Wednesday, July 1, 2009

Blues

Keadaan pejabat tidak seperti biasa.

Ya, mungkin sebab aku sudah menghantar e-mel pada bos-bos aku yang aku ada intention nak berpindah keluar. So far, none of the bosses call me for a discussion especially on this matter. Semuanya nampak monyok. Bukan hari ni je monyok. Selalu monyok dan kelam kabut. Semuanya nampak kelam kabut lagi hari ini. Ya, seperti selalu.

Semalam aku hantar member aku ke KLIA. Dan seperti biasa aku mau lekat kat kedai perfume itu untuk membeli wangian yang menjadi idaman kalbu. Last Sunday aku beli Dunhill Pursuit. Ya aku tau itu perfume lama tapi sebab ada promotion jadi aku beli. Lagipun baunya so sofistikated...

...and while kat KLIA semalam aku ke kedai Bonia lagi. this time aku cari sesuatu untuk diri aku sendiri. Ya, dompet yang aku pakai ni dah mula menampakkan benang-benang kasih. Dah nak koyak la tu. Aku sayang sangat dengan wallet aku yang sedia ada ni sebab aku beli dengan duit biasiswa pertama aku kat Universiti (abis la pecah tembelang pakai duit biasiswa beli dompet). Masa tu tahun 1997, jadi bayangkan betapa lama aku pakai dompet tu.

Dompet tu jugak la teman aku masa dalam utan untuk latihan tentera (bawak dompet pi hutan, apa motif???). Dompet tu jugak la teman aku masa aku lemas masa latihan rentas sungai dengan pelampung rumput kering. Dompet tu jugak la yang aku isi dengan duit gaji aku setiap bulan. Jenama Crocodile, memang worth beli dengan harga RM89.99 dulu. Dompet tu la dompet paling kecik yang ada kat kedai tu. Siap gaduh dengan member pasal berebut nak beli dompet tu.

Itu cerita lama, sekarang aku dah beli dompet baru. Tapi dompet baru tu dalam kotak lagi sebab hati masih tak nak berpisah dengan dompet lama. Biar la dompet baru duduk lama sikit dalam almari tu. Bila yang ada ni dah koyak rabak, baru aku beli. Ala, daddy aku pun ada habit yang sama. Dia masih setia dengan dompet yang dia pakai masa dia mula-mula kawen dulu. Dompet tu masih ada sampai sekarang...like father, like son.

Oh ya, lepas ke Bonia aku ke Body Shop. Saja tengok2 (kononnya...). Then, terberkenan pulak dengan perfume nih. Aqua Lily namanya. Since lama tak beli perfume kat Body Shop, terus la grab 1. Then beli sekali dengan shower gel dan shower bud (betul ke shower bud???? Sila rujuk gambar yang disertakan). Anyway, satu sebab lagi kenapa aku beli ialah sebab warnanya biru.


Then, malam aku baru balik dari Jusco Seremban 2. Beli majalah. Kat back cover issue, ada la dia bangkitkan benda-benda istimewa yang berlaku bulan Julai ni (besday ka???). Salah satu benda yang dirujuk ialah:

"birth flower of July is the Lakspur or the Water Lily"

Kebetulan kan!!! Patut la tergerak hati nak beli barang kat Body Shop. sekarang ni ligat pakai perfume Aqua lily tu walaupun nak tido. Mana tau mimpi malam ini adalah mimpi indah.

Semoga korang juga mimpi indah malam ini.

Selamat malam...

4 comments:

MamaIcha said...

benang2 kasih...hahaha!!! bila la walletku ini hendak mengeluarkan benang2 kasihnya...mau tukar wallet baru juga :P

gambit said...

Hehehe... itu alasan je nak beli baru. Tak yah tunggu benang kasih, beli je!

cacah said...

1997? wah. I was form 3 at that time. huhu.
lamanya bos pakai 1 1 wallet. i tukar tiap2 tahun... huhu...

gambit said...
This comment has been removed by the author.