Tengah ngadap buku-buku yang banyak ni.
Persediaan untuk HLP esok. Nampaknya seperti serabut tapi masih sempat update blog lagi. Adakah sudah putus harap nak baca buku? Aku macam malas lak sejak akhir-akhir ini. Ye la, selepas serangan berunsur peribadi yang dilemparkan oleh orang-orang atasan, terasanya seperti peluang aku untuk sambung study adalah tipis. harus ka aku buat sendiri saja tanpa menunggu tajaan kerajaan? Perlu ka di taja?
Ntah la, tadi aku ada call USM. beriya-iya lecturer tu suruh aku datang ke USm esok sebab nak masukkan nama aku dalam kursusnya. Time tu punya la aku teruja. Tapi bila sampai rumah dan start baca bahan-bahan rujukan, ntah la, semangat merudum lagi. Adakah telah terlalu tua untuk study lagi?
Pasrah... Esok jawab la apa yang patut. Kalau dah tak prepare nak buat macam mana. Kalau rezeki menyebelahi aku, dapat la tu. Tapi aku pun tak bole la kan nak mengharapkan pada rezeki saja tanpa usaha. Aku rasa aku ada sejam lagi ni untuk buat preparation. Macam nak ambik exam pulak. Debarannya sama macam nak ambik PTK dulu. At least masa PTK tak perlu bercakap. Ni esok ni kena bagi info spontaneously. Dengan al-lughatul inggerisun yang tak berapa nak menjadi ni, bole ke??? Or should i just buat-buat slang UK ala-ala kononnya penah study kat sana, tapi sebenarnya adalah hampeh bila sekolah hanya kat belakang ladang kelapa sawit.
Cukup la dulu aku nak luahkan rasa ni. Ilang sikit nervous nih. Kawan-kawan dah doakan dah, dan aku kena la jugak usaha atas doa kawan-kawan tu. Semoga hari esok lidah ini tidak kelu dan idea datang mencurah-curah.
Ya ALLAH, aku serahkan semua pada-Mu...
Mimi
2 years ago
3 comments:
ohhhhh sudah tuakah??? hahaha...anyway, good luck ya...muahsss...oppsssss
so.. how was the interview sir?
Ju, sememangnya suda tua. Huhu.
Faruqy, read the next entry.
Post a Comment