Sunday, February 15, 2009

Broadband problem

Aku tak tau la apa nak jadi dengan broadband Celcom aku ni, selalu je putus-putus line.

Geram! Geram! Geram!!!

Dah la tu, kalau nak upload gambar dalam blog ni, dia tak muncul-muncul. Letih menunggu. Ini sepertinya harus dilaporkan kepada KPDHNHEP. Gitix, kau better have good explainations in this. Nanti aku komplen sama kau punya menteri. Hahahaha!!!!!

Hari ini aku hanya kat rumah saja. Membersihkan rumah yang dah lama tak mop. Memandangkan broadband buat hal, so tak dapatlah aku nak uploadkan gambar-gambar yang sepatutnya kat sini.

Minggu lepas, opis aku menganjurkan hariderma darah. Sebagai penganjur, risau gak kalau program tu tak mendapat sambutan. Tapi alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik dan Pusat Darah Negara agak berpuas hati dengan jumlah penderma yang datang. Diluar dari diorang punya sasaran.

Cuma yang tak bestnya, pagi tu big boss suda naik angin sebab program lambat bermula. Asyik-asyik tanya aku mana audience. Suruh aku buat announcement. Aku tak tau la berapa kali orang dah announce tapi biasa la orang kat opis aku ni. Selagi tak dapat 'ugutan', maunya tak nak turun ke dewan. Nak tak nak, terpaksa la aku yang buat announcement dan ramai jugak la orang-orangan yang turun lepas tu.

Itu cerita Jumaat lepas, sudah tidak mau dikenang. Apapun, akan mengkonsentrat dengan program yang satu ini lagi iaitu AGM-Annual General Meeting. Kali ni, mesti kaw-kaw kena bantai dengan ahli. Ah, pedulikan aje la. Kalau mau dilayan semua sekali pertanyaan-pertanyaan yang tidak membawak paedah itu, mesti la tidak terbuat kerja semua sekali. Mana mau buat kerja opis (yang wajib), ini la pulak keje Kelab (yang hanya harus). Apapun, tunggu la perkembangan AGM tu dalam 2 minggu lagi ni. Kalau rajin, aku masukkan soalan-soalan kontroversi dan jawapab kontroversi jugak.

Sudah, aku mau minum petang ni. Selamat menghabiskan ujung minggu dan selamat bekerja (esok)...

5 comments:

salina said...

boss...sama mcm saya..celcom mmg gitu..sikit2 putus...sekali saya report kat dia punya ejen..adalah ok dalam sehari dua..last week langsung kong...

MyMatahari said...

Itu mo komplen sama MCMC baa... bukan Ministry aku!

Kak M said...

fixed line jugak yg reliable uol... tapi kekadang problem jugak... especially di kawasan yang berkepadatan penduduk yg tinggi... kalo kawasan hulu tembeling atau tebedu ke harus laju skall internet dia sebab x ramai yg pakai...

gambit said...

Salina : tengah upgrade line kot.

Gitix : Aku ndak kira, mesti repot jugak sama kau punya menteri.

Hazel : Nanti la kalau aku nak internet, aku ke ulu tembeling atau Hutan Belum. Harus la line orang asli je yang aku dapat.

Anonymous said...

bos..broadband saya dah ok..dia takut kot..sbb bosss nak report hahaaaa