Friday, April 17, 2009

iPhone - review

Ok la... setelah 3 minggu menggunakan buah-buahan epal ni, ini la reviewnya memandangkan ramai gak yang teruja nak beli epal la ni.

(i) Fungsi

Bila awal-awal beli, tak banyak software yang dia install dalam fon tu. Kalau tak silap aku hanya 14 je. Selainnya terpaksa download dari iTunes Store. So, kena ada komputer/laptop/netbook. Video call? Jangan mimpi! MMS? Jangan harap! Set ringtone yang canggih manggih untuk fon? Hampeh!

SEMUA FUNGSI TU TAKDE!!!! DIULANG...TAKDE!!!

(ii) Download program

Bila di mention tadi pasal download program, harus la diingat akaunnya perlu dibuka terlebih dahulu. kena buka akaun dengan iTunes ni kena layari dia punya laman web la. Nak install iTunes pun satu hal, nak baca instruction pun satu hal lagi. Kena ada kredit kad pulak sebab nak di bil kemudian aplikasi yang dibeli. Dan setakat ni, harga aplikasi adalah dalam USD. Harga aplikasi serendah USD0.99 satu. Banyak jugak aplikasi yang free tetapi functionnya limited.

(iii) Kamera

2 megapiksel. Terlalu rendah untuk henfon secanggih ini. kalau dalam keadaan terang, gambar yang diambil memang cantik. Tapi still, tak leh zoom. Fungsi camcoder pun takde dalam pakej basic. kena download jugak kot.

(iv) Bunyi

Dengan speaker yang terhad, bunyi tidak lah secanggih mana. Tapi dengan earphone, iPhone tampak seperti iPod (but a little bit bulky). kalau setakat untuk duduk tepi pantai ka, atau tepi longkang ka, sambil dengar iPhone, kira ok la. Tapi nak di bawak berjoging, better pikir 2-3 kali sebab iPhone agak berat.

(v) Sync dengan telefon/PC/Notebook

Tak macam henfon lain, iPhone tak boleh sync dengan henfon lain walaupun melalui bluetooth. Jadi, jangan harap la nak share-share gambar ka, lagu ka. Semua kena buat melalui PC/notebook. Hampeh, kan.

(vi) Harga

Mahal bagi henfon dalam kelasnya. Sungguhpun begitu, bagi sesiapa yang nak function touch screen, memang berbaloi. Yang ada kredit kad, bole guna kad untuk beli henfon ni dan bayar download aplikasi. Aku menantikan henfon lain yang dapat menandingi iPhone. Setakat ni, yang aku nampak ialah N97 dari Nokia. Belum release, tetapi aku menjangkakan ia hebat, mungkin lebih hebat dari iPhone. Dengan kapasiti memori yang terhad (8G dan 16G), ia mungkin boleh dipintas oleh N97 yang diwar-warkan mempunyai kapasiti lebih dari 32G. Ada berani???

(vii) Keseluruhan

3 bintang dari 5 bintang. Member kata selepas setahun pakai, iPhone dah kurang sensitif kepada sentuhan, atau lebih dikenali sebagai ROSAK. Jadi, handle la iPhone dengan baik. Masa main game, jangan too agresif dengan iPhone sebab ia mungkin menyebabkan anda terpaksa beli lagi satu atau beli lain.

Kalau anda perlukan sebarang pertanyaan, bagitau ya. Atau kalau anda ada sebarang info untuk dikongsi, maklumkan kepada pemilik iPhone.

iPhone berwarna putih atau hitam, anda pilih la sendiri.

3 comments:

Anonymous said...

errrr tak boleh MMS ek? yeke bos? batal niat la macam ni.. hehe~

Finz said...

thans for the review

gambit said...

Faruqy, memang takde function tu. Dah call maxis. Jawapannya senang je, 'encik kena download application tu'... Hmmm...duit lagi....

Finz, no problem. Tapi kalau nak beli, apa salahnya.... =)