Wednesday, February 4, 2009

Terapi terbaik

Tatkala aku sedang murung dilanda stress ni, tetiba ada pulak siaran temuramah kat TV.


(image by Peter Turnly from the net)

Yang di temuramah tu adalah kanak-kanak mangsa pencerobohan Israel ke atas Palestin. Semasa temuramah tu, soalan terakhir yang diutarakan oleh penemuramah itu ialah 'apakah perasaannya semasa menghadapi ancaman bom dan peluru dari askar Israel?'

Kanak-kanak itu lalu menjawab:

Cukuplah Allah sebagai pelindung.

Bila mendengar jawapan kanak-kanak itu, terasa seperti seluruh masalah, ketakutan, kegusaran dan gundah gulana yang ada dalam kepala otak aku ni luluh.

Bayangkan kanak-kanak yang setiap harinya dihujani dengan bom dan peluru yang sekelip mata boleh meragut nyawanya mempunyai fikiran sedemikian. Sedangkan aku yang hanya dihujani dengan masalah-masalah remeh sebegini begitu gusar untuk menentukan di mana kedudukan aku di pejabat tidak dapat terfikir sehingga ke tahap itu.

Aku tertanya sendiri, apabila menghadapi masalah, apa perkara pertama yang ada dalam kepala otak aku ni? Mungkin penyataan di atas tidak terlintas langsung dalam fikiran, atau hanya terlintas setelah kita memikirkan apa akan jadi pada kedudukan diri sendiri di pejabat, tetapi tidak memikirkan untuk meminta pertolongan dari Allah, dan menjadikan-Nya sebagai pelindung.

Rasanya mulai saat ini, semua itu perlu berubah.

Sesungguhnya aku telah menemui terapi terbaik hari ini.

Semoga Allah tetap melindungi aku dalam perjalanan ini... Amin.

2 comments:

MyMatahari said...

Well said... cukuplah Allah sebagai pelindung.

gambit said...

Semoga kita semua dilindungi oleh-Nya selalu...amin.