecik la sebab nak solat tu ruang yang ada cukup-cukup je. Harga bilik semalam (tanpa voucher menang cabutan bertuah ialah RM260++). Bilik yang paling murah. Tapi at least merasa jugak tido kat Pullman.


Cumanya bila menyebut pasal hotel-hotel kat Malaysia, memang akan ada masalah dari segi workmanship dan maintenance. Hotel itu baru, yes. Hotel itu cantik (dari jauh), yes. Dan bila pegi dekat-dekat banyak kecacatannya (yes, yes and yes). pintu toilet dah susah nak ditutup. dan kalau nak tutup kena tolak kuat-kuat. bunyinya pulak kuat sangat sampai bilik sebelah pun boleh dengar (aku tau sebab bila bilik sebelah tutup pintu, aku pun dengar sekali). yang paling penting, bila pekerja-pekerja tolak troli kat laluan depan bilik, bunyinya kedengaran sampai bilik. Dah la dorang keje tengah malam, jadi bising sangat kat area laluan depan bilik tu.


Huh, malas la aku nak ulas panjang-panjang. kalau korang nak merasa tido sana, silakan. pemandangan yang cantik akan membuatkan korang lupa semua ulasan yang tak menarik seperti di atas tu...


Chow!

Monday, August 10, 2009

Risau

Ya, aku tengah risau.

Adik aku yang study kat Poli tu tengah demam, batuk dan selesema. Ya, simptom penyakit natang berhingus tu. harap-harap bukan, na'uzubillah. Dia kata dah pi hospital. Bila masa nak buat saringan, suhu badan dia dah turun, tak tinggi seperti penyakit tu. Jadinya, hospital suruh dia pi klinik biasa je untuk dapatkan ubat. Tadi adik aku dah kena marah ngan aku. Esok aku suruh dia pi hospital lagi. kali ni kalau doktor tak buat saringan jugak, nak lapor ngan Menteri Kesihatan la jawabnya. ntah la, malaysia macam tak ambil pusing penyakit ni. La ni dah 27 orang meninggal pasal penyakit tu. tapi pak menteri semua kata semua masih dalam kawalan. Kawalan kepala hotak kau!

Kalau dalam kawalan, kenapa dah 27 orang dah meninggal? kenapa banyak lagi orang yang kononnya kena kuarantin tapi masih lagi pi jenjalan kat shopping kompleks? Ntah la, rakyat Malaysia ni bukannya sikit tapi dengan jumlah yang mati tu kalau banding dengan negara lain nampak macam banyak je. pegawai atasan kerajaan pulak sibuk nak buat laporan ini dan itu tapi macam takde apa yang berlaku je. yang mati bukannya makin sikit tapi bertambah. jangan ada menteri yang tetiba kata "ini kes terpencil" udah le. Maunya terpencil kepala hotak ko kang.

Aku dah mintak adik aku minum air kelapa banyak-banyak dan telan kurma. Ntah mana punya saranan ni aku pun tak ingat tapi apa salahnya mencuba. katanya kalau badan lebih alkali, penyakit tu susah nak datang. tapi ini semua kuasa ALLAH, kita hanya mencuba je. Lagipun kalau dia telan semua tu, at least dia kenyang gak, ye tak.

hari ini bos cari aku sebab setengah hari tadi aku tak ngadap dia. ingatkan nak pecah rekod je hari ni aku tak perlu ngadap bos tapi hampeh. akhirnya ngadap jugak ngan dia. tapi hari ni nampaknya dia slow down sikit. mungkin sebab dia nampak aku macam nak naik hantu agaknya pasal kes minggu lepas. atau mungkin kini dia perlu lebih berhati-hati sebab dah banyak 'peluru' yang perlu disemburkan kembali pada dia kalau dia silap langkah. malas aku nak layan...

masih risau lagi pasal adik aku. harap-harapnya takda apa, insya ALLAH... kengkawan doakan ya.

Selamat malam semua. aku mau baca buku.

Sunday, August 9, 2009

G.I Joe (Movie review)

Hebat!!!

Bagi aku, movie ni antara salah satu movie Sci-Fi yang paling hebat tahun ini. jalan ceritanya ok la, takde la sehebat mana. Aku sememangnya tak mengharapkan jalan cerita yang bagus sebab normally filem peperangan ni sama je kaedahnya. jahat lawan baik, baik lawan balik dan at the end yang baik akan menang.

tapi yang paling menakjubkan teknologi yang diperkenalkan dalam filem ni dari segi peralatan perang dan kaedah peperangannya. Aku tak berapa ingat karektor-karektor kartun dalam G.I Joe yang asal sebab berbanding Transformer, aku minat cerita berunsur robot masa tu. (masa tu belum terfikir sangat nak jadi askar). Tapi melihatkan movie ni, rasanya nak tengok lagi kali ketiga, keempat, kelima dan seterusnya.

Pada sesiapa yang minat filem peperangan tenkologi tinggi, pi la tengok. Walaupun sesetengah teknologi yang dipaparkan mungkin masih belum ada, tetapi imaginasi untuk menghasilkan teknologi sedemikian sesuatu yang patut diberi pujian.

Cuma kalau diperbaiki dari segi CGI nya, filem ini pasti akan lebih teratur dan realistik.

Selamat menonton.

Bagi aku, filem ini layak : 4.5 bintang dari 5 bintang.

PAC@Tganu

Ya, aku menjadi panel temuduga pegawai kat Terengganu.

Sebelum pegi tu, insiden pujuk memujuk dengan bos aku yang tua tu. First, pujuk dia samada aku bole pi ke tak. At first, tak bagi. Then bagi gak. Pas tu pujuk lak nak pakai keter opis, katanya tak bole bagi sebab takut kalau ada apa2 berlaku on the way, susah menjawabnya nanti. Lagipun kereta tu purposely untuk projek ***. Tak bole digunakan untuk tujuan lain. Aik! Yang dia pakai untuk hantar dia pi meeting tu bole pulak. Takpa, nanti lain kali kita gaduh lagi naa...

Mendengar hujah bos aku yang tak masuk akan a.k.a macam celaka tu, aku pun drive ke Terengganu. This is the first time Savvior aku drive jauh. Da first time aku drive ke terengganu. Sempat ambik Anum and her friend sebagai teman yang jugak ahli panel temuduga.

Bertolak jam 1.30 petang. kitorang sampai sana dalam jam 6.30 petang. Alhamdulillah, selamat tiba dan Savvior pun tak buat hal sangat. Malam tu dah start aktiviti. Dan malam tu jugak aku dapat tau pergolakan politik opis aku dan perancangannya terutama sekali dari segi pertukaran pegawai. Merasa la bos aku.....

Seramai 5 panel dan 60 peserta yang ditemuduga. Susah sebenarnya nak pilih diorang ni sebab semua dah keje dalam 1 tahun dan mahir selok belok temuduga kerajaan ni. In short, diorang memang dah sedia. Jadi, sesapa yang dapat kat aku ni semua dapat markah tinggi. Kesian ya, bila dapat tau yang tak layak akan ditamatkan kontrak.

Aku awal-awal lagi dah bagitau budak2 tu yang aku tak suka judge orang. tapi dah tugas aku hari ini untuk memilih yang terbaik dari kalangan yang terbaik. entah la, sepanjang sesi tu aku mintak panduan darri Allah, semoga orang yang aku pilih tu memang orang yang boleh kerja dan menyumbang kepada pembangunan negara (tetiba lak semangat patriotik).

Sesi temuduga pun macam tu jugak, semua sememangnya dah bersedia. lagipun aku tak nak la tanya soalan bombastik sangat yang aku sendiri tak mahir. aku lebih tanya pasal tugas diorang kat pejabat sekarang dan apa penambahbaikan yang diorang boleh buat jika dibenarkan meneruskan tugas di tempat yang sama. Semua bagi jawapan yang bagus. Maknanya seua dah tau tugas masing-masing. ini membuatkan penilaian lebih susah.

Sesi temuduga habis dalam jam 5 petang. singgah kejap makan sata, sotong goreng tepung, keropok lekor dan macam-macam lagi. orang belanja, jadi makan la sesuka hati. harganya pun berpatutan. drive balik dari terengganu jam 6 petang. banyak jugak kereta dari terengganu balik ke KL ni. dalam kesesakan malam tu, aku sampai rumah jam 12 tengah malam.

Alhamdulillah, semuanya selamat. Dan semoga pilihan yang aku buat tu adalah tepat...

Wednesday, August 5, 2009

APC

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

Opis aku buat penyampaian anugerah tu hari ni. Majlis belum nak start lagi tapi aku dah nak tulis pasal benda tu. Malas aku nak komen lebih-lebih, apa lagi kalau aku bukannya penerima pun. Sekadar pemakan makanan yang ada. Hehehe. Tak cemerlang kerja, cemerlang masa makan pun dah kira baik apa.

Kat department aku ada 2 orang penerima dan aku rasa dorang memang layak terima anugerah tu. Kat department lain? ikut giliran, OK. Jangan ingat korang terima tu korang cemerlang sangat. korang dapat pun sebab bos korang peratikan korang ni tak pernah dapat anugerah. Anugerah Bintang Popular Berita Harian jauh sekali. Anugerah bawak balik Berita Harian untuk kegunaan sendiri mungkin korang cemerlang. Tu belum kira bawak balik barang-barang opis ke rumah. Tu kira layak terima Anugerah Kecemerlangan tahap dewa tu.

OK la, malas aku nak mengarut pepagi buta ni. Saje nak memeriahkan anugerah yang bakal berlangsung pagi ini. Anyway, aku dengar duit imbuhan anugerah dah dapat 2 bulan lepas. Amboi, tak terima anugerah tapi duit imbuhan dah habis dah. Abis tu, dalam envelop korang tu ada apa? Harap-harap pak Menteri tak gatal tangan nak bukak envelop tu tengok apa isinya. kalau tak, kan dah pecah tembelang.

Eh, tak ingat lagi ke masa anugerah ****** hari tu korang simpan apa dalam envelop sijil tu. Majalah Gila-Gila, kan. Macam la aku tak tau. hikhik. Patut la masa menteri nak nengok korang laju je rampas envelop tu dan turun dari stage macam lipas kudung.

Apapun, tahniah kepada penerima. Kepada yang belum menerima, selamat mencuba lagi di tahun akan datang.

p/s: Anugerah peng'update' blog terbaik tak dipertandingkan ke???? Banyak calon-calonnya, especially yang update blog kat opis. Sapa tuuuuuu?????? Anyway, anugerah peng'update' blog paling lembap kekal kepada penerima anugerah tahun lepas.

Tuesday, August 4, 2009

Mirage (Pesawat)

Aku sekarang tengah layan lagu ni.

Enjoy...Thanks YouTube.



Mirage - Pesawat

Cahaya terang menembusi
Bagai sebuah kisah misteri
Kau mungkin … asing
Kau mungkin …pernah ku kenal sebelum ini

Resah gelisah dibuatnya
Bagai sebuah cereka cinta
Haru … biru
Kelam … jiwaku semakin kacau

Chorus
Siang malam termimpi mimpi
Pagi petang tercari cari
Tiap saat ternanti nanti
Kau masih tiada disisi… (2x)

Adakah ini satu mimpi
Terasa bagai sebuah delusi
Ilusi … mata
Mainan … jiwaku
Semakin kacau

Chorus

Haru … biru
Kelam … jiwaku
Semakin kacau

Monday, August 3, 2009

From Penang

Ya, aku baru balik dari Penang.


Mewakili bos untuk merasmikan kursus. Dah la aku tak baca lagi teks ucapan tu. Buat malu je sebab orang yang tak ada dalam majlis pun aku sebut sekali. Well, dah namanya bacakan teks ucapan orang, harus la dibaca sebijik-sebijik. tetapi bila aku terasa ayat-ayat teks tu dah semakin merapu, harus aku menggunakan skrip sendiri. Elok daripada aku nak malukan diri sendiri kat situ.


Sempat jumpa member-member kat Universiti lama, and dapat makan kat restoran yang kononnya hebat hasil titik pelu Alumni. tapi aku tak paham macam mana la dorang ni pilih tempat. Buat restoran yang dikelilingi pokok-pokok yang banyak semut. Aku tak tau la burger yang aku makan tadi penuh ngan semut ke idak sebab dah macam-macam sos yang dorang bubuh. semut lak hurung kaki, tangan, atas meja segala bagai. Dah la tu takde kipas lak. alasannya tak nak daun-daun pokok masuk dalam makanan. kalau tak nak masuk dalam makanan, jangan buat restoran bawah pokok, ngok!


Apapun, gembira dapat berjumpa dengan kawan-kawan lama. Paling gembira sebab semuanya masih sihat walafiat.


Ada masa, kita jumpa lagi ya...