Sunday, April 26, 2009

HLP hari tu...

Jumaat lepas pi interview HLP (itu korang tau).

Tapi soalan-soalan yang ditanya macam hanjengs (itu korang tak tau).

Konon-kononnya tukang interview tu nak tanya soalan memerangkap tapi sebenarnya dia sendiri tak tau soalan apa yang dia tanya. Aku tak tau la yang mana satu yang hanjengs, soalan tu ka atau orang yang tanya soalan tu. Tapi kan, to be on the safe side, aku rasa kedua-duanya pun hanjengs. Lepas interview tu, aku balik opis dengan sungguh tak bermaya. Ilang mood aku nak teruskan keje hari tu.

Korang nak tau apa soalan-soalan yang dia tanya? Ni hah soalan cepuemasnya:

(i) Soalan 1 : kenapa you nak ambik master?

Jawapan sebenar : sebab saya nak memajukan diri, menambahkan ilmu pengetahuan ...bla... bla... bla...

Jawapan alternatif : Sebab saya benci ngan bos saya.

(ii) Soalan 2 : subjek yang u nak ambik ni banyak buku mengenainya di pasaran. tak perlu buat master pun u dah boleh dapat semua ilmu tu. Atau u klik kat internet je, semua ada.

Jawapan sebenar : Industri pembinaan adalah dinamik dan memerlukan kita sebagai penjawat awam untuk mengetahui teknologi terkini... bla... bla... bla...

Jawapan alternatif: kalau macam tu, saya akan buat master saya kat library je. perpustakaan negara la, tak perlu saya pegi universiti. terima kasih sebab interview saya. Sekarang jugak saya pi library baca buku.

(iii) Soalan 3 : Kenapa u tak mintak master lepas 2-3 tahun u keje? sekarang ni u dah ada PSU. nanti bila u pegi buat master, sapa nak tunjuk ajar PSU u nanti?

Jawapan sebenar : Saya .... (menjawab dengan baik tetapi dalam hati "kenapa la macam hanjengs je soalan ko ni.")

Jawapan alternatif : nanti saya bawak semua PSU saya buat master.

(iv) Soalan 4 : kenapa u sibuk-sibuk nak buat master sedangkan private sector sekarang ni nak belajar daripada government. u tau tak yang akan ajar u kat universiti tu semuanya orang private sector. Jadi, tiada titik temu antara government dengan private sector.

Jawapan sebenar : Maaf encik. Saya tak faham soalan tu (dalam ati, ini soalan ka apa nih).

Jawapan alternatif : Macam ni la encik. Apa kata saya buat tesis mengenai penyataan encik kat atas tu. bole gak jadi bahan untuk paper master saya. Terima kasih.

last sekali dia kata, "ni kali pertama awak mohon kan. Balik nanti tengok balik paper awak dan pastikan awak clear kenapa awak nak buat master."

Kalau ko dah tak nak ambik, cakap je. Tak yah nak panggil aku interview ari ni. Aku banyak lagi keje kat opis tu nak buat.

Hampeh!!!

p/s: aku dah bagi soalan bocor kat korang nih. pastikan korang bersedia dengan jawapan yang canggih manggih na...

No comments: