Hari ini aku sedang duduk ngadap Windy dan mencari bahan untuk persediaan interview HLP.
Terasa risau lak. Tapi kalau bukan rezeki, nak buat macam mana. Aku baca la apa yang patut. At least aku prepare. Interview Jumaat ni. So, ada esok saja untuk aku prepare. Aku tidak mengharap sangat, kalau dapat Alhamdulillah. Akan tercapai hasrat untuk menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.
Hari ini aku mesyuarat kat Melaka. Drive sorang-sorang sebab opis tak bagi keter. Keter banyak kena booking katanya. Tapi aku tengok driver opis bukan main lagi lepak macam nak menunggu mati. Makan gaji buta betul. Takpa la, lantak la kalau korang rasa korang halal makan duit gaji dengan duduk lepak macam tu.
Pagi tadi hangin satu badan dengan bos. Info aku dah bagi macam-macam, tapi dia masih lagi nak mintak. Yang paling tak tahan tu asyik-asyik SMS je. Tak pun e-mel. Aku punya inbox selalu over limit. Info penting tak masuk, yang ada hanya e-mel sampah. RUBBISH!!!
Rindu opis lama, dan yang lama-lama. Walaupun bos lama-lama aku macam hanj*ng, tapi aku tak kesah sebab aku tau dia memang hanj*ng. Yang ni aku tak tau la tahap apa. Sori la aku mengarut, sebab aku hari ni fed-up betol. Kesian aku tengok kerani aku yang kena marah ngan aku sedangkan aku tak pernah pun tarik muka kat diorang. Sorry ye uoll. Nanti esok i belanja makan... Hehehehe...(ambik ati).
Oh ya, esok gaji. Kredit kad bank dah 4-5 kali call. So, apa lagi....mari bayar utang (terkenang utang iPhone yang masih belum dijelaskan namun telah di jeleskan).
La la la la.....
Mimi
2 years ago
No comments:
Post a Comment